Suara Keadilan's Blog, page 574

February 22, 2013

Deepak saman fitnah Najib, dedah wanita bernama ‘Flora Ong’

Deepak saman fitnah Najib, dedah wanita bernama ‘Flora Ong’

(Oleh: Ruqayya Rahman)


 


KUALA LUMPUR 22 FEB: Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas  Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.


Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk ‘PM Dismisses Deepak’s Allegation as Not True’ yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.


deepokDeepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.


Antara lain, kenyataan fitnah tersebut  berbunyi “It’s not true. He is not a credible person” (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).


Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.


“Kenyataan Najib sebagai Perdana Menteri yang menuduh saya menipu dan tidak boleh dipercayai memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli perniagaan” katanya.


Justeru beliau yang memfailkan saman menerusi  firma guaman M/s Daim & Gamany menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Najib.


Sebelum ini, Deepak mendedahkan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Syaribu dan tindakan mempengaruhi P Balasubramaniam menandatangani Akuan Bersumpah kedua.


“Kebenaran tidak boleh diselindungkan, saya mahu beliau mengaku atau nafikan hal ini sebelum kepulangan P.Bala Ahad ini,” tegasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.


Bercakap kepada KeadilanDaily, Deepak turut menuntut Najib menjawab semua tuduhan termasuk penafian beliau mempunyai hubungan intim dengan Altantuya dan seorang lagi individu bernama Flora Ong.


Malah Deepak berkata, Najib turut membiayai kewangan kedua-dua wanita tersebut.


Sementara itu, peguam R.Sivarasa yang mewakili Deepak berkata, saman berkenaan difailkan ekoran tindakan Najib mengeluarkan perkataan fitnah dan berniat jahat.


“Kami hanya tunggu jawapan Najib untuk mengaku atau nafikan penglibatan beliau dalam semua tuduhan ini dan proses seterusnya adalah di Mahkamah,” katanya.


Turut hadir ketika saman itu difailkan adalah peguam Afiq M Noor.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2013 03:28

RCI pendatang asing Sabah sengaja tangguh giliran – Saksi KEADILAN

RCI pendatang asing Sabah sengaja tangguh giliran – Saksi KEADILAN

(Oleh Aisha Geoffrey)


KUALA LUMPUR 22 FEB: Seorang saksi KEADILAN dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, Dr Chong Eng Leong bimbang gilirannya untuk memberi keterangan sengaja dilewatkan seolah-olah tidak mahu memberi peluang beliau membuka mulut.


dr Chong“Mereka seperti tak mahu saya jadi saksi. Asyik bertangguh, dengan alasan ada ramai lagi sedang menunggu giliran,” katanya kepada Keadilan Daily.


Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN itu sepatutnya memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi sehingga hari ini beliau belum dipanggil.


“Sudah tiga sesi berlalu. Menurut peguam saya, pihak RCI akan memaklumkan bila saya akan dipanggil. Disebabkan itu saya masih belum boleh buat sebarang kenyataan,” katanya.


Chong Eng dipanggil berikutan pendedahannya sebelum ini dalam Suara Keadilan edisi 28 Ogos 2012 berhubung keterlibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganeraan kepada warga Filipina dan Indonesia di Sabah.


Menurutnya, Projek IC Mahathir atau ‘Projek M’ telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.


Beliau turut mendedahkan terdapat 200,000 nama warga asing hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhan 950,000 pengundi berdaftar.


Katanya, hasil projek tersebut, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 orang termasuk generasi kedua dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah.


RCI memulakan sidang pada 14 Januari lalu dengan menampilkan 48 saksi di Kota Kinabalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2013 01:49

Rakyat Sabah pastikan Anwar jadi PM – Bekas Pembantu Menteri Sabah

Rakyat Sabah pastikan Anwar jadi PM – Bekas Pembantu Menteri Sabah

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 22 FEB: Yakin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang diterima semua kaum, membuatkan Pembantu Menteri Sabah, Datuk Yapin Gimpoton memilih untuk menyertai KEADILAN.


Berkongsi kisah di sebalik penyertaan itu, Yapin berkata, kemasukannya dalam KEADILAN untuk bersama-sama menyambung perjuangan Pakatan Rakyat ke Sabah khususnya untuk mengangkat martabat rakyat.


