Muhd. Kamil Ibrahim's Blog, page 37
December 22, 2011
Di tangan
Sesuatu yang ada di tangan sendiri jarang dihargai. Sesuatu yang ada di tangan orang kelihatan lebih menarik dan menawan. Ia tidak selalunya benar tetapi ia juga tidak sentiasa salah.
Jika ia salah, maka kehidupan kita sentiasa dipenuhi dengan rasa bersyukur, rendah diri kepada Allah SWT dan sentiasa menghargai apa yang dianugerah Allah.
Melahirkan rasa bersyukur ialah dengan merebahkan diri serendah-rendahnya kepadaNya. Ia membawa pengertian yang sangat halus. Tidak berlaku sesuatu dengan kudrat sendiri.
Tidak berilmu kita tanpa pinjaman daripadaNya. Malah jika mahu melakukan sesuatu – sudah pasti – akan dimulakan dengan perasaan pergantungan kepadaNya.
Allahu Akbar.
Malam tadi – di Mekah – saya memberi tazkirah kepada sekumpulan mereka yang dipilih Allah. Mereka dapat menunaikan umrah menggunakan visa perniagaan.
Jumlahnya tidak ramai – kurang lebih – 15 pasangan. Dan hampir keseluruhannya sudah menunaikan fardhu haji. Saya percaya kedatangan mereka ke Mekah dan Madinah kerana tuntutan perasaan yang terlalu rindukan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Malah ia suatu perasaan luarbiasa yang tidak terucap apabila bersolat di Raudhah, Hijir Ismail, mengadap Kaabah atau sekadar berada di dalam kedua-dua masjid.
Jangan bercakap dengan orang yang tidak pernah hadir ke dua-dua tempat kerana ramai yang tidak dapat membayangkan sejauh mana perasaan tersebut. Ia anugerah.
Lalu saya menyebut, kedua-dua tempat ini bukan sentiasa berada di tangan kita. Ia sangat fizikal bentuknya. Mungkin bagi sesetengah orang, ia merupakan kunjungan pertama dan terakhir.
Jika begitu, apakah yang boleh mengubat rasa rindu tersebut? Sesuatu yang pasti, Allah ada di mana-mana. Apa yang ada di tangan kita adalah masjid-masjid (rumah Allah) yang berselang kampung atau taman.
Kita mempunyai masa untuk bangun solat malam yang telah Allah janjikan, "kau berdoa Aku makbulkan, kau bertaubat Aku ampunkan, kau meminta Aku bagi".
Malah sebagai seorang ibu atau ayah, Allah sudah nyatakan mereka yang berdoa untuk anak-anaknya dengan penuh keikhlasan adalah sebaik-baik cara bagi mengzahirkan kasih-sayang.
Allahu Akbar, di tangan kita ada kudrat dan kesihatan yang baik dipinjamkan Allah untuk melakukan puasa-puasa sunat secara konsisten. Malah dengan keadaan yang baik inilah kita mampu membaca al-Quran dan terjemahannya.
Ia di tangan sendiri. Tanpa kos yang tinggi.
Lihatlah apa yang ada di tangan sendiri. Maksimumkan keupayaan tersebut dengan cara terbaik. InsyaAllah, rindu dendam kepada sesuatu yang tiada di tangan akan berganti dengan hati yang senang dan damai!
Kami mohon keampunan Allah.
Dr Shatari
Alhamdulillah, sukanya hati saya mendapat khabar yang Shatari berjaya mempertahankan tesis PhD beliau. Kini beliau sebaris dengan supervisee yang lain, Dr Zaleha (UKM), Dr Ridzwan (TM), Dr Rosmaini (UAE), Dr Halim Kadri, Dr Arun dan Dr Radziah (UiTM) yang – juga – telah berjaya menamatkan pengajian.
"Mabruk….," itu ucapan saya.
"Sudah sujud syukur?," itu pertanyaan saya.
December 20, 2011
Umrah dan Tazkirah
Alhamdulillah dan InsyaAllah, kami sekeluarga akan menunaikan ibadat umrah pada hujung minggu ini. Ia memang perancangan awal kami yang mahu ke Mekah sekurang-kurangnya 2x sebulan.
