Suara Keadilan's Blog, page 373
February 28, 2014
ISMA berpendirian assabiyah, tak ikut teladan Nabi
KUALA LUMPUR 28 FEB: Pendirian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)yang mahu seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai warisan dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman, kata Adun Caves, Amiruddin Shaari.
Katanya, tindakan itu tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.
“Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut.
“Ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain,” kata Amiruddin alam kenyataan kepada Keadilandaily.
Semalan, Naib Presiden II ISMA, Abdul Rahman Mt Dali menuntut agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai warisan kaum Melayu kerana etnik itu jelasnya wujud lebih lama di benua ini daripada pelbagai kaum lain.
Sedangkan kata Amiruddin, jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata.
“Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.
“Justeru, ISMA sewajarnya bersikap realistik dan rasional dalam menyatakan pandangan berkaitan isu-isu sebegini dan bukannya bertindak semberono sehingga mengundang salah tanggapan terhadap ajaran Islam,” tegas Amiruddin.
February 27, 2014
Malaysia hak Melayu bertentangan ajaran Islam
Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini bertajuk “ISMA mahu dunia iktiraf M’sia hak Melayu” yang diterbitkan pada 27 Februari 2014.
Ternyata, pendirian ISMA yang mahu seluruh dunia mengiktiraf negara Malaysia sebagai warisan Melayu dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman serta tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.
Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut dan ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata tetapi Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.
Justeru, ISMA sewajarnya bersikap realistik dan rasional dalam menyatakan pandangan berkaitan isu-isu sebegini dan bukannya bertindak semberono sehingga mengundang salah tanggapan terhadap ajaran Islam.
AMIRUDIN SHARI
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor
Idris Jusoh, tunjukkan bukti masyarakat mahu PBS
KUALA LUMPUR 28 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) meminta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menunjukkan bukti golongan pendidik dan ibu bapa di negara ini yang mahu meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
“Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh (yang) menyatakan bahawa PBS adalah permintaan masyarakat.
“Saya memohon agar Datuk Seri Idris Jusoh tunjukkan di mana bukti yang dikatakan masyarakat mahu PBS?,” kata Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Ketua Gerak Kerja (Penaja) SGMM.
Idris sebelum ini dilaporkan berkata bahawa, PBS akan diteruskan kerana sistem ini dikehendaki rakyat dan penangguhan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin hanya untuk penambahbaikan.
“Saya kecewa. kerana saat ini seluruh guru di Malaysia berbelah bahagi samada nak teruskan PBS atau tangguh.
“Jika tangguh akan hadapi masalah lain iaitu pertindanan kerja yang terlalu banyak. Murid pula akan dibebani banyak kerja,” kata Izzat dalam kenyataan kepada Keadilandaily.
Justeru beliau mendesak sistem PBS ini dihentikan serta-merta.
Tambahnya, sebarang sistem menyerupai PBS wajib dikaji dan dilaksanakan melalui projek perintis terlebih dahulu bagi tempoh sekurang-kurangnya 3-4 tahun kajian.
Izzat turut memberi perinngatan kepada individu yang berpura-pura sebagai guru seolah-olah telah berkhidmat selama berpuluh tahun menyokong PBS,
“Jangan hipokrit. Seluruh guru di Malaysia tahu apa masalah PBS yang dilaksana sejak 2011 hingga 2013,” kata Izzat.
UMSKL rampas hak, premis niaga mahasiswa ditutup
Delegasi Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (Pro M UMSKAL) bersama Pihak Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Sabah (GAMIS) dan Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu (Pro M UMSKK) telah melakukan satu demonstrasi aman di hadapan bangunan Canselori UMS semalam, 27 Februari 2014.
Demonstrasi aman ini diadakan sebagai bantahan terhadap tindakan Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr. Ismail Bin Ali yang telah merampas premis kedai mahasiswa (G-Shop) kendalian Sekretariat Masjid Al Hikmah (SM).
Delegasi mahasiswa juga telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (TNC HEPA UMS), Prof Dato’ Dr Haji Kassim bin Haji Md Mansur di pejabat beliau. Perkara ini diajukan kepada pihak TNC HEPA UMS setelah usaha penyelesaian antara pihak SM dan Pengarah UMSKAL menemui jalan buntu.
Tiga orang wakil delegasi mahasiswa dibenarkan masuk ke pejabat TNC HEPA UMS untuk menyerahkan memorandum dan berbincang mengenai rampasan premis G-Shop. Perbincangan yang mengambil masa hampir 2 jam itu walaubagaimanapun gagal mendapat kata putus daripada TNC HEPA UMS.
