Mawar Safei's Blog, page 171

September 19, 2012

beg sandang Musim haji lagi. bermula tahun ini haji ...

[image error] beg sandang Musim haji lagi. bermula tahun ini haji menjadi subjek yang mengesankan secara peribadi buat kami. banyak peristiwa haji 2011 yang akan diingati semula; sejak awal persiapan, perjalanan dan hingga kembali ke pintu rumah. persediaan awal: saya hanya membawa beg tarik yang relatifnya kecil berbanding kepunyaan Zahar (antaranya faktor penyimpanan kain ihram). dengan empat helai telekung (hanya bahagian tudungnya dan tidak membawa kainnya), empat helai jubah dan celana panjang. itu sahaja pakaian utama saya sepanjang empat puluh hari. selainnya ruang beg adalah untuk keperluan peribadi. satu beg saya sandang antaranya dimuat dengan  al Quran terjemahan, sebuah buku catatan dan telefon tangan. banyak petua yang dapat dibaca dari pengalaman orang lain dan buku-buku. kami mahu berbahagi pengalaman ini: satu doa yang sering diingat-ingatkan Zahar setahun sebelum ke Tanah Suci adalah mendapat teman-teman sebilik yang sabar dan bertolak ansur. doa yang sama untuk diri sendiri. Allahu akhbar! doa itu dimakbulkan Allah. masya Allah!  di Mekah kami seramai lapan orang sebilik, hampir dua puluh orang dalam lot kemah di Mina kemudian berlima di Medinah,  ternyata Allah memudahkan khususnya urusan hati kami. Maha Suci Allah!
 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 19, 2012 13:38

September 16, 2012

Beberapa kenalan yang akan berangkat ke Mekah atau Madina...



Beberapa kenalan yang akan berangkat ke Mekah atau Madinah untuk memulakan kembara rohani. saya berbahagi rasa syukur yang dalam. ia membawa kembali pengalaman sendiri setahun yang lalu. saat yang mendebarkan. saat yang datang dengan beberapa sangkaan. ketidaktahuan. benar tulisan lagu Opick: kami meraba tanpa cahaya/ kami yang lupa hina dan papa/ di hadapan-Mu yang Maha Indah/ di hadapan-Mu yang Maha Mulia. kami doakan kesejahteraan kesihatan dan tumpuan beribadah sepanjang berada di Tanah Suci buat Prof Dr Badli & isteri, PM Dr Fadzeli & isteri, Sdr Amril & isteri, PM Dr Kamaruzaman & isteri serta PM Dr Norsimah. haji yang mabrur!  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2012 21:47

September 14, 2012

Hari ini tazkirah subuh terakhir sebelum al faqir terbang...

[image error]
Hari ini tazkirah subuh terakhir sebelum al faqir terbang ke Tanah Suci untuk ibadah haji. tazkirah kali ini sangat berbekas. tajuk yang sangat saya tunggu-tunggu dalam banyak tazkirah. makna tangisan sebagai manusia muslim. al faqir memujuk hati kami seusai subuh ini untuk mengenang dosa-dosa dan betapa ia menggunung. namun rahmat Allah maha luas. sehingga kita hampir dihumban ke jurang neraka yang dahsyat kawah apinya, kita masih terselamat dengan setitis air mata keinsafan. air mata itu malah dapat memadamkan julangan api neraka. Allahu akhbar! wahai saudaraku, usahlah menangis pada kekasih yang lari meninggalkan, usahlah menangis pada wang yang dicuri orang, usahlah menangis pada perkara dunia yang tiada apa-apa. menangislah kerana Allah,  mengakui kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita.  semoga kita terus istiqamah dalam beribadah. ikhlas beribadah kerana taqwa. itu kata-kata akhir al faqir. kami doakan perjalanan panjang al faqir dan isteri dirahmati. memperoleh haji yang mabrur. Allah! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2012 19:44

September 13, 2012

Bagaimana perasaan sdr saat ditewaskan syaitan? malu. ger...