Inilah pendapatan kami kerana diizinkan Allah untuk berada di Madinah.
Mengikut perancangan, kami akan bertolak awal pagi Khamis. Ia perjalanan sehari semalam. Kami sekeluarga akan menginap di hotel Hilton Towers yang telah ditempah dan dibayar melalui internet.
Ia offer musim sejuk!
Di sebelah malam – InsyaAllah – saya akan menyampaikan tazkirah kepada sekumpulan jemaah umrah Malaysia yang sudah berada di Mekah. Sebenarnya, mereka sudah berada di Madinah tetapi akibat kesuntukan masa (ziarah umrah hanya tiga hari sahaja) ia tidak dapat dilaksanakan di sini.
Namun kuasa Allah sangat hebat. Jika tidak di Madinah, ia boleh dilakukan di Mekah. Saya sangat-sangat bersyukur kerana ada yang sudi memberi peluang untuk saya menyampaikan sedikit ilmu di Mekah. Ia pengalaman pertama.
Paling penting jika ia menjadi ilmu yang bermanfaat.
Kolumnis ANIS dan Majalah i
[image error]
Wajah baru Majalah i
Saya menulis setiap bulan di Majalah ANIS dan Majalah i.
ANIS bermula semula sejak keluaran Disember 2011 sehingga bila buah fikiran saya dikehendaki. Ia fokus kepada isu-isu kekeluargaan dan juga amal ibadat serta isu-isu semasa berkait dengan kehidupan kami di sini. Tajuk kolum Cinta Madinah.
Saya sudah menjadi kolumnis majalah ini melebih setahun bermula dengan kolum Travelog Ayah yang tamat sejurus saya meninggalkan Malaysia. Roza juga menulis sebagai kolumnis melalui ruangan Bukan Sekadar Resepi.
Dulu, saya menulis di Majalah MIDI dan juga l Luv Islam – tabloid mingguan – terbitan Karangkraf. Kini saya kembali menulis dengan syarikat ini melalui Majalah i. Ia di bawah kolum Bingkisan dari Madinah. Ia akan bermula pada keluaran Januari.
Fokusnya berbeza dengan majalah ANIS. Mudah-mudahan ia menjadi ilnu yang bermanfaat.
December 19, 2011
Berkira
Salah satu doa yang sangat konsisten yang saya pohon pada Allah SWT ialah, "ya Allah, janganlah aku menjadi manusia yang bakhil, kedekut, berkira dan kikir……."
Berkira dalam konteks kedekut – negatif sifatnya – adalah sifat manusia yang tidak luar biasa. Mempunyai sifat berkira menyusahkan diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Menghilangkan perasaan ini memerlukan kesungguhan. Perlukan bantuan Allah SWT. Maka ia perlu dilatih juga seumpama solat malam. Allahu Akbar, nanti – janganlah pula – ada yang menyatakan, "saya bakhil kerana Allah memang jadikan saya begitu, Saya sudah berdoa supaya tidak bakhil tetapi belum dimakbulkan".
Setiap perkara ada aturannya. Itu janji Allah. Namun ada perkara yang berlaku di luar peraturan atas sifat Allah yang Maha Berkuasa.
Perasaan ini sangat menarik untuk ditelah.
Misalnya, jika saya solat dimasjid luar kawasan – InsyaAllah – saya akan masukkan RM10 ke dalam tabung masjid. Ada ketikanya saya tidak mempunyai note RM10 tetapi di dalam wallet ada berkeping-keping note RM50.
Emmm… pada ketika inilah perasaan berkira muncul, "banyak tu… bagi.. tidak… bagi… tidak".
Namun ada sesuatu yang pelajari, bersedekah tidak pernah membuat manusia jadi papa kedana. Ia makin memudahkan kehidupan. Janji Allah sentiasa benar.
Percaya atau tidak, beratus-ratus khalayak pembaca KRTS menghantar e-mel untuk memiliki salinan PDF buku PhD Kecil tapi Signifikan apabila saya menulis notis di atas.
Saya melihat akaun Maybank hampir setiap minit berubah baki. Saya melihat ramai yang tidak berkira. Pertama, mereka inginkan ilmu melalui buku tersebut. Kedua, mereka mahu bersedekah.
