PRU 13: KEADILAN yakin calon wanita menang besar

PRU 13: KEADILAN yakin calon wanita menang besar

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 14 FEB: KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).


Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.


Menurutnya, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.


Wanita“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon lelaki.


“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya kepada Keadilan Daily.


Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.


“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.


“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan, tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.


Dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, lapan calon wanita KEADILAN berjaya memenangi kerusi peringkat Parlimen dan DUN.


Daripada itu, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.


Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN hasil kemenangan lima negeri sekaligus menafikan kemenangan 2/3 Umno BN.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2013 00:35
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.