Suara Keadilan's Blog, page 2

December 24, 2019

Perutusan Hari Krismas dan Tahun Baru 2020

Tatkala rakan-rakan kita yang menganut Kristian sedang sibuk melakukan persiapan untuk hari besar mereka yakni Hari Krismas, marilah kita memperkukuh kesepaduan dan kesatuan antara kita dan jiran tetangga dengan aktiviti ziarah dan kunjung mengunjung.


Meski Malaysia mutakhir ini dirundung pelbagai isu terkait hubungan antara kaum, ia tidak seharusnya menggoyah iltizam kita dalam pemeliharaan kerukunan dan jamak budaya yang sememangnya antara ciri negara ini yang unik.


Keadilan kepada semua semestinya menunjangi iltizam ini selaras dengan gesaan dalam Psalm 106:3:


“Berbahagialah segala orang yang menegakkan keadilan dan yang berbuat kebajikan pada setiap ketika”.


Tahun baru 2020 juga akan mempersiapkan kita dengan tantangan baru ekonomi global yang berkemungkinan suram tatkala perang dagang antara dua kuasa besar dunia China dan Amerika Syarikat semakin bergejolak yang semestinya akan mengesankan ekonomi kita.


Komitmen kita kepada tatakelola yang baik wajar diberi keutamaan dan peningkatan ke satu tahap yang lebih bermutu untuk semua warga.


Mewakili keluarga besar KEADILAN saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2020 kepada semua rakyat Malaysia.


ANWAR IBRAHIM

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2019 02:17

December 23, 2019

Penjawat awam Selangor terima bonus hari ini

Penjawat awam Selangor akan menerima baki Bantuan Khas Kewangan 2019 yang berjumlah antara RM500 hingga dua bulan gaji hari ini.


Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, baki bantuan khas itu diberi kepada semua penjawat awam berdasarkan Pentunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.


“Sukacita ingin saya maklumkan bahawa baki Bantuan Khas Kewangan tahun 2019 penjawat awam Negeri Selangor mula diagihkan hari ini.


“Bonus sebulan gaji disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu manakala baki antara RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan KPI diagihkan hari ini,” katanya menerusi Facebook.


Sementara itu, Amirudin turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Selangor yang menerima Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam 2019 baru-baru ini.


“Tahniah juga kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dinobat Juara Anti Rasuah 2019.


“Saya harap bantuan khas kewangan ini menjadi dorongan kepada para penjawat awam untuk terus menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti,” katanya.


Dalam pembentangan Belanjawan #Selangor2020 lalu, Amirudin mengumumkan bantuan khas berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM30 juta.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2019 18:48

Bekalan air Selangor kembali pulih

Bekalan air di Selangor mula pulih awal pagi ini apabila bekalan air terawat mula disalurkan pada satu pagi tadi dengan sebahagian kawasan yang terjejas mula menerima bekalan air sejak awal pagi, umum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).


Pemulihan bekalan air akan berlaku secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa 72 jam, kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor Abdul Halem Mat Som dipetik.


“Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah kembali beroperasi sejak pukul satu tengah hari semalam.


“Semasa proses rawatan, pihak Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah membuat pemantauan dan ujian kualiti air secara berkala di LRA dan kolam imbangan.


“Kementerian dan SPAN mengesahkan air yang dirawat mematuhi piawaian kementerian dan tiada bau dikesan pada proses rawatan dan air terawat di kolam imbangan, serta selamat untuk dibekalkan kepada pengguna.


“Buat masa ini kakitangan Air Selangor dalam proses menstabilkan tekanan di jajaran paip utama serta kolam-kolam utama,” kata Air Selangor lagi.


LRA Sungai Semenyih dihenti tugas sepenuhnya pada 21 Disember lalu susulan insiden pencemaran bau itu.


Pada 22 Disember lalu, Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.


“Walau kami merasakan ia berkaitan dengan pembuangan sisa haram tetapi ada juga laporan di media sosial yang mencadangkan ia berpunca daripada sabotaj,” katanya.


Sementara itu, Selangor dilaporkan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam insiden kali ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2019 18:18

Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim hari ini menggesa kedua-dua pihak yang pro atau antitulisan Jawi supaya tidak menganjurkan sebarang sidang bagi meredakan suasana.


Bakal perdana menteri Malaysia kelapan itu gusar jika penganjuran mana-mana sidang berkenaan akan “menghangatkan suhu politik dan kaum”.


“Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.


“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya.


Beliau merujuk kepada kongres kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong di Kajang, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.


Anwar juga menggesa “pertubuhan Melayu lainnya” tidak meneruskan agenda mereka, jika ada.


Anwar juga mengingatkan bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara.


“Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubah suai kepada tulisan Jawi,” katanya.


