Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera

Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera

KUALA LUMPUR 19 FEB: Filem Tanda Putera berpontensi memecah belah kaum kerana mengandungi unsur rasisme, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon.


Beliau mempersoal tujuan tayangan filem itu oleh Felda kepada 3,000 peneroka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.


Tanda PuteraFilem itu mengisahkan usaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan tanah air selepas tragedi 13 Mei 1969.


“Difahamkan terdapat beberapa babak dalam filem itu yang berpotensi menggugat keharmonian antara kaum di Malaysia kerana berunsurkan rasisme.


“Adakah Umno bertujuan mendapatkan kembali sokongan peneroka dengan memainkan isu-isu perkauman dan agama?” soalnya.


Beliau berkata, rakyat patut diberi ruang demokratik yang baik untuk memilih pemimpin melalui penganjuran debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kaedah sebegini.


Pada tayangan tertutup itu, peneroka menyaksikan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Program tayangan khas itu diumumkan oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di PWTC.


Dilaporkan, acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2013 00:47
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.