Yapin (kanan) bersama Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah.

Yapin (kanan) bersama Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah.


“Dia adalah satu-satunya pemimpin Melayu tulen, tidak seperti Mahathir (Mohamad). Ketokohannya memimpin negara ada di sebalik maksud setiap pangkal nama yang saya labelkan. Anwar membawa maksud A-Amanat N-Nasional W-Wawasan A-Aman dan R pula untuk Rakyat,” jelasnya.


“Kali ini rakyat Sabah akan pastikan beliau jadi Perdana Menteri ke-7. Kita berdoa apa pun terjadi, tiada yang mustahil jika Tuhan berkehendakkan begitu (Anwar jadi PM),” katanya ketika dihubungi dari sini.


Yapin dan seorang lagi personaliti Sabah – bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum ke negereipada hari pertama Tahun Baru Cina, 10 Februari lalu.


Yapin berkata, beliau turut mengagumi kesepakatan semua parti dalam Pakatan dan ingin turut serta dalam aspirasi pilihan rakyat.


“Saya sokong perjuangan KEADILAN yang bergerak bersama-sama PAS dan DAP untuk membantu rakyat. Dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat hidup sepakat, seperti tiga utas tali dipintal jadi satu, susah untuk diputuskan,” katanya.


Beliau berkata, angin perubahan melanda Sabah pasti membuatkan Umno semakin goyang, akhirnya melenyapkan parti itu dari bumi Sabah.


“Mereka (rakyat) kena buat perubahan, kerana tahun ini jubli emas 50 tahun Sabah Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu. Pastinya rakyat akan menggunakan tahun ini untuk mengubah kerajaan.


“Kali ini rakyat Sabah sendiri akan tutup pintu kepada Umno. Mereka cukup marah dengan Umno kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk dijadikan pengundi. Saya dari kaum Bajau, saya tengok mereka marah sekali dalam isu ini,” ujarnya.


Tambah Yapin, rakyat Sabah kini sedar mereka ditipu dan tidak akan memberi peluang kepada Umno lagi untuk terus ditipu.


“Tidak susah untuk tutup pintu kepada Umno jika rakyat Sabah bersatu hati. Kebanyakan orang Melayu sendiri tolak Umno.


“Umno itu ‘pembuyot’ (penipu), parti mereka mana ada berbilang kaum. Mereka tubuh Kadazan Dayak Murut (KDM) di bawah Umno, sedangkan terang-terang Umno itu hanya untuk Melayu dan Islam kerana Umno itu sudah maksudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,” katanya.


“KEADILAN pula parti berbilang kaum. Sebab itu kita yakin dengan KEADILAN. Pilihan raya kali ini pasti akan berlaku perubahan,” kata bekas ahli parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) itu lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2013 01:02

February 21, 2013

KEADILAN bantu anak muda miliki rumah dengan harga rendah

KEADILAN bantu anak muda miliki rumah dengan harga rendah

(Oleh Arif Juhani)


KUALA LUMPUR 22 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menawarkan Perumahan Strategik dalam Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ sebagai agenda khusus untuk membantu golongan belia segera memiliki rumah.


amk 2Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dalam gagasan ini, rumah mampu milik yang ditawar bagi rakyat berumur 21 hingga 35 tahun bernilai RM200,000 ke bawah.


Pendekatan ini katanya, akan membolehkan rakyat membuat lebih tabungan secara bulanan dan lebih ramai mampu memiliki rumah pada usia muda.


“Isu pemilikan rumah pada usia muda antara fokus utama KEADILAN dan diterjemahkan dalam lima Gagasan Anak Muda.


“AMK meletakkan gagasan ini fokus untuk menolong golongan belia segera memiliki aset rumah sebelum usia mencecah 40 tahun dan berkeluarga.


AMK 1“Melalui skim ini, setiap negeri diwajibkan memperuntukkan tiga hingga empat kawasan perumahan mampu milik oleh anak muda yang berpendapatan RM2,000 ke bawah atau RM4,000 ke bawah bagi yang berkeluarga,” katanya pada Program AMK Bertemu Mahasiswa: Diskusi Anak Muda di Restoran Amjal, dekat Universiti Malaya (UM), Rabu lalu.