Namun, beliau berjanji akan turun ke Labuan pada minggu hadapan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuklah isu status pendaftaran SM yang masih tidak diluluskan walaupun permohonan telah dibuat sejak setahun lepas.
Berkaitan rampasan G-Shop, TNC HEPA UMS akan berbincang dengan pihak Pengarah UMSKAL, namun tiada sebarang jaminan dapat diberikan untuk G-Shop terus beroperasi di premis sedia ada. Beliau mengatakan G-Shop itu adalah keistimewaan yang diberikan kepada mahasiswa dan bukannya hak mahasiswa. Namun jika berbalik kepada fungsi asal premis tersebut, sememangnya mahasiswa mempunyai hak untuk terus berniaga kerana premis itu di tubuhkan memang untuk mahasiswa bukan pengusaha luar.
Walaupun tiada hitam putih hasil daripada perbincangan tadi, pihak delegasi mahasiswa mengharapkan TNC HEPA UMS dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Pihak Delegasi Solidariti Mahasiswa UMSKAL bersama GAMIS Sabah dan Pro Mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada pihak TNC HEPA UMS di atas sifat keterbukaan dan sanggup meluangkan untuk mendengar sendiri masalah yang berlaku. Sifat sebeginilah yang seharusnya ada pada setiap pemimpin universiti bagi memastikan pelajar atau mahasiswa sentiasa didahulukan.
Pro M UMSKAL menggesa pihak Pengarah UMSKAL untuk mengembalikan G-Shop yang dirampas kepada SM. Pro M UMSKAL berpendirian rampasan merupakan istilah yang tepat untuk digunakan kerana proses pengambilan semula premis tersebut tidak menggambarkan tatakelola yang profesional.
Pengarah UMSKAL merampas kedai tersebut tanpa memberi justifikasi yang jelas mengapa kedai tersebut perlu diambil semula. Jika pihak SM ada melakukan kesalahan sepanjang menguruskan G-Shop, pihak Pengarah UMSKAL sewajarnya menyatakan terlebih dahulu kesalahan tersebut, dan bukannya terus menghukum tanpa memberi peluang kepada SM untuk membuat penjelasan.
Jika Pengarah UMSKAL mengatakan SM sebuah organisasi tidak berdaftar sebagai alasan untuk merampas G-Shop, maka mengapakah tiga Pengarah Kampus sebelum ini memberi kelulusan untuk SM menguruskan kedai tersebut. Bahkan SM telah diberi kepercayaan untuk mengedalikan kedai tersebut selama lapan tahun.
Apakah Profesor Madya Dr. Ismail Bin Ali cuba mengatakan tiga orang Pengarah terdahulu tersalah dalam memberi kelulusan kepada SM?. SM merasakan Pengarah UMSKAL terlupa bahawa penubuhan SM telah dicadang sendiri oleh mantan TNC HEP UMS, Prof. Dr Amran Ahmed pada tahun 2008 sebagai sebuah organisasi yang akan membantu Bahagian Hal Ehwal Masjid (BAHEIM) UMSKAL.
Melihat kepada isu yang berlaku, Pro M UMSKAL menggesa kepimpinan tertinggi UMS meneliti semula kualiti pemimpin universiti yang dilantik khususnya di UMSKAL ini. Disebalik istilah Transformasi Politik dan Good Governance yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, sikap Pengarah UMSKAL tidak mencerminkan semangat transformasi yang sama. Perdana Menteri juga dalam ucapan Hari Malaysia tahun 2012 pernah menyebutkan bahawa zaman pemimpin tahu segalanya sudah berakhir. Namun Pengarah UMSKAL seakan-akan tidak langsung menghayati iltizam tersebut dan terus meminggirkan mahasiswa dalam proses membuat keputusan.
Isu rampasan premis kedai mahasiswa ini juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih bermasalah dan perlu dimansuhkan segera. Peruntukan seksyen 16 AUKU memberi Absolute Power kepada Ketua Pengarah bagi sesebuah Universiti untuk membuat sebarang keputusan. Kuasa mutlak inilah yang sering disalahguna oleh pemimpin Universiti seperti Pengarah UMSKAL untuk membuat keputusan kuku besi sekaligus mengetepikan kepentingan mahasiswa sebagai kumpulan akar umbi dalam universiti.
