Mawar Safei's Blog, page 172

August 29, 2012

  Cerpen saya, Tamsil Daun dalam Dewan Siswa Og...

   [image error]

Cerpen saya, Tamsil Daun dalam Dewan Siswa Ogos 2012. sejak menjadi penulis pojok ulasan cerpen dari tahun 2007, inilah pertama kali saya mengajukan cerpen di majalah yang banyak memberikan kenangan dan sejarah kepada kebanyakan penulis (muda). Tamsil Daun, saya tujukan kepada anak-anak perempuan, khususnya. sudi membaca!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 29, 2012 14:08

August 26, 2012

Di surau kecil kami, setiap hari cuti hujung minggu, sabt...

Di surau kecil kami, setiap hari cuti hujung minggu, sabtu dan ahad, akan ada tazkirah subuh. biasanya berakhir jam tujuh. kami akan menunggu hingga selesai. pagi ini, ustaz yang saya senangi persembahan tazkirahnya bercakap soal iman. Allah, saya sangat rasa diasuh antara minggu pertama syawal ini. ingatnya dalam cermat, teratur dan kami yang mendengar seperti menelan nasihat dengan perasaan yang sangat aman. saya fikir itu antara hikmah solat subuh (apalagi berjemaah). ketika ketika begini saya sering membayangkan surau kecil yang kami bina daripada sumbangan banyak pihak, dilindungi sayap malaikat. Zahar pernah memberitahu, selagi kita berada di musala, malaikat akan terus mendoakan; dan antara doa mereka ialah semoga turunnya rahmat Allah buat kita. ya, selagi kita beriktikaf, selagi itu si makluk nur itu akan terus berdoa. ya Allah! saya menangis! siapa lagi yang bersedia mendoakan saya berterus terusan begitu! maka sebaliknya, ustaz pernah menyarankan agar kita usah sesekali lupa untuk mendoakan malaikat juga...  [image error]    
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2012 03:15

August 23, 2012

Tulisan saya tentang kesaksamaan dalam melihat dan meneri...

[image error]




Tulisan saya tentang kesaksamaan dalam melihat dan menerima kesusasteraan Melayu di Tunas Cipta, September 2012.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 23, 2012 13:59

August 21, 2012

Semoga Allah ampunkan saya! baru saya disedarkan, TIDAK b...

Semoga Allah ampunkan saya! baru saya disedarkan, TIDAK boleh disatukan niat puasa qadha dan sunat syawal! niatnya hanya satu - qadha (insya Allah semoga diberikan pahala sunat juga. amin!) meraikan puasa pertama dalam syawal kali ini, saya melepaskan geram menyediakan satu resepi yang selama ini kelihatan eksklusif. Allahu akhbar, rupanya ia masakan yang mudah dan murah! bahan dan penyediaannya saya letakkan seperti biasa di catatan tanggah. silalah manfaatkan resepi yang enak ini.  [image error] acar ikan masin 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2012 20:03

August 18, 2012

saya merakam "salam kesedihan" yang dalam kerana ramadan ...

[image error]

saya merakam "salam kesedihan" yang dalam kerana ramadan akan meninggalkan kita dan "salam kemenangan" atas perjuangan selama sebulan ini. semoga apa yang baik dari ramadan akan diteruskan. salam idul fitri dari saya sekeluarga buat semua.  maaf zahir dan batin.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 18, 2012 15:54

August 15, 2012

Membaca buku berkenaan solat tahajjud menemukan saya deng...

[image error] Membaca buku berkenaan solat tahajjud menemukan saya dengan rutin Rasulullah untuk masuk tidur awal sebaik menyempurnakan solat isya'. ia memudahkan berjaga awal untuk qiyamullail.  Rasulullah akan menegur sahabat yang masih berbual-bual usai isya', meminta mereka pulang dan tidur. saya berbahagi kisah ini dengan Zahar. ternyata kami menanggap kerinduan yang sama. alangkah kami dapat hidup sezaman Rasulullah. dapat bertemu Rasulullah. dapat memberi dan menerima salam Rasulullah secara langsung. dan Rasulullah akan duduk bercerita dengan pelbagai tamsil untuk panduan hidup. saya selalu memberitahu Zahar, saat saya berhadapan dengan kesulitan sikap manusia atau remuknya hati saya dengan keangkuhan manusia, saya sangat memerlukan Rasulullah untuk saya menyatakan kesedihan saya itu. alangkah Rasulullah ada bersama kami. alangkah rindunya kami kepada insan terpuji itu![image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2012 15:28

August 14, 2012

solahkuUstaz menambah dalam tazkirah, jangan sampai ...


