Mawar Safei's Blog, page 173

August 8, 2012

Saya musykil. ya, banyak yang saya ragu, keliru dan akhir...

Saya musykil. ya, banyak yang saya ragu, keliru dan akhirnya membuatkan saya tiada pilihan. hanya yang ada, jalan lain untuk saya meninggalkannya. usai solat subuh di surau kecil kami, saya menjadi sangsi untuk menurut imam solat hajat. dimaklumkan ada saudara kariah kami yang mahu menjalani pembedahan, melibatkan pemotongan anggota badan pagi ini. isunya bukan pembedahan itu. isunya ialah solat sunat hajat selepas solat fardhu subuh. saya hanya orang kecil yang cuba menjadi orang beriman yang gementar apabila disebut nama-Nya. setahu saya ia waktu yang diharamkan. Allah! ampunkan kami atas segala dosa yang kami tidak ketahui! saya hanya mengaminkan doa seraya melihat dua saf lelaki yang masih berbaki.
 [image error] Keutamaan solat subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya!







[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 08, 2012 16:00

August 6, 2012

Saya selalu didakap mesra dua orang ini. makcik Timah usa...

Saya selalu didakap mesra dua orang ini. makcik Timah usai solat subuh. makcik Ani usai solat zohor. pipi saya akan dicium berkali-kali. rasanya saya seperti anak kecil yang suka dikerumuni. ya, saya juga rindukan ibu-ibu dan nenek-nenek Turki di Masjid Nabawi yang suka berbuat sedemikian. itulah nikmat persaudaraan lewat solat berjemaah. mendakap perbezaan. menerima perselisihan. mentautkan keasingan. namun dalam rapatnya saf kerukunan itu, saya dalam diam menghitung panjang-lebar ruang berdiri solat. lebih kurang itulah ukuran ruang yang bakal saya huni suatu hari nanti. ya bila saatnya tiba untuk saya ke sana.
[image error] silaturrahim
[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2012 16:10

August 5, 2012

Allah akan memberi perlindungan kepada perkara yang menja...

[image error]
Allah akan memberi perlindungan kepada perkara yang menjadi
milik-Nya dan pada jalan-Nya!
saya mengajukan permohonan doa ini sungguh-sungguh kepada semua muslim yang sedang dizalimi haknya dan dihukum dengan neraca purbasangka. saya adalah lelaki dalam Hadiah Hanafi ~ sedang saya hanya orang kecil yang cuba menjadi orang beriman yang gementar apabila disebut nama-Nya ~

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2012 18:51

August 3, 2012

Saya membaca ini di fb, Allah sembunyikan enam perkara un...

Saya membaca ini di fb, Allah sembunyikan enam perkara untuk kita berfikir:
1- menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3- menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam al Qur'an.
4- menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
5- menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat yang lima.
6- menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat dalam semua hari.


[image error]
alhamdulillahi rabbil alamin. Zahar khatam al Qur'an hari ini. sedang saya masih terkial-kial dengan surah-surah lazim. kalau Alif Matiin tahu mummynya macam siput, mesti digiatnya saya. ya Allah, lapangkan masa saya, bersihkanlah hati saya! pernah saya mengalirkan air mata ketika di Masjidil Haram. saya duduk di sebelah seorang perempuan yang lancar bacaan al Qur'annya. kemudian saya berbisik kepadanya betapa saya takjub, memberitahu bacaan saya tidak sebaik dia, dan bertanya adakah dia guru mengaji al Qur'an. perempuan cantik itu mengiyakan dan sekejap itu saya melihat dia menangis. saya tidak tahu apa makna airmatanya. alangkah jika saya tahu perkara-perkara yang disembunyikan Allah.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2012 16:01

August 2, 2012

Sejak ramadhan, setiap kali berselisih di tempat letak ke...

Sejak ramadhan, setiap kali berselisih di tempat letak kereta untuk pulang, kawan-kawan akan bertanya masak apa untuk berbuka? ya, saya memasak seperti hari-hari biasa. rutin. kami tidak ke bazar ramadhan untuk sekian tahun. saya juga sudah bertahun-tahun tidak ke pasar petang, pasar malam, pasar lambak, pasar tani. saya tidak suka bersesak! dan bukankah Imam al Ghazali pernah mengingatkan  agar tidak dipuaskan nafsu makan dengan menikmati juadah yang tidak kita temui pada bulan-bulan lain. Allah, didiklah nafsu jahat kami, ya Allah!
[image error] Iftar impian saya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2012 02:17

July 31, 2012

Kerap, saat kami menyambut azan subuh, ada sahutan dari a...

Kerap, saat kami menyambut azan subuh, ada sahutan dari anjing berhampiran rumah. sangat mendayu. sangat panjang. beberapa jiran juga menyedarinya. saya juga mendengar sahutan yang sama di kawasan universiti (ya, kampus kami ada anjing yang berkeliaran! dan saya sudah membuat laporan kepada pihak keselamatan). seorang tetangga kami berhujah, haiwan-haiwan itu menyindir kita yang selalu lalai mendakap seruan makna azan. Allahu akhbar. Allahu akhbar!
[image error]
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan  azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelihara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Saya selalu ingatkan Alif Matiin supaya berdoa selepas azan. antara doa anak saya ialah mahu jadi anak soleh dan memberi kesejahteraan buat kami. itulah antara saat makbul doa. ya Allah, dengan kasihan-Mu, kami berdoa.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2012 15:57

July 30, 2012

Saya membaca tentang tiga fasa dalam ramadhan. sepuluh ha...