JAMHURI MOHAMED
AKTIVIS PRO MAHASISWA UMSKAL.
Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang
Dari dulu hingga kini, seperkara yang kita cuba elak berlaku dalam kehidupan seharian kita ialah kehilangan dompet. Setelah meluangkan masa beberapa minit hingga beberapa jam cuba mengesan kedudukan dompet tidak membuahkan hasil, maka perasaan yang tenang pada awalnya tadi merubah menjadi gundah gulana.
Ya benar, tidak boleh buat ‘misscall’ jika dompet hilang. Misscall dibuat hanya untuk mengesan talipon bimbit yang keciciran atau missplace. Jika ada ‘ringing’ tetapi suasananya sepi, itu bermakna talipon bimbit itu masih selamat cuma kita tidak berada di tempat yang betul. Jika awal tadi ada ‘ringing’ kini sudah tiada, itu bermakna harapan tipis untuk mendapatkan semula talipon bimbit hilang tadi, telah musnah. Kita bukan berada di negara skandanavia atau di negara Iran.
Berbalik cerita kehilangan dompet tadi. Perasaan gundah gulana itu hadir bukan kerana jumlah duit yang memenuhi dompet. Sebagai seorang warga miskin kota, kebiasaannya jumlah duit yang tertinggal di dalam dompet itu tidaklah banyak mana, cuma ketika luar biasa sahaja dompet itu penuh empuk dengan wang ringgit. Kebarangkalian dompet hilang atau tercicir ketika dompet penuh wang ringgit adalah sangat rendah kerana sudah pasti tangan kita akan mendakap dompet itu setiap tiga minit.
Perasaan gundah itu hadir bukan kerana gambar kekasih lama yang terselit di kompartmen berzip, ditakuti dompet ini dikesan oleh isteri (lalu berlaku sesi spotcheck), maka gegak gempita lah tetangga kejiranan. Namun ini zaman ‘anak kecil main ipad’ agak mustahil gambar kekasih lama disimpan dalam dompet, melainkan ia disimpan di dalam ipad, iphone atau android talipon pintar.
Bukan fasal duit, bukan fasal gambar kekasih lama, dan bukan juga fasal kad kredit. Ya memang benar dalam dompet tersebut ada beberapa keping kad kredit, malangnya kad kredit tersebut sudah tiada kredit atau dengan kata lain, sudah cecah limit.
Perasaan gundah gersang itu hadir tidak lain dan tidak bukan, kerana memikirkan kad pengenalan (Mykad) yang turut hilang bersama dompet. Sesudah kehilangan MyKad, terbayanglah kita bermacam-macam musibah yang perlu dihadap.
Pertama, kita tidak sedar berapakah denda yang bakal dikenakan kerana denda kehilangan Mykad berubah-ubah semakin mahal. Perketat pengeluaran MyKad kerana sindiket jual IC yang berleluasa sering dijadikan alasan maka warga Malaysia yang hilang Mykad akan dihukum seberat yang boleh.
Kedua, selagi kita belum memiliki sijil pengenalan sementara, selagi itu kita mampu dicas sebagai warga asing. Kerana warga asing hari ini bukan saja ramai melimpah ruah, tetapi keterampilan mereka menghampiri keterampilan warga tempatan. Hanya berbeza dengan ketara pada vokalnya sahaja.
Ketiga, terbayang juga sejauh mana lakunya sijil pengenalan sementara yang dibekalkan oleh JPN khususnya dalam soal urusan rasmi seharian. Berapa lama masa yang perlu ditunggu untuk mendapatkan semula Mykad yang baru juga tidak dapat dipastikan, apakah sebulan?
Alkisahnya hari ini, seusai sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi (kes himpunan malam tahun baru), saya telah singgah menjenguk Jabatan Akauntan Negara (JPN) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta.
Tujuan saya menjengah JPN adalah bukan kerana kehilangan Mykad sepertimana mukadimah saya tadi, tetapi kerana cip dalam MyKad milik saya sudah tidak beroperasi sejak sekian lama. Goreslah guna pemadam fabre castell sekalipun, cip tetap gagal dibaca.
Sampai di JPN saya terkejut pejabat itu lengang. Ini luar kebiasaan. Bila saya masuk pejabat JPN, datang seorang pegawai memaklumkan bahawa sistem offline sejak pagi dan tidak dapat menjamin waktu pulihnya, dicadangkan pula kepada saya untuk pergi ke Puduraya aras dua.
