Suara Keadilan's Blog, page 580
February 16, 2013
Usir Xenophon, bekas PM Australia mahu Canberra bertegas
Usir Xenophon, bekas PM Australia mahu Canberra bertegas
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengkritik penahanan senator Australia Nick Xenophon di Malaysia dan mahu Canberra tegas mengenai isu itu.
“Menahan mana-mana ahli parlimen Australia, dengan cara Senator Xenophon ditahan tidak boleh diterima,” kata Rudd kepada saluran berita Australia, Sky News hari ini.
“Kita teguh dengan demokrasi, oleh itu kita perlu tegas dengan rakan kita di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
“Beliau adalah ahli parlimen Australia yang dilantik dan seharusnya dilayan dengan hormat,” kata Rudd yang dipetik laman The Malaysian Insider.
Sementara itu, Nick Xenophon berkata, beliau percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.
Senator Australia itu ditahan selama 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
“Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia,” katanya dipetik Malaysiakini.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Delegasi itu dijadual bertemu Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.
Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon.
Situasi di Lahad Datu: Apakah Hishamuddin tidur? – Azmin
Situasi di Lahad Datu: Apakah Hishamuddin tidur? – Azmin
KUALA LUMPUR 17 Feb: KEADILAN menyatakan kebimbangan serius tentang perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah, berhubung serangan sekumpulan 100 lelaki bersenjata yang mendakwa waris kesultanan Sulu.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mempersoal kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menangani situasi hingga memberi ruang kepada konflik tersebut.
“Jika laporan itu benar, soalan kemudiannya mengapa situasi itu tidak disedari hingga sekarang? Apakah menteri dalam negeri tidur semasa kerja hingga agensi perisikan kita tidak dapat memberi amaran awal supaya tindakan pembetulan mungkin dapat diambil?
“Mengapa kita biarkan keadaan menjadi buruk hingga kita perlu berunding dengan pemberontak bersenjata? Pasukan keselamatan kita perlu menguasai keadaan sekarang dan orang-orang ini sepatutnya melucutkan senjata ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut membidas tindakan penahanan dan penghantaran pulang Senator Asutralia, Nick Xenophon semalam, sedangkan KDN leka terhadap ancaman sebenar negara.
“Menteri Dalam negeri mesti menjawab isu keselamatan ini dengan serius. Daripada membodohkan diri dengan menggelar Nick Xenophon ‘musuh negara dan mengancam keselamatan negara. Menteri Dalam Negeri sepatutnya lebih fokus kepada ancaman sebenar keselamatan negara kita,” ujarnya.
Pada Selasa lalu, pihak keselamatan mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan lengkap bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu.
Lebih 100 anggota kumpulan militan dari selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Semalam, polis dalam kenyataan berkata, mereka dalam proses mengusir pulang kumpulan penceroboh berkenaan yang kini dikepung di Kampung Tanduo selepas rundingan ditamatkan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilapor berkata, tumpuan kini diberikan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal.
Anak muda teruja kehadiran Anwar di Uptown Danau Kota
Anak muda teruja kehadiran Anwar di Uptown Danau Kota
KUALA LUMPUR 17 FEB: Kunjungan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uptown Danau Kota tengah yang sesak dengan pengunjung khususnya golongan muda pada hujung malam minggu, tengah malam tadi menarik perhatian ramai.
Ia berikutan kedatangannya itu tanpa sebarang protokol dan mudah didekati biarpun Anwar pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terkenal di peringkat antarabangsa.
Orang ramai khususnya anak muda, baik lelaki mahupun perempuan begitu teruja dengan kehadiran Ketua Umum KEADILAN itu berikutan mereka menganggap Anwar sebagai ikon mereka.
Tidak seperti pemimpin Umno BN yang angkuh dan sombong, Anwar yang berpakaian simple pula tidak keberatan untuk beramah mesra dan melayan permintaan pengunjung Uptown itu untuk bersalaman mahupun bergambar.
Kira-kira sejam sebelum itu, Anwar berceramah di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa bersama-sama empat bekas pegawai tertinggi tentera berpangkat jentera sempena Jelajah Merdeka Rakyat.