Namun ada juga yang masih berharap ia free 100% dan kecewa dengan maklumat tambahan yang saya hantar bersekali dengan salinan fail tersebut. Inilah yang saya tulis kepada mereka,……… (saya padamkan ayat ini kerana sudah ada yang membuat bayaran terlebih dahulu… ha.. haa… sukar saya dibuatnya).
Hakikatnya, memang kita selalu berkira. Kita berkira dengan waktu tidur. Ramai juga yang berkira dengan tenaga. Ada juga yang berkira dengan ilmu. Dan lebih ramai lagi berkira dengan wang ringgit!
Saya minta dijauhi daripada sifat berkira yang membawa saya kepada sifat bakhil, kedekut dan kikir. Ya Allah ampunilah kami ya Allah.
Nota: Masih ada hampir 100 e-mel yang belum saya jawab berkaitan tempahan buku PhD kecil tapi Signifikan. Mohon bersabar.
December 18, 2011
Exam
Saya baru tiga minggu berguru quran dengan Tok Sheikh Muthiollah.
Beliau memaklumkan yang akan ada ujian pada penghujung bulan Safar. Kami semua perlu menghafal kesemua Juz Amma. Allahu Akbar, saya mohon Allah permudahkan.
Sehingga kini saya baru menghafal 22 surah. Allahu Akbar, disebabkan saya bermula dari belakang bermakna baki surah-surah yang perlu dihafal yang jarang saya baca dan surahnya panjang-panjang.
Tok Sheikh melihat saya dan berkata, "jangan takut…. cuba dahulu".
Di antara kami sudah ada muridnya yang terdahulu sudah sedia untuk diuji. Namun kenapa tidak saya mencuba? Maka saya perlu mengubah jadual kehidupan. Saya perlu kurangkan lagi waktu tidur supaya dapat menumpukan perhatian di sebelah malam terhadap usaha-usaha ini.
Kelas Bahasa Arab
4x seminggu - sabtu hingga selasa – saya telah memulakan pengajian kelas bahasa Arab di Haram. Ia bermula selepas Asar selama satu jam. Ia waktu hafalan quran saya.
Tidak mengapa, saya akan pindahkan waktu menghafal di sebelah malam atau awal pagi.
Saya berguru dengan seorang anak muda yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana. Beliau seorang Hafiz. Saya mahu bergambar dengan beliau tetapi beliau menolak.
Oppss… beliau sangat menjaga bab-bab ini. Saya memahami dan menghormati malah mengkagumi. Beliau berpesan, "jauhilah daripada perkara yang melalaikan termasuk muzik, aurat wanita dan…."
Allah mempertemukan saya dengan guru yang terasa sejuk di hati.
Riadah
Noh, manager salah sebuah hypermarket di sini mengajak saya bermain pingpong. Beliau menjemput saya di rumah, membayar sewaan meja dan tempat serta membeli air mineral.
Kemudian, beliau membelasah saya 4-0 tanpa belas kesihan. Saya minta handicap kerana faktor umur tetapi tidak layan.
Tidak mengapa, suatu hari nanti saya akan mengalahkan beliau. Cuma saya berfikir-fikir bagaimana mahu membalas servisnya yang berputar ligat. Atau cukup hanya sekadar mengeluarkan peluh.
Benar, beliau lebih hebat daripada saya!
Projek Amal "PhD kecil tapi Signifikan" (Entri baru di bawah)
Ramai yang bertanya tentang buku awal hasil karangan di sekitar 2004. Ia Travelog pertama yang telah saya tulis. Namun buku ini telah tidak diterbitkan semula walaupun permintaannya masih ada.
Jika ada yang masih berminat, saya telah PDFkan buku tersebut dan ia boleh dibaca dengan beberapa syarat tertentu. Sila hubungi saya di muhdkamiltaibah@gmail.com
Mudah-mudahan ia boleh memberi manfaat!
Salam sejahtera,
Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan di atas buku PhD kecil tapi Signifikan. Sebagaimana yang saya nyatakan ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi……
1. Harga buku ini RM20 (minimum) dan kesemua hasilnya adalah untuk membayar kos taip semula yang berjumlah RM1000 yang telah saya dahulukan. Jika perolehannya melebihi RM1000, kesemua wang yang diperolehi akan didermakan kepada rumah anak yatim pilihan saya sendiri. Jika mahu menyumbang lebih daripada RM20, sangat-sangat saya alukan.