Justeru, katanya, Ikhtiar kerajaan perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran merentasi budaya.


“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya.


“Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2019 04:03

December 22, 2019

Nik Nazmi: ASB bukan dana ajaib

Amanah Saham Bumiputera (ASB) bukan satu dana ajaib yang kalis kepada situasi semasa ekonomi dunia dan negara, kata Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Menurutnya, pendapatan 5 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit ASB untuk 2019 dengan agihan sebanyak RM9 bilion kepada 10 juta pemegang unit adalah satu kejayaan besar apabila mengambil kira situasi semasa ekonomi.


“Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah, seperti yang dijangkakan, cuba untuk mempolitikkan kemajuan ini dan cuba menyalahkan kerajaan Persekutuan.


“Bagaimanapun, perkara ini mengabaikan hakikat bahawa ekonomi global telah menghadapi rintangan yang ketara tahun ini dan pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan tadbir urus korporat oleh pihak PNB (Permodalan Nasional Berhad).


“Aset di Bawah Pengurusan (AUM) PNB juga melebihi RM300 bilion, dengan kira-kira 90 peratus dilaburkan di dalam Malaysia.


“Sebarang pergerakan besar oleh PNB akan memberi impak besar kepada pasaran saham Malaysia. ASB bukanlah satu dana ajaib yang beroperasi dalam vakum,” katanya dalam kenyataan.


Ketua setiausaha pengelola KEADILAN itu percaya bahawa pengagihan dividen yang tidak berpandukan situasi semasa ekonomi adalah tidak mapan.


“Sama ada kita suka atau tidak, sebagai ekonomi terbuka, Malaysia termasuk dalam ekonomi global dan kita tidak akan mampu sepenuhnya melindungi diri kita daripada arusnya.


“Menjadikan rakyat ketagih kepada dividen yang tidak lestari adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.


PNB pada 18 Disember lalu mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dengan bonus 0.5 sen bagi ASB untuk 2019.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2019 19:12

December 19, 2019

Amirudin seru penjawat awam kekal aktif bersukan

Menteri Besar, Amirudin Shari menyeru penjawat awam di Selangor agar terus bersukan demi kesihatan dan kecergasan mental dan fizikal.


Kesihatan dan kecergasan katanya, dapat menyumbang kepada produktiviti di tempat kerja di samping mengatasi masalah kegemukan yang menjadi punca pelbagai penyakit.


“Bagi penjawat awam, kesihatan dan kecergasan adalah suatu yang penting selain ia adalah faktor melaksanakan tanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih efisyen, inovatif, kreatif dan produktif.


“Penjawat awam tidak bersukan atau yang kerap sakit pastinya akan gagal menyampaikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan lebih efisien,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Penutup Kejohanan Sukan Pejabat Tanah dan Daerah Selangor (PETANDA) Kali Ke-13 2019, di Ideal Convention Centre Shah Alam, malam tadi.


Menurut Amirudin, kegiatan sukan seperti PETANDA mampu menjalin kerjasama erat di kalangan kakitangan dan meningkatkan persefahaman walaupun mereka bertugas di daerah berlainan.


Amirudin juga menyampaikan penghargaan kepada tuan rumah kejohanan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat di atas kejayaan penganjuran PETANDA kali ini, lapor Selangorkini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2019 19:27

Yusmadi dipilih ketuai kaukus Dewan Negara

Senator Yusmadi Yusoff dilantik sebagai pengerusi Kaukus Dewan Negara selepas dipilih sebulat suara dalam mesyuarat kali pertama kaukus itu hari ini.


Yusmadi berkata timbalan pengerusi Kaukus pula disandang oleh Senator Mohd Suhaimi Abdullah.


Beliau berkata mesyuarat pada hari ini telah menetapkan terma rujukan sebagai hala tuju kaukus iaitu berperanan sebagai badan rundingan dan inkuiri terhadap isu-isu semasa dan permasalahan rakyat secara lebih efektif.


“Ia juga berperanan menerajui dan meneruskan usaha reformasi Dewan Negara, memperkasakan peranan ahli Dewan Negara dalam diplomasi parlimen dan memberi fokus kepada pembangunan kapasiti ahli Dewan Negara,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur.


Katanya, terma rujukan Kaukus Dewan Negara itu selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pelaksanaan reformasi Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia.


“Kaukus ini menjadi satu wadah untuk melanjutkan usaha reformasi Dewan Negara seperti mana kami telah lakukan sebelum ini melalui Jawatankuasa Kerja Reformasi.


“Kaukus ini juga sebagai wadah untuk membina kapasiti rakan-rakan senator iaitu dari segi program latihan, bengkel dan sebagainya agar rakan-rakan senator dan pegawai-pegawai di Dewan Negara dapat bersama-sama berkembang dan menjadikan Dewan Negara lebih berprestij,” katanya.


