Suara Keadilan's Blog, page 369

March 7, 2014

Penstrukturan air: Majlis Presiden Pakatan sokong sebulat suara

KUALA LUMPUR 7 MAC: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstruktur semula industri air di Selangor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan 6 Mac lalu, Abdul Khalid memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan saya sendiri.


dsai_pc_pkrhq“… pimpinan tertinggi Pakatan mencapai persetujuan bahawa Kerajaan Selangor di dalam konteks penstrukturan industri air ini akan terus mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.


Ketua Umum KEADILAN itu menambah, di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberi nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air memberi pulangan dan natijah terbaik kepada kerajaan negeri serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MoU di antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan.


Menurutnya, satu persetujuan juga dicapai untuk melibatkan Tommy Thomas, pakar perundangan, di dalam proses ini sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor, bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang menjaga kepentingan rakyat Selangor.


“Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklumbalas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani Kerajaan Selangor di dalam isu ini,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 07, 2014 00:06

March 6, 2014

Pimpinan Pakatan sepakat pastikan MoU air lindungi hak rakyat S’ngor

(Oleh Lyn Nasir)


KAJANG 7 MAC: Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sepakat untuk memastikan perjanjian persefahaman (MoU) berkenaan penstrukturan air Selangor yang dimeterai bersama Kerajaan Pusat tidak berat sebelah dan memelihara kepentingan rakyat negeri.


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kesepakatan itu dipersetujui setelah mendengar taklimat terperinci mengenai MoU tersebut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada mesyuarat semalam.


0_003Mesyuarat selama tiga jam itu dibarisi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan beberapa pimpinan lain.


“Dalam mesyuarat tadi, kita sudah mendengar penjelasan daripada Tan Sri Khalid, dan kita semua bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.


“Kita mahu jaminan perjanjian itu termasuk Langat 2 tidak berat sebelah dan beberapa peruntukan harus diteliti dan diperkemas demi kepentingan rakyat Selangor.


Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Daerah Mengundi Sungai Kantan.

Pelancaran Bilik
Gerakan Pakatan Rakyat Daerah Mengundi Sungai Kantan.


“MoU tersebut juga perlu mematuhi syarat ketat bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor terpelihara,” kata Azmin ketika ditemui selepas program Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Daerah Mengundi Sungai Kantan, di sini, malam tadi.


Dalam pada itu, Azmin yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri berkata, air di Selangor tidak boleh diswastakan kepada mana-mana syarikat bagi tujuan mengaut keuntungan.


Beliau juga menegaskan, hanya kerajaan negeri sahaja berhak memutuskan segala keputusan berhubung pengurusan air di negeri itu.


26 Februari lalu, MoU penstrukturan air dimeterai antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat, membolehkan pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi air yang menerima pampasan RM9.65 bilion.


Ia penting bagi mengelakkan tarif air meningkat sehingga 70 peratus seperti yang didesak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini.


Rundingan penstrukturan industri air berlarutan lebih empat tahun ekoran karenah syarikat konsesi termasuk menolak tawaran lumayan RM9.65 bilion.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 06, 2014 20:46

Tuduh hina polis, permainan politik jijik – Dr Afif

PULAU PINANG 6 MAC: Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menafikan kenyataan dalam laman Twitter baru-baru ini bertujuan menghina keluarga anggota polis yang terkorban di Klang.


Dr-Afif-BahardinKatanya, beliau kesal status twitter berkenaan digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menampakkan dirinya tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa, Raja Aizam Raja Mohd yang ditembak penjenayah warga asing baru-baru ini.


“Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadikan keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya.


“Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, sebagai Adun dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau sentiasa bekerjasama dengan pihak polis demi kesejahteraan penduduk.


“Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang,”


“Keberanian Allahyarham dan mereka yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara,” katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


Pada masa sama Afif turut menggesa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa lain memberi perhatian kepada kes-kes kematian dalam tahanan.


“Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang.


“Saya tegas berpendirian suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat,” ujarnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 06, 2014 03:24

March 5, 2014

Dituduh hina polis, kenyataan media ADUN Seberang Jaya

Dr-Afif-BahardinKENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.


Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.


Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.


Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.


Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.


Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:


“Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya.”


