Suara Keadilan's Blog, page 359

April 3, 2014

Saya akan saman Papagomo – Rafizi

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Selepas kalah dalam dua tuntutan saman akibat fitnah, blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris bakal berdepan tindakan sama sekali lagi.


Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini berkata, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri atas fitnah yang dibuatnya pada tahun 2012.


Ini berikutan pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan lisannya bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo yang menaiki kapal selam Scorpene pada 2011.


“Dengan pendedahan terbaru identiti papagomo ini saya akan membuat satu laporan polis dan memfailkan fitnah saman terhadapnya.


“Saya telah difitnah kononnya dipecat dari Petronas kerana melakukan pecah amanah. Pada hujung 2012 saya telah tampil menafikan tuduhan tersebut secara terbuka,” jelas Rafizi sambil menjelaskan proses tersebut akan dilakukannya dalam masa terdekat.


Wan Muhammad Azri sebelum ini diarahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kerana mmfitnah seorang ahli perniagaan.


Mahkamah juga baru-baru ini mengarahkan blogger Umno itu membayar ganti rugi kerana melakukan fitnah bagi mencemarkan nama baik Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2014 02:32

Najib kecut berdepan media asing, beri imej buruk pada negara

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.


Fahmi“Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.


“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.


“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’. Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka,”  katanya ketika dihubungi.


Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.


Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.


Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.


“Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,


“Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.


“Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka,” ujarnya.


-RM

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2014 02:23

Enggan tubuh IPCMC kerana takut salah polis terbongkar- Surendran

(Oleh: Lyn Nasir)


 


KUALA LUMPUR 3 APRIL: Kerajaan enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana bimbang banyak kes melibatkan keganasan dan kematian dalam tahanan terbongkar, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.


SURENDRANIa ekoran kenyataan kerajaan hari ini yang enggan menubuhkan IPCMC dengan alasan penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah dibuat pada 2009.


Menurut Surendran, perkara itu sudah dijangka walaupun Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam sidang medianya semalam menggesa polis membuat pembaharuan segera ekoran keganasan melampau dan kematian dalam tahanan.


“Tapi kerajaan buat tak tahu dan masih lagi berdegil tidak mahu menubuhkan IPCMC,” katanya.


“Sebab polis takut kesalahan mereka terbongkar, dan kerajaan pun tak nak desak polis sangat sebab nak menjaga kepentingan BN itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.


Menurut Surendran, penubuhan EAIC tidak dapat menangani kes salah laku polis termasuk kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan.


“Walaupun dah tubuhkan Suruhanjaya itu, kes tahanan yang mati dan tindakan polis menembak tanpa pertimbangan semakin berleluasa.


“Sampai macam ni pun kerajaan masih lagi tidak mahu menubuhkan IPCMC? Nampak jelas yang kerajaan tidak perihatin dengan kes yang berlaku semakin meningkat, hanya mementingkan diri sahaja,” ujarnya.


Justeru katanya, Pakatan tetap dengan pendirian untuk menggesa kerajaan supaya menubuhkan IPCMC bagi mengawal salah laku polis.


“Kita tetap akan menggesa kerajaan agar menubuhkan IPCMC ini bagi mengawal keselamatan dan pertahanan pada tahap yang lebih baik.” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2014 01:01

April 2, 2014

Menteri sahkan Papagomo bohong di mahkamah – Rafizi

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan bahawa individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah blogger Papagomo, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.


rafizi_pkrhqKatanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan kepada soalan lisan beliau di parlimen mengesahkan Wan Muhammad Azri pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.


Individu tersebut, kata Rafizi, bersama wakil media menaiki kapal selam berkenaan bagi tujuan perkongsian maklumat dan perkara itu turut disebarkan melalui blog-blog Umno.


Namun setakat ini, kata Rafizi, Wan Muhammad Azri menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.


“Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut Rafizi pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri dalam kes saman yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger tersebut.


“Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.


“Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah,” ujar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.


Kata Rafizi, perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun.


