Suara Keadilan's Blog, page 362

March 23, 2014

Kemenangan bukti langkah Kajang berkesan, undi muda meningkat – Kak Wan

KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi ‘Langkah Kajang’ dan sokongan pengundi muda.


Menurutnya, kemenangannya hari ini “lebih manis” kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.


prk_kajang_winner_540_360_100“Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan ‘Langkah Kajang’ berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali,” kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.


Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.


Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.


Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan itu menyaksikan sokongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu kembali kepada Pakatan Rakyat.


“Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat,” kata Anwar, lapor Malaysiakini.com.


Wan Azizah yang mewakili KEADILAN menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada PRK ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2014 07:54

Penyokong BN ganas, cuba tumbuk Anwar

(LYN NASIR)


KAJANG 23 MAC : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat.


_MG_9084Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat.


“Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain.


“Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba.” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Namun selepas itu, keadaan masih lagi terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2014 01:52

Kajian : Sikap pengundi bandar sukarkan BN, kubu kuat Umno terhakis

KAJANG 23 Mac : Lokaliti bandar dan pinggir bandar, ditambah dengan kadar penetrasi maklumat kepada pelayaran internet dan pengaruh media sosial baharu yang luas menyukarkan BN untuk menang.


logo ILHAM CentreMenurut kajian ILHAM Centre, selama ini, tujuh daerah mengundi peratus penduduk Melayu 75 peratus ke atas yang menjadi kubu kuat Umno kini kian terhakis sedikit demi sedikit.


Laporan kajian itu menunjukkan, daerah mengundi seperti Sungai Kantan (90 peratus Melayu), Taman Mesra (83 peratus Melayu), Saujana Impinan dan Sungai

Sekamat (80 peratus),Kantan Permai (79 peratus Melayu) Batu 10 Cheras (78 peratus Melayu) dan Taman Delima (76 peratus Melayu).


Pengundi Cina bertumpu di 6 daerah mengundi iaitu, , Sungai Chua Satu, Sungai Chua Dua, Sungai Chua Tiga, Sungai Chua Empat, Sungai Chua Lima, Kajang dan Bandar Kajang.


Manakala kawasan bercampur ialah di Taman Kajang Baharu dan Taman Kota Cheras.


Beberapa indikator memperlihatkan pola pengundian berbeza antara PRK luar bandar dan kawasan bandar. Kajang mewakili kawasan bandar memberikan gambaran bahawa pengundi bandar mempunyai pendirian poliitk yang berbeza.


Rajah 1“Pengundi Kajang yang ditemubual meletakkan pertimbangan hampir seimbang antara faktor pemilihan berdasarkan parti dan calon. Dapatan kajian menunjukkan penentuan asas pemilihan dalam PRK kali ini ialah mengikut parti yang dianggotai sebanyak 46 peratus, dan 30 peratus atas faktor calon yang disukai.


“Pertimbangan rasional ini memberikan kelebihan untuk pengundi membuat pilihan muktamad sehingga hari membuang undi,”tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.


Selain itu, berlaku perubahan kecil tetapi signifikan pada pola pengundian undi Melayu di kawasan kubu Umno. Merujuk kepada perubahan di dua daerah mengundi Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras, kekuatan pengaruh PR dan KEADILAN makin melebar di sana.


“Dipercayai akan berjaya ‘menculik’ sedikit undi yang kebiasaannya tegar kepada Umno/BN di sana,”tulis kajian itu lagi.


Laporan ini juga menyebut, media sosial pengaruhi pola undi muda dalam pilihan raya kecil kali ini, capaian dan penetrasi maklumat melalui internet adalah yang

tertinggi iaitu sebanyak 63 peratus. Ini jumlah penemuan tertinggi ILHAM Centre sepanjang siri PRK yang lalu.


“Kajian merakamkan bahawa anak muda dan golongan pertengahan lebih terkesan dan dilihat cenderung kepada citra perjuangan Pakatan Rakyat,”kajian dipetik.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2014 00:34

ILHAM Centre : KEADILAN selesa di Kajang

KAJANG 23 Mac :Selepas tamat tempoh kempen lewat malam semalam, berdasarkan kajian lapangan ILHAM Centre, kami dapati sokongan pengundi kepada Parti KEADILAN berada dalam keadaan selesa.


Rajah 3Barisan Nasional (BN) kelihatan sukar menembusi kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil Kajang ini. Malah KEADILAN memperbaiki asas sokongan dengan membuat lonjakan sokongan di kalangan pengundi Melayu kerana faktor calon yang ditampilkan.


ILHAM Centre melakukan kajian lapangan bermula 19 Mac hingga 22 Mac 2014 yang menemubual responden secara tatap muka seramai 406 pengundi berdaftar bagi mewakili populasi di dalam kawasan kajian ini.


Kajian ini menfokuskan kepada pola pengundian Melayu yang mana di dalam pilihan raya kecil ini memperlihatkan pengundi Melayu menjadi sasaran dan rebutan kempen kedua-kedua pihak yang bertanding.


“Di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memperolehi sebahagian besar undi mereka daripada daerah mengundi majoriti Melayu seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras. Oleh itu, strategi BN ialah berusaha mengekalkan jumlah undi Melayu agar tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat,”kenyataan itu dipetik.183496_10151191796373187_1981182106_n


Manakala bagi PR/KEADILAN, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam. Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperolehi seramai hampir 1400 orang.


Jadi, dalam PRK ini, ke mana halatuju pengundi yang mengundi atas pertimbangan Melayu –Islam?


Sama ada mengundi calon KEADILAN atau tidak keluar mengundi? Ini antara fokus kajian yang dilakukan.


“Berdasarkan dapatan kuantitatif dan kualitatif, kami dapati calon KEADILAN selesa mendahului calon BN dan bergantung kepada peratus keluar mengundi serta tahap sokongan undi Melayu yang akan menentukan jumlah majoriti kecil atau besar,”tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2014 00:03

March 22, 2014

Penyokong BN buat provokasi, ketuk kereta penyokong KEADILAN

KAJANG 23 MAC: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.


BNLebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.


Keadaan ini mengganggu para penyokong KEADILAN kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.


Perbuatan ala samseng ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.


Penyokong KEADILAN yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.


Mengikut Harakah Daily, dalam beberapa minit selepas itu, gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong KEADILAN yang melalui jalan di hadapan mereka.


Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong KEADILAN dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar dikawal.


Sementara itu Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.


Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.


“Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,” katanya dipetik.


Tambah beliau, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 22:36

Telefon bimbit Fuziah Salleh digodam, hantar mesej palsu

KAJANG 23 Mac : Telefon bimbit Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh digodam hari ini serta digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengundi Dun Kajang.


FuziahDalam satu kenyataan ringkas kepada Keadilan Daily, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil memaklumkan kandungan SMS itu menyeru pengundi mengambil ganjaran wang apabila selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Kandungan SMS tersebut berbunyi :- PENGUNDI LUAR KAJANG: Mohon amb ganjaran anda RM 100 dibilek Gerakan PKR,Lot 4711 Bt 12 3/4 Jln Cheras Kajang pagi ini pada pukul 8 – 11 pagi shj.


Oleh itu, orang ramai khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Kajang hari ini tidak terpedaya dengan SMS berkenaan.


Ini bukan kali pertama telefon bimbit pemimpin KEADILAN digodam.


Turut menjadi mangsa sebelum ini ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali dan dua oarang Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.


Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.


PRK ini menyaksikan pertembungan antara calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan cNaib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.


SPR juga menjangkakan keputusan PRK itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.


Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan DUN Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 22:16

Anwar yakin KEADILAN menang di Kajang

(Oleh Lyn Nasir)


KAJANG 23 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi Kajang memilih calon Pakatan Rakyat sebagai peneraju pentadbiran di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.


Anwar (paling kiri) mengiringi Wan Azizah bersama pengundi di pusat pengundian Sek Keb Saujana Impian.

Anwar (paling kiri) mengiringi Wan Azizah bersama pengundi di pusat pengundian Sek Keb Saujana Impian.


Beliau berkata, calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menumpaskan lawannya, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.


“Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, InsyaAllah tapi kita kena kerja kuat.


