Mawar Safei's Blog, page 181
March 15, 2012
Semoga Allah redha kita sebagai hamba-Nya...
Semoga Allah redha kita sebagai hamba-Nya...
Published on March 15, 2012 22:00
March 14, 2012
Ini adalah majalah mingguan langganan Zahar. biasa dibaca...
[image error]
Ini adalah majalah mingguan langganan Zahar. biasa dibaca di meja makan. semalam sempat saya menyelak halaman akhir tentang penulis buku komik Stan Lee untuk ruangan 10 soalan. saya senang mendengar dua jawapan terakhirnya. ya, dia mengahwini Joanie untuk sekian 64 tahun dan jawapannya untuk keluarbiasaan itu adalah you just marry the right girl!

Published on March 14, 2012 16:02
March 13, 2012
Pertemuan pertama kami berjejak ketika saya memanjat buki...
[image error]
Pertemuan pertama kami berjejak ketika saya memanjat bukit Montmarte dua tahun sudah. Ya, memang jauh di sana. Seusai melewati beberapa bumbung kedai cenderamata dan café yang banyak, saya tiba di situ. Seratus meter ke hadapan dari sebuah café merah – dari bumbung hingga kepada pakain seragam para pelayannya. Serba merah. Saya melihat dia. Inilah latar cerpen lama saya ini lewat kembara, "… ada kiriman dupa dari Negara Seribu Pura, " tulisnya.
[image error]
dan ini saya yang dirakam si Darwin. saya teringat kenangan ini kerana ada sahabat yang akan memanjat ke sana minggu hadapan!
Published on March 13, 2012 02:39
March 11, 2012
Banyak yang perlu dikorbankan dalam hidupBanyak juga kese...
[image error]
Banyak yang perlu dikorbankan dalam hidup
[image error]
Banyak juga kesedihan yang perlu dilalui
[image error] Namun kenangan akan terus tumbuh...
[image error] Namun kenangan akan terus tumbuh...
Published on March 11, 2012 04:13
March 9, 2012
Saya masih belum memahami untuk menjadi kekasih Allah mah...
[image error]
Saya masih belum memahami untuk menjadi kekasih Allah mahupun Rasulullah. ya Allah ampunkan saya! begitu saya sangat menyedari adab menjadi kekasih iaitu adanya cinta, adanya rindu, adanya debar setiap kali bertemu. kadangkala dicelahi malu. ada sebahagian pengalaman, saya merasakannya. tapi untuk bergelar kekasih, saya sendiri yang tahu di mana letak diri. ya Allah ampunkan saya. antara halaman awal buku yang sedang saya tekuni ini menyatakan antara syaratnya ialah membuang nafsu. Allahu akhbar! betapa banyaknya dinding yang mengepung dan saya seakan-akan dikurung dan dipenjara di dalamnya. saya sangat malu apabila menerima hadiah ini sempena hari lahir yang lalu. Nis, saya masih belajar untuk menjadi kekasih.

Published on March 09, 2012 07:02
March 6, 2012
Buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2012: Best Genera...
[image error]
Buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2012: Best General Book (Fiction) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dan The Oxford Centre for Excellence, UK. menariknya pengarang kumpulan cerpen ini merupakan penyair yang masyhur! Laut Takjub oleh SN Kemala.

Published on March 06, 2012 19:20
Saya yang paling awal rupanya. Sedang dua lagi lelak...
[image error]
Saya yang paling awal rupanya. Sedang dua lagi lelaki di rumah saya sehingga azan maghrib, masih belum kelihatan bayang mereka di pintu pagar yang saya biarkan ternganga. sebaik saya menyempurnakan doa selepas azan, Alif Matiin memberi salam. mummy terbaik! katanya. sambil mencium rambutnya yang harum saya bertanya mengapa? sebab mummy bukakan pintu pagar dan sediakan minuman ketika kami pulang. Allahu akhbar! saat itu saya merasakan diri semakin tua. bukankah antara sifat menjadi tua apabila kita begitu bersyukur dengan penghargaan. Allah, sedikit demi sedikit saya mula merasakannya. saya sangat sedar ia bukan sama sekali riak. sebaliknya rasa kehadiran dan kewujudan. saya segera teringat beberapa episod yang berlaku di pejabat siang tadi. saya mengalami perasaan yang sama, sangat dihargai. dan sekarang, saat menulis ini, saya tiba-tiba menjadi begitu malu. ya Allah, semua itu adalah rakaman rasa manusia. sedang, apa pula pandangan Allah terhadap saya. mengapa saya terlalu memikirkan apa pandangan manusia terhadap saya. sedangkan saya selalu merintih agar Allah tidak berpaling, agar Allah terus memerhati saya, mengasihani saya dan mengampuni saya....
Published on March 06, 2012 07:48
March 4, 2012
Saya terbaca sebuah narasi seorang nenek didakwa di mahka...
[image error]
Saya terbaca sebuah narasi seorang nenek didakwa di mahkamah di sebuah daerah di Indonesia kerana mencuri ubi kayu. ternyata nenek itu miskin dan harus menyara anak yang sakit dan cucu yang lapar. kebetulan untuk kuliah esok, kami akan membaca sebuah cerpen lama zaman Jepun tulisan A Samad Ismail, Ubi Kayu. saya jadi begitu insaf membayangkan banyaknya makanan di dapur. saya juga segera teringat waktu kecil nenek pernah mengajar saya makan ubi rebus atau ubi goreng dicecah sambal tumis ikan bilis. ia ternyata enak dan saya sangat bersyukur, ya Allah.

Published on March 04, 2012 08:09
February 27, 2012
Saya sudah menutup akaun fb saya yang ini mawarshafei71. ...
[image error]
Saya sudah menutup akaun fb saya yang ini mawarshafei71. mengapa? awal dulu semasa menyertai fb, saya mendaftarkan kedua-dua akaun yahoo yang saya punya (saya ingatkan harus begitu). nah, ternyata saya bermasalah apabila ada dua rumah. jadi jumpa saya di mawarshafie saja ya....

Published on February 27, 2012 13:34
February 26, 2012
Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat yang te...
[image error]
Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua ibu bapaku, supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai. berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri (al ahqaaf: 15). ini doa ketika usia memasuki angka 40 dinyatakan dalam al Quran. saya tidak sempat membacanya tahun lalu, dan terima kasih kepada sahabat baik saya Wan Azreena yang mengingatkan. maka saya mula membacanya hari ini dan insya Allah hari-hari seterusnya. ternyata rayuan ini sangat mengesankan saya, ya saya mahu menjadi hamba-Nya yang berserah diri. terima kasih kepada semua yang meraikan hari lahir saya. semua doa yang dipohon buat saya, kepada Allah saya berserah agar kita dirahmati dan dipelihara-Nya. amin ya rabbal alamin.
Published on February 26, 2012 14:58
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.