Suara Keadilan's Blog, page 5

December 7, 2019

‘Peranan wanita bukan sekadar bancuh kopi’

Kedudukan wanita harus diangkat agar mereka boleh memainkan peranan yang sama dengan lelaki dalam bersama-sama membangunkan negara.


Naib Ketua Wanita KEADILAN Sangetha Jayakumar berkata, peranan wanita bukan sekadar pembancuh kopi malah lebih daripada itu.


“Wanita perlu diberi kedudukan yang setaraf, mereka perlu diberikan peranan yang sewajarnya,” katanya ketika sesi penggulungan Kongres Nasional KEADILAN Ke-14 di MITC, hari ini.


Oleh itu, Sangetha meminta semua pihak agar tidak memandang rendah peranan wanita kerana mereka telah banyak memainkan peranan penting dalam memajukan negara.


“Hari ini saya tak akan biarkan (wanita direndahkan) . Wanita harus di arus perdanakan,” tegasnya.


Dalam pada itu beliau meminta agar semua pihak bersatu padu dalam parti supaya agenda mereformasikan negara dapat dijalankan.


“Kita meminta semua berganding bahu, perlu lebih fokus dalam membantu rakyat,” katanya.


Kongres kali ke-14 ini berlangsung dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi.


Kongres ini menarik kehadiran 1,905 orang perwakilan dan lebih 1,500 orang pemerhati.


Kongres yang berlangsung Jumaat lalu berakhir tengah hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 19:38

Akmal seru pendekatan berpinsip, jujur dan berfakta dalam parti

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir menyeru ahli-ahli KEADILAN agara menggunakan pendekatan yang berprinsip, jujur dan berfakta dalam disiplin berparti.


”Kita nampak rasuah, kita perangi. Tapi cegah berdasarkan maklumat dan fakta.


”Kita jangan ambilnya remeh kerana itu akan menghalalkan banyak perkara yang tidak baik,,” katanya dalam penggulungan ucapan dasar presiden KEADILAN di Kongres Nasional KEADILAN 2019, pagi ini.


Justeru, anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau sudah menerbitkan rekod kehadiran mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat AMK untuk penilaian ahli-ahli parti.


”Dalam menguruskan displin organisasi berkaitan dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat AMK, kami kongsikan kehadiran dalam Kongres.


”Biar anggota di bawah nilai sendiri,” katanya.


Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk memecat pimpinan AMK dengan rekod kehadiran mesyuarat yang buruk.


”Saya akui terdapat pimpinan AMK pusat yang tidak pernah hadir mesyuarat selama setahun.


”Saya rasa empat lima orang ini tidak lagi berminat untuk menjadi pimpinan.


”Maka saya akan usulkan agar mereka ini digugurkan dari jawatan,” katanya.


Kongres kali ke-14 ini berlangsung dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi.


Kongres ini menarik kehadiran 1,905 orang perwakilan dan lebih 1,500 orang pemerhati.


Kongres yang berlangsung Jumaat lalu berakhir tengah hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 19:16

Demokrasi garis tipis antara autokratik, anarki

Prinsip yang membezakan KEADILAN dengan parti-parti lain adalah amalan demokrasi yang mengakar sehingga ke peringkat akar umbi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohamad Akin.


Timbalan Menteri Industri Utama itu menegaskan sejak awal penubuhan, usaha pendemokrasian dimulakan sesuai dengan hasrat mengukuhkan asas-asas demokrasi dalam negara dan membina kematangan penggerak parti.


“Untuk mengelola parti dan negara melalui jalan autokratik sangat mudah dengan hanya ugutan, ancaman dan wang.


“(Tapi) tuan-tuan sudah saksikan sepanjang dua dasawarsa bagaimana presiden telah beri ruang untuk nyatakan pandangan, desakan, dan permintaan walaupun kadang-kadang bertentangan dengan kehendaknya sendiri,” kata anggita Parlimen Hang Tuah Jaya itu.


Jelasnya, ada garisan tipis yang membolehkan demokrasi bertukar jadi autokratik atau anarki.


“Dalam konteks pemerintahan, kepimpinan yang mengambil jalan kekerasan akan menjerumuskan negara ke arah despotisme.”


“Tapi jika terlalu berlembut, negara akan jadi huru-hara membawa kepada anarki,” katanya.


Menurut beliau, menggunakan jalan demokrasi amat sukar dan memerlukan kebijaksanaan luar biasa, tapi telah dizahirkan presiden dengan begitu baik.