Sekian, terima kasih


Dr Afif Bahardin


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang


ADUN Seberang Jaya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 23:25

Fitnah II: Bukti dikemuka pasukan pendakwa rapuh

Fitnah2


(Oleh: Sidiqin Omar)


PUTRAJAYA 6 MAC: Bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang terdiri daripada eksibit dan penemuan DNA dari tubuh pengadu tidak berwibawa dan rapuh, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.


Beliau yang juga seorang peguan berkata, Shafee turut berhujah memutar belit beberapa perkara termasuk alibi Anwar Ibrahim, bukti ahli parlimen Permaang pauh itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian didakwa berlaku.


“Bagi saya Shafee banyak bangkitkan beberapa isu yang tidak susah untuk dibalas. (Malah) Shafee putar beberapa isu termasuk isu alibi.


“Dia putar fakta dan tak dapat buktikan sepanjang perbicaraan Apa yang cuba dibuktikan hanya kewujdan DNA,” kata Sivarasa ketika ditemi Keadilandaily di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.


Menurut Sivarasa, Shafee berhujah bahawa sampel DNA diambil dari tubuh pengadu 48 jam sebelum diserahkan kepada pakar untuk pemeriksaan.


Sampel itu kemudiannya disimpan di dalam kabinet biasa, bukannya di dalam peti simpanan selamat yang biasanya diguna pengamal perubatan.


Malah, kata Sivarasa, sampel itu kemudiannya dibuka oleh pegawai pemyasat, DSP Jude Pereira di antara tempoh tersebut.


“Pakar DNA Australia, Dr Brian MacDonalds berkata, DNA tersebut dalam keadaan lengkap (pristine) dan tiada pencemaran, seolah-olah ini DNA yang baru diambil. Ia mustahil,” kata Sivarasa.


Kata Sivarasa, dalam tempoh 48 jam, kualiti eksibit DBA tersebut pada kebiasannya telah menurun (degradation).


“Ini tak masuk akal. Kalau kenyataan diambil, jelas ia rekacipta. Hakim wajar memutuskan wujud keraguan munasabah,” kata Sivarasa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 22:37

Pendakwaan keluar kenyataan politik, aibkan di media

Fitnah2


(Oleh: Sidiqin Omar)


PUTRAJAYA 6 MAC: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pasukan pendakwaan hanya mengeluarkan ‘kenyataan politik’ dallam mahkamah dan bertujuan untuk memalukan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Itu kenyaataan politik dari Shafee sebagai pendakwa.


“Tidak fokus sangat kepada undang-undang untuk Utusan (Malaysia) dan TV3 teruskan (liputan) maki saya,” kata Anwar mengulas penghujahan pasukan pendakwaan di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini.


Kata Anwar, Shafee berulangkali membangkitkan hujah dengan bukti yang lemah.


“Ini semata-mata nak aibkan saya di dalam media. Kita akan jelaskan petang ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.


Anwar yang kelihatan tenang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, anaknya Nurul Izzah dan suami selain pimpinan tertinggi KEADILAN.


Orang ramai yang berada di mahkamah turut mengambil peluang bergambar bersama Anwar.


Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar Seri Ibrahim daripada kes Fitnah II didengar pagi ini di Mahkamah Rayuan selama dua hari sehingga esok.


Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi , Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh manakala Anwar diwakili Karpal Singh


Mahkamah bersambung jam 2.30 petang ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 22:34

Selepas diugut tampar, Teresa dilumur telur pula

(Oleh: Nazar Hashim)


PERMATANG PAUH 6 MAC: Ketika berucap, Teresa Kok menyatakan kebimbangannya tentang ugutan menerusi SMS, insiden simbah cat di pejabatnya dan tawaran untuk menampar beliau oleh NGO yang mengguna nama ‘Islam’.


teresa KokBeberapa minit selepas itu, beliau didatangi seorang lelaki yang dengan sengaja memecahkan sebiji telur di tapak tangannya, ketika berpura-pura mahu bersalam dengan Ahli Parlimen Seputeh itu.


Insiden spontan itu berlaku sebaik saja Teresa selesai menyampaikan ceramah beliau di padang awam Sama Gagah, Permatang Pauh malam tadi.


Lelaki berkenaan, muncul ketika Teresa cuba mengambil tempat bersebelahan dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin selepas selesai ucapannya.