Justeru itu katanya, beliau dan pemangku Naib Presiden KEADILAN, N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri pada hari Selasa depna atas kesalahan di bawah seksyen yang sama


“Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.


Dalam pada itu katanya, beliau juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa beliau dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2014 23:30

Menteri sahkan persempadanan semula dibuat ikut kaum- Bersih

KUALA LUMPUR 2 APRIL: BERSIH menganggap saranan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundian berasaskan kaum  mengesahkan anggapan persempadanan semula dibuat berasaskan warna kulit.


maria-chin-abdullahGabungan itu berkata, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan pengakuan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmat.


“Ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengerusi SPR yang persempadanan semula dilakukan mengikut kaum,” kata pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah seperti dilapor Malaysiakini.


Abdul Rashid, pengerusi SPR antara 2000-08 sebelum ini dilapor mengakui, tiga persempadanan semula pada zamannya bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan Melayu.


Maria menyifatkan kenyataan Shahidan yang disokong Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) itu sebagai memalukan dan menyemarakkan perkauman.


“Saya rasa ia sebenarnya tidak masuk akal dan amat memalukan (apabila) kita ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia menyemarakkan isu perkauman,” katanya.


Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat tentang Pilihan Raya Umum ke-13 kepada tujuh MP Pakatan di Parlimen, tengah hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2014 20:53

March 31, 2014

Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?

(Oleh: Lyn Nasir)


 


KUALA LUMPUR 31 MAC:  KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di Lautan Hindi’.


n_surendranAhli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.


“Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana.


“Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini tindakan tidak wajar,” jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.


Sementara itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan kerajaan yang enggan membuat sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis tersebut.


“Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN,


“Mereka juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua buat sendiri, taknak berbincang akhirnya kita dikutuk dan dikritik hebat oleh mereka. Bagus,” sindirnya.


Pada 29 Mac lalu, jurucakap Inmarsat, Jonathan Sinnatt dalam kenyataannya menerusi laporan China Daily berkata pihaknya hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.


Jonathan dalam kenyataanya turut menegaskan bahawa Inmersat tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi”.


-RM


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2014 03:32

March 30, 2014

Aktivis Irene Fernandez meninggal dunia

KUALA LUMPUR 31 Mac : Aktivis veteran, Irene Fernandez meninggal dunia hari ini kerana sakit jantung pada umur 67 tahun.


malaysia_fernandezFernandez dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.58 pagi hari ini lapor The Malaysian Insider.


Pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita itu dimasukkan ke Hospital Serdang selepas mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.


“Dengan penuh kesedihan saya berkongsi berita sedih tentang kematian Irene Fernandez. Beliau merupakan pejuang keadilan untuk rakyat Malaysia dan bukan warganegara,” tulis peguam hak asasi manusia Andrew Khoo.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 22:38

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.


Anwar_IbrahimDalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.


“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.


Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.


Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.


Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.


Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 21:09

Bahan kimia tumpah, tahap keselamatan dan operasi Lynas longgar

(Azuan Ab Rahman)


KUALA LUMPUR 30 MAC: Kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan produk nadir bumi milik kilang Lynas di Temerloh baru-baru ini menunjukkan tahap piawaian keselamatan syarikat itu tidak ketat dan membahayakan penduduk setempat.


lynas+xcidenPengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack mengulas insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bekas berisi cecair kimia PrND Cloride terjatuh dan pecah sehingga mengakibatkan jalanraya terpaksa ditutup.


Aktivis alam sekitar itu mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan dalam kerja-kerja mengangkut bahan merbahaya itu.


“Kita melahirkan kebimbangan atas insiden ini, jelas nampaknya Lynas dan pihak berkuasa tidak menitikberatkan keselamatan rakyat apabila bahan kimia yang memberi kesan kepada rakyat boleh dibawa dengan lori begitu sahaja.


“Sebelum ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri berkata kerajaan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan operasi kilang itu selamat, tapi insiden itu membuktikan tiada pemantauan serius dilakukan,” tegas Wong Tack.