Tanpa membuang masa saya beredar dan bergegas ke Puduraya. Saya tidak komplen sistem offline, saya cuma komplen jumlah parkir yang tidak mencukupi. Tidak menolak kemungkinan puncanya ialah pengangkutan awam yang sangat lemah.
Setibanya di JPN Puduraya, ketika mengurus penggantian MyKad, saya mengalami satu kejutan, saya tidak pasti apakah ia kejutan budaya? Urusan penggantian Mykad sangat mudah dan lancar, ini di luar fikrah yang terdoktrin sejak sekian lama.
Akhirnya saya hanya mampu merumuskan bahawa – saya bukan sahaja telah menerima layanan yang cukup baik, malah melihat sistem pengeluaran dan memperbaharui MyKad berlangsung sangat pantas dan penuh efisyen berbanding beberapa tahun lalu. Dari nombor giliran dipanggil (juga tidak ambil masa yang lama), hingga sesi bergambar, hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dan kad siap dalam masa beberapa jam.
Tahniah saya ucapkan kepada JPN di atas transformasi ini. JPN yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu berbulang sekarang hanya beberapa jam berselang. Kita tidak lagi perlu mengheret sijil pengenalan sementara ku hulu dan hilir sehingga lunyai fizikalnya. Kita tidak lagi terdedah untuk ditangkap sebagai warga asing kerna rupa kita juga tidak jauh berbeda.
Namun dalam masa yang sama, kita juga harus berdoa agar sistem yang efisyen dan telah di’transformasi’ ini tidak disalahguna khususnya bila tiba musim pilihanraya.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM
February 26, 2014
KEADILAN: Buka semula siasatan kes RM40 juta Musa Aman!
(Oleh Rafizi Ramli)
Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.

Musa Aman dan Michael Chia
Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.
Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?
Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.
Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.
Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri.
Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini. Apatah lagi apabila Dato’ Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.
Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.
Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas.
* Rafizi merupakan Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan.
Tiada status siasatan rasuah Taib Mahmud oleh SPRM sejak 2009
(Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 26 FEB : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memberi sebarang penjelasan mengenai aduan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Taib Mahmud sejak 2009 .
“Saya sendiri membuat aduan kepada SPRM tahun 2009 berkenaan dokumen penglibatan Ketua Menteri Sarawak dan kroni dalam salah guna kuasa projek dan akaun-akaun melibatkan kroni.
“Saya juga buat susulan dengan SPRM Putrajaya.
“Mereka kata siasatan masih dijalankan dengan alasan bahawa (SPRM) terpaksa memanggil lebih 40 saksi dan (meneliti) dokumen berkaitan di dalam dan luar negara,” kata Nazib pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Hadir sama sidang media, Exco AMK Sarawak, Iswardy Murni.
Beliau yang mewakili KEADILAN Sarawak mendesak SPRM memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Kata Nazib, SPRM beralasan kononnya terpaksa memanggil 40 saksi berkaitan serta perlu meneliti memorandum dihantar 19 Februari lalu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM dalam kenyataan pada Jun 2013 berkata, siasatan sudah bermula dan sekitar 400 fail berkaitan telah disemak bagi membantu siasatan.
Namun, sehingga kini, tidak ada status berhubung siasatan kes rasuah tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, minggu lalu, KEADILAN Sarawak mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan perlantikan Taib sebagai Tuan Yang Terutama Sarawak.
Kerajaan dijangka tambah item baru dalam RUU GST – Azan Ismail
(Basyar Abkadir)
KUALA LUMPUR 26 FEB: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail menjangkakan, kerajaan akan memasukkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang sebelum iin dikecualikan, menjadi item yang dikenakan cukai GST.
“Saya jangkakan kerajaan dalam pembentangan pada persidangan Parlimen akan pinda beberapa perkara tentang GST.
“Kerajaan juga akan pinda balik tentang barangan yang dikenakan GST, untuk masukkan balik beberapa barang dan perkhidmatan yang sebelum ini dikecualikan.
“Ini antara muslihat GST yang bakal dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Kerajaan tidak punya kewangan yang kukuh, masa itu nanti kerajaan akan minta dipercepatkan pelaksanaan GST ini supaya cepat cukai dikutip dari rakyat,” kata Azan kepada Keadilandaily.
Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan dibentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat yang bersidang 10 Mac ini.
Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.
Dalam pada itu Azan mendedahkan, pelaksanaan GST telah diluluskan pada sesi Parlimen tahun lalu, namun kerajaan membawanya sekali lagi ke Dewan Rakyat bertujuan meminda beberapa perkara lain.
