Suara Keadilan's Blog, page 578
February 19, 2013
Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera
Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera
KUALA LUMPUR 19 FEB: Filem Tanda Putera berpontensi memecah belah kaum kerana mengandungi unsur rasisme, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Beliau mempersoal tujuan tayangan filem itu oleh Felda kepada 3,000 peneroka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Filem itu mengisahkan usaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan tanah air selepas tragedi 13 Mei 1969.
“Difahamkan terdapat beberapa babak dalam filem itu yang berpotensi menggugat keharmonian antara kaum di Malaysia kerana berunsurkan rasisme.
“Adakah Umno bertujuan mendapatkan kembali sokongan peneroka dengan memainkan isu-isu perkauman dan agama?” soalnya.
Beliau berkata, rakyat patut diberi ruang demokratik yang baik untuk memilih pemimpin melalui penganjuran debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kaedah sebegini.
Pada tayangan tertutup itu, peneroka menyaksikan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Program tayangan khas itu diumumkan oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di PWTC.
Dilaporkan, acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
February 18, 2013
Halang Senator Australia tapi benar syarikat Australia bina Lynas
Halang Senator Australia tapi benar syarikat Australia bina Lynas
(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 19 FEB: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kutuk pengusiran Senator bebas Australia, Nick Xenophon yang pada masa sama, kapitalis Lynas Corporation Ltd dari Australia dibenar buka loji radioaktif di Gebeng, Kuantan.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon (gambar) berkata, tindakan Umno BN itu lambang sikap tidak profesional kerajaan untuk memulihkan integriti sistem dan proses pilihan raya Malaysia.
“Bersih 2.0 menjemput beliau bersama delegasinya ke Malaysia untuk meninjau sendiri proses pilihan raya di Malaysia berbanding sekadar mendengar pandangan dari satu pihak sahaja.
“Kehadiran Xenophon bukan untuk kepentingan Pakatan sahaja. Beliau bertindak sebagai pemerhati bebas dengan mendapatkan pandangan semua parti politik termasuk komponen BN,” katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
Kin Woon berkata, pengusiran Xenophon disyaki mempunyai kaitan menjelang pilihan raya umum.
“Xenophon tidak patut diusir kerana beliau bukan pendatang haram dan memiliki dokumen sah untuk memasuki Malaysia,” katanya.
Hadir sama, rakan sejawatnya, Maria Chin Abdullah; Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Arul Prakash dan Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.
Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya
Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya
(Oleh Norutul Ilham)
PETALING JAYA 19 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat yang bakal dilancar pada Konvensyen Pakatan 25 Februari ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat merupakan kempen awal menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno BN yang masih belum memperincikan manifesto untuk menghadapi pilihan raya.
“Pelancaran Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat.
“Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Konvensyen keempat Pakatan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Menurut Rafizi, manifesto yang bakal dibentang pada konvensyen itu kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan termasuk tawaran baru.
“Manifesto kita lebih mudah untuk rakyat faham, tidak seperti BN. Kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku kepada Pakatan. Manifesto ini mengambil kira penyelidikan bukan sahaja kepada Umno BN, tetapi di seluruh negara,” jelas Rafizi.
“Manifesto adalah janji kita kepada rakyat. Kita yakin kandungan manifesto akan kita laksanakan. Termasuk perincian mengikut tahun kita tadbir seperti lima tahun pertama, 10 tahun dan seterusnya,” tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan turut menyeru rakyat memilih Pakatan pada PRU 13 kerana tawaran Pakatan memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat.
“Jika dulu, kenapa rakyat pilih Pakatan kerana tidak suka Umno BN…Tapi kali ini kita mahu pastikan rakyat pilih kerana tawaran menarik yang ditawarkan kepada mereka.
“Ia meliputi semua perincian bagi kesenangan mereka. Dasar Pakatan untuk membela rakyat,” katanya.
Hadir sama, Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.
KEADILAN tubuh Institut Rakyat persiapan Pakatan tadbir negara
KEADILAN tubuh Institut Rakyat persiapan Pakatan tadbir negara
(Oleh Norutul Ilham)
PETALING JAYA 19 FEB: KEADILAN hari ini mengumumkan Institut Rakyat sebagai tunjang kepada dasar persiapan awal Pakatan Rakyat mentadbir negara.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, penubuhan institut itu landasan untuk memfokuskan dasar Pakatan secara jelas kepada rakyat.
“Orang di belakang institut ini kebanyakan daripada KEADILAN. Ini adalah langkah menuju Putrajaya.
“Jika kita selalu ditanya Umno BN mengenai dasar, inilah tempat perincian dasar yang dibuat secara rasmi. Kita sudah lama buat penyelidikan mengenai perkara itu tapi tidak secara formal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Rafizi berkata, perancangan penubuhan institut itu sejak setahun lalu dengan matlamat jelas menjalankan kaji selidik dasar dan pemikir untuk memperkukuh keupayaan kajian dan dasar parti.
