Mawar Safei's Blog, page 178

May 10, 2012

seusai hujan Antara ajaran Islam ialah mendekati dan sela...

[image error] seusai hujan Antara ajaran Islam ialah mendekati dan selalu duduk dengan orang soleh. ketika kecil di kampung Temasek, saya suka mengintai sebuah rumah yang bergelar haji. saya memanggilnya tok haji. saya suka melihat wajah tuanya yang bersih, saya percaya ia adalah cahaya wudhu dan ketaatannya kepada Allah. saya juga suka belajar muqadam di surau kami yang bertangga kayu dari seorang haji yang rumahnya bersebelahan perigi. saya teruja belajar tulisan jawi dari seorang datuk yang akhirnya hilang penglihatan. saya suka bersama mereka kerana berasa nyaman seperti ada pawana halus selepas hari hujan yang menghantar rasa tenang dan sentosa dalam jiwa kecil saya ketika itu. saya juga rasa dilindungi oleh keindahan iman serta kecintaan kepada Allah yang mereka punya. perasaan mahu berjumpa dan duduk dengan orang-orang soleh, hingga kini saya rindukan.  sedang usia saya semakin tinggal sedikit bakinya dan saya  kian merasakan kesedihan yang panjang.  pawana lepas hari hujan yang mengamankan itu, entah di mana akan saya lewati lagi, saya sudah kian jarang berselisih jalan dengannya....

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2012 14:15

May 7, 2012

Bermimpi bulan yang banyak di langit, apa isyarat yang ma...

[image error] Bermimpi bulan yang banyak di langit, apa isyarat yang mahu dikirim? kemudian pula muncul  sahabat yang berdiam lama. seakan mahu memberitahu khabar yang disimpan sekian masa. oh Allah, saya memohon ampun. terlalu banyak rahsia, terlalu banyak kata-kata yang tidak mampu dirapikan sebagaimana cantiknya madah mahupun syair atau gurindam. sedangkan saya juga mahu menyatakan segala yang tersembunyi, segala yang saya sendiri tidak pernah duga atau sangka. o sahabat, mahukah saya dimaafkan kerana membiarkan diam menunggu lama?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2012 14:05

May 6, 2012

Dalam bersunyi, saya melihat banyak sisi saya diasuh...

[image error] Dalam bersunyi, saya melihat banyak sisi saya diasuh bonda dengan didikan yang halus. tentang hal-hal kecil. saya diasuh bonda untuk memohon maaf ketika bersin atau batuk. menadah tapak tangan ketika makan biskut agar jangan sisanya bertabur. meletak pinggan di meja tanpa bunyi yang menyakitkan hati. elak mata ke pinggan kawan yang baru menyenduk makanan. saya berterima kasih diasuh bonda untuk selalu tahu mengukur baju di badan sendiri. selalu tahu membawa diri. selalu sedar di mana kita berada dan selayaknya bagaimana kita harus mewakili peribadi. saya tidak mahu berada pada tempat yang tidak seharusnya saya berdiri. dan asuhan itu masih panjang senarainya dalam ingatan. saya pulang ke riba bonda hujung minggu ini. konon mahu merai hari ibu, yang rupanya minggu hadapan! ah, yang penting tangan tuanya dapat dikucup dan saya dapat memohon ampun!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 06, 2012 01:55

May 4, 2012

Sekali lagi untuk penganugerahan tahun 2011, kami mahu me...

[image error]




Sekali lagi untuk penganugerahan tahun 2011, kami mahu meraikan penerima Hadiah SEA Write. ia tanda menghargai. ia tanda kami cintakan kesusasteraan Melayu. syabas kepada mahasiswa saya yang kenal erti bersyukur, berterima kasih. acara ini berlangsung di Dewan Kuliah 3F201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. jumpa ya!






[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2012 18:28

May 2, 2012

gambar dari fb yang saya sukaMengapa saya suka ke masjid?...

[image error] gambar dari fb yang saya sukaMengapa saya suka ke masjid? di sanalah ruang yang melapangkan. ia adalah penjuru yang paling mengamankan, penuh barakah. seperti kata seorang rakan akademik yang sering saya dakap dan bersalaman seusai berjemaah, ini bukan tempat pelarian, sebaliknya ia perlindungan. o Allah. kami memohon perlindungan daripada segala jalan yang salah. kami memohon dipelihara selalu hati kami yang cuai. kami memohon iman  saat hasutan angin datang mencelah. o Allah, ampunkan kami. ampunkan kami. ampunkan kami!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2012 23:00

April 29, 2012

Ia menjuruskan lorong matlamat. ia menghamparkan kes...

[image error]


Ia menjuruskan lorong matlamat. ia menghamparkan kesediaan. ia menawarkan keheningan.  selebihnya, ia membawa kita begitu dekat dengan Rasulullah. saya turut melihat antara si pemanah dan sasaran adalah sebuah taman syurga yang begitu diidamkan setiap orang untuk duduk lama seraya memuji-muji Pencipta nan Agung. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2012 07:53

April 28, 2012

Pada hari yang sama, kita ditemukan dengan dua rasa yang ...

[image error] Pada hari yang sama, kita ditemukan dengan dua rasa yang saling bertelingkahan. suka dan duka. ria dan gulana. begitulah, siangnya kami meraikan pasangan mempelai dan lewat petang kami sudah berada di wad hospital, menziarahi yang ditimpa kecelakaan. saya jadi begitu insaf dan bersujud panjang di penjuru masjid lewat maghrib. Allah membentangkan kedua-duanya untuk saya berterima kasih atas asuhan untuk bersyukur dalam apa juga suasana - saat hati diduga rawan, jiwa diamuk haloba yang besar atau tiba-tiba bahagia datang sebagai takdir. alhamdulillahi rabbil alamin... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 28, 2012 04:05

April 24, 2012

Saya baru sedar, bukan hanya diam yang akan menjawab...

[image error]
Saya baru sedar, bukan hanya diam yang akan menjawab banyak soalan tentang apa yang tidak jelas, tidak faham, tidak tahu bagaimana ia harus diluahkan. bukan hanya diam. ya, saya melihat pergi jauh daripada segala yang tidak itu menemukan dengan beberapa lorong. ia bukan pelarian. sebaliknya juga bukan alasan. kerana saya tahu di titik yang jauh itu akan menawarkan satu perenungan yang berbeza, yang baru, yang lain tentang tidak. mudah mudahan saya sampai ke titik itu dengan seribu rasa syukur. untuk seketika ini, saya ucapkan semoga kita bertemu kembali. bertemu semula dengan hati yang lapang dan aman. bukankah al mu'min: 21 sudah mengingatkan tentang perjalanan yang membawa kita memerhati bagaimana kesudahan orang yang terdahulu?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 24, 2012 18:00

April 23, 2012

Acara menarik yang saya mahu ikut! namun sayangnya, saya ...

[image error]

Acara menarik yang saya mahu ikut! namun sayangnya, saya berada di luar kampus pula. alahai :-(perbincangan, pameran dan persembahan rebab akan diadakan di Makmal Pengajian Melayu dan dataran DK3B301 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM  pada 27 April 2012.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2012 14:08

April 18, 2012

Sekali lagi, mahu sangat hadir, malangnya tidak dapa...

[image error]
Sekali lagi, mahu sangat hadir, malangnya tidak dapat sertai!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2012 06:13

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.