Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim hari ini menggesa kedua-dua pihak yang pro atau antitulisan Jawi supaya tidak menganjurkan sebarang sidang bagi meredakan suasana.


Bakal perdana menteri Malaysia kelapan itu gusar jika penganjuran mana-mana sidang berkenaan akan “menghangatkan suhu politik dan kaum”.


“Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.


“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya.


Beliau merujuk kepada kongres kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong di Kajang, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.


Anwar juga menggesa “pertubuhan Melayu lainnya” tidak meneruskan agenda mereka, jika ada.


Anwar juga mengingatkan bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara.


“Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubah suai kepada tulisan Jawi,” katanya.


Justeru, katanya, Ikhtiar kerajaan perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran merentasi budaya.


“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya.


“Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2019 04:03
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.