“Institut ini menyelidik polisi berdasarkan modul untuk perkembangan kepada dasar parti,” katanya.
“Penubuhan institut ini sebagai pembentuk dasar dengan pendekatan baru dalam politik,” jelas Rafizi.
Beliau ditemani Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen.
Hadir sama buat kali pertama, orang kuat di belakang institut itu, Pengarah Penyelidik, Tricia Yeoh, Wong Hoy Cheong. Antara penyelidik terlibat ialah Yin Shao Loong.
Turut diumumkan, majlis pelancaran Institut Rakyat di Hotel Empire Subang jam 3 petang, Khamis ini.
BN hilang kelebihan untuk menang PRU 13 – Umcedel
BN hilang kelebihan untuk menang PRU 13 – Umcedel
KUALA LUMPUR 19 FEB: Barisan Nasional (BN) tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU 13 terlalu lama.
“Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu),” katanya dipetik Malaysiakini pada Seminar Politik dan Pilihan Raya Menjelang PRU 13 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
“Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).
“Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia,” katanya.
5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda
5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda
KUALA LUMPUR 19 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda sempena PRU 13.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian.
Senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:
1. Pemerdayaan Pendidikan
- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya
2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur
3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun
4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun
5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia
Siaran Langsung ceramah Pakatan Rakyat di Kelana Jaya
Siaran Langsung ceramah Pakatan Rakyat di Kelana Jaya
KELANA JAYA 18 FEB: Ceramah Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 yang berlangsung malam ini sehingga jam 12 tengah malam di Padang SS5D, Kelana Jaya, boleh diikuti secara langsung.
Antara penceramah utama ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Ketua Cabang KEADILAN Kelana Jaya, Senator Syed Shahir Syed Mohamud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut berucap.
Untuk tontok, KLIK INI.
Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar
Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar
KUALA LUMPUR 18 Feb: Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.
Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.
Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam. Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan anggota polis beruniform di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama memukul mangsa.
Dalam rakaman selama lima minit itu, seorang lelaki berbaju belang dilihat naik ke atas kereta dinaiki mangsa dan menghayun penukul besi ke arahnya.
Mangsa yang dipercayai suspek penjenayah kemudian diheret keluar daripada keretanya sebelum beberapa individu lain memukul bertubi-tubi dan menendang beliau.
Salah seorang lelaki berbaju batik pula dilihat cuba menghempas batu ke kepala lelaki tersebut, tetapi dihalang. Mangsa yang cedera, kemudian diheret ke arah kereta peronda polis berhampiran tempat kejadian.
Sementara itu, maklumat di Facebook menyatakan lelaki yang menggunakan penukul besi dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Bagaimanapun, timbul persoalan mengapa beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak menghalang perbuatan itu.
Rakaman ini sekali lagi mencemar reputasi polis yang semakin buruk, ekoran salah laku anggotanya seperti memukul suspek penjenayah, kes tembakan rambang terhadap orang awam dan kematian dalam tahanan.
Terbaru, melibatkan seorang pengawal keselamatan, C Sugumar yang mati dalam satu kejadian di Hulu Langat 23 Januari lalu.
Antara kes lain termasuk kematian Chang Ching Te awal tahun ini, kematian A Kugan yang dipukul dalam balai polis pada 2009 dan kes remaja 14 tahun, Aminul Rasyid Amzah yang ditembak dalam satu kejadian di Shah Alam pada 2010.
Laporan ‘PM letak jawatan’, Najib jadi bahan jenaka orang k’jaan
Laporan ‘PM letak jawatan’, Najib jadi bahan jenaka orang k’jaan
(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.
Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.
Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.
Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.
Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.
Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.
Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.
“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.
“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,” katanya ketika dihubungi.
“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon.
Majlis ikrar Wanita Pakatan ke Putrajaya di Tanah Merah
Majlis ikrar Wanita Pakatan ke Putrajaya di Tanah Merah
Sempena program Ikrar Pakatan ke Putrajaya yang dianjurkan Wanita Pakatan diadakan di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Padang Siam, Tanah Merah Kelantan, baru-baru ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin (tiga dari kiri) dan Ketua Wanita Muslimat, Siti Zailah Yusof (dua dari kiri) hadir sebagai tetamu khas.
Program yang dihadiri 500 wanita Pakatan itu dimeriahkan lagi dengan pelancaran Agenda Wanita Malaysia antaranya Caruman Wanita Malaysia. Hadir sama memerihkan majlis itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani (berbaju Melayu) dan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Suara Keadilan's Blog
- Suara Keadilan's profile
- 1 follower
