Mawar Safei's Blog, page 2
July 10, 2025
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kumpulan cerp...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kumpulan cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (2021) diangkat sebagai pemenang kategori A Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Esei Bimasa...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Esei Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre (buku Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja, DBP 2022, suntingan Kamariah Kamarudin), diangkat sebagai pemenang Kategori B Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bab dalam b...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bab dalam buku Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre (buku Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja, DBP 2022, suntingan Kamariah Kamarudin), diangkat sebagai pemenang Kategori B Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.
June 29, 2025
Saya tidak fikir menulis memoir adalah kerja mudah. Buka...
Saya tidak fikir menulis memoir adalah kerja mudah. Bukan hanya memerlukan tumpuan terhadap fakta masa lampau, yang lebih dituntut adalah nurani yang terhubung. Tahniah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin. Saya membaca dan menulis tentang Memoir Rimbunan Cinta Bonda dan ternyata saya banyak belajar untuk mencintai. Terima kasih Sdr Zuki Pileh atas siaran tulisan ini di Sinar Harian 29 Jun 2025.
June 26, 2025
Saya menebak anak mungil ini hanya wujud di balik layar ...
Saya menebak anak mungil ini hanya wujud di balik layar AI. Namun saya senang sekali melihatnya. Belum pernah jemu. Alangkah. Selamat Tahun Baru 1447H.
June 13, 2025
Mahaguru kami dan pernah dikatakan beliau adalah ayah sa...
Mahaguru kami dan pernah dikatakan beliau adalah ayah saya! Benar, Ayahanda Dr Shafie Abu Bakar sering menuntun jalan akademik kami, khususnya Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin, penulis bersama buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji (Penerbit USIM, 2025). Terima kasih Dr Shafie Abu Bakar, kesudiannya menulis kata pengantar buku kami. Dirahmati terus dengan keafiatan dan kebaikan dunia akhirat.
June 9, 2025
Datuk Jasni Matlani. Sasterawan Negeri Sabah ke 4. Peneri...
Datuk Jasni Matlani. Sasterawan Negeri Sabah ke 4. Penerima Anugerah SEA Write 2015. Kenalan lama sewaktu MASTERA 1999 bersama-sama Hizairi Othman dan Faisal Tehrani. Kenangan yang terus hidup dalam untaian persahabatan kami. Terima kasih sudi datang!
June 5, 2025
Disedar akan hanya sedikit masa yang tinggal. Ia adalah ...
June 2, 2025
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Pn Khairunnajwa Mohd. ...
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Pn Khairunnajwa Mohd. Tahet, Editor Penerbit USIM yang menangani buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji (2025), dengan penuh ihsan. Kata Pengantar oleh Dr Shafie Abu Bakar, meletakkan buku ini sebagai contoh sebuah teks Takmilah. Sila dapatkannya dari kami atau Penerbit USIM dengan harga RM38. Terima kasih.
June 1, 2025
Terima kasih kepada Hafizah Iszahanid, Berita Harian meny...
Terima kasih kepada Hafizah Iszahanid, Berita Harian menyiarkan segera rencana ini. Saya tidak mahu menyampaikan khabar duka ini dalam acuan melankolik cliche. Sebaliknya dengan judul asal Mana Sikana dan Metasejarah, saya mahu guru kita ini dikenang akan kegigihannya menghidupkan terus dunia kritikan wilayah kesusasteraan Melayu. Saya percaya Mana Sikana terus hidup ...
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers

