Mawar Safei's Blog, page 174

July 23, 2012

Daripada pembacaannya, Zahar memberitahu afdal membaca su...

Daripada pembacaannya, Zahar memberitahu afdal membaca surah al Takathur hingga surah al Masadd pada setiap rakaat pertama solat tarawikh diikuti surah al Ikhlas pada rakaat kedua. bermula malam pertama sehingga 16 ramadhan. kemudiaan diikuti surah al Qadr pada setiap rakaat pertama diikuti surah al Takathur-surah al Masadd pada rakaat kedua seterusnya. sehingga malam akhir ramadhan. zohor tadi lewat tazkirah di masjid, ustaz juga menyebut manusia ini banyak ruginya seperti yang disebut dalam surah al Takathur. Allah, saya sedang menikmati makna surah bermegah-megah ini.  [image error]
(1) Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya harta, anak, pangkat dan pengaruh,

(2) sehingga kamu masuk kubur,

(3) jangan sekali-kali bersikap demikian , kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa kematian,

(4) sekali lagi diingatkan: jangan sekali-kali kamu bersikap demikian, kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat,

(5) demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui  apa yang kamu hadapi dengan pengetahuan yang yakin, tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat,

(6) ingatlah demi sesungguhnya kamu melihat neraka yang marak menjulang,

(7) selepas itu  demi sesungguhnya  kamu wahai orang-orang yang derhaka akan melihatnya dengan yakin semasa kamu dilemparkan ke dalamnya,

(8) selain itu sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat yang kamu megah-megahkan itu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2012 08:26

July 20, 2012

rehalYa Allah, ramadhan masih ada buat kami! alhamdulilla...

[image error] rehal

Ya Allah, ramadhan masih ada buat kami! alhamdulillahi rabbil alamin. sebelumnya saya berkira-kira selain menikmati solat dan membaca Al Qur'an. saya mahu membaca kembali surah-surah lazim. saya membaca surah yang sama untuk sekian masa dan saya sedar bacaan saya dengan cela yang banyak. ampuni saya ya Allah. begitu, saya tidak benar-benar mengetahui maksud  baris-barisnya. ya Allah untuk ramadhan kali ini, lapangkan hati saya untuk membaca kembali surah-surah lazim yang pernah saya belajar dari muqaddam beralas rehal kayu. ya, saya pernah dituntun membacanya di sebuah surau kecil lebih tiga puluh tahun dahulu ... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 19:54

July 18, 2012

Banyak penjuru yang sangat mengilhamkan. saya seperti per...

[image error]
Banyak penjuru yang sangat mengilhamkan. saya seperti pernah berada di sini; dalam bayangan kreativiti dan imaginasi saya. nenda dirawat hampir seminggu di aras lima dengan pemandangan jendela ke tasik yang lapang. doa saya tidak putus-putus, Allah memberikan yang terbaik kepada nenda kami.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2012 19:49

July 16, 2012

Saya selalu berdoa agar kita dijadikan hamba yang Allah k...

[image error] Saya selalu berdoa agar kita dijadikan hamba yang Allah kasihani; di padang mahsyar nanti, dapat bertemu Rasulullah dan mudah mudahan mendapat syafaat baginda yang mulia. perlindungan yang sangat kita perlukan. alangkah dalam lautan manusia dari pelbagai zaman dan kehidupan, saya sangat berharap kita dapat dijuruskan untuk bertemu Rasulullah. saya memberitahu Zahar, kami pernah melalui lautan manusia setiap kali keluar dari Masjidil Haram usai solat. kami pernah menyertai gelombang manusia ketika menuju ke kawasan melontar jamrah. ya Allah betapa kami seperti buih di lautan! atau seperti yang selalu bayangkan, kami hanya seperti debu yang berterbangan! dan arah manakah akan kita tahu di mana Rasulullah berada saat itu. Allahu akhbar!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2012 14:41

July 15, 2012

Cerpen terbaru saya, Hadiah Hanafi dalam Dewan Sastera Ju...

[image error]


Cerpen terbaru saya,
Hadiah Hanafi
dalam Dewan Sastera Julai 2012.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2012 15:32

July 14, 2012

Temui ini di fb. saya bawa ke sini. sejak akhir-akhir ini...

