Suara Keadilan's Blog, page 360

March 30, 2014

Tubuh RCI siasat semula tragedi Memali

KUALA LUMPUR 30 MAC: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi membongkar tragedi Memali pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk anggota polis.


Lim berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri dan timbalannya, Tun Musa Hitam ketika peristiwa itu berlaku boleh memberikan keterangan untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi hitam yang berlaku ketika itu.


“Dr Mahathir dan Musa masih hidup dan boleh memberi keterangan mengenai tragedi yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Musa baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa kejadian, selepas hampir 30 tahun peristiwa itu berlalu.


Ia sekaligus membongkar fakta yang disembunyikan sebelum ini, kononnya Dr Mahathir berada di China semasa kejadian dan Musa pemimpin yang bertanggungjawab atas pembunuhan Memali.


Perkara itu didedahkan Musa dalam majlis “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru, baru-baru ini.


Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.


Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur.”


Mengulas lanjut, Lim berkata, ini bukan kali pertama Musa dijadikan kambing hitam, malah bekas timbalan perdana menteri itu turut dipersalahkan dalam Operasi Lalang yang menyaksikan tangkapan beramai-ramai ahli politik dan aktivis.


“Dr Mahathir bercakap ‘sampah’ dan sekali lagi bersalah dalam amnesia terpilih, dia bukan sahaja tidak berada di China, tetapi semasa Operasi Lalang beliau juga menteri dalam negeri ketika itu,” kata Lim merujuk kepada insiden pada 1987 itu.


Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 01:36

March 29, 2014

Kaji penyelenggaraan sistem radar, bukan terus tukar – bekas Jeneral

(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 30 MAC : Bekas Panglima Logistik Markas Logistik Udara, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab menggesa Menteri Petahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengkaji semula penyelenggaraan sistem radar pertahanan negara.


Abdul-HadiIa berikutan kenyataan Hishamuddin semalam yang menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk menukar sistem radar dan meningkatkan kekuatan aset ketenteraan selepas insiden kehilangan pesawat MH370.


“Ini bukan soal nak pertingkatkan sistem radar, yang kita nak persoal sekarang ini ialah bab penyelenggaraan. Apakah sistem radar yang kita gunakan sekarang ini tak cukup hebat dengan bayaran mahal yang kita dah buat untuk sistem tersebut?


“Jadi menteri pertahanan dan TUDM perlu kaji semula keupayaan penyelenggaraan yang dibuat kontraktor sebelum ini.


“Sistem radar yang kita gunakan dah cukup hebat. Pastinya penyelenggaraan yang mempunyai kelemahan, sebab itu sistem radar kita tak mampu dilaksanakan di peringkat yang maksima,” katanya ketika dihubungi.


Jelasnya lagi, tindakan Hishamuddin yang seringkali memberi kenyataan tidak konsisten  turut dipersoal dan Menteri Pertahanan tersebut tiada  fokus yang ingin disampaikan kepada rakyat.


“Dia (Hishamuddin) tidak tahu apa sebenarnya dia cakap, apa fokus sistem pertahanan yang perlu dibuat oleh Kementerian Pertahanan, dia tidak ada hala tuju, sebab itu kenyataannya selalu tidak konsisten.


“Ini akan menyebabkan kekeliruan kepada rakyat di atas kecelaruan dan percanggahan kenyataan yang dibuat oleh diri dia sendiri, jadi rakyat akan marah,” ujarnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2014 23:42

Hukum mati anggota Ikhwan, Umno dicabar nyatakan pendirian

(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 30 MAC: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Umno BN menyatakan pendirian berhubung isu 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Mesir.


Katanya, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian tegas di Parlimen berhubung isu itu sedangkan Umno dilihat masih berdiam diri.


Shamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Shamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia


“Saya cabar Umno menyatakan pendirian mereka. Di Parlimen kita sudah menyatakan pendirian yang tegas dan bersungguh-sungguh menentang kezaliman dalam kes membabitkan Ikhwanul Muslimin.


“Ini adalah perkara yang serius. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam isu di luar negara, seolah-olah membiarkan dan merelakan perkara tersebut berlaku, lemah dan lembik serta tidak berupaya untuk membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.


Shamsul yang juga penyandang Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kerajaan perlu mengambil pendirian atas dasar kemanusiaan sepertimana dilakukan masyarakat antarabangsa.


