Suara Keadilan's Blog, page 577
February 20, 2013
Stadium RM300 juta runtuh lagi, MB T’ganu patut letak jawatan
Stadium RM300 juta runtuh lagi, MB T’ganu patut letak jawatan
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 20 FEB: Stadium Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh buat kali kedua hari ini membuktikan pengurusan kerajaan negeri teruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Katanya, berikutan insiden itu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said patut malu dengan meletak jawatan secepat mungkin.
“Kalau di negara luar, hari ini berlaku kejadian seperti itu, hari ini juga menterinya letak jawatan sebab malu. Tapi menteri kita tak tahu malu, walaupun dah dua kali kejadian berulang,” tempelak Azan.

Runtuhan kali kedua teruk dan memalukan.
Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dan mencederakan tiga pekerja tempatan.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
“Pembinaan stadium itu diisytiharkan menggunakan teknologi termahal dan tercanggih. Ia melibatkan kos begitu tinggi tetapi dengan pengurusan yang paling teruk, penyelewengan paling banyak dan tidak mengikut spesifikasi,” tegas Azan ketika dihubungi.
Menurut Azan, kejadian itu menyebabkan keyakinan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Terengganu hilang serta-merta kerana tidak percaya dengan pengurusan ekonomi negeri.
“Kejadian itu merosakkan pelan jangka panjang negeri untuk menjadikan Terengganu bandaraya pesisir pantai. Secara langsung ia menyebabkan ketakutan kepada pelabur luar untuk melabur. Mana mungkin pelabur yakin apabila stadium runtuh sampai dua kali?” katanya.

Begini keadaan stadium pertama kali runtuh pada 2009.
“Salah satu faktor berlaku penyelewengan kerajaan negeri seperti ini berpunca dari sikap rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah mempersoal atau mencabar kredibiliti pemimpin negeri, apa Menteri Besar buat rakyat ikut saja,” kata Azan.
Beliau turut memberi jaminan apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), sebuah badan bebas akan ditubuhkan khas untuk menyiasat dan memantau sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri.
“Insiden ini mungkin petanda akhir kepada rakyat Terengganu. Runtuhan stadium itu bermakna keruntuhan Umno juga,” kata Azan.
Penstrukturan air: S’ngor tawar RM9.65b kepada 4 syarikat konsesi
Penstrukturan air: S’ngor tawar RM9.65b kepada 4 syarikat konsesi
(Oleh Norutul Ilham)
SHAH ALAM 20 FEB: Kerajaan Selangor hari ini membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KSSB) membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, surat tawaran itu akan dihantar kepada keempat-empat syarikat berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.
Syarikat terlibat adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Holding (Splash).
“Pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat. Mereka akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.
“Rakyat akan mendapat pengurusan air secara telus, cekap dan paling penting pengambilalihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Khalid berkata, dengan tawaran itu, pasti syarikat-syarikat tersebut akan menerima tanpa mempertikainya kerana tawaran ini memberi faedah kepada mereka.
“Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti-ekuiti yang mereka miliki berbanding pulangan lazim bagi industri air iaitu 6 peratus.
“Tawaran tinggi ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat,” ujar Khalid.
Selangor tawar RM9.65 bilion untuk ambilalih syarikat konsesi air
Selangor tawar RM9.65 bilion untuk ambilalih syarikat konsesi air
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),Puncak Niaga Sd Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini.
Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negeri ini akan berhak menguruskan industri air.
Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.
Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting sekali pengambilalihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat.
Kerajaan Negeri percaya proses pengambilalihan ini akan berjalan lancar memandangkan tawaran ini adalah tawaran terbaik oleh rakyat Selangor demi mempertahankan hak air mereka.
Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air temasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini.
Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12% setahun terhadap ekuiti – yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya 6%. Tambahan pula segala liabiliti akan juga diambil alih oleh KDEB menerusi Special Purpose Vehicle.
Sementara itu, Kerajaan Negeri telah pada 14hb Februari yang lalu menerima surat jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang bertarikh 6 Februari 2013.
Namun, jawapan menteri itu tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengambilalihan ini kerana nampaknya menteri terlalu keliru dengan situasi yang kita hadapi ini.
Menteri gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku Menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan yang bercanggah di antara satu sama lain.
Dalam surat beliau, menteri berkata Kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilalihan.
Walaubagaimanapun, kelmarin apabila ditanya oleh pihak media beliau dengan tegas mengatakan pengambilalihan yang mahu dilakukan Kerajaan Negeri tidak boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran Kerajaan Persekutuan.
Sebenarnya kita sememangnya sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penentu selaku pemegang saham emas seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655).