[image error]
Temui ini di fb. saya bawa ke sini. sejak akhir-akhir ini lewat sujud, saya selalu dengan segala malu, saya bersyukur kepada Allah atas apa yang diberikan kepada saya tanpa perlu saya meminta dan berdoa. segala yang baik masih saya terima tanpa saya perlu merayu kepada-Nya. ya Allah! yang Maha Pemurah, yang Maha Penyayang! alhamdulillahi rabbil alamin. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2012 00:20

July 12, 2012

Dua buah buku ini bercakap tentang tokohnya yang sudah me...

[image error]Dua buah buku ini bercakap tentang tokohnya yang sudah meninggalkan.  aneh, buku yang sebuah lagi, Yasmin How You Know, sumbangsih kepada almarhum Yasmin Ahmad, berkali-kali cuba saya muatnaik, tapi gagal. banyak yang membawa kesedaran ketika membaca peribadi Pram dan Yasmin dari mata teman-teman. al fatehah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2012 19:33

July 9, 2012

lidah yang liarApa antara mimpi saudara yang paling menge...

[image error] lidah yang liar Apa antara mimpi saudara yang paling mengesankan? bukankah ia tidak kurang membuat saudara menangis saat terjaga? atau dengan segera saudara gegas berwudhu dan berdiri solat taubat? atau saudara duduk panjang dengan kembali mengingat, cuba menghimpunkan pecahan mimpi yang datangnya kembali seperti perca-perca kain yang sukar dilengkapkan. ya, ia seakan seni kolaj yang cantik untuk dilekap tapi sulit mengerjakannya. bagaimana jika saudara bermimpi gelombang besar (atau A Samad Said menggelarnya lidah yang liar dalam Lidah Tsunami). ia datangnya seperti binaan gergasi yang bergerak ke arah hotel penginapan saudara. dan saudara sedang berdiri di berandanya. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar! ke mana kita mahu larikan diri? cul-de-sac. hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami memohon pertolongan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 13:22

July 7, 2012

Pohon tuaApa antara balasan terhadap budi baik ibu atau a...

[image error] Pohon tua Apa antara balasan terhadap budi baik ibu atau ayah yang memelihara kita? ada yang menjawab, ia hampir tidak terbalas. atau ada yang pernah menjaga kebajikan mereka di hari tua. ada yang pernah memandikan dan merapikan rambut kedua-duanya yang hampir tidak dapat bergerak. Allahu akhbar! saya baru pulang dari kampung halaman omak mertuo den (antara lokasi terapi minda kami). di sana saya menemukan kisah  yang menarik. seorang anak menjadi seperti badang, menebang pokok-pokok tua yang ukurannya lebih sepemeluk. mengapa? ibu saya mahu melihat bukit. mungkin aneh, mungkin sahaja itu tuntutan nostalgia. tapi ia juga adalah lambang kasih sayang seorang anak untuk ibu tua. bukit yang selalu dilihat ibunya semasa muda, itu mengembalikan banyak perca-perca kenangan bersama. banyak yang dapat dikembalikan dalam ingatan yang sudah berlapis-lapis babak, tafsiran dan kebenaran. saya kian melihat perbukitan hijau setelah satu demi satu batang pokok yang lebar daunnya, ditewaskan sang badang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2012 22:57

July 4, 2012

angin kosong Kelmarin, pada hari yang sama saya menerima ...

[image error] angin kosong Kelmarin, pada hari yang sama saya menerima dua warta kesedihan. ia dikirim dari dua sahabat lama, sahabat zaman anak-anak. apa yang sedih? kedua-duanya perihal kesakitan.  lumrah,  penyakit dilihat sebagai satu musibah. dan akan berbondong-bondonglah doa, kita mengharapkan penyembuhan. saya mahu melihat kembali erti musibah itu. o Allah. bukankan ia membawa saya lebih dekat kepada pintu penyerahan dan mahu lekas melerai kunci dan menyertai ruangnya untuk mengadu dan merintih. saya lekas kembali dekat dengan-Mu, ya Allah. sedangkan sekian jam dan masa, segalanya seperti angin kosong yang berjalan di tepi bahu. o Allah. saya selalu mendekati-Mu hanya apabila watak yang bernama musibah datang menjengah. sedang, saya selalu mahu menjadi hamba yang  mendekati-Mu tanpa ada syarat waktu. o Allah, saya mula berdoa lewat sujud panjang,  berterima kasih atas segalanya;  pada apa yang saya tidak pernah meminta namun  Kau tetap berikan dengan segala kasih dan ia selalu membahagiakan tanpa saya sedari. ya, ia seperti angin kosong yang berjalan di tepi bahu. saya tidak pernah peduli! ampuni saya!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2012 22:02

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.