2. Nombor akaun Maybank saya 562106211166
3. Jika tidak mampu, tidak mengapa saya sedekah sahaja. Free of Charge.
4. Boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang berminat tetapi syarat 1 perlu dipatuhi.
5. Jika tidak bersetuju dengan syarat saya ini sila delete fail yang telah saya bekalkan.
6. Bayar hanya setelah menerima salinan PDF tersebut!
7. Jika sudah membuat bayaran TIDAK PERLU maklumkan kepada saya. Ia lebih menyusahkan saya. Tolong bantu saya dalam soal ini. Ia antara tuan/puan dengan Allah SWT sahaja
Semoga Allah memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.
Projek Amal "PhD kecil tapi Signifikan"
Ramai yang bertanya tentang buku awal hasil karangan di sekitar 2004. Ia Travelog pertama yang telah saya tulis. Namun buku ini telah tidak diterbitkan semula walaupun permintaannya masih ada.
Jika ada yang masih berminat, saya telah PDFkan buku tersebut dan ia boleh dibaca dengan beberapa syarat tertentu. Sila hubungi saya di muhdkamiltaibah@gmail.com
Mudah-mudahan ia boleh memberi manfaat!
Salam sejahtera,
Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan di atas buku PhD kecil tapi Signifikan. Sebagaimana yang saya nyatakan ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi……
1. Harga buku ini RM20 (minimum) dan kesemua hasilnya adalah untuk membayar kos taip semula yang berjumlah RM1000 yang telah saya dahulukan. Jika perolehannya melebihi RM1000, kesemua wang yang diperolehi akan didermakan kepada rumah anak yatim pilihan saya sendiri. Jika mahu menyumbang lebih daripada RM20, sangat-sangat saya alukan.
2. Nombor akaun Maybank saya 562106211166
3. Jika tidak mampu, tidak mengapa saya sedekah sahaja. Free of Charge.
4. Boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang berminat tetapi syarat 1 perlu dipatuhi.
5. Jika tidak bersetuju dengan syarat saya ini sila delete fail yang telah saya bekalkan.
6. Bayar hanya setelah menerima salinan PDF tersebut!
7. Jika sudah membuat bayaran TIDAK PERLU maklumkan kepada saya. Ia lebih menyusahkan saya. Tolong bantu saya dalam soal ini. Ia antara tuan/puan dengan Allah SWT sahaja
Semoga Allah memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.
PhD kecil tapi Signifikan (Entri baru di bawah)
Ramai yang bertanya tentang buku awal hasil karangan di sekitar 2004. Ia Travelog pertama yang telah saya tulis. Namun buku ini telah tidak diterbitkan semula walaupun permintaannya masih ada.
Jika ada yang masih berminat, saya telah PDFkan buku tersebut dan ia boleh dibaca dengan beberapa syarat tertentu. Sila hubungi saya di muhdkamiltaibah@gmail.com
Mudah-mudahan ia boleh memberi manfaat!
PhD kecil tapi Signifikan
Ramai yang bertanya tentang buku awal hasil karangan di sekitar 2004. Ia Travelog pertama yang telah saya tulis. Namun buku ini telah tidak diterbitkan semula walaupun permintaannya masih ada.
Jika ada yang masih berminat, saya telah PDFkan buku tersebut dan ia boleh dibaca dengan beberapa syarat tertentu. Sila hubungi saya di muhdkamiltaibah@gmail.com
Mudah-mudahan ia boleh memberi manfaat!
December 17, 2011
Medjools

Kurma Medjools jenis lembut dan sangat lazat mengikut rasa saya dan Roza. Diperkenal oleh kenalan Arab yang mempunyai kedai kurma.
Kebiasaannya, saya akan membawa bekal tamar ke Haram jika saya berpuasa bukan hari Isnin dan Khamis. Kemudian, saya akan mengambil segelas air zam-zam dan menunggu bilal azan menandakan tamatnya satu hari lagi dalam kehidupan saya.