Pada 17 Februari lalu, AMK melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).


Penyanyi Yasin Sulaiman dilantik sebagai duta rasmi kempen pilihan raya AMK.


Empat lagi gagasan lain meliputi pemberdayaan pendidikan, kualiti hidup, kesaksamaan politik dan demokrasi dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.


Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah, Chang Kim Loong berkata, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM6,000 sebulan berhadapan kesukaran memiliki rumah ekoran kenaikan harga rumah yang keterlaluan sehingga atas RM200,000 terutama di Lembah Klang.


Berikutan itu, Shamsul berkata, Pakatan Rakyat akan mengambil kaedah pemulihan ekonomi terbaik untuk mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat selepas mengambil alih Putrajaya pada PRU 13.


Turut hadir pada diskusi itu, Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip serta pimpinan mahasiswa dari UM, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 23:27

Pemantau pilihan raya elak penipuan SPR

Pemantau pilihan raya elak penipuan SPR

Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Beliau dipetik sebagai berkata, “Sekiranya motif memberi wang atau hadiah oleh calon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan.” Beliau turut menjustifikasi tafsiran beliau tentang Akta Kesalahan Pilihan Raya berdasarkan bahawa sekiranya sebuah parti didapati melaksanakan kesalahan di bawah akta berkenaan, pihak SPRM tidak boleh mendakwa semua ahlinya.


BersihKenyataan SPRM tersebut amat mengelirukan. Perkara 8, 9 dan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak menyatakan bahawa kelakuan menjamu, mempengaruhi secara tidak wajar, atau merasuah semestinya untuk manfaat seorang calon sahaja sebelum ia menjadi satu kesalahan. Laras bahasa akta adalah jelas, semua perbuatan ini merupakan kesalahan, tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang mendapat manfaat apabila perbuatan dilakukan dengan tujuan untuk mempergaruhi undi sesiapa atau mendorong seseorang untuk tidak keluar mengundi. Justeru, amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah.


Kami juga memandang berat terhadap laporan berlakunya kempen terang-terangan oleh parti-parti politik dan ahli politik sebelum tempoh kempen pilihan raya diumumkan. Bersih 2.0 telah menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka untuk mengundi parti atau calon tertentu. Tambahan pula, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi. Kami di sini ingin mengingatkan parti-parti politik bahawa ini merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM mesti memastikan pelaku kesalahan dipertanggungjawabkan tanpa rasa takut dan memihak. Kami menggesa rakyat untuk mengumpulkan bukti-bukti salah laku pilihan raya dan membuat laporan polis serta mewar-warkannya dalam laman sosial. Sekiranya penyiasatan tidak dilaksanakan sekarang, tindakan undang-undang masih boleh diambil selepas pilihan raya.


Kami berkongsi kebimbangan Bersih Sabah di atas sikap impartial sebuah badan pemerhati pilihan raya yang diberikan akreditasi iaitu Federation of Chinese Associations of Sabah (FCAS). Laporan muka depan akhbar memetik Pemangku Presiden badan berkenaan yang berkempen untuk Barisan Nasional (BN). Kami menggesa semua badan berakreditasi untuk mematuhi piawaian dan amalan antarabangsa bagi pemerhati pilihan raya, termasuk kod perilaku yang diiktiraf yang meletakkan ciri imparsial dan kebebasan sebagai syarat-syarat tanpa kompromi.


Awal tahun ini, Bersih 2.0, MAFREL dan Pusat KOMAS telah melancarkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau), sebuah inisiatif pemantau rakyat. Pemantau bertujuan untuk terus meningkatkan lagi aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihan raya yang bebas dan adil dengan menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU-13 untuk memerhati proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.


Kami telah mula melaksanakan taklimat dan latihan ke seluruh negara dan telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 2,000 orang sukarelawan. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan lebih ramai lagi untuk memantau pilihan raya akan datang dan mendokumen insiden-insiden penipuan dan penyelewengan. Jumlah laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran Parlimen adalah membimbangkan. Justeru, Malaysia memerlukan mata dan telinga warganya demi memastikan hak kita untuk pilihan raya yang bebas dan adil ditegakkan.


