Suara Keadilan's Blog, page 363

March 22, 2014

Azmin : Hilangkan deposit BN

(Fiza Halim)


KAJANG 22 Mac :Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali percaya dengan semangat yang ditunjukkan melalui perhimpunan Reformasi 2.0 akann menyebabkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun hilang deposit dalam Pilihan Raya kedil Kajang Ahad ini.


_MG_8589Tegasnya, melalui semangat ini, anak muda terutamanya akan memberikan kemenangan yang luar biasa terhadapa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


“Ini petanda berakhirnya Umno dan Barisan Nasional.”Saya mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang luar biasa nanti dan saya berdoa agar calon BN hilang pengundinya dalam PRK Kajang nanti,” katanya di hadapan 13 ribu orang di Stadium Kajang.


“Kita letak calon yamg diuji dan teruji untuk kekalkan Kajang.


“Dengan sokongan padu PAS dan DAP kajang akan kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 02:32

March 20, 2014

Anwar: PM Australia bentang isu MH370 di Parlimen, Malaysia?

KUALA LUMPUR 21 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.


Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.


Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.


“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.


“Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia,” kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.


Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.


Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.


“Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang,” kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 22:45

Himpunan Reformasi 2.0 bantah keputusan kes Anwar malam ini

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.


Anwar ditemui media sejurus keluar dari Mahkmah Rayuan Putrajaya selepas hakim selesai menjatuhkan hukuman pada 7 Mac lalu.

Anwar ditemui media sejurus keluar dari Mahkmah Rayuan Putrajaya selepas hakim selesai menjatuhkan hukuman pada 7 Mac lalu.


Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.


Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.


Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.


_MG_5535SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.


Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.


Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.


Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard

Pengasas SAMM

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 19:45

Dakwa Fitnah II tiada kaitan dengan BN cerita dongeng TPM

(Oleh Lyn Nasir)


KUALA LUMPUR 20 MAC: Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kaitan dengan Barisan Nasional (BN) hanyalah dongeng Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata.


Copy of dr-wan-azizah“Macam mana tak kaitkan BN dengan kes Fitnah II Anwar kalau sistem kehakiman negara diperalatkan? Sepatutnya (pendengaran rayuan) bulan April, tetapi dipercepatkan kerana BN takut Anwar bertanding di Kajang.


“Ini adalah dongeng kosong, siapa yang tidak prihatin dengan persoalan ummah (rakyat), maka dia bukan pengikut Rasulullah, ini ialah hadis sahih, bermakna Muhyiddin tak faham hadis Rasulullah,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty kepada Keadilan Daily.


Beliau mengulas kempen Muhyiddin di Kajang apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak terpedaya dengan billboard yang memaparkan gambar calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.


Dr Muhammad Nur turut membidas dakwaan Muhyiddin menyatakan foto Wan Azizah itu bagi meraih simpati masyarakat.


“Memang semua orang simpati dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar. Ini tidak boleh dinafikan.


“BN takut rakyat tak undi mereka. Tambahan pula, tak ramai yang hadir ke ceramah BN seperti Pakatan Rakyat. Sehingga memaksa BN

membawa orang luar untuk dengar ceramah mereka,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin sebagai TPM sepatutnya berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.


“Kita ingatkan bila memegang jawatan TPM, maka konsep kempen lebih profesional, ini tidak – billboard Wan Azizah yang sedang berdoa pun nak dikomen.


“Sepatutnya TPM tak perlu nak komen atau beri pesanan, itu bukan taraf orang nombor dua.


“Tapi nak buat macam mana, memang begitulah taraf pimpinan Umno,” kata Saifuddin dilapor berucap di Stadium Kajang semalam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 03:09

PM perlu pecat, arah Wan Junaidi mohon maaf

KUALA LUMPUR 20 MAC : Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan mengarahkannya memohon maaf kepada rakyat Malaysia.


Ia katanya ekoran kenyataan Wan Junaidi bahawa kaum bukan Melayu kurang sensitif terhadap jenayah rogol bawah umur berbanding orang Melayu Islam.


“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah segera menunjukkan pintu keluar kepada Wan Junaidi dari kabinet Malaysia.


“Keadaan negara yang mudah terdedah kepada kebencian agama dan kaum, akan bertambah runcing dengan tindakan dan kenyataan perkauman dan tidak sensitif dari seorang Timbalan Menteri.


“Jika Najib Tun Razak serius melaksanakan Transformasi 1Malaysia, Wan Junaidi harus diarahkan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan perlu dipecat dari kedudukan dan jawatan Timbalan Menteri yang membuktikan beliau berbahaya kepada masa depan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.


Menurut Manivanan, fungsi Kementerian Dalam Negeri yang sepatutnya menjaga keharmonian dan keselamatan negara tercemar ekoran kenyataan tersebut.


“Tidak ada ibu bapa yang akan menerima hakikat anak mereka dirogol dan kemudian mendiamkan diri tanpa tindakan lanjut undang-undang.