Namun katanya, kesabaran beliau dimanipulasi untuk kepentingan peribadi kelompok tertentu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 18:53

KEADILAN parti terbaik bina muafakat

Sejarah telah membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), parti terbaik untuk membina muafakat, demikian menurut Setiausaha Pengelola parti, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Bercakap pada sesi penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan ke-14 di MITC hari ini, Nik Nazmi berkata meskipun parti mengalami ‘pasang surut suhunya’ tapi parti tetap utuh sehingga hari ini.


“Sejarah telah membuktikan lihatlah hari ini kita telah berusia 20 tahun.


“Dulu mereka kata kita parti nyamuk tapi hari ini tiada parti yang pelbagai kaum berjaya di negara ini melainkan KEADILAN,” katanya.


Justeru beliau menggesa semua pihak dalam KEADILAN agar kekal fokus bersatu dalam parti agar agenda membantu rakyat dapat direalisasikan sepenuhnya.


“Apa rakyat nak tengok di masa sekarang adalah soal kesenjangan antara kaya dan miskin ia mesti di atasi bukan soal Melayu, Cina , India , Sabah Sarawak ini soal rakyat.


“Rakyat nak tengok gaji semakin naik, jadi rapatkan perpaduan sesama kita,” katanya.


Kongres kali ke-14 ini berlangsung dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi.


Kongres ini menarik kehadiran 1,905 orang perwakilan dan lebih 1,500 orang pemerhati.


Kongres yang berlangsung Jumaat lalu berakhir tengah hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 18:41

Kerajaan boleh tumbang angkara rasuah

Masalah dalam negara ini berpunca daripada tindakan pemimpin yang memilih orang-orang di sekitar mereka demi mengekalkan kuasa dan wang, kata perwakilan Kuala Lumpur, Che Zam Hamzah.


Jelasnya, inilah yang menyebabkan Umno-BN tumbang daripada tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun, dan tidak mustahil kerajaan kini juga boleh tumbang atas sebab yang sama.


“Kenapa kita sayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sebab dia ditahan kerana melawan rasuah.


“Deklarasi Permatang Pauh dengan jelas menyatakan rasuah adalah musuh kita, tapi sekarang ada bibit-bibit itu,” tegurnya.


Katanya, rasuah mesti ditolak secara total, dan jika ada pemimpin yang didapati terlibat dengannya, mereka juga perlu ditolak.


“Apa guna sahabat-sahabat kita yang mati dalam kemiskinan kerana perjuangkan agenda ini?” soalnya, membangkitkan perjuangan ahli-ahli lama parti yang berjuang melawan rasuah sehingga akhir hayat mereka.


Che Zam Hamzah berucap demikian semasa membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 00:38

Nilai kebersamaan perlu dihayati semua anggota

Anggota KEADILAN perlu menghayati nilai kebersamaan dan kekitaan bagi memantapkan parti.


Perwakilan Negeri Sembilan, Zainal Fikri Abdul Kadir berkata, dengan pemantapan nilai berkenaan ia akan menjadikan parti sukar diganggu gugat sama ada dari luar mahupun  dalam.


“Sikap ini perlu ditanam untuk memperkuatkan parti, bagi saya kita mesti merasa kebersamaan semua ahli parti, saya pasti jika kita ada sikap ini parti sukar dijatuhkan,” katanya.


Katanya, selama ini sikap berkenaan menjadikan KEADILAN parti yang kuat hinggakan mempunyai 50 buah kerusi Parlimen hari ini.


“Kita kini telah jadi parti dominan, jadi sikap ini perlu ditanam selain nilai toleransi dan pemerdayaan kelebihan kepakaran,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.


Kongres kali ke-14 ini berlangsung dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Melaka International Trade Centre (MITC).


Kongres ini menarik kehadiran 1,905 orang perwakilan dan lebih 1,500 orang pemerhati.


Ia akan berakhir esok, 8 Disember 2019.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 00:31

Atasi kemiskinan dengan pendidikan

Pendidikan adalah senjata ampuh yang boleh membasmi kemiskinan dengan mengurangkan jumlah wanita yang tertinggal dalam arus perdana pendidikan.


Perwakilan Perlis, Gan Ay Ling berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif penting apabila mengusulkan usia perkahwinan minimum dinaikkan kepada 18 tahun.