Terima Kasih.


Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel)

Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 22:28

KEADILAN selesai jurang pendapatan miskin kaya semua kaum

KEADILAN selesai jurang pendapatan miskin kaya semua kaum

(Oleh Sidiqin Omar)


KUALA LUMPUR 22 FEB: KEADILAN komited selesaikan masalah jurang pendapatan miskin kaya yang membelenggu negara sejak kemerdekaan dan menjadikannya agenda penting parti.


“Ada isu yang masih berulang. 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan paling rendah terdiri daripada orang Melayu, (sedangkan) pimpinan Umno BN bawa pulang tujuh kali ganda pendapatan.


ir“Tinjauan pendapatan isi rumah 2009 menunjukkan Malaysia antara paling teruk di rantau ini. Ia (penyelesaian) harus melangkaui dari pertimbangan kaum,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Umum menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Institut Rakyat di Hotel Empire, di Subang semalam.


Anwar berkata, dasar Umno BN bersifat etnik punca kesenjangan ekonomi melebar, sedangkan KEADILAN berteraskan konsep ‘adil wal-ehsan’ menjurus kepada penyelesaian kepada kumpulan sasar.


“Ini menuntut perubahan ekonomi secara makro dan melibatkan perubahan beberapa dasar utama. Pandangan kita, keadilan tidak kenal kaum atau keturunan untuk mengangkat harkat dan martabat,” katanya.


“Data menunjukkan kita di pihak benar. Pakatan Rakyat mesti elak perkara ini sebaik mendapat kuasa,” kata Anwar menambah, Institut Rakyat berperanan menjadi pendesak berdasarkan kajian, pemikiran dan pandangan yang bebas.


“Meskipun (Institut Rakyat) dikaitkan dengan KEADILAN, peranannya berlainan, iaitu untuk menawarkan analisis kritikal bagi (menegur) pentadbiran tanpa rasa takut, walaupun impaknya bukanlah serta merta,” kata Anwar.


Menyentuh dasar digariskan Institut Rakyat, Anwar mengulas, antara perkara yang mengepung golongan muda negara ini, termasuk dasar pendidikan dan peluang kerjaya.


“Semangat Institut Rakyat yang mengumpul tenaga pakar mahir dengan kelayakan akademik dan pengalaman korporat akan membawa agenda perubahan dan reformasi,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 21:21

PI Bala balik M’sia dengan harapan Pakatan Rakyat menang PRU 13

PI Bala balik M’sia dengan harapan Pakatan Rakyat menang PRU 13

KUALA LUMPUR 22 FEB: Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.


Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


bala“Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.


“Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini,” katanya, menerusi emel kepada Malaysikini.


Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata, orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.


Americk berkata, beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas PI itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.


Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.


Semasa berada di tanahair Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini dan beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 21:00

Ucaptama Anwar pada Konvensyen Pakatan Isnin sarat mesej p’raya

Ucaptama Anwar pada Konvensyen Pakatan Isnin sarat mesej p’raya

KUALA LUMPUR 22 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama mewakili KEADILAN pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, Isnin ini.


Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berucap antara jam 12.40 hingga 1.00 petang.


Perkara itu disahkan Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek.


“Acara dimulakan seawal 10 pagi hingga 1 petang seperti yang jadual dimulakan dengan pengumuman kerusi yang akan dipertandingkan Pakatan Rakyat oleh Pengarah Pilihan Raya setiap parti,” kata Shabrimi kepada Keadilan Daily.


Gambar konvensyen Pakatan Rakyat 14 Januari tahun lalu.

Gambar konvensyen Pakatan Rakyat 14 Januari tahun lalu.


Ucaptama pemimpin PAS dan DAP pula diwakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.


Untuk konvensyen keempat ini, Pakatan Rakyat memilih tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.


Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen itu yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC).


Manisfesto Pakatan Rakyat dengan menggunakan tema tersebut turut akan dibentangkan dalam konvesyen itu nanti.