“Kita bimbang mereka lihat Malaysia hanya pandai bercakap tapi tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan negara-negara lain sibuk menyatakan pendirian mereka,” tegasnya.


Sementara itu, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata,  Malaysia perlu memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa bagi menghalang kezaliman tersebut.


“Malaysia perlu mainkan peranan dengan bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Islam (OIC) di peringkat antarabangsa, nyatakan dengan tegas pendirian bahawa kita perlu membantah dan menentang kezaliman yang dilakukan.


“Kita tak akan berkompromi dalam isu ini, masyarakat antarabangsa tidak menerima pencabulan hak asasi di Mesir dan ia jelas melibatkan umat Islam,” ujarnya.


Katanya, hukuman ke atas penyokong Mursi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah moden dan bertujuan membalas dendam terhadap Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan demokrasi.


“Kita mengutuk sekerasnya pembunuhan beramai-ramai itu, dan kita sifatkan ia sebagai satu hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Hukuman tersebut hanya bertujuan untuk membalas dendam terhadap perjuangan demokrasi,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2014 23:25

Azmin yakin pertahan jawatan dengan rekod cemerlang

(Oleh: Amirul Azhan)


 


PETALING JAYA 30 MAC: Penyandang Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yakin mempertahankan jawatannya meskipun mendapat tentangan enam penjuru dalam pemilihan parti itu nanti.


AzminAzmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya walaupun berdepan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat calon lain.


Beliau turut menyatakan anggota parti itu akan memberikan sokongan kepadanya berdasarkan rekod cemerlang beliau sebelum ini.


“Saya percaya pengundi akan lihat rekod cemerlang dan saya tawarkan perkhidmatan saya untuk parti dan ahli untuk menuju ke PRU 14 nanti,”


“Saya bertanding dengan MB, saya tiada jawatan dalam kerajaan, bukan exco tapi saya percaya penyokong akan buat keputusan,” kata Azmin selepas menyerahkan borang pencalonan di Ibu Pejabat KEADILAN, semalam.


Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Azmin yang juga  Adun Bukit Antarabangsa  turut mengesahkan menerima restu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal sebagai Timbalan Presiden.


“Saya sudah bincang panjang dengan teman-teman sejak beberapa hari lalu.


“Hari ini saya juga sudah berbincang panjang dengan Datuk Seri Anwar sebelum kita buat keputusan akhir untuk saya kekalkan jawatan sekarang,” katanya.


Menerusi pemilihan kali ini, Azmin bakal berhadapan saingan enam penjuru menentang Khalid Ibrahim, selain Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2014 22:15

Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.


SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.


“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.


“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.


Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.


Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.


“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.


Kritikan media antarabangsa


Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.


“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.


Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa


“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.


“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2014 22:00

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Presiden (2 calon)

1) Datuk Seri Anwar Ibrahim


2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


Timbalan Presiden (6 calon)

1) Mohamed Azmin Ali

2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

3) Tian Chua

4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail


5) Datuk K Rama


6) Ganusegaran


Naib Presiden (16 calon)

1) Fuziah Salleh

2) N Surendran

3) Rafizi Ramli

4) Nurul Izzah Anwar

5) Mustafa Kamil Ayub

6) Baru Bian

7) Mansor Osman

8) Suresh Kumar

9) Elizabeth Wong

10) Dr Shamugan

11) Shamsul Iskandar Mohd Akin

12) Mohd Yahya Sahri

13) Lee Chin Cheh


14) Dr Sritaram


15) Dr Xavier Jayakumar


16) Tian Chua


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)


Angkatan Muda KEADILAN (AMK)


Ketua AMK (3 calon)

1) Amiruddin Shaari

2) Nik Nazmi Nik Ahmad

3) Mohd Nazree Yunus


Timbalan AMK (4 calon)


1. Chang Lih Kang


2. Dr Afif  Bahardin


3. Ramesh


4. Sarman


Naib Ketua AMK (9 calon)


Exco AMK (62 calon)


Wanita Pusat


Ketua Wanita Pusat (2 calon)

1) Rodziah Ismail

2) Zuraida Kamaruddin


Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)


1. Haniza Talha


2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid


3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai


Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)


AJK Wanita Pusat (14 calon)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2014 02:14

March 28, 2014

Rodziah tanding Ketua Wanita, sasar bawa perubahan

(Oleh Amirul Azhan)


PETALING JAYA 29 MAC: Pencalonan Pemilihan KEADILAN 2014 hari ini bertambah seri dengan kehadiran Rodziah Ismail yang bertanding untuk jawatan Ketua Wanita.


