Mawar Safei's Blog, page 168
November 7, 2012
Hari ini kuliah penulisan kreatif saya bermula lagi untuk...
Hari ini kuliah penulisan kreatif saya bermula lagi untuk semester ini. seperti biasa, saya senang sekali bertemu pelajar dengan mendera mereka untuk berani berimaginasi, berjalan di lorong yang tidak biasa mereka ikut selama ini. saya ingat sesi lepas kumpulan kursus ini saya minta menulis cerpen berasaskan dunia masakan. kali ini, mereka dicabar mengemukakan tokoh yang menarik perhatian. tidak kira siapa. mungkin sahaja seorang tua yang selalu berulang alik ke musala. atau dia seorang pemain piano yang dikenali di lobi hotel. atau dia seorang perempuan yang menyediakan sajean dalam kembara ke Pulau Dewata. yang penting tokoh itu memberikan ilham untuk menumbuhkan cerita. di hujung kuliah saya mengemukakan sedutan persembahan Yanni di Acropolis. saya uji ketajaman mahasiswa saya untuk menyaring. mengapa Yanni? saya tidak pasti sama ada deraan saya kali ini lebih zalim. mahasiswa saya masih harus memuatkan rakaman tokoh itu dalam entri blog masing-masing sebelum dipindahkan ke atas kertas. cerpen yang dihasilkan harus berada di atas meja saya menjelang berakhirnya semester ini!
Published on November 07, 2012 18:40
November 6, 2012
doa yang dimakbulPernahkah saudara duduk, berdiam seketik...
doa yang dimakbul
Pernahkah saudara duduk, berdiam seketika dan tiba-tiba menyedari bahawa ada perkara yang terjadi dalam jalan hidup saudara dan ia ternyata sehaluan dengan keinginan hati, sebenarnya adalah doa yang pernah dipohon sebelum ini. ketika itu segenap kepercayaan seakan mahu merangkul kecintaan pada Allah. betapa Allah mendengar doa yang dibisikkan. begitu Allah sangat dekat mengetahui apa yang melintas antara rasa, hasrat mahupun penafian. ia pasti membawa kita kepada tafsiran Qutb bahawa Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. makanya, tidak mungkin ada yang dapat menyelinap sembunyi daripada Ilmu-Nya. Allah Maha Agung!
Published on November 06, 2012 01:30
November 4, 2012
Ini konsert terakhir Alif Matiin sebelum meninggalkan Nas...
Ini konsert terakhir Alif Matiin sebelum meninggalkan Nasyrah. kali ini persembahan solonya adalah sebagai Mr Pantun. anak saya akan menggayakan pantun tiga rangkap ciptaan Teacher Mun.
merah warna si biji saga,hari rabu pergi ke pekan;sedari kecil ibu jaga,jasa ibu jangan lupakan. atas peti ada beras,untuk dibuat tepung pelita;ayah kita bekerja keras,untuk sara keluarga tercinta. simpan duit dalam peti,untuk diguna bayar zakat;pada guru kita hormati,agar ilmu bawa berkat.
Published on November 04, 2012 13:42
Cerpen terbaru saya di Mingguan Malaysia, 4 november 2012...
Cerpen terbaru saya di Mingguan Malaysia, 4 november 2012. antara tikungan yang aneh. ia sebuah cerita sedih. terima kasih kepada sdr Ku Seman Ku Hussein, editor yang menyiarkan cerpen tersebut. kenangan di Arafah dan rakaman kisah seseorang yang banyak kehilangan dalam hidupnya.
Published on November 04, 2012 01:41
November 2, 2012
Dua buah buku baru untuk Alif Matiin, hadiah istime...
Dua buah buku baru untuk Alif Matiin, hadiah istimewa dari penulisnya sendiri. ternyata anak saya ini sangat suka membacanya apatah lagi mendengar dendangan dari cd yang dipasang dalam kereta. burung kenek-kenek! dan kisah anak perempuan di sebuah perkampungan. merentas isu gender, ternyata Alif Matiin tidak melihat wataknya, tetapi seronok menjelajah pohon, bunga dan serangga. ah, anak lelaki! terima kasih mahaguruku, Prof Madya Dr Hadijah Rahmat, dengan pemberian ini. semoga kita bersua lagi.
Published on November 02, 2012 16:29
November 1, 2012
Alhamdulillahi rabbil alamin, setelah beberapa hari terse...