Justeru itu, sejak dari awal lagi kita telah menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa tersebut demi kepentingan awam dengan membantu kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula setelah kerajaan negeri membuat tawaran kepada syarikat konsesi.
Kerajaan Negeri Selangor konsisten dengan pendirian bahawa hak air harus diserahkan kepada rakyat Selangor dan pengambilalihan ini akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri percaya rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyokong tindakan berani yang kita lakukan ini kerana antara faktor utama kerajaan hari ini dipilih adalah untuk melakukan reformasi pentadbiran termasuklah dalam industri air.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
February 19, 2013
Stadium Terengganu runtuh kali ke-2 insiden memalukan
Stadium Terengganu runtuh kali ke-2 insiden memalukan
KUALA TERENGGANU 20 FEB: Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu yang runtuh sebelum ini tiga tahun lalu runtuh kali kedua hari ini dan mencederakan beberapa pekerja tempatan.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya tiga pekerja dikeluarkan dari runtuhan itu dan dikejar ke hospital.
Ketika kejadian, bangunan tersebut sedang dibaik pulih namun tiba-tiba runtuh dan menimpa pekerja binaan terbabit yang sedang bekerja.
Turut dilaporkan struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Gambar runtuhan itu berlegar pantas di internet dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna laman sosial.
Insiden memalukan itu merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
Rahsia operasi penipuan pendaftaran pemilih baru
Rahsia operasi penipuan pendaftaran pemilih baru
Akhbar utama melaporkan minggu lepas bahawa ada peningkatan mendadak melibatkan pengundi baru di seluruh negara.
SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa dengan mengatakan sebelum ini bahawa walaupun ramai pengundi baru di daftarkan, masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi.
Pada hari ini Parti Keadilan Rakyat ingin mendedahkan rahsia disebalik peningkatan pemilih baru yang begitu mendadak.
Bahawa jumlah yang sebegitu tinggi dikalangan pengundi baru itu ada menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Akta 5.
duan yang pihak PKR terima setakat ini, cukup bukti untuk mengheret penolong-penolong pendaftar dan juga SPR ke mahkamah sekiranya didapati sah SPR bersekoAngkol dengan penolong pendaftar tersebut.
Kami dapati pemilih-pemilih telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, yang membawa maksud, penolong pendaftar telah membawa kenyataan permohonan pendaftaran pemilih palsu.
Ini jelas bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sect 3(1) (a) di bawah Kesalahan oleh mana-mana orang, yang berbunyi seperti berikut
“Mana-mana orang yang
(a) dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya….”
Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.
1) Pemilih merupakan pelajar diluar negara telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
2) Pemilih cukup umur telah di daftarkan tanpa pengetahuan mereka.
3) Orang dewasa yang tidak pernah mendaftar telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
4) Ahli Puteri Umno didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
Didalam kes-kes diatas, pihak yang mendaftar telah melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya Sect 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah. SPR juga harus perjelaskan bagaimana hal ini boleh berlaku.
Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori diatas dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil2 kami.
Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan mereka, sila ambil langkah-langkah berikut.
1) Pergi ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka. Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.
2) Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis keatas pendaftar yang telah melakukan kesalahan tersebut.
3) Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini.
Saya pohon semua warga Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bebas supaya sebar luas perkara ini dan sama-sama kita bantu banteras penipuan ini.
Saya juga menyeru semua NGO dan semua badan pemerhati pilihanraya untuk terlibat sama didalam kempen mengheret pesalah-pesalah ini ke muka pengadilan.
Saya juga ingin tegaskan supaya SPR beri segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.
Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh BN.
Orang ramai boleh menghantar aduan kepada <aduanspr.pkr@gmail.com>
Sama-sama kita benteras jenayah penipuan pilihanraya ini.
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice Presiden
Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Damansara
Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Damansara
KUALA LUMPUR 19 FEB: Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Seksyen 7, Kota Damansara boleh diikuti secara langsung.
Orang ramai boleh mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Selain Anwar, turut dijadual berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution, Dr Hatta Ramli, Sivarasa Rasiah, Datuk Ariff Sabri dan Arulchelvan.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat ke Pesta Pongal di Dewan Sri Jugra, Banting.
Untuk tonton, KLIK INI.
Gesa Najib serah penjenayah dikehendaki Filipina
Gesa Najib serah penjenayah dikehendaki Filipina
(Oleh Norutul Ilham)
PETALING JAYA 19 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memberi kerjasama kepada kerajaan Filipina supaya tidak menyorok penjenayah dikehendaki negara itu.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kelewatan kerajaan bertindak ke atas Manuel Karingal Amalilio, yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan menjejaskan hubungan baik dengan negara jiran itu.
