Mawar Safei's Blog, page 177
May 24, 2012
Saya jumpa kata-kata yang memukau ini di fb; saya tambahk...
[image error]
Saya jumpa kata-kata yang memukau ini di fb; saya tambahkan bunga kecil mewakili hati saya yang diamankan...alhamdulillahi rabbil alamin.
Published on May 24, 2012 13:16
May 23, 2012
Si comel YayaKuliah hanya berbaki seminggu lagi. selepas ...
[image error]
Si comel YayaKuliah hanya berbaki seminggu lagi. selepas itu mahasiswa akan sibuk dengan ujian dan kemudian akan riang ria di kampung halaman masing-masing. minggu ini antara yang dibincangkan tentang harga sastera zaman ini menerusi sayembara yang dianjur. harga SN baru ditingkatkan ke RM60, 000. harga sebuah buku mengandungi 20 cerpen atau sebuah buku akademik yang jadi juara ialah RM10, 000. nilai cerpen yang menang ialah RM1000 (atau RM800). mata saya berpinar-pinar bila diberitahu hadiah besar artis mania (?) bernilai setengah juta. mahasiswa berbahas isu popular lwn serius. saya rasa mahu pitam! mahu pengsan seperti baru menjamah biskut Yaya.
Published on May 23, 2012 13:08
May 22, 2012
sunyi, sepiAda sahabat saya yang hidup sendiri, mahu berb...
[image error]
sunyi, sepi
Ada sahabat saya yang hidup sendiri, mahu berbahagi kesepiannya. saya melihat kesendiriannya adalah jalan untuk dia (dan saya juga) diasuh untuk menyedari bahawa suatu saat nanti, kami juga akan sendiri. ya, kita akan sendiri nanti. dan saya juga melihat betapa indahnya banyak waktu dia dapat berbuat kebaikan tanpa gangguan. saya teringat isi firman Allah, at taghaabun: 14, ... isteri dan anak menjadi musuh... saya doakan semoga Allah meriangkan hatinya dalam sunyi yang panjang itu...
Ada sahabat saya yang hidup sendiri, mahu berbahagi kesepiannya. saya melihat kesendiriannya adalah jalan untuk dia (dan saya juga) diasuh untuk menyedari bahawa suatu saat nanti, kami juga akan sendiri. ya, kita akan sendiri nanti. dan saya juga melihat betapa indahnya banyak waktu dia dapat berbuat kebaikan tanpa gangguan. saya teringat isi firman Allah, at taghaabun: 14, ... isteri dan anak menjadi musuh... saya doakan semoga Allah meriangkan hatinya dalam sunyi yang panjang itu...
Published on May 22, 2012 13:38
May 20, 2012
Selamat menikmati bulan-bulan yang indah!
Published on May 20, 2012 14:22
May 18, 2012
Kelas masakanHujung minggu yang riang! saya sempat&n...
[image error]
Kelas masakan
Hujung minggu yang riang! saya sempat tenang-tenangkan diri di salon Ozie dan kemudian ke kelas masakan. oh, apa yang lebih meriangkan hati setelah sepanjang minggu duduk lama di bilik kerja; membaca kerja mahasiswa, membaca minit mesyuarat, membaca bahan audit, membaca emel rasmi, membaca manuskrip yang tidak siap-siap, membaca bahan penyelidikan, bahan kuliah, di samping membaca sama marah, rajuk, kecil hati, salah faham manusia juga.
Hujung minggu yang riang! saya sempat tenang-tenangkan diri di salon Ozie dan kemudian ke kelas masakan. oh, apa yang lebih meriangkan hati setelah sepanjang minggu duduk lama di bilik kerja; membaca kerja mahasiswa, membaca minit mesyuarat, membaca bahan audit, membaca emel rasmi, membaca manuskrip yang tidak siap-siap, membaca bahan penyelidikan, bahan kuliah, di samping membaca sama marah, rajuk, kecil hati, salah faham manusia juga.
Published on May 18, 2012 23:21
May 17, 2012
dia antara helaian ceritaSaya akhirnya bertemu dengan seo...
