Suara Keadilan's Blog, page 372

March 1, 2014

Khalid: Kemenangan PRK Kajang lebih utama dari pertandingan parti

SHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap meletakkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai keutamaan berbanding pertandingan peringkat parti yang ditandinginya.


Beliau yang membuat pengumuman bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi, mengingatkan ahli parti  terlebih dahulu memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, kekal di tangan KEADILAN.


“Tak guna perjuang jawatan parti kalau tak dapat pertahan N25 (Kajang). Kekalahan bermakna kejatuhan buat parti kita.


“Saya sama sekali tidak akan mengutamakan diri lebih daripada parti,” katanya ketika membuat pengumuman berkenaan di kediaman rasminya yang dihadiri ratusan penyokongnya, malam tadi.


Memetik laporan portal Selangorku, Khalid berulang kali menegaskan kemenangan PRK Kajang sebagai tumpuan utama dan pengukuhan parti jauh lebih penting daripada kepentingan mana-mana individu.


Beliau juga mahu KEADILAN terus kukuh dan tidak ketinggalan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).


“Jangan heboh sangat pasal pertandingan peringkat parti sampai abaikan PRK Kajang,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2014 02:08

PRK Kajang: Kaum India dah lama tolak BN- Manivanan

KUALA LUMPUR 1 MAC:  Cabaran bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy agar Umno BN menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang sebagai referendum untuk membantu masyarakat India adalah sesuatu yang ganjil, tegas Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.


Ini kerana katanya, masyarakat India telah lama menolak Umno BN dan menyedari parti itu tidak mampu untuk menaiktaraf kehidupan mereka.


“Malah, Waythamoorthy sendiri telah meletakkan jawatan dari Kabinet Datuk Sri Najib Razak kurang sebulan lalu kerana Umno BN gagal berperanan sebagai kerajaan yang mengangkat martabat masyarakat India.


“Yang mengejutkan saya ialah mengapa Waytha bersikap tidak masuk akal dengan melontarkan cabaran sebegitu,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Manivanan berkata, tiada gunanya membiarkan Umno BN menabur janji palsu sekali lagi terhadap pengundi di Kajang terutamanya masyarakat India kerana rekod buruk mereka terbukti gagal menangani isu membabitkan kaum itu.


Katanya, Pakatan Rakyat selama ini komited untuk membela masyarakat India yang masih dibelenggu isu seperti kemiskinan dan kemunduran daripada menjadi mangsa politik Umno BN.


“Keyakinan yang diberikan oleh pengundi India dalam dua pilihan raya umum yang lalu memberi isyarat kepada Umno BN bahawa mereka tidak lagi percaya dengan politik murahan, yang hanya menabur janji ketika berlakunya pilihan raya,” ujarnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2014 01:57

Najib PM paling boros, rakyat tanggung beban- Tian Chua

(Azuan Ab Rahman)


KUALA LUMPUR 1 MAC: Sikap boros diamalkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca kemelut ekonomi dan beban kewangan yang ditanggung rakyat, kata Ahli Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.


tian-chua-13marchMenurutnya, Najib gemar membazirkan dan menggunakan wang kerajaan sewenangnya, sedangkan rakyat menanggung tekanan ekonomi hasil daripada langkah kerajaan menarik balik subsidi dan menaikkan harga barang.


Antaranya, kata Tian, tindakan Najib membayar jutaan ringgit kepada perunding luar negara selain mengeluarkan belanja besar bagi penggunaan pesawat mewah.


“Perbelanjaan yang berlebih-lebihan menjadi salah satu punca negara dan rakyat terpaksa menangung kemelut ekonomi yang teruk.


“Ini akibatnya apabila pentadbiran negara dan kewangan tidak dijalankan secara cekap, pemimpin boros membelanjakan wang rakyat melalui tindakan-tindakan yang tidak jelas hasil dan manfaatnya,” kata Tian ketika dihubungi.


Beliau merujuk laporan portal Indonesia baru-baru ini yang mencatatkan kedudukan Najib Razak dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros.


Najib juga dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.


Menurut Tian, kelemahan pentadbiran Najib dan keborosannya berbelanja turut mendapat kritikan daripada pemimpin  Umno sendiri, seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.


nazree Yunus“Najib bukan setakat tidak perihatin terhadap masalah rakyat, tetapi gagal mentadbir dengan baik,” tambah beliau.


Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nazree Yunus berkata, Najib perlu berundur secara terhormat ekoran kegagalannya mentadbir negara.


” Kegagalan Najib mentadbir negara menyebabkan ekonomi makin tidak menentu, malah peningkatan harga barangan keperluan akibat kelemahan pentadbiran ekonomi membuatkan rakyat semakin terbeban.”


” Anak muda mendesak supaya Perdana Menteri berundur secara terhormat, lebih-lebih lagi apabila kini beliau diserang dari dalam umno sendiri,” tegas Nazree yang menjelaskan rakyat termasuk ahli Umno sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Najib.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2014 01:20

Kes Papagomo: Umno perlu henti politik jahat – Azmin

KUALA LUMPUR 1 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyeru  Umno BN menghentikan politik kotor, dan mengamalkan wacana politik yang lebih rasional dan membina.


00004868Beliau merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengarahkan Wan Mohd Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah Ketua Umum KEADILAN itu.