Menurut Shabrimi, konvensyen kali ini tanpa logo khas sebagaimana tahun-tahun sebelum.


“Konvensyen kali ini tiada logo. Setiap parti menggunakan bendera masing-masing bertujuan menumpu gerak kerja pilihan raya,” jelasnya.


Konvensyen ini dijangka akan disertai oleh hampir 1,000 peserta dari pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.


Ia juga dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin ketiga-tiga parti menuju PRU yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.


Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga.


Berikut adalah jadual penuh konvensyen Isnin ini:






MASA




AKTIVITI





9.00 – 10.00 pagi
Pendaftaran peserta dan minum pagi


10.00 – 10.30 pagi
Peserta dan VIP mengambil tempat


10.30 – 10.45 pagi
Aluan pengerusi & nyanyian Negaraku


10.45 – 10.50 pagi
Bacaan doa


10.50 – 11.20 pagi
Amanat Ketua Jentera Pilihanraya


11.20 – 11.50 pagi
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13


11.50 – 11.55 pagi
Persembahan akustik


11.55 – 12.15 petang
Ucaptama Pimpinan DAP


12.15 – 12.35 petang
Ucaptama Pimpinan PAS


12.35 – 12.40 petang
Persembahan gimik


12.40 – 1.00 petang
Ucaptama Pimpinan KEADILAN


1.00 – 1.05 petang
Bacaan ikrar


1.05 – 1.10 petang
Nyanyian Negaraku


1.10 – 1.15 petang
Bacaan doa



 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 20:39

Anwar kecam serangan samseng Umno terhadap mahasiswa di Pekan

Anwar kecam serangan samseng Umno terhadap mahasiswa di Pekan

KUALA LUMPUR 22 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan samseng Umno ke atas kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedar risalah sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.


sl“Saya kecam serangan kasar dan biadab terhadap mahasiswa di Pekan,” katanya pada twitter.


Gambar samseng Umno Pekan yang terlibat dalam serangan dan ugutan terhadap mahasiswa yang tersebar di internet turut dimuat naik di twitter beliau.


Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu.


Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Pekan.


siswiAntaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.


Semalam, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, serangan tempohari tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata, pihaknya juga tidak serik dan akan kembali ke Parlimen Pekan, selepas pembubaran parlimen.


“Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon,” katanya pada sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman semalam.


Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada polis.


Memorandum itu diserahkan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman, ASP N Kavetha.


samsengBersama memorandum itu, kumpulan pelajar itu turut menyerahkan beberapa keping gambar termasuk wajah 16 individu yang didakwa menyerang mereka.


Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu berkata, beliau meminta polis menjalankan siasatan segera.


“Kita dah buat satu serahan memorandum pada PDRM untuk meminta siasatan dijalankan dengan segera terhadap keganasan yang dibuat pada mahasiswa tempohari.


“Kalau kita nak kata penduduk tempatan, waktu kita pergi rumah ke rumah, penduduk tempatan tak ada masalah. Tapi ketika di bandar Pekan, beberapa individu itu keluar daripada bangunan Umno Bahagian,” katanya lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 19:40

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah 24 Februari (Ahad)

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah 24 Februari (Ahad)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kedah pada 24 Februari ini bagi meneruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat.


Program Anwar yang akan bermula jam 5 petang itu adalah jamuan hi-tea yang akan diadakan di Pekan Tikam Batu, Sungai Petani.


Anwar 2Seterusnya, Anwar dijadualkan solat jemaah dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Kuning, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani.


Seterusnya, pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam, beliau akan menghadiri Malam Irama Ponggal yang akan diadakan di Bandar Baru Sungai Lalang, Sungai Petani.


Sebelah malamnya, bermula jam 9 malam akan diadakan ceramah perdana, Demi Rakyat di Taman Kempas Fasa 2, Sungai Petani.


Manakala acara kemuncak pada malam itu adalah Ceramah Perdana Merdeka Rakyat yang akan diadakan di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian, Ambangan Height, Lembah Jerai bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.


Penceramah pada malam itu yang akan bersama Ketua Pembangkang antaranya, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamruddin, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran serta dua Exco kedah,


Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Hamdan Khatib.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 19:17

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.