“KPWKM menggubal dasar kita harus meningkatkan usia perkahwinan kepada minimum 18 tahun,” katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan itu berkata, pendidikan juga bakal mengatasi banyak isu lain termasuk keselamatan makanan, juga cabaran-cabaran baru dalam Revolusi Industri 4.0.


Katanya, pendidikan sama rata untuk semua warga adalah penting terutamanya dalam zaman ini.


“Kita adalah orang hebat yang bercakap tentang idea. Kita bukan orang kecil yang bercakap tentang orang lain,” katanya lagi.


Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 00:10

AMK: Memimpin sewaktu berkuasa amat mencabar

Memimpin parti sewaktu KEADILAN berkuasa memerintah negara adalah satu tanggungjawab yang amat mencabar.


Pendapat itu disuarakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman yang berpengalaman dalam sayap pemuda parti di bawah empat orang ketua AMK.


Menurutnya, ia jelas terzahir menerusi kekecohan sewaktu Kongres AMK semalam yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kongres sebelum ini.


“20 tahun dahulu kita tiada kuasa, pangkat dan kedudukan.


“Bukan mudah menjadi ketua dalam keadaan kita berkuasa.


“Saudara Akmal (ketua AMK), dia berjaya urus AMK sehingga kongres selesai,” katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden KEADILAN dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.


Sementara itu, Syed Badli Shah turut mengutuk kekecohan semalam yang menurutnya adalah “politik gangsterisme” yang bukan “budaya Parti Keadilan Rakyat”.


Kongres Nasional Tahunan AMK semalam menyaksikan pergaduhan antara perwakilan parti yang hadir dengan pemuda berbaju hitam yang dikatakan hadir sebagai “pemerhati”.


Situasi tegang bermula pada lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan apabila beberapa orang perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam yang tidak memiliki pas dikatakan dibenarkan masuk.


Sekitar tengah hari, pergaduhan tercetus sekali lagi di dalam bangunan MITC, tempat kongres berlangsung, sebelum melarat ke luar dewan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2019 00:07

December 6, 2019

KEADILAN angkat martabat Orang Asal

KEADILAN merupakan sebuah parti yang melayan semua kaum dan etnik di negara ini secara saksama dan sama rata, kata perwakilan Pahang, Yusri Ahon.


Yusri yang juga merupakan Orang Asal berkata, ia berbeza sama sekali dengan Umno yang membeza-bezakan kaum di negara ini.


“Kalau dilihat apa terjadi kepada Orang Asal mereka disodok oleh Umno.


“Lihatlah pada 2008 KEADILAN rampas Selangor dan mereka tubuhkan Badan Bertindak Orang Asal.


“Inilah KEADILAN – bukan hanya kaum Melayu, Cina, India tetapi Orang Asal juga mereka hormati, suara mereka diangkat,” katanya ketika berucap  membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.


Menzahirkan rasa sebak Yusri berkata, beliau amat terharu diberi peluang untuk berucap di pentas kongres kali ini.


“Saya ini kali pertama diberi peluang berucap dihadapan orang ramai, kita tidak pernah melihat Orang Asal diberi peluang di Persidangan Umno, terima kasih kongres,” katanya.


Kongres Nasional KEADILAN 2019 sedang berlangsung dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Melaka International Trade Centre (MITC).


Kongres ini menarik kehadiran 1,905 orang perwakilan dan lebih 1,500 orang pemerhati.


Ia akan berakhir esok, 8 Disember 2019.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2019 23:50

Kelestarian alam sekitar perlu jadi agenda utama pentadbiran

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan digesa menjadikan amalan kelestarian alam sekitar sebagai antara agenda utama pentadbiran mereka.


Perwakilan dari Selangor, Dr Shathiskumar Govindaraju berkata, mengambil contoh kerajaan Selangor yang mengambil langkah drastik bagi memelihara kelestarian alam sekitar antaranya menerusi kempen ‘tanpa plastik beg’.


“Ini perlu dijadikan antara agenda utama, agar alam sekitar kita sentiasa terpelihara demi kelangsungan anak bangsa,” katanya.


Katanya, agenda kelestarian alam sekitar juga menjadi agenda utama dunia ketika ini sewaktu dunia menyaksikan peningkatan suhu dunia akibat daripada pelepasan karbon dioksida yang tinggi.


“Langkah-langkah yang seharusnya juga diambil bagi memastikan flora dan fauna kita terjaga,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2019 23:44

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.