Suara Keadilan's Blog, page 575

February 21, 2013

Politik rompak kekayaan, rampas hak rakyat langgar prinsip – Anwar

Politik rompak kekayaan, rampas hak rakyat langgar prinsip – Anwar

(Oleh Aliff Fikri)


KLANG 22 FEB: Pemimpin yang baik harus menghormati dan mempertahankan hak rakyatnya, bukan menindas, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, politik tidak boleh lari dari prinsip moral, akhlak, hak dan batil, rasuah serta penyelewengan seperti disebut

pemimpin politik tersohor India, Mahatma Gandhi.


Anwar 1“Gandhi kata, apa yang secara politiknya benar tidak boleh secara moralnya salah dan apa yang benar secara moral, tidak boleh secara politiknya salah ‘what is politically right cannot be morally wrong and what is morally right cannot be politically wrong’).


“Kalau politik itu tidak ada prinsip, tidak ada etika, pakai nak rompak saja kekayaan, ia salah.


“Sebab itu dia (Gandhi) boleh berhubung dengan orang yang hidup sederhana, pakai compang camping kain putih tapi boleh tarik minat jutaan orang Hindu dan Islam, dia cukup tak suka sikap pelampau, sebab itu juga dia ditembak oleh ektremis.


“Maknanya kita kena hormat hak dan pertahan hak, dan ini adalah falsafah dasar Pakatan Rakyat,” katanya depan lebih 5,000 hadirin di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, di sini malam tadi.


Anwar berkata, kekuatan pemimpin bukan diukur dengan material tetapi ketegasan prinsip.


“Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) sebagai seorang tokoh, hebatnya di mana? Kerana dia bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia?, kerana dia badan besar? Adakah sebab dia ada jentera kukuh, tidak…


“Tetapi hebatnya Tok Guru pada karektor, pada integriti. Rakyat Kelantan sokong dia kerana mereka tahu dia tak ambil balak, tak ambil saham, lembu pun tak hilang.


“(Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid (Ibrahim) pimpin, dia tegas dalam beberapa perkara. Banyak orang tegur, tapi dia kata jangan lupa, amanah ini adalah menjaga hak khazanah rakyat, tak boleh khianat dan curi harta rakyat. Mudah, itu prinsip dia,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.


Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat memberi ruang untuk Pakatan Rakyat melakukan perubahan.


“Saya harap saudara bagi peluang dan kesempatan untuk kita. Selangor mesti kita pertahankan tapi perlu lebih kuat daripada sekarang,” kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu lagi.


“Setiap kerusi parlimen termasuk satu, dua yang kita kalah mesti kita tawan, supaya menjamin majoriti yang baik di Putrajaya, dengan cara ini kita boleh membuat perubahan,” kata Anwar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 18:58

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 2 bekas Jeneral di Terengganu 23 Februari (Sabtu)

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 2 bekas Jeneral di Terengganu 23 Februari (Sabtu)

Meneruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdananya di Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.


Anwar 3Ceramah yang dijadualkan bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu akan turut dimeriahkan dengan penceramah undangan bekas Jeneral antaranya, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dan Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.


Penceramah lain yang akan menyampaikan pidatonya pada malam tersebut antaranya, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terngganu, Azan Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Wahid Endut, Fauzi Abdul Samad dan Hishamuddin Abdul karim.


Terdahulu Anwar akan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di Kampung Tiong, Kuala Terengganu jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 18:49

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, 22 Februari (Jumaat)

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, 22 Februari (Jumaat)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya di Wilayah Persekutuan Labuan malam ini yang diadakan di Dewan SJK (C ) Chi Wen, Jln OKK Abdullah, Bandar Labuan bermula jam 7 petang hingga 11 malam.


anwar-sabahBarisan penceramah lain yang akan bergandingan dengan Ketua Pembangkang bagi menggempur bumi Labuan itu antaranya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Tamrin Jailani dan Tan Sri Ibrahim Menuddin.


Sebelum ceramah itu, Anwar dijadualkan bersama kaum Tiong Hua bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di lokasi ceramah pada malam ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 18:14

KEADILAN lancar badan pemikir bebas, Institut Rakyat

KEADILAN lancar badan pemikir bebas, Institut Rakyat

Sidiqin Omar


PETALING JAYA 21 FEB: KEADILAN melancarkan Institut Rakyat, sebuah badan pemikir bebas sebagai platform penyelidikan yang berperanan membuat kajian dan memberi saranan implementasi dasar kepada parti dan kerajaan.


