Mawar Safei's Blog, page 175
July 1, 2012
Ada yang meraikan sya'aban dengan berpuasa dan mula menco...
[image error]
Ada yang meraikan sya'aban dengan berpuasa dan mula mencongak-congak bagaimana mahu menyertai ramadhan tahun ini. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar! dengan debaran, saya mencatat pengisiannya - bagaimana urusan perjalanan selama sebulan itu, setiap hari, setiap jam. pengendalian waktu, bacaan al Qur'an yang lebih rapi, solat yang harus dikelola dengan lebih tertib dan adab. begitu juga saya berbincang dengan Zahar bagaimana harus ditadbir soal pemakanan. ya Allah mudahkanlah kami menjalani bulan yang sangat dinanti-nanti. berilah kami kesihatan yang baik untuk kami meneruskan ibadah. ampunkan kami, bersihkanlah hati kami. bantulah kami. kasihanilah kami. perhatikan kami dengan redha-Mu!
Published on July 01, 2012 14:05
June 30, 2012
Kami ke acara sukan sekolah Alif Matiin. ini kali pertama...
[image error]
Kami ke acara sukan sekolah Alif Matiin. ini kali pertama dan terakhir sebelum Mohican ke sekolah betul tahun depan. ya, saya tidak selesa untuk ke acara padang yang ternyata panas, ramai orang dan mengambil masa yang lama. apalagi Mohican tidak berapa sihat. seusai acara ketiga yang disertai, lari berhalangan (mendapat tempat ketiga), kami menghala ke poliklinik. sementara menunggu giliran masuk berjumpa doktor, saya menimbang-nimbang kembali. apa yang tidak kenanya dengan acara sukan? bukankah ia satu memento dalam kehidupan seorang murid sekolah. anak saya dalam kumpulan sukan Saidina Ali. baju sukannya berwarna biru. o, saya baru teringat, saya juga di rumah biru waktu di sekolah. hah, saya juga bermain bola jaring dan pernah mewakili sekolah. acara sukan, memanglah dalam keadaan panas, ramai orang dan mengambil masa. memang tidak selesa tapi ia satu kepuasan. saya segera ingin memeluk Alif Matiin yang berjaya membawa balik piala tempat ketiga tarik tali di samping johan acara kasut gergasi! syabas sayang mummy! ya, mummy memang sudah jadi orang tua!
Published on June 30, 2012 08:05
June 28, 2012
Dua kumpulan cerpen, antara terbitan terbaru dari ITBM.de...
[image error]
[image error]
Dua kumpulan cerpen, antara terbitan terbaru dari ITBM.
dengarnya akan dilancarkan 3 julai ini.
tahniah Tuah Sujana dan Aidil Khalid!
Dua kumpulan cerpen, antara terbitan terbaru dari ITBM.
dengarnya akan dilancarkan 3 julai ini.
tahniah Tuah Sujana dan Aidil Khalid!
Published on June 28, 2012 03:24
June 26, 2012
peliharalah solatku!Saya mencemburui anak-anak muda yang ...
[image error]
peliharalah solatku!
Saya mencemburui anak-anak muda yang turut solat di masjid. solat dengan seluruh tumpuan. dan seolah-olah saya mendengar pohon mereka sebelum mengangkat takbir, o Allah pelihara solat kami, terimalah solat kami! Allah Maha Agung! dalam cemburu itu saya begitu bersyukur. anak-anak muda inilah yang mewarisi segala kebaikan dan ketauhidan. pernah, hampir luruh perasaan saya seusai solat, di ruang merapi diri, antara anak-anak manis itu bercakap sesama sendiri. masih terpasang mukena dan di tangan mereka al Qur'an, saya mendengar mereka bercakap soal iman. ya Allah. saya malu sendiri! alangkah saya dapat kembali menjadi seperti mereka.
Published on June 26, 2012 14:39
June 23, 2012
Saya tidak pandai menunggang basikal. dan saya juga takut...
[image error]
Saya tidak pandai menunggang basikal. dan saya juga takut berada di atas motorsikal. sejarahnya, semasa kecil saya bermula dengan basikal beroda tambahan untuk tujuan keseimbangan. ternyata saya lupa untuk menanggalkan roda kecil itu. ah, Mohican saya sudah boleh menaiki basikal tanpa roda tambahan. betapa gembiranya dia. betapa bangganya Zahar saat menanggalkan dua roda awalnya. saya memerhati lama Mohican memecut. walau sesekali jatuh, saya fikir untuk perjalanannya untuk menguasai pecutan seterusnya. dia seperti memahami ketakjuban saya, bersahaja menjelaskan, mummy kayuh cepat-cepat. tak akan jatuh. heh!