“Kita minta Perdana Menteri mengarahkan Peguam Negara segera mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan mahkamah Filipina meneruskan prosiding pendakwaan terhadap Amalilio.
“Kelewatan kerajaan Malaysia menghantar Amalilio ke Filipina menambah penderitaan mangsa penipuannya yang kebanyakan Muslim dari Selatan Filipina,” kata Tian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Isu ini gempar awal bulan ini apabila polis Filipina dilapor memburu Amalilio atau nama sebenarnya Mohamad Kamal Suffian Said, kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta).
Susulan itu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu itu pulang ke Filipina.
“Kita minta supaya menyiasat punca kekayaan Amalilio, dan hubungannya dengan ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai di negara ini.
“Ini berikutan beberapa pegawai kanan termasuk Peguam Negara dan Menteri Luar memberi isyarat untuk bekerjasama dengan Filipina.
“Bagaimanapun hingga hari ini, kerajaan Malaysia tidak menyatakan komitmen untuk penyerahan Amalilio kepada pihak berkuasa Filipina,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Sementara itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa mempersoal pemilikan pasport Filipina oleh Amililio dan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia.
“Banyak persoalan melibatkan taraf warganegara Amililio. Bagaimana beliau boleh ada dua warganegara. Ini boleh disifatkan sindiket yang melibatkan jenayah taraf kewarganegaraan.
“Di mana pula duit yang ditipu beliau daripada pelabur?” kata Ahli Parlimen Subang itu.
Pada 5 Februari lalu, dilaporkan Amililio dihukum dua tahun penjara kerana memiliki pasport palsu selepas perbicaraan diadakan di wad Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Ahli perniagaan berusia 47 tahun itu mengaku bersalah memiliki pasport palsu Filipina di bawah nama Amililio Manuel Karingal.
Rafizi sah pemegang saham Boustead, semak perjanjian LTAT
Rafizi sah pemegang saham Boustead, semak perjanjian LTAT
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 19 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini mempunyai 100 unit saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) bernilai RM527 bagi membolehkannya menyemak dokumen perjanjian urusniaga tanah melibatkan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi (tiga dari kiri) bersama pencarum LTAT dihalang menyemak perjanjian jual beli semasa ke Wisma Boustead 31 Disember lalu.
“Saya disahkan oleh Bursa (Saham Kuala Lumpur) sebagai pemegang saham Boustead dengan 100 unit saham. Saya akan menulis surat hari ini memaklumkan kepada Boustead esok pukul 11 pagi saya akan pergi untuk menyemak dokumen perjanjian,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, beliau akan melihat secara terperinci perkara dan klausa yang terkandung dalam perjanjian tersebut untuk mencari ruang bagi membatalkan perjanjian bekas anggota tentera yang mencarum dalam LTAT.
“Kita nak cari apa-apa ruang yang boleh membatalkan perjanjian tersebut. Ini kerana ada dua hingga tiga klausa yang hanya pemegang saham boleh tengok. Melalui pengalaman saya sebagai akauntan, pasti ada syarat jika tidak dipatuhi, ia akan membatalkan perjanjian tersebut,” jelas Rafizi.
“Tujuan saya untuk saring dan cari syarat mana boleh menyebabkan perjanjian tersebut terbatal terus secara automatik,” katanya lagi.
Kehadiran Rafizi ke Boustead esok ditemani pimpinan bekas anggota tentera yang akan turut berkumpul di hadapan wisma tersebut.
Disember lalu, Rafizi mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Menurut Rafizi, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).
Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead, milik LTAT.
Kerajaan Persekutuan tidak berminat selesaikan masalah penstukturan air- AMK
Kerajaan Persekutuan tidak berminat selesaikan masalah penstukturan air- AMK
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor memuji langkah berani Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat untuk mengambil langkah seterusnya setelah tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat semalam, selepas mesyuarat Exco esok.
AMK Selangor melihat sikap Kerajaan Persekutuan yang mendiamkan diri terhadap surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ini sebagai sikap tidak berminat mereka untuk menyelesaikan masalah penstukturan air yang masih tergendala di negeri Selangor.
Seharusnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air mengambil langkah yang lebih tepat dalam isu ini dan tidak menjadikan air sebagai politik murahan untuk memenangi semula Selangor. Wujud persoalan adakah beberapa pegawai KeTTHA yang tidak bertanggungjawab telah turut sama melewatkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air, dan atau adakah Menteri dan Kabinet tidak menerima maklumat yang tepat dalam banyak proses pelaksanaan keputusan berkaitan isu ini?
Air diurustadbir syarikat konsesi tidak berpengalaman, rakyat menerima padah
AMK Selangor percaya dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang tidak memiliki kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tinggi serta tidak munasabah.
