Suara Keadilan's Blog, page 583

February 14, 2013

PRU 13: KEADILAN yakin calon wanita menang besar

PRU 13: KEADILAN yakin calon wanita menang besar

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 14 FEB: KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).


Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.


Menurutnya, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.


Wanita“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon lelaki.


“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya kepada Keadilan Daily.


Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.


“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.


“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan, tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.


Dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, lapan calon wanita KEADILAN berjaya memenangi kerusi peringkat Parlimen dan DUN.


Daripada itu, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.


Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN hasil kemenangan lima negeri sekaligus menafikan kemenangan 2/3 Umno BN.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2013 00:35

February 13, 2013

Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu Umno

Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu Umno

(Oleh Aisha Geoffrey)


KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.


“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.


Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.


Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam.

Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong.


“Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban,” kata Nazib.


“Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan,” jelasnya.


Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.


Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.


Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari sama.


Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata ‘No’ bila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 20:20

Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi

Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi

(Oleh Arif Juhani)


KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yakin, kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ diterima baik rakyat ekoran kempen itu membolehkan lebih ramai memiliki kereta pilihan dengan harga mampu milik.


“Saya yakin kempen ini ‘melekat’ dalam minda rakyat kerana saban hari kita mengulangi janji menurunkan harga kereta selepas menawan Putrajaya.


“Rata-rata rakyat menanggung kos sara hidup tinggi, dengan penurunan harga kereta membolehkan mereka fokus untuk memiliki rumah yang selesa,” katanya ketika dihubungi.


Turunkan harga keretaRafizi berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kempen itu digiatkan melalui papan iklan, grafik, edaran pelekat kempen dan manifesto Pakatan Rakyat.


KEADILAN sebelum ini mengedarkan lebih 50,000 pelekat kereta ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pengguna tol di sekitar Lembah Klang sempena perayaan Aidilfitri, disusuli jelajah kempen ke beberapa negeri antaranya, Pulau Pinang dan Sarawak.


Selain pelekat, KEADILAN turut mengubahsuai sebuah kereta yang didermakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai kereta rasmi kempen.


KEADILAN menurunkan harga kereta melalui kaedah penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 19:42

Konvensyen Pakatan 25 Feb medan ‘perang’ PRU 13

Konvensyen Pakatan 25 Feb medan ‘perang’ PRU 13

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 12 FEB: Konvensyen Pakatan Rakyat 25 Februari ini sebagai isyarat ‘perang’ gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek.


Katanya, konvesyen keempat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bakal dihadiri lebih kurang 1,050 perwakilan daripada setiap parti.


LOGO_PAKATAN-300x323“Memandangkan majlis diadakan pada hari bekerja, setiap parti akan hantar perwakilan sekurang-kurangnya 350 peserta. Kita mahu konvensyen kali ini dijadikan isyarat pukulan gendang perang.


“Acara dimulakan seawal 10 pagi hingga 1 petang seperti yang jadual dimulakan dengan pengumuman kerusi yang akan dipertandingkan Pakatan Rakyat oleh Pengarah Pilihan Raya setiap parti,” katanya kepada Keadilan Daily.


Shabrimi berkata, manifesto Pakatan diumum secara terperinci oleh panel khas setiap parti.


“Manifesto akan dikupas oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.


“Selesai semuanya, akan diadakan pula upacara lafaz ikrar perwakilan untuk taat setia dengan perjuangan parti sebelum ditutup dengan ucapan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas Shabrimi.


Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 19:17

Gempar: Deepak bongkar SD 3 pengakuan ‘individu’ diarah bunuh Altantuya

Gempar: Deepak bongkar SD 3 pengakuan ‘individu’ diarah bunuh Altantuya

(Oleh Sidiqin Omar)


KUALA LUMPUR 14 FEB: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.


Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.


Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.


deepak_hrkh2“Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.


“SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor,” kata Deepak.


Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, ‘seseorang’ menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.


Dalam artikel bertajuk ‘Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims’ itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.


Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).


Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan ‘fakta tertentu dan butiran panas’ urusan antara Najib dan Altantuya.


Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.


“Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran,” kata Sivarasa dalam kenyataan.


Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada ‘hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House’.


“Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.


“SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.


“Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.


“Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya,” kata Sivarasa.


Akuan bersumpah pertama & kedua


Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.


Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.


Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.


Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.


deepak najib rosmahBeliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.


Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.


Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.


Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.


Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.


Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.


Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 18:37

BN abai kebajikan anggota, jeneral tentera sokong Pakatan – Anwar

BN abai kebajikan anggota, jeneral tentera sokong Pakatan – Anwar

(Mohd Arif Juhani)


PERAK 14 FEB: Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral bersama pembangkang bagi memastikan

Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dari Umno BN, secara aman.


Antaranya, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B)

Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).


166743_476022435794291_2032451634_nBerucap pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas di sini, Anwar berkata mereka akan hadir program Pakatan pada 16 Februari depan di Kuala Lumpur.


“Mereka bukan sahaja menyokong bahkan memberi jaminan bahawa

peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tenteram.


“Penampilan mereka bertujuan menarik sokongan tentera dan bekas

tentera bersama-sama menyokong Pakatan demi memastikan nasib dan masa

depan lebih cerah untuk semua anggota,” katanya.


485223_476022375794297_904404036_nAntara yang hadir dalam program yang dihadiri 2,000 rakyat itu ialah

Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhd Nur Manuty; Ahli Majlis Pimpinan

Pusat, Mustaffa Kamil Ayub dan Adun Lubuk Merbau, Mohd Zainudin Mohd

Yusof.


