Error Pop-Up - Close Button Sorry, you must be a member of the group to do that. Join this group.

Umrah dan Tazkirah

Alhamdulillah dan InsyaAllah, kami sekeluarga akan menunaikan ibadat umrah pada hujung minggu ini. Ia memang perancangan awal kami yang mahu ke Mekah sekurang-kurangnya 2x sebulan.


Inilah pendapatan kami kerana diizinkan Allah untuk berada di Madinah.


Mengikut perancangan, kami akan bertolak awal pagi Khamis. Ia perjalanan sehari semalam. Kami sekeluarga akan menginap di hotel Hilton Towers yang telah ditempah dan dibayar melalui internet.


Ia offer musim sejuk!


Di sebelah malam – InsyaAllah – saya akan menyampaikan tazkirah kepada sekumpulan jemaah umrah Malaysia yang sudah berada di Mekah. Sebenarnya, mereka sudah berada di Madinah tetapi akibat kesuntukan masa (ziarah umrah hanya tiga hari sahaja) ia tidak dapat dilaksanakan di sini.


Namun kuasa Allah sangat hebat. Jika tidak di Madinah, ia boleh dilakukan di Mekah. Saya sangat-sangat bersyukur kerana ada yang sudi memberi peluang untuk saya menyampaikan sedikit ilmu di Mekah. Ia pengalaman pertama.


Paling penting jika ia menjadi ilmu yang bermanfaat.


Kolumnis ANIS dan Majalah i


[image error]

Wajah baru Majalah i


Saya menulis setiap bulan di Majalah ANIS dan Majalah i.


ANIS bermula semula sejak keluaran Disember 2011 sehingga bila buah fikiran saya dikehendaki. Ia fokus kepada isu-isu kekeluargaan dan juga amal ibadat serta isu-isu semasa berkait dengan kehidupan kami di sini. Tajuk kolum Cinta Madinah.


Saya sudah menjadi kolumnis majalah ini melebih setahun bermula dengan kolum Travelog Ayah yang tamat sejurus saya meninggalkan Malaysia. Roza juga menulis sebagai  kolumnis melalui ruangan Bukan Sekadar Resepi.


Dulu, saya menulis di Majalah MIDI dan juga l Luv Islam – tabloid mingguan – terbitan Karangkraf. Kini saya kembali menulis dengan syarikat ini melalui Majalah i. Ia di bawah kolum Bingkisan dari Madinah. Ia akan bermula pada keluaran Januari.


Fokusnya berbeza dengan majalah ANIS. Mudah-mudahan ia menjadi ilnu yang bermanfaat.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2011 18:13
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.