Sebahagian turut mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar manakala segelintir yang terlepas peluang itu meluahkan kehampaan di media sosial terutama twitter.
Ini bukan pertama Anwar muncul di khalayak ramai tanpa protokol, bahkan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga kerap melakukan demikian, antaranya mengunjungi pasar malam Kampung Baru tidak lama dahulu.
Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi
Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi
(Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.
“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.
“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.
“Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.
Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007.
“Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar. Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah.
“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu mentero jawab, saya cabar jawab,” katanya.
Siaran langsung ceramah beberapa bekas jeneral ATM bersama Anwar
Siaran langsung ceramah beberapa bekas jeneral ATM bersama Anwar
KUALA LUMPUR 16 FEB: Beberapa bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Jeneral (B) menyampaikan ucapan di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa di sini hingga 12 tengah malam ini yang boleh dikuti secara langsung.
Antaranya ialah Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan pidato selepas semua bekas pegawai tertinggi ATM itu selesai menyampaikan ucapan masing-masing.
Untuk tonton, KLIK INI.
Halang senator Australia bukti pilihan raya tak akan telus – Anwar
Halang senator Australia bukti pilihan raya tak akan telus – Anwar
(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 16 Feb: Tindakan menghalang Senator Australia, Nick Xenophon ke Malaysia bukti Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengecam penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pagi tadi yang jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi.
“Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya. Sesiapa saja mempunyai kebebasan sebagai Ahli Parlimen untuk pergi ke Australia, Indonesia, Belanda dan mana-mana negara sebagai pemerhati bebas.
“Tetapi mengapa Malaysia terutamanya Najib begitu takut dengan kehadiran beliau? Ini satu penyalahgunaan kuasa.
“Apa yang salahnya? penjenayah di Sabah (Amalilio) menipu melibatkan RM900 juta dilindungi, tetapi Xenophon yang hanya mahu memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dipaksa pulang ke Australia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Batu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jinjang Selatan.
“Ini trend yang jelas menunjukkan Umno BN tidak bersedia untuk membuat proses yang telus dalam PRU akan datang.
“Mengapa risau? Ia adalah kerana ada sesuatu yang cuba disembunyikan mereka. Contohnya seperti akses kepada media, kamu tidak boleh menghalang kebenaran bahawa media tidak mendapat akses yang sewajarnya,” ujarnya.
Mahasiswa GM 13 akan kembali ke Pekan untuk kempen fasa ke-2
Mahasiswa GM 13 akan kembali ke Pekan untuk kempen fasa ke-2
(Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 16 FEB: Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) akan kembali berkempen di Parlimen Pekan walaupun menerima gangguan dari samseng Umno, kata Pengerusinya, Syis Abdul Kader
Tanpa menyebut tarikh secara tepat, beliau menyifatkan kepulangan mahasiswa dari Pekan semalam sebagai persediaan untuk mengatur strategi fasa kedua pilihan raya di parlimen berkenaan.
“Umno BN guna politik samseng, jadi kami putuskan untuk kembali ke Lembah Klang dan bincang secara serius strategi hadapi politik tak matang ini” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Menegaskan bertumbuk dan berparang bukan budaya Islam, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu, berkata mereka juga membuat penerangan kejadian yang berlaku di Pekan melalui hebahan media internet dan risalah.
“Kami datang dengan politik idea sebagai menghormati kemurnian perlembagaan dan demokrasi parlimen yang mungkin Perdana Menteri terlupa ajar pada anak buahnya di Pekan.
“GM13 komited mendapatkan sokongan rakyat bagi membantu mahasiswa pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukhari yang menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu menganggap cabaran sepanjang berada di Pekan, berguna untuk rangka kempen fasa kedua.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.
Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
Catatan mahasiswa: Adam Adli dicekik, baju & tudung siswi ditarik samseng Umno di Parlimen Pekan
Catatan mahasiswa: Adam Adli dicekik, baju & tudung siswi ditarik samseng Umno di Parlimen Pekan
Pada 15 Februari 2013, sekitar jam 11 pagi, seramai 50 orang mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) menuju ke Sungai Miang, DUN Peramu Jaya untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra bersama penduduk di sana dan aktiviti edaran Surat Harapan Mahasiswa.