IMG_9140Pada sidang media selepas majlis pelancaran disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Empire di sini, hari ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata setiap perancangan tidak boleh dibuat secara ad-hoc (tergesa-gesa), dalam konteks perubahan politik di Malaysia.


“Negara memerlukan perencanaan baik dan rapi sebagai panduan kepada pelaksanaan dasar,” katanya yang juga Pengerusi Institut Rakyat.


Timbalan Pengerusi Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali pula berkata, badan pemikir itu akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembentangan kertas dasar, forum akademik ekonomi dan pentadbiran selain latihan kepada belia dan pimpinan muda.


“Kita akan adakan mesyuarat bersama untuk dipersetujui lembaga pengarah. (Sekarang ini) Institut Rakyat merangka dasar yang akan dilaksanakan, menulis kertas dasar, penyelidikan dan menghasilkan penerbitan,” katanya.


IMG_9148Ditanya sama ada Institut Rakyat turut menggubal dasar dan manifesto KEADILAN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, Syed Husin berkata, kerja penyelidikan institut berkenaan terpisah.


Institut Rakyat terdiri dari ahli lembaga pengarah, panel penasihat hub penyelidikan dan belia yang memfokus kepada kajian ekonomi/kewangan, undang-undang, pentadbiran serta keadilan sosial.


Institut itu merupakan kumpulan pemikir yang mengkhususkan pemerhatian aspek media, seni, budaya, pembangunan manusia, kestabilan, dasar luar negara dan keselamatan.


Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Tricia Yeoh, pula berkata hubungan kerajaan dengan rakyat atau parti politik dengan rakyat, tidak lagi bersifat sehala berikutan rakyat kini lebih celik politik.


“Institut menawar debat polisi dan mengajak rakyat terlibat sama. Kita melakukan hubungan melalui debat, forum dan bengkel. Kita raikan peranan semua pihak,” katanya.


IMG_9259Antara panel penasihat institut itu ialah Dr Azmi Sharom, Dr Jomo Sundaram, Dr Maznah Mohamad, Dr Pawancheek Marican dan Profesor Zaharom Nain manakala penasihat penyelidik ialah Azrul Azwar Tajuddin, Wong Chen, Ginie Lim dan Yin Shao Loong.


Institut Rakyat beralamat di No 6, Lorong 5/17D, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor.


Maklumat mengenai institut itu boleh diperolehi melalui www.institutrakyat.org atau menghubungi talian 017-2043277 dan emel info@institutrakyat.org

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 05:08

Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat ke Taman Sri Andalas

Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat ke Taman Sri Andalas

KLANG 21 FEB: Orang ramai boleh mengikuti program Jelajah Merdeka Rakyat ke Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang yang menampil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, secara langsung melalui internet.


JMMKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang dijadual berucap pada acara bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu.


Selain Anwar, turut berpidato ialah Dr Xavier Jayakumar, Dr Abdul Rani Osman, Shuhaimi Shafiei, Dr Siti Mariah Mahmud, Ean Yong Hien Wah, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ng Swee Lim.


Anwar kemudian dijadual menghadiri jamuan Tahun Baru Cina peringkat DUN Sri Muda di Tapak Parkir Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 33 bersebelahan Giant Kemuning Utama.


Untuk tonton, KLIK INI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 04:15

KEADILAN anjur ‘Catwalk Candidate’ perkenal calon PRU 13

KEADILAN anjur ‘Catwalk Candidate’ perkenal calon PRU 13

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 21 FEB: KEADILAN buat pertama kali akan memperkenal calon PRU 13 menerusi acara ‘Catwalk Candidate’ pada Konvensyen parti itu 5 Mac ini.


Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, acara ‘sensasi’ yang bakal menghangatkan pentas konvensyen itu merupakan kaedah parti yang terkini dan ke hadapan.


“Konvensyen KEADILAN dijadual pada 5 Mac. Kita ada buat ‘Catwalk Candidate’, tanpa ucapan-ucapan seperti kebiasaan.


Rafizi“Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan ‘panas’. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional.


“Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan ‘terpanas’,” katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.


Rafizi berkata, dengan perkenal calon terus kepada rakyat, sekurang-kurangnya mampu membuktikan KEADILAN berkeyakinan menampilkan calon, tidak seperti Umno BN yang hanya menang ‘berkokok’.