Selepas melumurkan telur di tangan Teresa, lelaki itu cuba beredar, namun ditahan hadirin yang melihat kejadian itu. Difahamkan, dia kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disiasat.


Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan, Teresa menafikan beliau ditampar dalam kejadian itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia malam tadi.


teresa kok 2Utusan sekitar tengah malam tadi mengirim SMS yang menyebut: “Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh 11.30 malam tadi.”


Akhbar milik Umno itu kemudiannya menerbitkan pembetulan bahawa Kok hanya diberi telur tembelang, yang pecah ketika bersalaman.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 21:01

“Wahai setiausaha pemuda MCA, apakah anda konsisten?

chang_lih_kang [KENYATAAN MEDIA] Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon, yang menggelarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “calon payung terjun”, kerana beliau bukan berasal dari Selangor.

Hakikat bahawa MCA menggunakan isu remeh untuk melemahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mereka makin goyah dalam wacana politik. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar sebenarnya tinggal di Selangor selama lebih 20 tahun dan kini menetap di Bukit Segambut, yang terlalu dekat dengan Selangor. Jangan kita lupa, lelaki itu telah dipenjarakan di Sungai Buloh, Selangor selama 6 tahun lamanya.

Jika Leong begitu teguh dalam menegakkan prinsipnya, dia harus menolak Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Kajang, kerana dia dilahirkan di Pulau Pinang. Kemudian dia perlu menuntut Presiden parti dan Timbalan Presiden untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, kerana kedua-dua Datuk Sri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong dilahirkan di Melaka tetapi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Pahang dan Johor. Bukankah mereka juga ” calon payung terjun ” seperti yang digelar oleh Leong?

Selain itu, saya juga ingin menegaskan bahawa pilihan raya kecil Kajang tidak melanggar prinsip-prinsip demokrasi seperti yang didakwa Leong. Ia merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi. Pakatan Rakyat tidak mengambil apa-apa dari rakyat, sebaliknya, kita akan kembali kepada rakyat untuk mencari mandat baru.

Saya begitu menghormati hak Leong untuk tidak bersetuju dengan kami, saya berharap dia lebih konsisten dan cukup berani untuk mengkritik Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengosongkan kerusi Balingan ” dengan tujuan untuk mengukuhkan kuasa”. Jika tidak, Leong lebih sebagai seorang yang munafik tetapi berlagak suci.

YB CHANG LIH KANG
ADUN TEJA, PERAK
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 02:39

Gagal siasat kerugian Mas, Pengerusi PAC digesa letak jawatan

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor


KUALA LUMPUR 5 MAC: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa meletakkan jawatan serta-merta akibat gagal melindungi kepentingan awam kerana enggan menyiasat secara telus kerugian besar Malaysia Airlines berbilion ringgit dalam tempoh 3 tahun.


Adun Bukit Batu, Johor, Jimmy Puah berkata, Jazlan yang juga ahli parlimen Pulai itu gagal menunaikan kewajipan moral dan tanggungjawab sosial sebagai Pengerusi PAC yang diamanahkan kepadanya oleh Parlimen.


“Satu siasatan yang mendalam berhubung kerugian besar MAS bagi mendedahkan kelemahan dan punca masalah syarikat penerbangan itu.


“PAC harus mengambil peluang ini dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang ramai.


“PAC mempunyai peluang besar untuk menggunakan kuasanya dan menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti awam dalam masyarakat yang demokratik.


“Malangnya pada masa yang sangat diperlukan, PAC dilihat tidak memainkan peranan yang sepatutnya.


“Oleh itu, saya menggesa agar Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatan serta-merta sebagai Pengerusi PAC ,” kata Jimmy Puah dalam kenyataan.


Kata Jimmy. Khazanah Nasional Berhad yang mempunyai 69 peratus kepentingan dan ini bermakna sebagai pemegang saham utama dan terbesar, kepentingan kerajaan mesti sentiasa dilindungi.


“Rakyat dan pembayar cukai mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku kepada wang hasil titik peluh mereka.


“Tidak ada penafian bahawa industri penerbangan secara keseluruhan sedang menghadapi masa yang mencabar,” ujarnya.


Menurut Jimmy, bagi tahun 2011, MAS mengumumkan kerugian RM2.5 bilion, diikuti RM433 pada 2012.


kapal_terbang_mas Terbaru Mas mengumumkan kerugian RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013 walaupun hasil meningkat 11 peratus dan penumpang meningkat 28.5 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 17.2 juta.