“Kerajaan penuh dengan muslihat bila berdepan dengan rakyat.
“Bila masa pembentangan kali pertama dahulu, GST akan dilaksanakan pada April 2015. Kerajaan bermuslihat, dengan harapan rakyat tidak marah.
“Kerajaan akan bagi seribu satu alasan seperti masanya (pelaksanaan GST) sudah sesuai, rakyat sudah faham mengenai GST ini, ” katanya.
Zaid Ibrahim hanya lantang bersuara, tindakan masih ikut budaya Umno-BN
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.
Kebelakangan ini, Dato’ Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.
Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.
Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.
Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’ Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.
Dato Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Saya memaklumkan perkara ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.
Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas email Dato’ Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.
Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar. Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.
Jelas bahawa kelantangan Dato’ Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau. Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Dato’ Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno/Barisan Nasional setelah meninggalkan Umno/Barisan Nasional?
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
26 Februari 2014
Kempen selamatkan industri padi oleh rakyat untuk rakyat
Kenyataan Media bertarikh 26/2/2014 oleh Gooi Hsiao Leung
1. Tujuan sidang akhbar hari ini adalah untuk mengumumkan pelancaran kempen di seluruh negara untuk mengembalikan matlamat dan objektif asal dalam penubuhan ( Padiberas Nasional Berhad) BERNAS .
BERNAS pergi serba salah kerana pengabaian kerajaan dan pelepasan tugas dan tanggungjawabnya.
2. BERNAS telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara (LPN ) untuk menguruskan stok penimbal beras negara dan bekalan beras , untuk melindungi petani, bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi bagi negara ini, dan untuk melindungi kepentingan orang ramai, dengan memastikan pengguna menikmati bekalan beras berkualiti pada harga yang stabil dan adil.
3. BERNAS yang mengeluarkan beras dan mengawal 30.6 % daripada pasaran padi tempatan, dan sebagai pengimport tunggal beras, dengan mengimport 1.05 juta tan beras yang diramalkan dalam tahun 2012 – 2013 untuk memenuhi 26.8 % daripada permintaan penggunaan beras negara (iaitu anggaran 2.82 juta tan beras di 2012 – 2013) , telah menjadikan ia pengeluar dan pemborong tunggal beras terbesar di negara ini , dan memberikannya monopoli ke atas industri perdagangan beras negara dengan mengawal dan menetapkan harga runcit beras di dalam negara kita .
4. Walau bagaimanapun, melalui pengabaian teruk oleh kerajaan, dalam pengawasannya, kerajaan telah hilang kawalan BERNAS, dan telah membenarkan BERNAS menyimpang daripada tujuan asalnya , sehingga menjejaskan kepentingan petani-petani dan pengguna. BERNAS dikandangkan untuk menjana keuntungan semata-mata untuk Syed Mokhtar dan kumpulan syarikat-syarikatnya.
5. Dengan membenarkan Syed Mokthar Al- Bhukary untuk mengambil alih kawalan BERNAS ( dengan syarikat-syarikat Syed Mokthar, Perspektif Lane (M ) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal ( Johor ) Sdn Bhd, Acara Kreatif Sdn Bhd memegang 83,69 % kepentingan dalam syarikat tersebut) dan dengan penyenaraian keluar BERNAS dari BURSA Malaysia dalam peringkat akhir penyiapan untuk menjadikan syarikat tersebut privat , kerajaan telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan dan kebajikan petani-petani padi kita, pengguna-pengguna dan pihak-pihak berkepentingan yang lain .
6. BERNAS, kini di bawah kawalan Syed Mokthar , dikecualikan daripada dan menikmati keistimewaan mengimport tugas beras percuma tanpa duti sehingga 2021, walaupun kerajaan sebenarnya mengenakan duti import yang tinggi untuk import beras ( 20% untuk import beras dari negara-negara ASEAN di bawah Perjanjian “Common Effective Preferential Tariff Agreement” ( CEPT) AFTA dan 40% untuk import beras dari negara-negara lain seluruh dunia di bawah Perjanjian Pertanian WTO), yang menyebabkan kerugian besar pendapatan tahunan untuk kerajaan (Satu kertas akademik Australia pada tahun 2011 memberikan anggaran angka US$89 juta tahunan / RM292, 231517 ).
7. Di samping itu, BERNAS juga menerima subsidi (RM800 se-tan) untuk menghasilkan beras Super Tempatan 15% hancur , yang telah membebankan pembayar cukai.