“Kami mengalu-alukan keputusan ini kerana ia menghantar isyarat yang kuat kepada mereka terutama dalam Umno -BN yang sentiasa terpaksa mengguna taktik kotor, tidak bermoral  untuk  melemahkan lawan mereka.


“Ini boleh dilihat walaupun baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO mengancam untuk menimbulkan isu seks ketika kempen menentang Anwar dalam Pilihan Raya Kecil Kajang,” ujar Ahli Parlimen Gombak itu dalam satu kenyatan.


Menurut Azmin, mahkamah dalam penghakimannya menolak dakwaan salah laku seks dan homoseksual yang dibuat Papagomo terhadap Anwar sebagai palsu, berniat jahat dan tidak benar.


Ini kata Azmin, termasuk apa yang didakwa rakaman video seks yang secara jahat digunakan oleh musuh Anwar terutama di kalangan pemimpin Umno BN.


“Kami menyeru Najib dan Umno -BN untuk henti menggalakkan dan bergantung kepada penulis blog seks seperti Wan Mohammad Azri Wan Deris atau Papagomo.


“UMNO BN mesti menghentikan politik longkang dan sebaliknya mengamalkan wacana politik yang rasional dan membina,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2014 00:57

February 28, 2014

BR1M tak setimpal, kata Ustaz Azhar Idrus

KOTA BHARU 1 Mac: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, kata penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.


Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.


“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata


“Ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya.


“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam, lapor portal Sinar Harian.


Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai dalam program yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.


Dalam pada itu, Azhar turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara itu memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.


“Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu.


“Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 20:15

Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf

(Azuan Ab Rahman)


papagomoKUALA LUMPUR 28 FEB: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.


Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.


” Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)


“Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.


“Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.


Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.


“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.


“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” ujarnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 03:16

TVS batal siaran langsung, pelancaran Bilik Gerakan Pemuda Pakatan diteruskan

pemuda_PRKAJANG 28 FEB: Siaran langsung pelancaran bilik gerakan Pemuda Pakatan Rakyat PRK Dewan Undangan Negeri N25 Kajang oleh TV Selangor dibatalkan.


Namu program pelancaran oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diterukan pada jam 9 malam bertempat di Padang Rekreasi Taman Mesra, Kajang.


Antara yang dijangka hadir ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong.


Orang ramai yang tinggal di pekan Kajang dan kawasan sekitar dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 02:41

Taib akan terus berkuasa, pengaruhi keputusan kerajaan Sarawak

(Basyar Abkadir)


Nazib_JohariKUCHING 28 FEB: Walaupun jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) mengehadkan Tan Seri Taib Mahmud dari pemerintahan negeri dan tidak boleh terlibat dalam perniagaan, bekas Ketua Menteri itu dilihat akan mempengaruhi keputusan berkaitan pentadbiran Sarawak.


“Walaupun mengikut perlembagaan dia tidak boleh mentadbir, kuasanya tetap akan lebih daripada Ketua Menteri.


“Secara tidak langsung dia masih lagi ketua, boleh mempengaruhi keputusan dalam pentadbiran negeri,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari,


Kata Nazib, Taib akan menguatkan proksinya melalui perlantikan Ketua Menteri (Adenan Satem) yang baru untuk meneruskan apa yang telah dilakukan selama dia menjadi Ketua Menteri sebelum ini.


“Walaupun jawatan TYT ini hanya sebagai penasihat, bila dia dah ada di atas lebih besar dan tinggi daripada Ketua Menteri, dia masih ada kuasa,” kata Nazib kepada Keadilandaily.


Taib yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri hari ini digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru pada hari Sabtu.


Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian telah menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar bagi memberitahu kekosongan kerusi tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 02:29

Siaran langsung pelancaran Bilik Gerakan Pemuda Pakatan Rakyat malam ini

TV_SelangorKAJANG 28 FEB:Pelancaran bilik gerakan Pemuda Pakatan Rakyat PRK Dewan Undangan Negeri N25 Kajang oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan disiarkan secara langsung malam ini.


Majlis pelancaran yang bermula pada jam 9 malam bertempat di Padang Rekreasi Taman Mesra, Kajang akan disiarkan secara langsung melalui pautan di TV Selangor.


Turut dijangka hadir, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong.


Anak muda dan orang ramai yang tinggal di Kajang dan kawasan sekitar dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 02:00

Anwar pemimpin berkarisma Asia, lapor media Jepun

dsai_japanTOKYO, JEPUN 28 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.


“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.


Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.


“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).


“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut.


dsai_jepun2

Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.


Tambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.


“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.


Laporan turut menyebut parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia mengehadkan kebenaran berhimpun dan penguasaan pemerintah keatas media arus perdana.


Liputan berkenaan bersempena kehadiran Anwar ke Jepun kelmarin, selepas dihalang pada 19 Januari lalu apabila pihak berkuasa negara matahari terbit itu memberi alasan Anwar tidak mendapat kebenaran khas kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.


Acara Anwar di Jepun sangat padat, kerana beliau diaturkan memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.


“Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.


“Acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media,” tulis Anwar di laman Facebooknya, semalam.


dsai_jepun3

Anwar dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi semalam


Anwar diundang bagi menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund dan menjadi panel di forum anjuran National Graduate Institute For Policy Studies. mengupas tentang ‘Kebangkitan Arab (Arab Awakening) serta kesannya kepada rantau Asia di Tokyo, Jepun.


Hadir sama dalam delegasi beliau ialah ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.


SO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2014 01:46

Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.