[image error]
dia antara helaian cerita
Saya akhirnya bertemu dengan seorang kenalan lama dari bangku sekolah. dia terperanjat apabila diberitahu betapa banyaknya dia mengirim ilham lewat karya saya selama ini. saya katakan, memang banyak dalam hidup yang menumbuhkan cerita dalam diam, memberi makna dalam ketidaktahuan, menawarkan keterujaan tanpa sedar. teman saya itu sekarang dalam bidang teknologi dan saya ragui sama ada dia memahami apa yang saya cuba jelaskan dengan laras bahasa yang mungkin padanya aneh. ya, memang banyak isyarat hati yang tidak mampu terhantar oleh kata, apalagi tanda yang datang seperti bayang-bayang. sedang ia tidak mudah juga untuk diterima setelah jaraknya masa yang memindah-mindahkan banyak mimik peribadi.
Published on May 17, 2012 09:05
May 16, 2012
Sempat hadiri diskusi menarik ini. banyak perkara ba...
[image error]
Sempat hadiri diskusi menarik ini. banyak perkara baru yang diberitahu mantan paderi @ pengampun dosa antarabangsa katolik ini. antaranya bagaimana akhlak dalam hubungan persaudaraan, menjadi tarikan utamanya untuk menguasai masyarakat Islam. saya segera teringat sabda Rasulullah, umat hujung zaman seperti buih di lautan - banyak tetapi lemah. deritanya umat hujung zaman adalah kerana menularnya satu penyakit yang dinamakan al wahn @ cintakan dunia dan takutkan kematian. Allah, Allah, Allah, ampunkan saya kerana banyaknya masa saya dalam sehari tidak sudah sudah dikepung penyakit itu. dan kepungan itu sangat berkuasa!
Published on May 16, 2012 09:42
May 15, 2012
Satu pengalaman bersama guru yang saya tidak dapat lupaka...
[image error]
Satu pengalaman bersama guru yang saya tidak dapat lupakan ialah mendapat markah 29/25; ia untuk kertas geografi sewaktu saya di tingkatan enam sekolah (p) sultan ibrahim, johor bahru. dan guru yang kerap memberi markah A+ itu ialah Cikgu Daim. dan sejak menjadi guru, saya tidak pernah pula memberikan pelajar-pelajar saya markah luar biasa seperti Cikgu Daim! saya tidak tahu di mana cikgu sekarang. namun, saya mahu mengucapkan selamat hari guru yang istimewa diiringi doa setulusnya semoga cikgu dirahmati selalu. juga buat semua guru saya dan semua yang bergelar guru, terima kasih cikgu!
Published on May 15, 2012 09:36
May 13, 2012
buku resepi bonda yang saya warisi!Saya kehilangan buku&n...
[image error]buku resepi bonda yang saya warisi!Saya kehilangan buku lagi! kali ini buku resepi. ia antara buku masakan yang saya gemari kerana terdapat beberapa halaman yang saya pernah cuba dan menjadi. oh, di mana buku Chef Sabri ya? lazimnya saya menyedari buku-buku saya hilang hanya apabila ia hendak digunakan. cerita yang sama dengan buku-buku yang disimpan di bilik kerja di kampus. kali ini buku masakan saya pula yang entah di mana. saat mahu memasak untuk omak mertuo den sempena hari ibu, saya mencari buku yang mengandungi resepi nasi morocco @ nasi arab. alhamdulillahi rabbil alamin, saya pernah menyimpannya di catatan tanggah!
Published on May 13, 2012 14:05
buku resepi bonda yang saya warisi!Saya kehilangan buku r...
[image error]buku resepi bonda yang saya warisi!Saya kehilangan buku resepi! ia antara buku masakan yang saya gemari kerana terdapat beberapa halaman yang saya pernah cuba dan menjadi. oh, di mana buku Chef Sabri ya? lazimnya saya menyedari buku-buku saya hilang hanya apabila ia hendak digunakan. cerita yang sama dengan buku-buku yang disimpan di bilik kerja di kampus. kali ini buku masakan saya pula yang entah di mana. saat mahu memasak untuk omak mertuo den sempena hari ibu, saya mencari buku yang mengandungi resepi nasi morocco @ nasi arab. alhamdulillahi rabbil alamin, saya pernah menyimpannya di catatan tanggah!
Published on May 13, 2012 14:05
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