“Dari segi pengundi, saya yakin dengan mereka, mereka dah lihat apa yang BN lakukan kepada mereka, jadi mereka tahu untuk menilainya,” ujar Anwar kepada Keadilan Daily.


Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang mampu menilai calon lebih layak bagi menerajui kawasan itu, yang dianggap sebagai ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan sistem pengundian hari ini yang dilihat lebih tenang dan teratur.


“Saya sangat berpuas hati dengan keadaan dan penyelenggaraan Pilihan Raya Kecil Kajang kali ini walaupun seperti biasa terdapat suara-suara lantang bagi menarik perhatian pengundi.


“Tapi pengundi sekarang lebih matang, walaupun kita tak boleh berkempen sejak pukul 12 malam tadi, tapi saya yakin Wan Azizah akan menang di Kajang,” kata Khalid.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 21:14

Adu kes dakwat tidak kekal ke Bilik Gerakan Utama KEADILAN

KAJANG 23 MAC: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang disaran membuat aduan di Bilik Gerakan Utama KEADILAN jika berdepan kejadian yang menyalahi peraturan pilihan raya.


Antara kemungkinan peraturan yang tidak dipatuhi dakwat kekal yang dicalit pada jari penggundi boleh ditanggal.


Copy of dr-wan-azizahCalon Pakatan Rakyat (PR) dari KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengundi boleh membuat laporan di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Sungai Sekamat.


“Esok mungkin akan ada penggunaan dakwat kekal yang dicalit di jari tangan sebelah kiri.


“Kalau sesiapa yang mendapati dakwat kekal itu tidak kekal, mereka boleh datang untuk membuat laporan,” kata Wan Azizah dipetik pada sidang media di Bilik Gerakan Utama di sini, semalam.


Penggunaan dakwat kekal, kali pertama dipraktikkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada Mei tahun lalu.


Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal dalam PRU itu mencetuskan kontroversi apabila dakwat itu didapati mudah tanggal.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 20:20

PRK Kajang: 38,055 pengundi pilih wakil rakyat hari ini

KAJANG 23 MAC: Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.


Wan Azizah di pusat pengundian SK Sg Kantan. Sekolah ini dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Oktober 1987.

Wan Azizah di pusat pengundian SK Sg Kantan. Sekolah ini dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Oktober 1987.


PRK ini menyaksikan pertembungan antara calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon ‘underdog’ iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.


Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada KEADILAN pada 27 Januari lalu.


Pengosongan kerusi tersebut memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat dalam apa yang disifatkan sebagai ‘Langkah Kajang’.


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya dinamakan sebagai calon KEADILAN bagi PRK Kajang bagaimanapun tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam perbicaraan segera yang diadakan enam hari sebelum penamaaan calon.


Tempoh berkempen 12 hari yang ditetapkan SPR bagaimanapun didapati ‘sejuk’ dengan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu.


Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) Mei lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.


SPR juga menjangkakan keputusan PRK itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.


Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan DUN Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka.


Sejumlah 3,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang PRK Kajang berlangsung.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 19:46

Bilik Gerakan KEADILAN diserang ‘molotov cocktail’

KAJANG 22 Mac: Sehari sebelum menjelang hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dicemari dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom buatan sendiri, molotov cocktail terhadap Bilik Gerakan KEADILAN di Taman Berlian, Taman Kajang Baru.


Bagaimanapun molotov cocktail terbabit tidak menyebabkan kebakaran apabila botol kaca yang digunakan tidak pecah dipercayai selepas terjatuh pada permukaan yang tidak keras.


molotovKejadian serangan itu hanya disedari kira-kira jam 9.20 pagi oleh Ketua Bilik Gerakan terbabit, Nor Azlan Mohammad.


Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan itu dianggap sebagai percubaan membakar bilik gerakan yang dilakukan selepas jam 3.00 pagi.


“Masa molotov cocktail itu dibaling, tiada sesiapa dalam Bilik Gerakan itu,” kata Dr Xavier pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILANdi Sungai Sekamat di sini, hari ini.


Dr Xavier berkata pihak KEADILAN sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi-  Selangorku.com

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 02:41

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.