Mohd Yusmadi berkata dengan tertubuhnya kaukus berkenaan, Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara yang dipengerusikan olehnya dibubarkan serta-merta dan agenda reformasi itu diteruskan melalui kaukus berkenaan.


“Kita tidak mahu banyak sangat jawatankuasa, kebanyakan yang terlibat adalah senator yang sama dan kaukus ini lebih rasmi dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara” katanya memetik Bernama.


Pada Isnin, Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhnya sebuah Kaukus Dewan Negara iaitu yang pertama di negara ini.


Keahlian kaukus terdiri daripada 13 ahli senator iaitu Senator Mohd Yusmadi, Senator Datuk Mohd Suhaimi, Senator Datuk Paul Igai, Senator Datuk Ismail Yusop, Senator Datuk Razali Idris, Senator Nga Hock Cheh, Senator Datuk Theodore Douglas Lind, Senator Datuk Ismail Ibrahim, Senator Datuk Dr S Ananthan, Senator Datuk Lee Tian Sing, Senator Asmak Husin, Senator Raj Munni Sabu dan Senator Adrian Lasimbang.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2019 04:18

December 18, 2019

Saifuddin rakam takziah kepada keluarga duta

Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah merakankan ucapan takziah kepada keluarga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam yang meninggal salam.


“Terkejut dan amat sedih atas permergian Allahyarham Tuan Yang Terutama Ismail Salam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei awal pagi tadi.


“Sempat berbual dengan beliau Oktober lepas. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama golongan beriman & memberi kekuatan kpd keluarga beliau. Al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitter.


Ismail Salam meninggal dunia pagi semalam selepas pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.


Ismail berusia 51 tahun.


Abang Allahyarham, Abu Yamin Salam berkata allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.33 pagi selepas pengsan di kediamannya kira-kira 6.30 pagi.


“Jenazah pada masa ini berada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan,” katanya.


Jenazah dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan.


Ismail, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.


Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2019 22:06

Sumpah laknat Najib undang sindiran Akmal

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir mempelawa bekas perdana menteri, Najib Razak untuk turut bersumpah laknat menafikan penglibatannya dalam skandal 1MDB.


Pelawaan itu diajukan Akmal susulan kesanggupan Najib Razak melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


Mahkamah sebelum ini  menetapkan 20 April depan bagi mendengar permohonan bekas polis, Azilah Hadri untuk menyemak sabitan membunuh Altantuya ke atasnya.


“Tapi alang-alang @NajibRazak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.


“Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak…,” tulisnya di Twitter petang ini.


Akmal yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata demikian sambil melampirkan tangkap layar kenyataan Najib berkenaan cadangannya melakukan sumpah laknat.


Terdahulu Najib – yang kini dibicarakan atas lebih 40 tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram – memberitahu beliau akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.


Bekas anggota elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mengaku membunuh Altantuya atas arahan Najib yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.


Dakwaan itu dibuat melalui satu perakuan bersumpah (SD) yang dilihat sebagai usaha memohon agar sabitan hukuman mati diputuskan mahkamah disemak semula.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2019 03:15

December 17, 2019

Fahmi MP pertama bentang kad laporan prestasi

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjadi anggota Parlimen pertama membentangkan kad laporan prestasi bagi kawasan parlimen yang diwakilinya.


Laporan tersebut menggariskan 10 pencapaiannya dalam 2019 sewaktu menggalas amanah sebagai wakil rakyat selepas memenangi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.


Ia juga turut menggariskan enam pencapaiannya selaku anggota Parlimen di Dewan Rakyat serta fokus beliau bagi 2020 untuk pengundi Lembah Pantai.


Pengarah Komunikasi KEADILAN itu berkata, antara pencapaiannya termasuk melaksanakan projek tabung makanan dan program ‘Ikan Segar Harga Berpatutan’ untuk bantu golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.


“Pencapaian lain termasuk mengembalikan nama warisan Kampung Kerinchi, perluasan perkhidmatan bas percuma GoKL dan mengembangkan Program Tuisyen Rakyat termasuk kelas Bahasa Inggeris secara percuma,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Kerinchi, semalam.


Katanya untuk fokus tahun depan satu pusat kerja yang dinamakan Pusat Kerja Lembah Pantai akan diwujudkan bagi membantu penduduk yang tinggal dan bekerja di Lembah Pantai.


“Di kawasan ini terdapat kira-kira 200 syarikat yang boleh menawarkan pekerjaan dan latihan kepada penduduk setempat. Ini bagi membantu mereka yang tinggal di kawasan ini boleh turut bekerja di sini tanpa keluar,” katanya.


Fahmi turut menyasarkan untuk membina satu lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR), pembukaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan 100 perpustakaan mikro di kawasan itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2019 20:00

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.