PM perlu pecat, arah Wan Junaidi mohon maaf

KUALA LUMPUR 20 MAC : Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan mengarahkannya memohon maaf kepada rakyat Malaysia.


Ia katanya ekoran kenyataan Wan Junaidi bahawa kaum bukan Melayu kurang sensitif terhadap jenayah rogol bawah umur berbanding orang Melayu Islam.


“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah segera menunjukkan pintu keluar kepada Wan Junaidi dari kabinet Malaysia.


“Keadaan negara yang mudah terdedah kepada kebencian agama dan kaum, akan bertambah runcing dengan tindakan dan kenyataan perkauman dan tidak sensitif dari seorang Timbalan Menteri.


“Jika Najib Tun Razak serius melaksanakan Transformasi 1Malaysia, Wan Junaidi harus diarahkan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan perlu dipecat dari kedudukan dan jawatan Timbalan Menteri yang membuktikan beliau berbahaya kepada masa depan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.


Menurut Manivanan, fungsi Kementerian Dalam Negeri yang sepatutnya menjaga keharmonian dan keselamatan negara tercemar ekoran kenyataan tersebut.


“Tidak ada ibu bapa yang akan menerima hakikat anak mereka dirogol dan kemudian mendiamkan diri tanpa tindakan lanjut undang-undang.


“Ini bukanlah pemikiran dan jawapan yang waras maka wajarlah dipersoalkan oleh semua rakyat Malaysia. Kenyataan beliau bukan sahaja menghina kaum-kaum lain di Malaysia, tetapi amat malang apabila turut memalukan umat Islam yang sentiasa cintakan kedamaian,” ujarnya lagi.


Anggota Parlimen Ipoh Barat daripada DAP M Kulasegaran memberi amaran akan merujuk timbalan menteri berkenaan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen ekoran kenyataannya berkaitan rogol statutori.


Kulasegaran berkata, beliau memberikan Wan Junaidi tempoh sehingga esok untuk menarik balik kenyataannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2014 02:40
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.