Apakah dengan menghalang usaha penstukturan air ini, maka Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) akan berjaya membuktikan bahawa sebarang usaha ke arah perkhidmatan air yang ditadbir oleh negeri akan menemui kegagalan? Jika begitu, mengapa Terengganu dan Melaka sebagai contoh, diberi ruang untuk melakukan penstukturan air mereka sendiri melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Tohmahan bahawa Kerajaan Negeri memiliki kuasa penuh ke atas Syabas adalah dangkal kerana Kerajaan Negeri hanya mempunyai 30 peratussaham dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangandiperbadankan pemegang saham emas, dan ini jelas memberi mereka kuasa untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air )
Justeru SYABAS juga tidak boleh memberi alasan Capex (perbelanjaan modal) sebagai batu penghalang perlaksanaan perkhidmatan air yang baik. Tugas utama SYABAS adalah untuk membekalkan air dan bukannya melaksanakan capex. Model WSIA tidak membenarkan pemegang lesen perkhidmatan air dibebani dengan kerja-kerja perbelanjaan modal kerana ianya adalah perlu diuruskan melalui kelulusan kerajaan negeri dan SPAN.
AMK Selangor bertegas kepentingan rakyat perlulah berada di hadapan dalam apa juga isu pertindihan yang dialami antara negeri dan persekutuan, dimana jelas Kerajaan Negeri dilihat lebih ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat, disebalik kesombongan Kerajaan Persekutuan untuk memperjudikan keperluan asas rakyat.
AMK Selangor berdiri teguh di belakang Kerajaan Negeri Selangor atas apa juga dasar baik yang dirangka untuk rakyat, dan akan turun dalam siri jelajah penerangan isu air yang dimanipulasi sekian lama oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini, yang mengimpikan kerajaan pilihan rakyat di Selangor tumbang akibat kemarahan rakyat. Namun waspada, rakyat telah cerdik dan bersedia untuk menghukum petualang ini yang cuba bermain isu keselamatan dan keperluan asas.
Sekat MP Pakatan jadi panel di UM tunjuk akademik PM lemah – Nik Nazmi
Sekat MP Pakatan jadi panel di UM tunjuk akademik PM lemah – Nik Nazmi
(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 19 FEB: Sekatan terhadap beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada seminar politik Universiti Malaya (UM) hari ini, simbol betapa lemahnya akademik Perdana Menteri, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pembatalan itu didedahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel), Prof Dr Mohammad Redzuan Othman pada Seminar Politik Menjelang Pilihan Raya Umum 13 di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, pagi tadi.
Menurutnya, arahan itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Forum anjuran Umcedel itu pada mulanya membariskan ahli panel Pakatan terdiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
BN pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.
Tempat mereka yang dijadual membentangkan forum pada 2.30 petang tadi dibatalkan dan diganti oleh ahli akademik lain.
Nurul Izzah tetap hadir sebagai penonton, sekalipun menerima sekatan Umno BN.
Nik Nazmi berkata, pembatalan itu bertentangan suasana sekarang ketika masyarakat dan mahasiswa terbuka dan cenderung kepada pelbagai wacana ilmiah termasuk isu politik.
“Isu politik Malaysia sekarang sudah berubah menjadi tajuk wacana ilmiah melalui pendedahan kajian dan laporan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi dan badan pemikir, selain pendapat ahli politik dan ahli akademi yang dikemukakan.
“Di luar, pelbagai badan politik, NGO dan media mengadakan wacana ilmiah. Malangnya kampus terus hilang peranannya ekoran pelbagai sekatan Umno BN.
“Pembatalan forum itu bukan sahaja bertentangan dengan kecenderungan masyarakat untuk berdiskusi tetapi bercanggah dengan agenda transformasi Perdana Menteri,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu kepada Keadilan Daily.
Menyifatkan tindakan itu mundur, Nik Nazmi mempertikai pembatalan forum kerana bukan sahaja wakil rakyat Pakatan dijemput tetapi turut diwakili Umno BN.
“Sekali lagi menunjukkan kelesuan tahap kebebasan akademi dan retorik kosong Umno BN kononnya mahu memulihkan imej IPT tempatan.
“Sepatutnya kerajaan menyokong dan menggalakkan forum ilmiah seperti ini kerana boleh mencambah idea baru dan membantu mahasiswa dan masyarakat berfikir dan bertindak secara ilmiah,” katanya.
Justeru, beliau menggesa Datuk Seri Najib Razak segera menyatakan pendirian tegas mengenai insiden memalukan ini.
Suara Keadilan's Blog
- Suara Keadilan's profile
- 1 follower