Saya membaca tentang tiga fasa dalam ramadhan. sepuluh hari pertama adalah fasa rahmat. kita sudah melaluinya, moga-moga kita dirahmati.  sepanjang fasa pertama saya memohon agar saya lebih cintakan solat berjemaah, lebih cintakan al Quran dan makna serta cuba beramal dengannya. juga cintakan persaudaraan walau banyak dugaannya. hari ini bermula fasa yang kedua. fasa pengampunan. memang selalu kita memohon ampun dari Allah akan kesilapan yang dilakukan. atau ini saatnya kita menggandakan permohonan ampun kita itu. dan semoga kita diberikan rezeki untuk terus berada dalam ramadhan fasa terakhir, pembebasan daripada api neraka. saya membaca surah al Humaza:

[image error]

(1) kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci

(2) yang mengumpulkan  harta dan  berulang-ulang menghitung kekayaannya

(3) dia menyangka bahawa hartanya itu  dapat mengekalkannya

(4) tidak! sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al hutamah

(5) dan apa jalannya engkau tahu apa dia al hutamah?

(6) ia adalah api Allah yang dinyalakan

(7) yang menjulang ke hati

(8) sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka

(9) mereka terikat pada batang-batang palang yang melintang panjang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2012 01:39

July 26, 2012

Memang sekian lama saya mengharapkan di ruang mana sekali...

[image error] Memang sekian lama saya mengharapkan di ruang mana sekalipun khusus usai solat, si pembaca doa akan menuturnya dalam bahasa Arab (lebih afdhal ya) dan menterjemah baris-baris doa dalam bahasa tempatan. saya pernah tersedu-sedan mendengar khutbah ketika solat jumaat di Masjid Nabawi. ya, ia dalam bahasa Arab yang saya hanya dapat menebak makna satu dua kata. bayangkan jika saya memahami seluruh perutusannya. Allahu akhbar, saya rindukan doa seorang sahabat yang selalu diiringi terjemahan tiap baris dengan suaranya yang rapi, penuh mengharap dan berhenti di setiap apa yang dimohon. bacaan doanya begitu hati-hati, halus beradab dan sangat merayu-rayu. Allah! alangkah imam di tempat kami solat juga begitu...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2012 15:39

July 25, 2012

Masih mahu bercakap soal bermegah-megah. kebetulan s...

Masih mahu bercakap soal bermegah-megah. kebetulan sejak isnin, tazkirah zohor kami, ustaz mengingatkan tentang sikap buruk ini. jadilah hamba yang tawadhu'. bukankah ramadhan adalah ruang perisytiharan taubat? andai selama ini keangkuhan yang  dijunjung tanpa sedar, lembutkan hati dengan istighfar, selalu menyebut nama Allah yang Maha Agung, cintakan al Qur'an, maknakan gerak dan lisan solat, ingatkan kematian dan tanya diri sendiri siapa kita di akhirat nanti. usah lagi memuji diri sebaliknya pulangkan segala sanjungan kepada Allah. saya merasakan tusukan tazkirah ini kepada diri sendiri. ya Allah, saya menyelak surah al Maa'uun:


[image error]

(1) tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?

(2) orang itu ialah yang menindas dan menzalimi anak yatim

(3) dan tidak menggalakkan memberi makanan yang berhak diterima orang miskin

(4) celakalah bagi ahli solat

(5) mereka yang lalai daripada menyempurnakan solat

(6) orang yang riak dalam ibadat yang dilakukan

(7) dan orang yang tidak memberikan pertolongan kepada yang berhak.

Ampuni kami Allah! sedang dalam solat kami juga mahu bermegah-megah. Allah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2012 21:17

July 24, 2012

Saya sudah mahu beralih surah. namun masih teringat surah...

[image error]
Saya sudah mahu beralih surah. namun masih teringat surah al Takathur yang sangat menawarkan kesedaran. saya mengimbas puluhan tahun lampau dalam bulan ramadhan, berjalan kaki pulang daripada qiamullail di masjid, sahabat saya sempat mengingatkan. jangan ada kesombongan dengan ibadah yang sedikit kita lakukan ini. doakan mereka yang masih tidur dan hanya bangun sahur untuk makan. sedang mereka tidak memaanfaatkan waktu untuk menjaga Allah dengan solat tahajjud, taubat dan hajat. doakan mereka. doakan mereka. doakan mereka. nasihat itu saya lanjutkan kepada Alif Matiin setiap kali melihat anak kecil yang kurang bernasib baik. doakan saudaramu itu mendapat kesejahteraan dan kasihan Allah, anakku. [image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2012 16:39

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.