Mawar Safei's Blog, page 176

June 13, 2012

NoteMenjadi impian saya dapat membaca al Qur'an dari perk...

[image error] NoteMenjadi impian saya dapat membaca al Qur'an dari perkakas digital.  mudah dibawa ke mana-mana dalam tas tangan berbanding versi cetakan. subhanallah! maha suci Allah! maha suci Allah! saya baru sahaja menikmati bacaan asal dan terjemahan ayat-ayat lazim dari si Note putih seramik ini. versi Qur'an android.  banyak juga catatan yang dapat dirakam tanpa terkial-kial mencari kertas dan pen dari beg tangan saya yang terdapat beberapa lagi beg kecil di dalamnya. alhamdulillahi rabbil alamin!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 13, 2012 11:31

June 9, 2012

Terjemahan Munajat di PerkebunanSaya akan selalu mem...

[image error] Terjemahan Munajat di Perkebunan
Saya akan selalu memastikan hubungan kami terus berjalan; sama ada ia menerusi ziarah atau panggilan telefon. ini hadiah Makcik Timah Baba ketika kami bertemu jumaat lalu. dan setiap kali ke rumahnya saya akan mengenang Dr Othman Puteh (guru  budiman) yang rancak bercerita melayan kami hingga lewat malam dan sebelum itu Hizairi Othman (rafik tersendiri) yang akan membuka pintu menyambut salam kami. oh, kenangan itu seperti kesidang yang sangat saya senangi. ia sering bersembunyi di balik para-para namun harumnya selalu menakluk dan berkuasa. dan buku ini tentunya menarik untuk ditekuni sekian kali, ya versi terjemahannya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2012 14:19

June 8, 2012

Selamat Pengantin Baru!Seusai asar kami bergegas k...

[image error] Selamat Pengantin Baru! 
Seusai asar kami bergegas ke masjid berdekatan untuk menghadiri acara pernikahan saudara terdekat Zahar. babak yang manis. penyerahan seorang ayah kepada lelaki baru dalam hidup anak gadisnya. aduhai. saya seperti dapat membaca sengsaranya perasaan ayah saat beberapa kali akad yang cuba dilafaz antara si ayah dan bakal menantu, tersangkut-sangkut. si ayah seakan enggan melepaskan sementara si menantu yang gusar dengan amanah baru di bahunya. seraya mengaminkan doa kadhi, saya merakam doa sendiri agar syurga buat mereka di sini dan di sana. amiiin! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2012 08:18

June 5, 2012

Ternyata apabila usia meningkat (atau sedikit sisanya?), ...

[image error] Ternyata apabila usia meningkat (atau sedikit sisanya?), saya mempertimbangkan banyak sisi dalam penjagaan kesihatan. selain mempertimbangkan beberapa makanan khusus, saya mula ambil kisah  membaca bahan tentang pemakanan  (menuju menjadi) warga emas. hahahah! antaranya saya membaca tentang buruknya tabiat mengambil ais.  dan baru sekarang saya akur dan mengambil keputusan untuk tidak mengambil ais setelah banyak kali dinasihatkan oleh golongan warga emas terdahulu. maka dengan keputusan itu bermakna saya tidak lagi akan menikmati ais kacang yang sangat saya gemari atau mengambil bergelas-gelas jus buah-buahan yang berais. alahai segala-galanya tinggal kenangan ....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2012 15:23

June 4, 2012

Ya, setiap kali pulang ke rumah bonda, saya tidak akan je...

[image error] Ya, setiap kali pulang ke rumah bonda, saya tidak akan jemu menyelinap ke rak buku dan mendapatkan kenangan yang banyak tersimpan dalam album gambar. rakaman perasaan - riang, sedih, rajuk, marah atau geram dari dalam bilik darjah sekolah tadika, rendah dan menengah hingga ke padang bola jaring saat kami mewakili sekolah dan sewaktu saya mengetuai kumpulan pengawas dengan tali leher merah. sesekali mahu ketawa dengan muka bulat saya yang berkilat atau sekejap kemudian saya sebak menelek wajah beberapa sahabat saya yang sudah kembali ke ruang asal penciptaannya. sudah jauh dan lama saya berjalan, berlari, berhenti kerana lelah, dan kembali lagi berlari. kurang satu dekad saya akan menjadi semakin tua mencecah usia separuh abad. saya kian menginsafi betapa singkatnya perjalanan di dunia dan begitu banyak pula yang minit, jam dan hari sia-sia yang sudah saya lewati. ya Allah, ampuni saya, kasihani saya dan saya mahu ingin kembali menjadi anak kecil bertudung ikat, memegang muqadam dan rehal, dengan sesucinya hati melangkah ke surau untuk belajar jawi dan surah, sebelumnya berwudhu di tepi perigi... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2012 13:36

June 3, 2012

Hujung yang minggu yang sarat! bergegas pulang ke kampung...