[image error] Bagaimana perasaan sdr saat ditewaskan syaitan? malu. geram. kecewa. kesal. sedih. azam baru untuk bangkit. misalnya bunyi jam loceng untuk qiyamullail tapi mata minta bertangguh. akhirnya apabila sedar kembali, azan subuh sudah hampir selesai. berlalu masa untuk solat malam dan solat subuh berjemaah di musala. ya Allah, kesal datang  merempuh seperti ombak besar. adakah ia menjadi satu pengajaran untuk tidak akan berulang? atau malunya apabila marah tidak dapat dilunakkan. atau kecewanya apabila iman berkata bacalah sehalaman al Qur'an dan syaitan merayu nanti dulu. atau kita akan tenggelam dalam kesedihan mengenang betapa banyak masa syaitan menjuruskan nafsu, hati dan kewarasan kita sejak muda hinggalah sekarang. ah, bukankah sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat (sad: 81). maka ustaz menasihatkan, jangan ditinggal walau sehari solat taubatmu. sesungguhnya Allah Maha Mengampuni kejahilan, kekhilafan dan ketidaktahuan hamba-Nya.   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2012 13:17

September 11, 2012

tetanggaSaya mempunyai teman-teman solat yang hampir...

[image error] tetanggaSaya mempunyai teman-teman solat yang hampir serupa setiap hari. kecuali sewaktu minggu suai kenal minggu lalu, dewan solat dipenuhi mahasiswa baru. kemudian ia kembali reda. ya, ruang solat muslimah sekarang tidak sangat berlapis-lapis sepertimana minggu-minggu ramadan.  antara teman solat saya itu seorang tokoh sarjana bidang sains, yang dalam diam saya kagumi. pertama kali kami bersalaman usai solat, saya melihat air mukanya yang redup dan tenang. biasanya beliau akan membaca al Qur'an sebelum dan selepas solat. untuk sekian lama saya mencari-cari tokoh akademik yang mahu saya hormati kerana kebaikannya dalam mencintai solat, memujuk tekanan bekerja kami dengan al Qur'an atau sebaris kata dalam mesyuarat kita bekerja sebagai ibadah. maaf, saya belum berjumpa (atau semuanya itu terlalu peribadi, yang harus disimpan sendiri?). tapi saya menemui ketaatan itu pada teman solat saya yang seorang ini. siang tadi sebaik mengamin doa zohor, kami berdakapan dan beliau menggenggam tangan saya erat. saya menangis dalam hati. alangkah ketua saya dapat melakukannya terhadap kami. saya mahu menangis lagi bila teringat kata teman solat saya yang merupakan saintis pemakanan itu, semoga nanti kita menjadi tetangga di tempat yang terbaik di akhirat. insya Allah. ya Allah, Allah, Allah.... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2012 01:39

September 9, 2012

silakanSaya sebenarnya kurang senang dengan konsep rumah ...

[image error] silakan Saya sebenarnya kurang senang dengan konsep rumah terbuka. dan saya jarang mahu pergi. anti sosial? atau saya kurang selesa apabila datang hanya untuk bersalam, tanya khabar dan diminta makan. kemudian bersalam lagi dan pulang. maka saya tidak pernah mengadakan rumah terbuka di kediaman kami. silalah datang jika luang dan sudi. banyak ruang untuk kita lebih mengenali dan banyak perbezaan yang dapat kita fahami. siang tadi  saya menemani Zahar ke rumah teman sekerja di syarikat lama. akhirnya ia menjadi pertemuan kembali kawan-kawan sekerja. dalam diam saya bersyukur melihat suami saya bahagia kerana dapat bersalaman dengan teman-teman lamanya.  alhamdulillahi rabbil alamin.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2012 08:56

September 6, 2012

 Adat anak lelaki yang sedang membesar, nakalnya mac...