Published on June 23, 2012 14:02
Al fatehah buat Profesor Dr Idris Abdullah, tata usaha&nb...
[image error]
Al fatehah buat Profesor Dr Idris Abdullah, tata usaha balaghah dan sastera Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM. almarhum pernah menjadi penilai dalam kurikulum di tempat kami. semoga perjalanan kembalinya aman dan sejahtera. menerima berita dari fb petang ini.
Al fatehah buat Profesor Dr Idris Abdullah, tata usaha balaghah dan sastera Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM. almarhum pernah menjadi penilai dalam kurikulum di tempat kami. semoga perjalanan kembalinya aman dan sejahtera. menerima berita dari fb petang ini.
Published on June 23, 2012 04:01
June 22, 2012
Tiga mawar mekar di taman &n...
[image error]
Tiga mawar mekar di taman Di sebelah kemuning yang harum mewangi Ingatan berpanjangan buat teman Semoga sejahtera dan selalu dilindungi. Si cantik ini menyambut saya saat terbuka pintu pagar, sekembali dari kerja di luar daerah beberapa hari ini. alhamdulillahi rabbil alamin...
Tiga mawar mekar di taman Di sebelah kemuning yang harum mewangi Ingatan berpanjangan buat teman Semoga sejahtera dan selalu dilindungi. Si cantik ini menyambut saya saat terbuka pintu pagar, sekembali dari kerja di luar daerah beberapa hari ini. alhamdulillahi rabbil alamin...
Published on June 22, 2012 03:45
June 19, 2012
Saya berada di luar daerah. jauh dari kampus. kamar peng...
[image error]
Saya berada di luar daerah. jauh dari kampus. kamar penginapan saya dengan kotak jendela berlatar laut lepas. maha suci Allah apabila dapat bersolat dan berdoa berhadapan dengan laut yang lapang dan tenang, walau kelihatan riak kecilnya. saya melihat diri sebagai setitis air antara segara yang luas itu. setitis antara dataran yang ada. setitis antara kejadian yang dicipta. ya Allah, ya Allah, ya Allah. siapalah saya di hadapan Allah selain debu yang berterbangan.
Saya berada di luar daerah. jauh dari kampus. kamar penginapan saya dengan kotak jendela berlatar laut lepas. maha suci Allah apabila dapat bersolat dan berdoa berhadapan dengan laut yang lapang dan tenang, walau kelihatan riak kecilnya. saya melihat diri sebagai setitis air antara segara yang luas itu. setitis antara dataran yang ada. setitis antara kejadian yang dicipta. ya Allah, ya Allah, ya Allah. siapalah saya di hadapan Allah selain debu yang berterbangan.
Published on June 19, 2012 18:39
June 18, 2012
Hari Bapa ialah hari dengan masakan istimewa. benarkah? m...
[image error]
Hari Bapa ialah hari dengan masakan istimewa. benarkah? memasak setiap hari juga istimewa. ini semua soal persepsi. sepatah kata Zahar, asal sahaja masak dengan keikhlasan dibaur sama cinta, ia pasti akan jadi istimewa. wah! jadi, dengan segala ramuan dan bumbu perasaan, saya menyelinap seharian di ruang istimewa, masih bersama pembantu chef saya. ehem. saudara boleh menyelinap ke catatan tanggah untuk resepinya! kami sediakan itu dan ini, sebelum memandu dengan aman ke rumah abah mertuo den untuk minum petang bersama.
Published on June 18, 2012 01:30
June 14, 2012
Oh Alif Matiinku! selain selalu mendampingi saya di penju...
[image error]
Oh Alif Matiinku! selain selalu mendampingi saya di penjuru dapur dengan apronnya, Mohican saya ini juga akan selalu di sisi saat saya menilik muka di hadapan cermin almari solek. ketika saya mengenakan vitamin e, Mohican bertanya bermacam-macam perkara. mengapa harus sapu vitamin e di pipi atau dari mana vitamin e ini. seharusnya saya menjelaskan semua keanehan di mata anak saya itu dengan keghairahan mencurah ilmu. tapi selalu juga saya menepis dengan alasan, "kita sudah lambat, my dear". dan pernah saya menjawab, eh ini hal ehwal woman. si bujang ini cepat melenting seraya berkata, Alif Matiin human juga, mummy! heeee...
Published on June 14, 2012 12:25
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

