Mawar Safei's Blog, page 180

April 2, 2012

kesedihanAntara kemalangan dalam hidup ialah berjumpa den...

[image error] kesedihan
Antara kemalangan dalam hidup ialah berjumpa dengan manusia licik. saya rasa sangat kurang selesa untuk bersamanya. kenapa? saya  merasakan satu kesedihan yang bergantungan. saya sedih kerana kelibat licik itu yang saya lihat dan sebaliknya bukan keikhlasan. pernahkah saudara berasa sedih apabila mendampingi seseorang yang panas baran, air muka yang keruh, suka mencari kesalahan orang lain,  pengadu domba atau kasar tutur katanya? bagaimana perasaan saudara ketika bersama mereka? ya, itulah yang turut rasakan apabila dengan si licik. Allah, ampunkan saya. betapa saya tahu ia bukan hanya sebuah prasangka.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2012 14:17

April 1, 2012

menjadi tuaDalam satu acara rasmi yang saya sertai h...

[image error] menjadi tua
Dalam satu acara rasmi yang saya sertai hujung minggu ini, saya belajar antaranya erti  menjadi tua. saya mahu menjadi orang tua yang menghormati semua.  saya mahu menjadi orang tua yang tidak sekali-kali menuding telunjuk kepada orang lain. saya mahu menjadi orang tua yang memberi asuhan dengan cara yang terhormat. saya mahu menjalani kehidupan tua saya dengan latar dan plot yang indah, sebaik sebelum bertemu dengan-Nya. ya, jika saya dipanjangkan umur dengan izin-Nya jua...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2012 00:40

March 28, 2012

pelangi Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Ak...

[image error] pelangi Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan yang kamu sembunyikan? (baqarah: 33). lewat senja kelmarin ada pelangi yang merentang di langit. dengan girang  Alif Matiin menudingnya dari dalam kereta. "semua orang mesti happy lihat rainbow, kan mummy?" hati saya kembang bagai bunga. ternyata anak saya sangat gembira setiap kali melihat pelangi. masya Allah, penciptaan yang indah dengan rahsia milik-Nya. dan kami mula menyanyi lagu pelangi!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2012 17:30

March 26, 2012

Alhamdulillahi rabbil alaminSaya meneruskan pembacaan,&nb...

[image error] Alhamdulillahi rabbil alamin Saya meneruskan pembacaan, pada lebih seratus halaman, masih dibahaskan tentang tafsir hamdalah. betapa banyak yang harus disyukuri. namun terdapat tiga kecacatan dalam peradaban manusia: masih ada yang tidak mempercayai Allah pencipta alam semesta, akal dan ilmu digunakan untuk kerosakan dan manusia suka memuji selain Allah. saya jadi berdebar-debar apabila tiba di halaman ini. semalam, mahasiswa saya menghadiri satu acara sastera dan populariti, menceritakan mereka menemui watak ilmuwan yang angkuh. saya jadi malu sendiri! saya menyambung bacaan. bukan bilangan ribuan kali alhamdulillahi rabbil alamin yang disebut; ia terletak pada pengertian dan adab memaksudkannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2012 14:46

March 24, 2012

Saya tahu, ini bukan masa yang sesuai. saya seharusnya ti...

[image error]
Saya tahu, ini bukan masa yang sesuai. saya seharusnya tidak berada di ruang ini pada hujung minggu, semalam. tapi rasanya inilah penanda aras yang saya berada di bawah tekanan dan perlukan terapi. ya, sebaik bersarapan, saya terus membuka buku resepi, mencari karung tepung, gula perang, marjerin, vanilla dan mencari semula baki bijirin campuran strawberi sarapan Zahar. ya, sekejap sahaja biskut yang saya sapukan sedikit cokelat di permukaannya untuk tambahan rasa, siap!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2012 14:31

March 22, 2012

Tiba-tiba saya mempunyai tarikh-tarikh akhir menyiapkan p...

[image error]

Tiba-tiba saya mempunyai tarikh-tarikh akhir menyiapkan pelbagai tugasan, yang sangat panjang. ya Allah! dari tugas rasmi kepada yang melibatkan pihak luar. membaca untuk penilaian, membaca tesis pelajar, membaca teks untuk kerja transformasi, kertas yang harus dihantar, pengisian untuk bercakap dalam forum,  menyiapkan manuskrip dan ... dan ....rabbi yassir wala tuassir!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2012 03:05

March 20, 2012

Ali Majod meninggal dunia petang ini. itu berita di fb.&n...

[image error] Ali Majod meninggal dunia petang ini. itu berita di fb. untuk kuliah kursus cerpen minggu depan, saya menyediakan bahan untuk pengarang dekad 70-an. nama Ali Majod tidak boleh ditinggalkan. dalam kursus yang sama, beberapa sesi lepas mahasiswa menyediakan blognya sebagai tugasan. almarhum sangat akrab dengan MPR dan saya bukan alumninya. namun saya pernah mendapat nasihat Pak Ali agar selalu merujuk al Quran dalam berkarya. saya masih ingat latar nasihat itu, di penjuru bangunan DBP lama. al fatehah buat Pak Ali yang budiman. semoga perjalanan pulangnya yang paling aman dan dalam redha Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2012 01:48

March 18, 2012

Rakaman surah al anfaal:2, lima golongan orang beriman a...

Rakaman surah al anfaal:2, lima golongan orang beriman adalah:
[image error] Debuhati yang gementar apabila disebut nama Allahbertambah iman apabila dibacakan ayat-ayat Allahkepada Allah dia bertawwakalmendirikan solat  menafkahkan harta yang diberikan kepadanya.Allah, sayakah debu yang berterbangan?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 18, 2012 13:28

March 17, 2012

Untuk sekian lama saya tahu ada yang jarang membaca doa q...

[image error]
Untuk sekian lama saya tahu ada yang jarang membaca doa qunut dalam solat subuh dan tahu ia harus ditambah dengan sujud sahwi.  di Haram, imam tidak mengamalkannya. ada yang sesekali membacanya sedang sangat sedar makna doa itu merupakan permintaan dan permohonan ampun kepada Allah. dan saya benar-benar mahu  memaknakannya hari ini. Allah, redhailah saya!  salawat dan salam buat Rasulullah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2012 15:59

Untuk sekian lama saya jarang membaca doa qunut dalam sol...

[image error]
Untuk sekian lama saya jarang membaca doa qunut dalam solat subuh. saya ingat, ia sejak menunaikan umrah lebih sepuluh tahun lalu. mengapa? di Haram, imam tidak mengamalkannya. maka saya juga. sesekali saya membacanya sedang saya tahu makna doa itu merupakan permintaan dan permohonan ampun kepada Allah. ia suatu yang kudus. hari ini Allah menggerakkan hati saya untuk mula membacanya kembali. dan saya benar-benar mahu  memaknakannya. Allah, ampunkan saya!  salawat dan salam buat Rasulullah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2012 15:59

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.