Namun, kami telah dihalang oleh penduduk kampung dengan sekatan jalan raya dan pihak kami tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Walaupun rundingan telah dibuat beberapa kali, namun mereka tetap berkeras untuk tidak membenarkan pihak kami daripada memasuki kawasan Sungai Miang.
Oleh demikian, pihak kami akur dengan keputusan itu untuk beredar secara damai.
Sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat, kami telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Masjid Ketapang, Masjid Kg Padang Polo dan Masjid Besar Pekan Lama. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar Surat Harapan Mahasiswa dan risalah mahasiswa ke tiga masjid tersebut.
Tiada sebarang provokasi dan kekacauan yang berlaku, malah masyarakat di masjid tersebut menerima dengan baik risalah yang kami edarkan dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada kami semua.
Edaran risalah berjalan dengan lancar di semua masjid tersebut.
Selepas itu, sekitar jam 3 petang, kami berkumpul berpusat di Masjid Besar Pekan Lama untuk terus menuju ke bangunan Mara,berhadapan dengan Pasar besar bandar Pekan.
Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa dan Surat Harapan Mahasiswa kepada penduduk setempat.
Salah satu kumpulan kami yang terdiri daripada Adam Adli, Mohd Bukhairy, Shukri Kamarudin dan beberapa yang lain telah ditahan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang dilihat datang dari Bangunan Umno bahagian Pekan dan salah seorang daripada mereka memakai baju yang tertera ‘Pejabat Ahli Parlimen Pekan’ dan berlogo 1Malaysia.
Risalah kami telah dirampas, lalu mereka terus membakar risalah yang dirampas itu dan mereka meninggikan suara kepada kami.
Mereka juga menarik serta mencekik Adam Adli secara kasar.
Kami tidak diberi ruang untuk menerangkan idea dan agenda kami, malah telefon bimbit dan kamera kami turut cuba dirampas ketika kami ingin merakamkan kejadian yang berlaku. Kami terus ditengking dan dihalau oleh mereka dengan kata-kata, “Jangan hina PM kami!!”
Kemudian kami semua berkumpul dihadapan bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Pekan. Dua orang mahasiswa iaitu Mohd Alif Asyraf dari UPSI dan Ahmad Saufi dari KUIS telah dirampas dompetnya.
Mereka dengan jumlah hampir 100 orang telah mengepung, memaki dan menjerit di hadapan kami, mendesak kami untuk terus balik ke Kuala Lumpur dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Ini tempat PM kami, kami akan jaga dan kawal tempat ini. Korang semua boleh berambus!”.
Selepas itu, beberapa orang mahasiswi, antaranya Fatehah Ahmad dari UPM dan Noor Afifah Jamaludin dari UM telah ditarik tudung dan baju mereka oleh samseng tersebut untuk merampas risalah yang ada pada tangan mereka.
Kehadiran dua orang anggota polis, tidak mampu membuat apa-apa. Ekhsan Bukharee dari Unisel dan Sheikh Omar dari UniKL turut dikasari dengan ditumbuk di bahagian kepala dan di tendang di kaki oleh beberapa orang samseng yang dilihat datang secara berkumpulan dari Bangunan Umno Bahagian Pekan yang berada berhampiran dari tempat kejadian.
Salah seorang daripada mereka juga telah mengarahkan kami untuk membuka salah sebuah kereta siswa yang telah diekori mereka dan mereka telah merampas dua buah kotak risalah serta Surat Harapan Mahasiswa dan semua risalah serta surat tersebut telah dibakar oleh mereka.
Kami terus didesak untuk keluar dari Parlimen Pekan dan mereka terus nekad untuk mendesak kami keluar dari Pekan pada hari ini juga. “Aku tak nak tengok kau kat Pekan ni lagi, berambus bodoh!” kata salah seorang dari mereka. Selepas dikepung oleh samseng-samseng itu selama hampir dua jam, maka kami terus bergegas ke tempat penginapan sambil diekori oleh mereka.