Beliau dicadangkan oleh penyandang Naib Presiden, Fuziah Salleh dan disokong penyandang Naib Ketua Wanita, Gan Pei Nei.


rodziah“Tujuan saya bertanding adalah untuk ‘guide and move’ (memandu dan menggerakkan) wanita khususnya untuk membawa perubahan secara sihat,” kata Rodziah yang merupakan penyandang Timbalan Ketua Wanita.


Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya penyandang Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mempertimbang cadangannya supaya bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam usaha meletakkan kedudukan wanita ke tahap lebih tinggi.


“Harapan saya adalah meletakkan kepimpinan ke arah yang lebih kompiten untuk kita terus ke Putrajaya,” ujar beliau.


Katanya, ini jelas menunjukkan wanita KEADILAN lebih bersifat dinamik dan berkredibiliti untuk terus maju ke depan membawa masa depan parti.


Tambah Rodziah, ini merupakan adat bertanding dengan menyasarkan 30 peratus wanita mesti mempunyai jawatan di dalam parti yang diterajui.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 22:51

Anwar sah tanding jawatan Presiden KEADILAN

(Oleh Amirul Azhan)


PETALING JAYA 29 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu kali ini.


anwar-ibrahimBorang pencalonannya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung, Low Chee Chong sekitar jam 11 pagi tadi, di ibu pejabat parti di sini.


Pencadang Anwar untuk jawatan tersebut ialah bekas Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali dan disokong oleh Chee Chong sendiri.


Terdahulu, tepat jam 12.00 tengahari, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat , Datuk Johari Abdul mengumumkan mengenai penerimaan satu pencalonan bagi jawatan presiden dan calon yang bertanding adalah Anwar.


Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden, sehingga waktu ini menyaksikan dua pencalonan diterima iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tian Chua.


Manakala untuk jawatan Naib Presiden, enam pencalonan diterima setakat ini dan mereka adalah Fuziah Salleh, Datuk Dr Mansor Othman, Baru Bian,  N Surendran, Suresh Kumar, dan Mustafa Kamil Ayub.


Tempoh akhir untuk menyerahkan borang penamaan calon adalah pada 5 petang ini.


Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing-masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.


Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula 25 April dan berakhir 11 Mei ini.


Barisan kepimpinan KEADILAN 2014 akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 22:05

Tian Chua tawar diri untuk jawatan Timbalan Presiden

TianKUALA LUMPUR 28 MAC: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan 2014 parti itu.


Penyandang jawatan Naib Presiden itu mengesahkan perkara tersebut.


“Ya, saya akan serah borang pencalonan esok,” katanya, dipetik.


Keputusaan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat bakal berlangsung di Ibu Pejabat KEADILAN, esok, 29 Mac.


Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing-masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.


Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula 25 April dan berakhir 11 Mei ini.


Barisan kepimpinan KEADILAN 2014 akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 02:02

Zuraida umum tanding semula jawatan Ketua Wanita

ZuraidaKami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Wanita kami, YB Zuraida Kamaruddin kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil Kajang.


Sehubungan dengan itu, kami juga ingin memberi sokongan penuh dan penghargaan tinggi kepada YB Zuraida kerana sudi bertanding semula jawatan sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


Oleh kerana KEADILAN mengamalkan pemilihan parti secara langsung berdasarkan konsep satu ahli satu undi, kami yakin bahawa sokongan akar umbi kuat terhadap YB Zuraida.


Pemilihan parti merupakan sebuah proses demokrasi yang mustahak untuk membentukkan sikap ataupun kebudayaan politik yang matang.


Kami berharap bahawa kesinambungan YB Zuraida sebagai Ketua Wanita akan turut disokong oleh anggota-anggota lain dari semua lapisan dari peringkat cabang sehingga ke peringkat pusat.


Noor Sham Abu Samah

Naib Ketua Wanita Pusat


Poziyah Hamzah

Ketua Wanita Perlis


Fathmawaty Salim

Ketua Wanita Perak


Norhayati Jaafar

Ketua Wanita Pulau Pinang


Noraini Haji Husin

Ketua Wanita Kelantan


Mahani Masban

Ketua Wanita Melaka

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 02:01

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.