Alhamdulillahi rabbil alamin, setelah beberapa hari tersedak dengan petaka ke atas blog yang saya sayangi ini, sempena jumaat yang mulia saya bahagia untuk meneruskan catatan di sini. ya, memang ini hanya blog. ia hanya ruang kecil. namun di sini saya banyak belajar erti kesementaraan apabila hampir semua gambar yang ada, hilang. sekarang saya sedang menampal semula gambar-gambar yang sempat ditemui kembali. perlahan-lahan. inilah tempat saya menumpahkan rasa dan kesan, berbahagi lelah. di sini juga saya melatih diri mengucapkan kata-kata yang baik. kind word. terima kasih kepada teman-teman dan semua kenalan baru yang berbahagi sama masa petaka itu. Allah sahaja memulangkan kebaikan itu kepada saudara. terima kasih!
Published on November 01, 2012 17:25
October 30, 2012
Salah seorang pelajar sarjana saya, Kamrul, rupanya seora...
Salah seorang pelajar sarjana saya, Kamrul, rupanya seorang penggesek rebab, pemain gendang ibu, gendang anak, gong, kesi, canang di panggung antarabangsa. banyak persembahan luar negara. luar biasa! dan ini gambar cd yang dihadiahkan. ternyata kami suka mendengar segala rentak dan dengung menyatakan makna dan seni bunyi, setiap kali ia dipasang dalam kereta. kadangkala bunyi-bunyian itu datang memberi tenaga dan sekali sekala ia menyelinap masuk dengan susuk misteri. saya takjub pada mereka yang mempunyai kecintaan pada warisan; apalagi yang mahu belajar untuk melanjutkan kecintaan itu. syabas Kamrul!
Published on October 30, 2012 15:14
October 28, 2012
Ya Allah. saya masih mencongak-congak jurus yang Allah ma...
Ya Allah. saya masih mencongak-congak jurus yang Allah mahu pandu saya apabila petaka ini terjadi. lihatlah rupa rumah saya ini. hampir semua gambar entri saya hilang. puncanya saya memadam folder di galeri gambar dari telefon tangan saya yang mengandungi kesemua foto dalam blog ini termasuk header. saya memadam dengan dua andaian. pertama, adakah virus, tiba-tiba ada folder gambar-gambar blog dalam simpanan telefon pintar saya. kedua, ditakuti jumlah bilangan yang banyak (kira-kira 900 keping) mengganggu ruang telefon. maka saya padam folder berkenaan. akibatnya, pagi ini saya melihat wajah petaka tersebut. ya seperti yang sdr lihat sekarang! saya mohon budi baik, kepintaran mana-mana teman yang bijak memanggil semula folder tersebut. saya sedar adanya hubungan blog ini dengan telefon pintar apabila telefon menjadi tempat saya menyemak entri hampir setiap hari. ada jaringan. ada jalinan antara mereka. saya masih berharap, folder itu dapat dipanggil pulang dan saya tidak perlu memuat naik foto-foto yang saya senangi secara peribadi (sejak 2006). sedang ia juga merupakan bahan pengajaran saya dalam kuliah. semoga ada yang sudi bantu... terima kasih.
Published on October 28, 2012 02:47
October 25, 2012
Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku memenuhi panggila...
Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu. Aku memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milik-Mu begitu juga kerajaan,
tiada sekutu bagi-Mu. antara catatan sms kepada teman-teman, pada hari ini susuk arafah begitu mengepung saya!
Salam eidul adha buat semua.
Published on October 25, 2012 23:01
October 22, 2012
Sering percutian dianggap sebagai pelarian; sama ada dari...
Sering percutian dianggap sebagai pelarian; sama ada daripada tekanan atau keletihan dengan garis monotonous hidup. yang manis, jika ia untuk meraikan sesuatu yang istimewa. saya pernah menanggap ketiga-tiganya. pernah saya merasakan mahu meninggalkan kelelahan jauh di belakang, sementara enak menghirup angin laut china selatan di hadapan saya. namun rupanya saya ditemukan dengan kelelahan lain di ruang percutian itu. heh! ini rakaman gambar yang saya sempat simpan di penjuru ruang makan tempat percutian yang lalu. penjuru yang berseni. di sinilah bermulanya tragedi atau seorang sahabat saya, Rebecca Ilham menyebutnya sebagai takdir lewat cerpennya, "Anatomi Sekeping Hati" (Mingguan Malaysia, 30 september 2012). ya, ia adalah takdir.
Published on October 22, 2012 21:58
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

