Sumpah laknat Najib undang sindiran Akmal

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir mempelawa bekas perdana menteri, Najib Razak untuk turut bersumpah laknat menafikan penglibatannya dalam skandal 1MDB.


Pelawaan itu diajukan Akmal susulan kesanggupan Najib Razak melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


Mahkamah sebelum ini  menetapkan 20 April depan bagi mendengar permohonan bekas polis, Azilah Hadri untuk menyemak sabitan membunuh Altantuya ke atasnya.


“Tapi alang-alang @NajibRazak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.


“Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak…,” tulisnya di Twitter petang ini.


Akmal yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata demikian sambil melampirkan tangkap layar kenyataan Najib berkenaan cadangannya melakukan sumpah laknat.


Terdahulu Najib – yang kini dibicarakan atas lebih 40 tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram – memberitahu beliau akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.


Bekas anggota elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mengaku membunuh Altantuya atas arahan Najib yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.


Dakwaan itu dibuat melalui satu perakuan bersumpah (SD) yang dilihat sebagai usaha memohon agar sabitan hukuman mati diputuskan mahkamah disemak semula.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2019 03:15
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.