[image error] Hujung yang minggu yang sarat! bergegas pulang ke kampung omak mertuo den untuk meraikan acara membina semula pagar rumah yang sudah usang. kemudian kami berlari ke rumah bonda dan terasa perjalanan jauh itu, dekat. di lebuhraya, baru saya teringat, tetangga kami yang akan berpindah ke miri dan malang sekali kami tidak dapat merakamkan ucapan selamat tinggal dan hingga jumpa lagi. menjelang senja, kami menitip Mohican yang akan bercuti di rumah sepupunya pula. oh apalagi yang saya mampu lakukan selain berdoa. dalam kelelahan yang panjang kerana saya semakin tua, perlahan-lahan saya menyusun kata dengan rapi. semoga pagar kayu cantik itu dapat mengikat kami sekeluarga, dapat menghimpunkan kami seamannya. semoga demam dan batuk bonda cepat kebah dengan sup sayuran panas yang sempat saya sediakan. semoga tetangga saya senang dengan kehidupan baru kerana mereka juga adalah teman yang sangat membahagiakan. semoga Mohican riang dengan percutian sains kali ini dan lebih memahami erti sebuah penciptaan. ya Allah, semoga semua yang saya kenang itu dalam redha-Mu, selalu!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2012 14:08

May 31, 2012

foto dari fbApa yang lebih disyukuri untuk memulakan juma...

[image error] foto dari fbApa yang lebih disyukuri untuk memulakan jumaat yang mulia dengan bermunajat, memohon dengan seluhurnya ampun dari Dia lalu berjemaah di surau kecil menjelang subuh. menekuni ayat sajadah yang dilafazkan imam lalu sujud, dengan tulus mengakui kebesaran-Nya. Allah, Allah, Allah! benar,
cukuplah Allah bagiku!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2012 15:45

May 30, 2012

muazinSaya baru tahu bahawa antara asuhan Rasulullah (sal...

[image error] muazin
Saya baru tahu bahawa antara asuhan Rasulullah (salawat dan salam ke atas baginda dan keluarga!), menggantung rotan sebagai ingatan dalam mendidik anak-anak. saya melihat ia juga asuhan yang halus untuk ibu bapa menjalankan kewajiban yang selayaknya. Alif Matiin  pernah dihukum dengan rotan dan ia membuat saya tak mampu menahan air mata. sama juga saya menahan sebak setiap kali  si Mohican saya itu menjadi muazin  di ruang solat kami. menyusun sejadah di awal solat dan cepat cepat mahu  dapatkan bapaknya tasbih dan kitab sebaik seusai jemaah. oh! sekarang rumah sunyi. Alif Matiin sedang bersuka ria di kampung wan dan atuk. dan saya rindukan suara muazin kami!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2012 13:57

May 29, 2012

Saya semakin tua, dan rasanya naluri saya semakin ce...

[image error] Saya semakin tua, dan rasanya naluri saya semakin cermat membaca perubahan  suasana atau rasa. saya mengambil satu keputusan yang aneh hari ini. tiba-tiba saya teringat puisi Ke Ruang Katarsis Zaen Kasturi. Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan yang ligat memetik kecapi keluhuran kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa. tiba-tiba pula kemudiannya saya merasakan, enaknya  berlama-lama di spa, ya pada pertengahan minggu bekerja? idea yang menarik juga!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2012 13:58

May 26, 2012

Saya suka upaya pihak DBP ini. TAHNIAH Jabatan Pengembang...

[image error]

Saya suka upaya pihak DBP ini. TAHNIAH Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP! poster comel ini saya tampal dari fb. suka suka suka!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2012 23:24

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.