[image error] solahku Ustaz menambah dalam tazkirah, jangan sampai solat kita dijadikan seperti kain buruk yang akan dicampakkan ke muka kita seusai solat. takbir, ruku'  atau sujud akan mencela kita! ya Allah, hinanya kita di sisi Allah. ya Allah sia-sianya solat yang didirikan. ya Allah! saya membaca berkali-kali surah al Maun. antara orang yang mendustakan agamanya ialah ahli solat yang celaka, mengapa? kerana mereka lalai dalam solatnya. ya Allah, dengan segala rasa rendah hati, terimalah solat kami, peliharalah solat kami. [image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2012 13:00

August 13, 2012

Usah berkira dalam soal beribadah, kata ustaz dalam tazki...

Usah berkira dalam soal beribadah, kata ustaz dalam tazkirah. walau malam al qadar digambarkan dengan pelbagai wajah dan sekian banyak petunjuk ataupun ramalan, berikhlaslah. solat dan bacalah Qur'an dengan penuh kerendahan hati.
[image error]
banyak yang mahu dimohon setiap kali mengangkat doa pada malam-malam terkahir ini.  selain perlindungan dunia dan akhirat, juga diminta agar dicabut segala dukacita dan kesulitan yang selama ini sangat memenjara kita. ya Allah, ya Allah, ya Allah restuilah permintaan kami ini!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2012 15:59

August 12, 2012

Ini hadiah buat Zahar yang menyambut hari lahirnya esok. ...

[image error]
Ini hadiah buat Zahar yang menyambut hari lahirnya esok. antara istimewanya Zahar dalam hidup saya ialah banyak cerpen yang saya gubah adalah hasil perbahasan antara kami. cerpen ini salah satu daripadanya.  latarnya sewaktu kami bercuti april lalu (rujuk entri blog 29 april 2012). Saat Tali Busur Merentang disiarkan hari ini, 12 Ogos 2012 di Berita Harian. alhamdulillahi rabbil alamin.
nota: teknik dialog watak dalam cerpen ini saya sendengkan dan tidak menggunakan tanda ikat seperti biasa. malangnya tanda sendeng itu tidak kelihatan apabila cerpen ini disiarkan. mungkin sahaja ia sedikit mengelirukan...[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2012 08:49

August 10, 2012

Saya selalu tertanya tanya soalan yang kurang ajar ini. s...

Saya selalu tertanya tanya soalan yang kurang ajar ini. selain daripada Rasulullah (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat), sangat mengingati umatnya di saat akhir nafas, mengapa kita harus mencintai Kekasih Allah ini. ya Allah ampuni kedunguan saya. akhir-akhir ini dalam sujud, selain berdoa Allah meredhai saya sebagai hamba-Nya, saya juga dengan rendah hati mengharap agar digolongkan dalam hamba-Nya yang memperolehi syafaat Rasulullah. lewat tazkirah subuh tadi, saya tidak dapat menahan sebak apabila cerita ustaz menumbuhkan cinta yang luar biasa dalam jiwa saya terhadap Muhammad (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat).

[image error]

tatkala di Mashsyar, Rasullah sangat kasihan melihat umatnya  ada yang tenggelam dalam keringat sendiri. anjuran Rasullah kepada bapa seluruh manusia, Nabi Adam agar dibahagi dosa-dosa manusia antara mereka berdua. sedang Nabi Adam tiada upaya menanggungnya. lantas Rasulullah mengibarkan panji besar  menghimpunkan seluruh umat  untuk berada di bawah syafaat baginda. ya Allah. saya tidak terkata betapa cintanya Muhammad (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat) kepada kita. saya jadi begitu malu seluruh hidup kerana untuk sekian masa saya mensia-siakan rasa cinta kepada manusia agung yang selamanya mahu memastikan kesejahteraan orang lain. salawat ke atas Muhammad Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2012 17:50

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.