Mengikut kiraan mudah, MAS diramal akan mengalami kerugian RM4.1 bilion dalam tempoh tiga tahun tanpa analisis kewangan.


“Ada satu pepatah yang menyatakan jika kita fikir susah, kita akan dapat susah.


“Jika MAS tidak boleh berhadapan dengan panas, maka mereka harus meninggalkan dapur,” kata Jimmy.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 02:34

Tak siasat kerugian Mas, PAC gagal jaga kepentingan awam

MasSaya merujuk kepada keputusan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini untuk tidak menggunakan kuasa PAC bagi menyiasat kerugian yang dialami oleh Malaysia Airlines Berhad (MAS) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2013.


Alasan remeh yang diberikan ialah lembaga pengarah MAS dan badan-badan berkanun yang lain lebih bijak berbanding PAC dalam menjalankan sebarang siasatan adalah sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh diterima.


Jangan kita lupa bahawa Khazanah Nasional Berhad mempunyai 69% kepentingan dalam syarikat penerbangan negara melalui Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) dan ini bermakna sebagai pemegang saham utama dan terbesar, kepentingan kerajaan mesti sentiasa dilindungi. Rakyat dan pembayar cukai mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku kepada wang hasil titik peluh mereka.


Untuk rekod, MAS mencatatkan keuntungan RM234 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 2010. Malangnya seperti pesawat tanpa juruterbang, semuanya bertambah buruk bermula dari situ.


Bagi tahun 2011, MAS mengejutkan kewangan dunia apabila mereka mengumumkan kerugian RM2.5 bilion, diikuti pula RM433 juta kerugian bagi tahun 2012. Lebih mengejutkn ialah pengumuman terbaru iaitu kerugian sebanyak RM1.17b bagi tahun kewangan berakhir pada 2013 walaupun hasil meningkat sebanyak 11 % dan jumlah penumpang meningkat sebanyak 28.5 % daripada tahun sebelumnya kepada 17.2 juta.


Mengikut kiraan mudah, MAS diramalkan akan mengalami kerugian RM4.1 bilion dalam tempoh tiga tahun tanpa analisis kewangan.


Hari ini, saham penerbangan utama negara kita diperdagangkan pada harga yang sangat rendah iaitu 25 sen berbanding Airasia pada RM2.51 san saham Singapore Airlines bernilai SGD10.14 atau kira-kira RM26.40.


Sebagai perbandingan, Singapore Airlines yang ditubuh selepas pembubaran Malaysia-Singapore Airlines (MSA ) pada tahun 1972, mencapai keuntungan sebanyak SGD216 juta bagi tahun 2010, diikuti dengan SGD1.092 bilion, SGD336 juta dan SGD379 juta untuk kewangan 3 tahun seterusnya


Tidak ada penafian bahawa industri penerbangan secara keseluruhan sedang menghadapi masa yang mencabar. Ada satu pepatah yang menyatakan jika kita fikir susah, kita akan mendapat susah dan jika MAS tidak boleh berhadapan dengan panas, maka mereka harus meninggalkan dapur.


Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor


Satu siasatan yang mendalam berhubung kerugian besar yang dialami MAS bagi mendedahkan kelemahan dan punca masalah syarikat penerbangan itu yang sentiasa bermasalah. PAC harus mengambil peluang ini dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang ramai.


PAC mempunyai peluang besar untuk menggunakan kuasanya dan menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti awam dalam masyarakat yang demokratik.


Malangnya pada masa yang sangat diperlukan, PAC dilihat tidak memainkan peranan yang sepatutnya.


Oleh itu, saya menggesa agar Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatan serta-merta sebagai Pengerusi PAC kerana gagal melindungi kepentingan awam kerana enggan memulakan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kerugian besar Malaysia Airlines yang mencecah berbilion-bilion dalam tempoh 3 tahun dan gagal menunaikan kewajipan moral dan tanggungjawab sosial beliau sebagai Pengerusi PAC yang diamanahkan kepadanya oleh Parlimen.


Jimmy Puah Wee Tse

Ketua Biro Undang-undang KEADILAN Johor

ADUN Bukit Batu, Johor

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2014 02:01

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.