Berbanding tentera Bangladesh, kata Anwar, kebajikan tentera Malaysia jauh lebih buruk berikutan kerajaan Umno BN tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan mereka.


“Tidak patut selepas berkhidmat selama 25 tahun, ada bekas tentera terpaksa memandu teksi untuk sara keluarga ekoran kos sara hidup yang tinggi.


“Sudah tiba masanya tentera dan bekas tentera bersama-sama Pakatan

membentuk kerajaan baru yang lebih adil dan telus,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 17:00

Muka baru wakili DUN Penanti, Mansor tanding Nibong Tebal

Muka baru wakili DUN Penanti, Mansor tanding Nibong Tebal

(Nazar Hashim)


PENANTI 14 FEB: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman tidak akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada PRU 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebaliknya, Ketua Umum KEADILAN itu, berkata muka baru diberi peluang dan sokongan rakyat diperlukan bagi mempertahan kerusi berkenaan.


“Bukan saja Penanti akan dipertahan, malah majoriti lebih besar menjadi harapan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.


SONY DSCBeliau demikian pada majlis ramah mesra bersama masyarakat keturunan Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, 12 Februari lalu.


Anwar berkata, Mansor  perlu memberi tumpuan penuh terhadap kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya di Nibong Tebal.


Katanya, usaha menawan kembali Nibong Tebal menjadi keutamaan bagi memastikan KEADILAN mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12.


“Permatang Pasir yang diwakili PAS juga mesti dipastikan menang manakala Seberang Jaya yang diwakili Umno mampu untuk ditawan berdasarkan kepada senario politik terkini,” katanya.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 16:00

Penolakan terbuka rakyat cemaskan Najib, Umno – Anwar

Penolakan terbuka rakyat cemaskan Najib, Umno – Anwar

(Nazar Hashim)


PULAU PINANG 13 FEB: Perdana Menteri patut berasa malu apabila rakyat Pulau Pinang terang-terangan menolak kepimpinannya depan matanya sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Patutnya Datuk Seri Najib (Razak) malu apabila rakyat negeri ini bukan saja berani tetapi bijak untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dengan kejutan yang tidak pernah dijangka,” katanya.


SONY DSCBeliau merujuk kejadian penonton konsert Gangnam Style yang menyatakan ‘No’ sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya ‘Are You Ready For BN’ pada sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang di sini, baru-baru ini.


“Jawapan ‘No’membuktikan rakyat bijak menyatakan pendirian mereka. Bukannya di belakang tapi di hadapan Perdana Menteri,” katanya.


Anwar berkata, Najib harus menyedari penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap kepimpinan Umno BN, bakal menjadi realiti yang berulang pada PRU 13.


Bukan saja Najib, kata Anwar, seluruh kepimpinan Umno BN cemas dengan jawapan berani yang ditunjukkan rakyat Pulau Pinang secara terbuka itu.


SONY DSCKehadiran Anwar pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Awam Seri Nibong, Taman Nipah, Batu Uban disambutan lebih 2,000 rakyat yang tidak berganjak walaupun hujan.


Semangat itu membuktikan rakyat Pulau Pinang mahukan pembaharuan di peringkat persekutuan, bukan semata-mata menerajui beberapa negeri termasuk Pulau Pinang.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 14:00

PRU 13: Wanita KEADILAN perlu sedia berdepan provokasi Umno

PRU 13: Wanita KEADILAN perlu sedia berdepan provokasi Umno

(Nazar Hashim)


PENANTI 14 FEB: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan jentera Wanita KEADILAN supaya bersedia untuk berdepan pelbagai provokasi Umno BN dan menjelang PRU 13.


Presiden KEADILAN itu berkata, ia berikutan PRU 13 bakal menentukan hidup mati Umno BN dan mereka akan mengguna apa jua cara biar termasuk pendekatan ‘by hook or crook‘ untuk menang.


“Kita kena menang di negeri dan Parlimen kita kuasai bagi memperbetul kepincangan yang merosakkan kehidupan masyarakat dI negara ini.


SONY DSC“Tanpa Putrajaya, sukar untuk kita melaksanakan reformasi. Ahli ranting, cabang, negeri dan Pusat mesti bekerja keras bagi memastikan BN tak lagi menguasai politik negara.


“Mahu atau tidak, kita juga mesti bersinting lengan untuk memastikan kemenangan untuk menjejak kaki ke Putrajaya,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis Hi-Tea bersama Wanita Cabang Permatang Pauh di Tanah Liat, Kubang Semang, 12 Februari lalu.


Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan zakat kepada rakyat mereka yang kurang bernasib baik di Permatang Pau

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 13:36

Siaran langsung Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Perak

Siaran langsung Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Perak

PERAK 13 FEB: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Rengas, Perak malam ini.


jelajahDatuk Seri Anwar Ibrahim antara penceramah, selain pimpinan Pakatan Rakyat lain, Dr Mohd Nur Manuty, Lee Boon Chye, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Sivakumar.


Terdahulu, delegasi Jelajah Merdeka Rakyat menyertai acara sambutan Gong Xi Fa Cai anjuran KEADILAN Perak.


Sesi ceramah pula berlangsung Dewan Tokong Cina Bidor, Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh dan Lembah Putera, Kampong Gapis, Padang Rengas antara jam 9 hingga 12 tengah malam.


Untuk menonton siaran langsung, KLIK INI.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 05:44

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.