Sejurus tiba di tempat penginapan di Madrasah al Husna, Bandar Pekan, tempat penginapan kami terus dikepung oleh mereka dengan anggaran 10 buah kereta dan jalan keluar-masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat dan mereka tetap menginginkan kami untuk keluar dari Pekan pada waktu itu juga.
Selepas kami melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat yang banyak membantu kami selama kami berada di Pekan, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana khuatirkan keselamatan siswa-siswa yang telah diserang oleh samseng selama empat hari berturut-turut selama kami berada di Parlimen Pekan dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kerana samseng-samseng yang menyerang kami telah memberi amaran untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk jika kami tidak keluar dari kawasan Parlimen Pekan.
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas persiaran dan dua buah kereta mahasiswa sambil diiringi oleh dua buah kereta peronda polis dan hampir 10 buah kereta penduduk setempat pada sekitar jam 10 malam. – Dipetik dari Malaysia Kini.
Di mana Anwar berpidato, di situ Umno pacak khemah ceramah
Di mana Anwar berpidato, di situ Umno pacak khemah ceramah
(Nazar Hashim)
LANGKAWI 16 FEB: Tidak sukar untuk mengagak bila Umno akan mengadakan ceramah iaitu bergantung kepada lokasi di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato, kata Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa.
“Umno tak ada kerja lain. Sentiasa ekori Anwar ke mana saja. Kita buat ceramah di sini, mereka pun teringin sangat buat di tempat sama.
“Mereka boleh buat hari lain. Kenapa buat hari dan lokasi sama? Ini bukti Umno makin gelisah dengan kehadiran Anwar,” katanya mengulas perbuatan Umno Bahagian Langkawi mengadakan ceramah kira-kira 300 meter dari lokasi ceramah Anwar, malam tadi.
Ceramah itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Roslan Kassim tetapi ‘bungkus awal’ berikutan tiada sambutan dan dihadiri 300 orang sahaja.
Ia berbeza dengan ceramah menampil Ketua Umum KEADILAN di Pekan Kuah, Langkawi dan dihadiri hampir 5,000 rakyat yang hanya berakhir tengah malam 15 Februari lalu.
Halang Pornthip, jawapan Najib bercanggah- Surendan
Halang Pornthip, jawapan Najib bercanggah- Surendan
KUALA LUMPUR 16 Feb: Penafian perdana menteri bahawa beliau tidak menghalang Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar, bercanggah dengan jawapan kerajaan Thailand.
Naib Presiden KEADILAN, N Suredran berkata, kerajaan Thailand sebelum ini menyatakan Malaysia kurang senang terhadap Pornthip, terutama peranannya dalam siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Menurut Surendran, perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 14 Februari yang dihantar kerajaan Thailand kepada pakar forensik itu. Pornthip katanya, turut memberitahu perkara itu pada media Malaysia.
“Dalam bahasa diplomatik, ini adalah satu mesej yang jelas dari kerajaan Malaysia bahawa kehadiran Dr Pornthip mengundang rasa tidak senang kerajaan Malaysia,” kata Suredran dalam kenyataan hari ini.
Mengejutkan katanya, kerajaan Malaysia juga tidak berpuas hati terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan Pornthip ke atas mayat Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.
Justeru katanya, kes itu juga wajar dibuka semula dan campurtangan kerajaan perlu disiasat dalam inkuiri kematian Beng Hock.
Beliau turut menggesa Datuk Seri Najib Razak membenarkan Pornthip melakukan bedah siasat kedua ke atas Sugumar dan menulis surat kepada perdana menteri Thailand berhubung perkara itu.
“Kami turut meminta Najib Razak mendedahkan komunikasi dengan kerajaan Thai berhubung bedah siasat kedua C Sugumar. Keluarga dan rakyat Malaysia mahu tahu maklumat ini,” katanya.
Dalam kejadian pada 23 Januari lepas, Sugumar yang juga pengawal keselamatan dikejar anggota polis, sebelum dibelasah sekumpulan individu dalam keadaan bergari hingga mati di Hulu Langat.
Keluarga mangsa menolak laporan bedah siasat Hospital Serdang yang merekodkan kematiannya akibat serangan jantung.
Suara Keadilan's Blog
- Suara Keadilan's profile
- 1 follower