“Dengan tindakan ini kita dapat patahkan Umno BN yang heboh pasal calon boleh menang sejak tiga tahun lepas, tapi seorang pun tak keluar-keluar (diumumkan) sampai sekarang.


“Kita nak tunjukkan walau tiga tahun kamu (Umno BN) bercakap soal calon boleh menang, tapi sebenarnya tiada calonpun.


“Inilah bukti keupayaan dan kejayaan dalam KEADILAN. Kita sering mendahului mereka, dalam diam-diam tiba-tiba ada (calon), jadi mereka akan terkejut,” ujarnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 02:57

4 bekas jeneral akan pastikan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa

4 bekas jeneral akan pastikan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa

(Ruqayya Rahman)


KUALA LUMPUR 21 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anuar Ibrahim yakin peralihan kuasa pada peringkat persekutuan akan berlangsung secara aman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berikutan jaminan yang diberi empat bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


“Mereka (bekas Jeneral) umum dua perkara. Pertama, polisi pertahanan negara tidak akan bertolak ansur dengan korupsi dan campur tangan politik termasuk berkaitan penggunaan senjata.


“Kedua, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjamin perubahan kuasa secara aman,” katanya ketika ditemu bual Matt Winkler dan Peter Hirschberg dari media antarabangsa, Bloomberg, New York, semalam.


blomBeliau berkata demikian dalam temu bual di ibu pejabat KEADILAN ketika menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku kacau bilau jika Umno kalah PRU 13.


Anwar optimis dengan janji bekas jeneral berdasarkan khidmat cemerlang mereka sepanjang menerajui angkatan pertahanan negara sebelum ini.


Selain tentera, beliau turut mendapat sokongan bekas pegawai tertinggi polis yang bertemu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.


Ditanya kedudukan sultan jika berlaku perubahan kerajaan, Anwar berkata, pemimpin Pakatan sudah menandatangani perjanjian bagi menjamin perlembagaan dan kuasa sultan.


Untuk tonton temu bual, KLIK INI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 01:47

Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam isu pokok – Wan Azizah

Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam isu pokok – Wan Azizah

PETALING JAYA 21 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua parti Pakatan Rakyat sepakat dalam isu-isu pokok.


Wan AzizahKatanya, perbezaan pendapat antara parti-parti Pakatan sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain tidak patut didedah kepada umum lebih-lebih lagi menjelang menjelang pilihan raya.


Beliau berkata, sebarang perbezaan sepatutnya diselesai secara dalaman, sebagaimana disaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


“PAS, DAP dan KEADILAN membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.


“Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan,” katanya dalam kenyataan.


Wan Azizah berkata, beliau terus memberi keyakinan kepada Datuk Chua Jui Meng untuk memimpin KEADILAN Johor.


“Beliau begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 01:31

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sri Andalas 21 Februari (Khamis)

Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sri Andalas 21 Februari (Khamis)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, malam ini.


Anwar Perak 3Ceramah yang akan bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu akan menampilkan barisan penceramah lain antaranya, Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman, Adun Sri muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Selangor, Ean Yong Hien Wah, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Adun Sekinchan, Ng Swee Lin.


Sebelum menyampaikan ceramah, Anwar dijadualkan menghadiri jamuan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda yang akan diadakan di Tapak Parkir Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 33, Shah Alam (Sebelah Giant Kemuning Utama) bermula jam 7.30 hingga 12 tengah malam.


 


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 01:31

AES: Selangor mahu fail rayuan lawan keputusan mahkamah

AES: Selangor mahu fail rayuan lawan keputusan mahkamah

SHAH ALAM 21 FEB: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas mahu Majlis Perbandaran Sepang (MPS) memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membenarkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di negeri itu.


MBKesal dengan keputusan itu, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan seolah-olah mengenepikan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.


“Kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.


“Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa PBT tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan,” katanya pada kenyataan.


Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).


Bagaimanapun, beliau turut membenarkan syarikat pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera tersebut di dua lebuh raya itu.


Exco Selangor, Ronnie (kiri) bersama Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Exco Selangor, Ronnie (kiri) bersama Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).


Katanya, Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.


Dalam perkembangan berkaitan, Khalid akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Selangor bagi perancangan pembangunan lebuh raya untuk kemudahan rakyat.


“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2013 00:45

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.