  [image error] Adat anak lelaki yang sedang membesar, nakalnya macam-macam. saya semakin kuat berdoa, Allah beri kesabaran kepada Zahar dan saya untuk mengasuh Mohican. nakal budak, ada yang kata itulah tanda bijak. saya masih bersyukur. dalam geram, saya sering  dikejutkan Mohican kami dengan senarai jawapan yang  membuat saya mahu memeluknya dengan kejap. semalam, sewaktu memandu pulang, ini antara dialog kami:
 saya: dalam hidup kita takut kepada siapa? mohican: Allah. saya: kenapa kita takutkan Allah. mohican: sebab Allah Maha Besar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2012 14:02

September 4, 2012

sujudkuBerapa kali kita merakam syukur setiap hari? adaka...

[image error] sujudku
Berapa kali kita merakam syukur setiap hari? adakah makna syukur dalam sebutan alhamdulillahi rabbil alamin? adakah dengan perlaksanaan solah? adakah dengan berbahagi rezeki dengan orang lain? adakah dengan memberi apa yang kita ada? adakah dengan sujud syukur? banyak nikmat yang saya terima tanpa saya perlu meminta kepada Allah. masya Allah. dan banyak pula yang saya tidak mengerti mengapa saya diberikan, sedangkan datangnya ia seperti gunung permata yang mahu dimiliki banyak orang. ternyata ia membuat saya berfikir. saya tidak mahu jadi manusia haloba dan tidak tahu di mana letak diri.  akhirnya saya jadi malu sendiri dengan banyaknya tawaran dunia yang sebenarnya sangat memabukkan. Allahu Akhbar! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2012 13:32

September 2, 2012

si cantik terbaru dari taman kamiSaya banyakkan salawat b...

[image error] si cantik terbaru dari taman kamiSaya banyakkan salawat buat Rasulullah, keluarga dan sahabat. beginilah perasaan apabila dilayan dengan cuti panjang bersambung-sambung. Zahar memujuk, harus cari mood sihat untuk bekerja hari ini. alhamdulillah, saya lapang dada menapak ke bilik kerja dengan salam dan salawat lagi. ya Allah, redhailah saya sebagai hamba-Mu yang menjalankan amanah, meneruskan nafas hidup yang Kau peruntukkan. esok mahasiswa baru tiba di fakulti. dan kami mahu ucapkan selamat datang. saya mahu ucapkan bersyukurlah dengan nikmat menuntut ilmu. taman syurga yang luas terbentang buat saudara!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 02, 2012 13:20

August 30, 2012

jalan pulangSemalam, sebelum ke pejabat, saya bergegas me...

[image error] jalan pulang Semalam, sebelum ke pejabat, saya bergegas menziarahi tetangga yang meninggal dunia. masih ingat entri tentang solat hajat selepas subuh (entri Ogos 9 2012)? ya, ahli kariah kami itu meneruskan perjalanannya. apa sebaik adab ziarah kematian? tiba-tiba saya jadi dungu lagi. saya mulakan dengan  merakam takziah yang dalam saat bersalaman dengan anak arwah. saya duduk hampir dengan jasad tanpa roh yang dirapikan di ruang tamu itu. saya membaca berkali kali al fatehah. saya sebutkan namanya. begini antara doa saya. semoga perjalanan kembalinya sejahtera. semoga diampun segala kesalahannya. dia diterima Allah dengan segala reda. ditenteramkan hati anak-anak dan suami yang ditinggalkan. semoga bacaan kami diterima Allah. saya melihat kebanyakan yang datang membaca yassin. saya juga. ada beberapa kitab yassin yang disediakan. saya sengaja memilih untuk membaca terjemahannya. ya Allah, saya cuba untuk tidak menangis saat membaca ayat, dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! saya sedar saya membaca yassin untuk mengingatkan diri sendiri. Allah, bukankah antara hikmah ziarah orang yang pulang, adalah pelajaran untuk kami yang datang. maka Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan! al fatehah saya lagi buat makcik Zainab Ali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2012 13:29

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.