Beliau turut mempersoalkan ketelusan pengurusan Lynas mengisytiharkan jenis bahan kimia yang digunakan dalam operasi mereka.


hazard“Mereka sangat berahsia, kita tidak tahu apa lagi bahan kimia yang digunakan, mungkin ada yang lebih bahaya dari tumpahan tempoh hari, dan bayangkan jika insiden itu sekali lagi berlaku dan melibatkan bahan lebih merbahaya, sudah pastilah keselamatan dan kesihatan rakyat akan terancam,” tegasnya.


Wong Tack turut menyelar penafian yang dikeluarkan pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas yang mengatakan produk tersebut selamat dan tiada radioaktif.


Katanya, kenyataan itu agak mencurigakan memandangkan kawasan tersebut ditutup dalam tempoh yang panjang bagi kerja-kerja pembersihan dan penutralan.


“Mereka tutup jalan, malah panggil Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART) yang lengkap dengan pakaian keselamatan mengawal tumpahan merbahaya untuk datang dan bersihkan, dan mereka nafikan produk itu selamat. Itu tidak masuk akal sama sekali,” jelasnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan pengerusi DAP pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggesa pihak polis dan jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu.


Katanya, tindakan lanjut perlu diambil bagi memastikan kesihatan penduduk terjamin berikutan aduan penduduk setempat yang mendakwa mengalami kegatalan di kulit dan badan akibat tumpahan tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 04:34

Memali: 30 tahun rakyat diyakinkan Mahathir di luar negara – Syed Husin

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 30 MAC: Selama hampir 30 tahun rakyat diyakinkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara semasa peristiwa berdarah Memali, kata Senator Syed Husin Ali.


dr.-syed-husin_0Ekoran itu, katanya, pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur pada waktu itu perlu disiasat.


“Selama 30 tahun rakyat telah diyakinkan oleh media bahawa Mahathir tiada di dalam negara (sewaktu kejadian).


“Sebab itu pendedahan Musa hitam ini perlu diambil perhatian serius dan siasatan perlu dilakukan. Keadilan buat penduduk kampung yang terkorban dan keluarga perlu dikembalikan,” jelasnya lagi.


Musa Hitam, dalam sebuah forum di Kota Bharu baru-baru ini mendedahkan Mahathir berada di dalam negara ketika kejadian itu berlaku.


Ia sekaligus menolak gambaran kononnya Mahathir berada di China sewaktu kejadian yang meragut nyawa 14 penduduk kampung itu.


Menyifatkan pembunuhan kejam beberapa penduduk kampung dalam ‘operasi Hapus’ yang dilakukan pihak berkuasa pada November 1985 itu sebagai tragedi memilukan, Syed Husin mahu peristiwa itu terus dikenang oleh rakyat.


“Jangan sesekali kita lupa pada apa yang berlaku kerana ia satu tindakan paling kejam yang telah dilakukan terhadap rakyat,” ujar tokoh politik veteran itu lagi.


Syed Husin dalam masa sama turut menyelar respon Mahathir yang mendakwa ‘tidak ingat’ di mana dia berada semasa berlakunya tragedi berdarah itu.


Beliau menyifatkan alasan itu sebagai cubaan Mahathir untuk melarikan diri daripada menjawab dakwaan berkenaan dan menegaskan adalah sangat mustahil untuk bekas presiden Umno itu lupa di mana dia berada ketika kejadian.


“Mahathir ini sering tidak mahu dipersalahkan, alasan yang diberikan tidak masuk akal. Tidak mungkin kita lupa di mana kita berada ketika berhadapan situasi besar dan penting, tidak semudah itu manusia boleh lupa.


“Sikap Mahathir yang suka mengelak dan tidak mahu bertanggungjawab ini akhirnya memangsakan orang lain,”


“Selama 30 tahun Musa Hitam telah dipersalahkan atas tragedi Mamali, sebab itu kita mahu siasatan dijalankan supaya pembohongan selama 30 tahun ini dapat diperbetulkan kembali,” tegas aktivis rakyat itu lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 03:55

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.