Kerajaan BN, penaja, kolaborator dan kroni Syed Mokhtar.
8. Bagaimana sebuah syarikat milik persendirian yang mengutamakan keuntungan boleh mempunyai kepentingan negara terbaik di hatinya ?
Sebenarnya, tidak ada satu kerajaan yang bertanggungjawab di dunia yang akan menyerahkan pengurusan dan kawalan keselamatan makanan dan industri beras , kepada sebuah syarikat milik penuh swasta, yang dimiliki oleh seorang individu .
9. Sesungguhnya ia telah tidak mendapat perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional yang Syed Mokhtar telah urat sehingga pegangan saham dalam BERNAS secara berterusan dari masa ke masa untuk mengambil alih syarikat itu.
10. Kerajaan dengan membenarkan Syed Mokhtar untuk membina pegangan saham beliau dalam BERNAS ke titik di mana dia boleh membawa BERNAS diswastakan, dan mempunyai kawalan mutlak dalam industri beras, merupakan satu lagi contoh rasuah dan kronisme endemik, dimana negara telah terpaksa mengalami dan menderita, yang mana telah diamalkan oleh pentadbiran kerajaan BN sebelum ini dan terkini.
11. Adalah benar-benar mustahil dan tidak konsisten untuk membenarkan mana-mana syarikat milik persendirian yang didorong oleh keuntungan untuk mengawalselia sektor padi dan meningkatkan pengeluaran beras tempatan, apabila pada masa yang sama ia dibenarkan untuk meraih keuntungan yang besar. – Seperti pepatah melayu berkata, ” Harapkan Pagar, Pagar Makan padi “.
12. Kemarahan awam dalam membenarkan BERNAS untuk diambil alih oleh seorang individu telah jatuh pada telinga pekak dalam pentadbiran ini.
Sebaliknya, Menteri Pertanian dilihat secara awam menjalankan satu kegiatan perhubungan awam (public relations exercise), sebagai jurucakap BERNAS dalam mempertahankan penyenaraian keluar BERNAS dari BURSA Malaysia, tanpa dipertanggungjawabkan mendedahkan butiran penuh secara umum mengenai penstrukturan semula dan penyenaraian semula BERNAS seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri pada 26/11/2013, yang mana telah secara terkejut dinafikan oleh BERNAS pada 11/2/2014. Hasrat mencapai objektif kempen bersama rakan-rakan kongsi Pakatan dan pihak-pihak berkepentingan sebelum atau pada PRU- 14.
13. Di bawah hal keadaan itu dan memandangkan kegagalan kerajaan untuk bertindak dalam menjaga kepentingan petani dan pengguna, kami dipaksa untuk melancarkan kempen ini untuk memulihkan matlamat dan hala tuju asal yang mana BERNAS telah ditubuhkan , untuk melindungi kebajikan dan kepentingan petani dan pengguna.
14. Objektif-objektif kita yang kita ingin mencapai dalam kempen ini ialah:
1) untuk menamatkan status pengimport tunggal beras BERNAS, dengan membenarkan lebih banyak syarikat-syarikat untuk memasuki ke dalam pasaran, untuk membolehkan persaingan untuk memastikan pengguna mendapat harga yang berpatutan dan beras yang berkualiti;
2 ) untuk mendapatkan kerajaan melantik satu badan awam untuk mengawal selia dan memantau industri beras bagi memastikan kepentingan dan kebajikan para petani dan pengguna dilindungi .
3) untuk memberi tumpuan semula dasar pertanian Negara, dengan mengarahkan tenaga negara dalam meningkatkan pengeluaran beras tempatan beras ke taraf sara diri yang mencukupi untuk mengurangkan pergantungan kepada beras import , dengan meningkatkan kebajikan dan pendapatan petani. Pesawah padi merupakan tulang belakang kepada negara kita dalam menghasilkan beras, dan kita mesti bertindak sekarang untuk menghilangkan tanggapan sedih tetapi sebenar lama ini yang berpendapat bahawa untuk menjadi seorang petani padi adalah untuk menjadi miskin, dan sebaliknya menjadikan mereka petani bertaraf dunia petani dihormati dengan pendapatan yang setaraf dengan seluruh rakyat lain dalam negara kita ini.
Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar
Naib Pengerusi KEADILAN Negeri Kedah
Suara Keadilan's Blog
- Suara Keadilan's profile
- 1 follower
