Penyokong BN buat provokasi, ketuk kereta penyokong KEADILAN

KAJANG 23 MAC: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.


BNLebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.


Keadaan ini mengganggu para penyokong KEADILAN kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.


Perbuatan ala samseng ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.


Penyokong KEADILAN yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.


Mengikut Harakah Daily, dalam beberapa minit selepas itu, gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong KEADILAN yang melalui jalan di hadapan mereka.


Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong KEADILAN dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar dikawal.


Sementara itu Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.


Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.


“Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,” katanya dipetik.


Tambah beliau, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2014 22:36
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.