“Ini bukanlah pemikiran dan jawapan yang waras maka wajarlah dipersoalkan oleh semua rakyat Malaysia. Kenyataan beliau bukan sahaja menghina kaum-kaum lain di Malaysia, tetapi amat malang apabila turut memalukan umat Islam yang sentiasa cintakan kedamaian,” ujarnya lagi.


Anggota Parlimen Ipoh Barat daripada DAP M Kulasegaran memberi amaran akan merujuk timbalan menteri berkenaan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen ekoran kenyataannya berkaitan rogol statutori.


Kulasegaran berkata, beliau memberikan Wan Junaidi tempoh sehingga esok untuk menarik balik kenyataannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 02:40

Hentikan konsert liar, pergaulan bebas – Exco Selangor

KUALA LUMPUR 20 MAC: Kerajaan diminta menghentikan konsert liar dan program hiburan yang mempromosi pergaulan bebas, kata Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Beliau merujuk insiden kematian 6 remaja akibat pengambilan dadah berlebihan semasa penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil 14 Mac lalu.


“Saya turut berasa kecewa apabila tragedi ini berlaku di saat kesedihan rakyat Malaysia meratapi kehilangan para penumpang dan anak kapal MAS, MH 370 sejak 8 Mac lalu


“Kedukaan saya bertambah apabila mangsa yang mati adalah dari kalangan remaja yang sepatutnya menjadi tonggak pimpinan negara di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan media.


Menurut Yunus,  ada menteri kabinet yang tidak tersentuh hati dengan kerosakan moral dihadapi remaja masa kini, malah memberikan kelulusan terhadap penganjuran konsert liar tersebut.


“Masih ada lagi pihak menteri yang mempertahankan keuntungan melalui penganjuran konsert liar tersebut hasil dari kemasukan pelancong asing, walaupun remaja Malaysia tenggelam dalam budaya hedonisme hiburan melalaikan serta terjebak dengan pengambilan najis dadah dan arak,” katanya.


Menurutnya lagi, kerajaan Persekutuan sepatutnya mencontohi usaha dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dalam melahirkan golongan belia yang berakhlak dan mempunyai jati diri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 01:27

Pengundi Kajang adu lokaliti dipindah secara senyap

KAJANG 20 MAC: KEADILAN mengesahkan ada menerima aduan berhubung perpindahan pengundi di N25 Kajang secara tidak sah.


Menurut Ketua Penerangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Shuhaimi Shafie, sehingga semalam pihaknya menerima aduan daripada seorang pengundi berbangsa Cina yang dipindahkan lokalitinya dari Kajang ke Bangi.


ShuhaimiJelas Shuhaimi, pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan sebelum itu, pengundi terbabit tidak pernah mengundi di lokaliti selain Kajang.


“Apabila beliau pergi semak namanya di daftar pemilih SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) khas untuk PRK Kajang, namanya tidak ada. Tetapi apabila semak di web SPR namanya di Semenyih sedangkan dia tidak pernah ubah tempat mengundi bahkan sudah empat kali pengundi itu mengundi di Kajang,” katanya, lapor Harakah Daily.


Beliau yang juga Ketua Bilik Operasi 11 KEADILAN tidak menolak akan ada lagi kes seperti itu khususnya membabitkan pengundi Cina kerana ia bukan kes terpencil.


Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda itu, kebiasaannya pengundi-pengundi akan mendapat slip maklumat mengundi termasuk saluran dan lokaliti mengundi.


“Jika pengundi tidak sedar mereka dipindahkan secara senyap ianya akan menyusahkan pengundi pada hari membuang undi. Kalau kita keluar mengundi jam 4 petang tiba-tiba tiada nama, sudah tentu kelam kabut dan tidak mustahil pengundi tidak jadi tunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.


Justeru, KEADILAN menggesa para pengundi Kajang agar membuat semakan awal di mana lokaliti mereka melalui semakan online SPR.


“Buat semakan awal, jika ada berlaku masalah ini, sila maklumkan kepada Bilik Gerakan Utama KEADILAN. Insyallah kita boleh bantu,” kata Shuhaimi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 01:12

Wan Junaidi hina bukan Melayu, MCA hilang kredibiliti – Zuraida

KUALA LUMPUR 20 MAC : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata,  MCA hilang kredibiliti dalam mempertahankan kaum cina apabila membiarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memperlekeh bangsa lain.


Ia berikutan kenyataan Wan Junaidi di Parlimen kelmarin yang menyatakan orang bukan Melayu kurang sensitif terhadap kes rogol bawah umur.


zuraida“Jika pengundi di Kajang mengambil keputusan untuk terus mengundi BN, adakah ini cara BN untuk merawat rakyat Malaysia setelah setengah abad mentadbir sebagai kerajaan?


“MCA pun sudah hilang kredibiliti berjuang untuk kaum cina, mereka terkenal dengan sifat pemaafnya, membiarkan apa sahaja yang Umno BN katakan kepada mereka, kenapa sampai hari ini mengkhianati kepercayaan rakyat cina walau apa pun berlaku yang melibatkan kaum cina?,” soalnya dalam kenyataan akhbar, hari ini.


