Exam
Saya baru tiga minggu berguru quran dengan Tok Sheikh Muthiollah.
Beliau memaklumkan yang akan ada ujian pada penghujung bulan Safar. Kami semua perlu menghafal kesemua Juz Amma. Allahu Akbar, saya mohon Allah permudahkan.
Sehingga kini saya baru menghafal 22 surah. Allahu Akbar, disebabkan saya bermula dari belakang bermakna baki surah-surah yang perlu dihafal yang jarang saya baca dan surahnya panjang-panjang.
Tok Sheikh melihat saya dan berkata, "jangan takut…. cuba dahulu".
Di antara kami sudah ada muridnya yang terdahulu sudah sedia untuk diuji. Namun kenapa tidak saya mencuba? Maka saya perlu mengubah jadual kehidupan. Saya perlu kurangkan lagi waktu tidur supaya dapat menumpukan perhatian di sebelah malam terhadap usaha-usaha ini.
Kelas Bahasa Arab
4x seminggu - sabtu hingga selasa – saya telah memulakan pengajian kelas bahasa Arab di Haram. Ia bermula selepas Asar selama satu jam. Ia waktu hafalan quran saya.
Tidak mengapa, saya akan pindahkan waktu menghafal di sebelah malam atau awal pagi.
Saya berguru dengan seorang anak muda yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana. Beliau seorang Hafiz. Saya mahu bergambar dengan beliau tetapi beliau menolak.
Oppss… beliau sangat menjaga bab-bab ini. Saya memahami dan menghormati malah mengkagumi. Beliau berpesan, "jauhilah daripada perkara yang melalaikan termasuk muzik, aurat wanita dan…."
Allah mempertemukan saya dengan guru yang terasa sejuk di hati.
Riadah
Noh, manager salah sebuah hypermarket di sini mengajak saya bermain pingpong. Beliau menjemput saya di rumah, membayar sewaan meja dan tempat serta membeli air mineral.
Kemudian, beliau membelasah saya 4-0 tanpa belas kesihan. Saya minta handicap kerana faktor umur tetapi tidak layan.
Tidak mengapa, suatu hari nanti saya akan mengalahkan beliau. Cuma saya berfikir-fikir bagaimana mahu membalas servisnya yang berputar ligat. Atau cukup hanya sekadar mengeluarkan peluh.
Benar, beliau lebih hebat daripada saya!
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