Saya akan mengambil seulas tamar dan makan. Saya hulurkan- masih di dalam plastik - juga kepada jiran di sebelah kanan dan kiri. Kadangkala, ia melangkaui dua atau tiga orang yang berada di sisi atau di belakang.
Hampir kesemuanya berkata, "la.. la.. la…," sambil mengeleng-ngelengkan kepala. Saya bersungguh-sungguh menawarkannya. Kebanyakannya enggan. Lalu saya ambil sendiri – keluarkan dari plastik – dan hulurkan semula.
Mereka terpaksa mengambil.
Saya diamkan seketika. Bila mereka habis mengunyah, saya hulurkan lagi. Allah… Allah… Allahu Akbar, dalam kebanyakan kes mereka tidak akan menolak lagi.
Roza juga bercerita perkara yang sama. Ada beberapa kes yang menarik. Mereka mengambil seulas, beredar pergi dan kemudian kembali berjumpa Roza mahu seulas lagi.
Ada yang duduk jauh daripada Roza, ditepuk-tepuknya orang di sebelah sehingga sampai kepada Roza dan orang terakhir mahu Roza melihat kepada wanita yang pertama.
Roza senyum melihat ibu itu mengangkat satu jari meminta kurma yang dimakan oleh jirannya.
Kurma adalah kurma. Saya sudah merasai pelbagai jenis kurma. Ada yang SSR10/sekilo sehingga SR140/sekilo. Namun kebanyakan yang dibeli di pasaran terbuka tidak mencapai kualiti yang sepatutnya. Ia mempunyai gred-gred tertentu. Ada masanya ia bercampur-campur.
Berada di Madinah membolehkan saya mengenali beberapa kurma yang menyebabkan saya terfikir kenapa ia diulang-ulang disebut di dalam al-Quran.
Saya merasai kurma yang sangat lazat mengikut selera saya dan Roza. Malah ia teruji ketika kami mengagih-agihkan kepada mereka yang hampir di Haram.
Tidak kira ia Anbara atau Medjools, ia terletak bagaimana ia dipilih ibarat memilih ikan segar. Ikan kecil atau besar hanya yang segar akan terasa kemanisannya.
Dan saya mendapat bantuan mereka yang pakar!
December 16, 2011
Meraikan

Dr Tosef (tengah) bersama Amirul dan Dr Mahmood (Jordan) menikmati nasi Arab berlaukan briyani Malaysia.
Prof Dr Tosef akan meninggalkan Universiti Taibah. Ketika saya mendarat di bumi Madinah, beliau sudah hampir 4 tahun berada di sini. Tosef satu-satunya staf berjawatan Profesor di College of Business (CBA).
Beliau jugalah satu-satu nama – staf College kami – yang saya kenali berdasarkan pencarian akademik melalui google scholar sebelum saya berangkat ke sini. Beliau sangat produktif, 17 hasil penulisan dalam tempoh tersebut.
Ia penanda aras yang sangat tinggi terutamanya dalam konteks universiti yang belum mempunyai budaya penyelidikan dan penulisan. Namun ia bukan keluhan tetapi satu pacuan motivasi yang perlu diteladani.
Kami baru berkenalan selama saya berada di sini. Hanya 13 minggu. Namun ia tidak menghalang saya untuk meraikan Tosef dan isteri yang bakal meninggalkan kami.
"Ia bukan budaya sini meraikan mereka yang akan pergi. Mereka yang pergi akan hilang begitu sahaja," beliau memberitahu saya.
Saya ketawa. Ia bukan semata-mata soal budaya. Budaya bersifat dinamik. Ia sentiasa berubah melalui ilmu. Saya bercerita, "saya sudah nyatakan kepada para pelajar saya, kita perlu meraikan Dr Tosef. Kita akan lakukan sedikit majlis tetapi perlu jemput saya sekali".
Benar ia bukan cara di sini. Namun mahukah kita membiarkan begitu? Sedikit demi sedikit saya cuba membuka jalan. Saya ajar para pelajar supaya menghormati dan meraikan mereka yang telah berjasa. Apatah lagi mereka yang telah memberi ilmu.