Kata Zuraida, berbeza dengan parti komponen BN, Keadilan adalah sebuah parti pelbagai kaum yang berteraskan meritokrasi dan berjuang untuk keadilan tanpa mengira kaum dan agama.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata adalah lebih baik Wan Junaidi berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sekaligus menimbulkan kemarahan banyak pihak.


“Kalau tidak tahu untuk memberikan pendapat secara bijak, benar dan adil, adalah lebih baik hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang inginkan publisiti dan hanya memuji golongan elit sahaja.


“Pernyataan perkauman itu perlu ditarik balik dan permohonan maaf perlu dibuat kepada orang bukan Melayu,” ujarnya lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 00:20

March 19, 2014

Radar Malaysia sepatutnya mampu kesan MH370- Anwar

KUALA LUMPUR 20 MAC: Kerajaan Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 dengan menggunakan sistem radar untuk mengesan pesawat berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour, Anwar berkata kerajaan membeli sistem radar marconi semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri yang berupaya mengesan pergerakan pesawat.


Anwar cnn“Ia mempunyai keupayaan untuk mengesan sebarang pasawat dari Barat – atau Timur ke Pantai Barat, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi.


“Saya dapati amat mengejutkan apabila mereka tidak mampu (memberi jawapan), atau mereka berikan hanya sedikit maklumat.


“Masalahnya kewibawaan kepimpinan. Mereka bersalah kerana terdapat tanggapan umum mereka tidak membukanya, ini sistem kerja yang tidak telus,” katanya dalam wawancara CNN yang disiarkan pagi ini (waktu Malaysia).


Kecewa dengan maklumat palsu mengenai kehilangan MH370, Anwar berkata, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan kehilangan pesawat berkenaan dengan isu politik.


Anwar menambah, dirinya turut menjadi sasaran serangan yang berterusan dan mengaitkan juruterbang berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.


Anwar berkata Zaharie sebenarnya mempunyai talian persaudaraan di sebelah menantu beliau.


“Apa yang menantu saya beritahu, Zaharie adalah saudara jauh, tetapi menantu saya tetap panggil beliau ‘pakcik’. Panggilan tersebut adalah amalan biasa di sini (Malaysia). Tapi saya memang mengenali beliau..hanya sebagai aktivis parti (KEADILAN),” katanya.


Sementara itu, Anwar menolak laporan media  bahawa juruterbang pesawat berkenaan bertindak demikian kerana kecewa dengan keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya.


“Maklumat yang saya perolehi, rakan-rakannya terganggu dengan laporan yang ditulis mengenai beliau – malah ramai yang lain turut terganggu. Maksud saya, kami terkejut dengan kelajuan proses mahkamah rayuan.


“Tetapi saya rasa itu perkara biasa. Saya tidak fikir ia akan menyebabkan seorang yang pakar dan berkaliber seperti beliau melakukan apa-apa aktiviti yang tidak diingini. Saya yakin tentang itu,” ujar Anwar.


Menurutnya lagi, Zaharie adalah salah seorang individu yang mencintai reformasi demokratik dan bukan seorang pengganas.


“Beliau menyokong pakatan kami yang berbilang kaum. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremis,” katanya yang mengakui pernah bertemu Zaharie beberapa kali.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 19, 2014 23:27

Sokongan pengundi Kajang terhadap calon KEADILAN sangat baik

(Oleh Amirul Azhan)


KUALA LUMPUR 20 MAC: Kajian penyelidik Universiti Selangor (Unisel) mendapati, sokongan penduduk Kajang terhadap calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sangat baik, berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.


“62.4 peratus penduduk Kajang menyatakan Datuk Seri Wan Azizah adalah lebih baik dibandingkan dengan Chew Mei Fun, yang hanya

memperolehi 34.2 peratus sokongan sahaja,” kata Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal Selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr

Muhammad Shamsinor Abdul Azzis.


Beliau membentangkan hasil kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama penyelidik dari UKM, UTAR, USIM dan UMS mengenai pola pengundian dan isu semasa menjelang Pilihan Raya Kecil Kajang, di kampus Unisel, Shah Alam, semalam.


WawiMenurut pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel itu, dapatan kajian tersebut menunjukkan penerimaan baik penduduk Kajang terhadap Wan Azizah adalah berdasarkan ketokohan kepimpinan beliau.


Kajian ke atas 394 responden itu dijalankan antara 11 hingga 16 Mac iaitu selepas proses penamaan calon.


“Pilihan Raya Kajang ini boleh dikatakan sebagai PRK ‘sejuk’ kerana pada masa yang sama, Malaysia dipanaskan oleh beberapa isu semasa yang lebih besar,” ujar Dr Muhammad Shamsinor.


Berikutan itu, tambah beliau, kempen PRK Kajang kurang menggalakkan, berdasarkan pemerhatian penyelidik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 19, 2014 23:24

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.