Maksud saya mudah, kita cuba memberi jalan. Suatu hari nanti ia akan menjadi budaya baru. Namun mesti ada yang menjadi pencetus. Benar juga, menjadi crowd lebih mudah daripada bersusah payah menjadi pendahulu. Namun percayalah, InsyaAllah Dia sentiasa hampir untuk membantu.
Bukankah sudah dinyatakan secara berulangkali, hanya segelintir sahaja daripada kumpulan akhir zaman yang bersama Rasululullah SAW ke syurga.
Perhatikan kisah artikel Pujian. Saya menulis bukan kerana mengharapkan pujian. Berapa kali pun kita menyatakan "TIDAK" akan ada yang mempertikaikannya.
Tidak mengapa. Itu tidak penting buat saya. Lebih penting, hampir 90% khalayak pembaca sudah mula mendoakan saya dan keluarga apabila menulis.
Dalam diam-diam, kita telah membuka dimensi baru di dalam penulisan komen. Benar, di sana-sini masih ada yang tidak memberi salam atau berdoa kepada khalayak dan tuan rumah ketika memberi komen.
Juga tidak mengapa. Bukan semua manusia boleh berubah sekelip mata. Ia hanya tabiat yang belum serasi.
Kedua, semalam saya menulis di FB melalui updates tentang kisah pertemuan saya dengan bekas Mufti Johor dan Tengku Makhota Johor (TMJ) di Raudhah dan saya nyatakan "Saya doakan baginda akan menjadi sultan atau agong yang dirahmati Allah".
Sehingga kini lebih 60 orang memberi komen dan mengaminkan doa tersebut. Malah lebih 550 yang likes.
Jika Likes diterjemahkan sebagai Ameeeeen, bayangkan bagaimana FB membuka budaya baru bagi orang-orang Islam. Begitulah, ia bergantung kepada niat dan bagaimana kita menterjemahkan sesuatu supaya menjadi sebagai satu ibadat – InsyaAllah – diterima Allah.
Kini, saya sentiasa berdoa untuk khalayak pembaca KRTS dan rakan FB sebagaimana saya berdoa buat kedua-dua ibubapa, isteri dan anak-anak, kaum keluarga, guru-guru dan anak-anak murid serta kaum muslimin dan muslimat.
Mudah-mudahan dengan menyebut (khalayak blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan dan rakan Facebook) secara spesifik ia mempunyai makna yang tersendiri.
Berbalik kepada majlis meraikan Dr Tosef dan isteri, kami raikan mereka dengan makanan yang paling mudah. Nasi Arab berlauk ayam panggang dan briyani kambing Johor. Akhirnya disertai dengan kek lapis Sarawak dan bubur puteri mandi dan labu (agaknya ciptaan baru Roza).
Alhamdulillah, mereka lebih menggemari lauk briyani kambing. Dr Mahmood yang berasal dari Jordan menghirup kuahnya sehingga licin. Ia boleh diterima.
Benarlah budaya sentiasa boleh berubah. Makanan telah membuktikannya begitu buat mereka yang mahu berfikir. Benarlah juga, ia bukan sekadar resepi.

Kambing briyani tiada dalam gambar
Kami doakan Dr Tosef dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.
Ikan Kerisi Goreng

Menu makan tengahari Jumaat
Salah satu nikmat berpuasa ialah berselera makan ketika tidak berpuasa.
Saya selalu bertanya-tanya, "kenapa bila berpuasa saya tiada masalah gastrik. Jika tidak berpuasa, perut kerap berbunyi mahu diisi. Sedikit tetapi mulut perlu mengunyah".
Orang selalu berkata, "itulah nikmat berpuasa". Namun saya melihat daripada sudut yang lain – juga nikmat Allah – ketika ia jatuh hari yang tidak berpuasa.
Maksud saya, 15 hari nikmat berpuasa dan 15 hari nikmat tidak berpuasa. Itulah maksud bersederhana yang saya fikirkan.
Allahu Akbar, semalam Roza menyediakan menu yang kelihatan mudah untuk makan tengahari. Ikan Kerisi goreng, kambing goreng garam kunyit, sayur Arab (ganti pucuk ubi) dengan labu, tempe dan sambal belacan kiwi.
Ia nampak mudah tetapi sangat signifikan buat saya yang juga suka makan makanan yang mudah-mudah.
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
