Mawar Safei's Blog, page 179

April 11, 2012

Beberapa hari ini saya cuba mendapatkan hadiah ...

[image error] Beberapa hari ini saya cuba mendapatkan hadiah untuk seorang guru yang istimewa sempena hari lahir. sebenarnya saya tidak mengingati tarikh-tarikh kelahiran saudara terdekat, sahabat mahupun kenalan. namun saya menyimpan sebuah buku kecil dan mencatatnya.   jika  buku itu hilang,  kemungkinan besar saya lupa! atau sekarang bagi yang menganggotai fb, takwim hari lahir akan ditampal.petang tadi saya temukan hadiah yang saya rasakan sesuai. ah, sukar rupanya untuk mendapatkan sesuatu sebagai tanda ingatan, kenangan dan selebihnya penghargaan untuk seorang guru. ia pasti sahaja tidak sepadan dengan harga budinya, jadi saya iringi doa tulus, semoga guru saya itu disayangi dan diampuni Ilahi.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2012 07:54

April 10, 2012

Mahu hadir, tapi tak dapat hadir!

[image error]
Mahu hadir, tapi tak dapat hadir!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2012 02:51

April 9, 2012

Terima kasih kepada pengarangnya. saya dikirim novel baru...

[image error] Terima kasih kepada pengarangnya. saya dikirim novel baru Marsli NO, sahabat penulis yang saya kenali sejak bergelar mahasiswa.  membaca judul provokatif ini, entah mengapa saya membacanya dalam ruang di sebuah gua persahabatan. wujudkah penderhaka dalam gua itu? berlakukah penderhakaan dalam persahabatan? pernahkah seorang rafik tiba-tiba bertukar nama yang sama sekali tidak pernah  terdugakan? sehingga akhirnya ada yang menjadi malu, gelihati, sedih atau terus mahu berdiam diri. oh, memang berlaku penderhakaan dalam gua itu rupanya! saya tahu, berdiam diri seketika, berpindah ke negeri sunyi, akan menjernihkan rasa dan memautkan saya kepada kewarasan. dengan izin-Nya, mungkin nanti saya akan bersuara, semula.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2012 01:26

April 7, 2012

Diam dikatakan sangat membantu  dalam banyak ur...

[image error]
Diam dikatakan sangat membantu  dalam banyak urusan agama. ia menjernihkan fikir dan jiwa. ia membikin segalanya jadi rapi dan berhati-hati. lebih banyak ruang untuk mempertimbangkan. lebih banyak saksama yang dapat dijuruskan. bunyinya, diam itu seperti sahabat yang baik. adakah itu yang saudara temukan dalam diam?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2012 03:08

April 6, 2012

Hari ini saya belajar untuk menghormati hak orang la...

[image error]
Hari ini saya belajar untuk menghormati hak orang lain yang tidak harus saya miliki sama sekali. jangan haloba dan mahu merangkul semua yang ada. sebaliknya berbahagi apa yang saya punya, memelihara kesaksamaan  dan rendah hati saat melihat begitu banyak rezeki di hadapan mata. begitu saya menimbangkan kepada siapa ia harus  diperpanjangkan. segalanya saya baca ketika pintu itu terbuka...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 06, 2012 01:50

April 4, 2012

Bagaimana cara saudara menghulurkan kad nama? menggunakan...

[image error]
Bagaimana cara saudara menghulurkan kad nama? menggunakan satu tangan? adakah ia diiringi keikhlasan dan ia mewakili peribadi saudara? saya belajar cara menyua kad nama yang tulus dari seorang teman di Guanzhou. hulur dengan kedua-dua tangan dan kedudukannya menghadap si penerima. hulur ia sebagai hadiah seikhlas persahabatan yang mahu dijalin. xie xie nie, Masq.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2012 16:02

April 2, 2012

kesedihanAntara kemalangan dalam hidup ialah berjumpa den...

[image error] kesedihan
Antara kemalangan dalam hidup ialah berjumpa dengan manusia licik. saya rasa sangat kurang selesa untuk bersamanya. kenapa? saya  merasakan satu kesedihan yang bergantungan. saya sedih kerana kelibat licik itu yang saya lihat dan sebaliknya bukan keikhlasan. pernahkah saudara berasa sedih apabila mendampingi seseorang yang panas baran, air muka yang keruh, suka mencari kesalahan orang lain,  pengadu domba atau kasar tutur katanya? bagaimana perasaan saudara ketika bersama mereka? ya, itulah yang turut rasakan apabila dengan si licik. Allah, ampunkan saya. betapa saya tahu ia bukan hanya sebuah prasangka.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2012 14:17

April 1, 2012

menjadi tuaDalam satu acara rasmi yang saya sertai h...

[image error] menjadi tua
Dalam satu acara rasmi yang saya sertai hujung minggu ini, saya belajar antaranya erti  menjadi tua. saya mahu menjadi orang tua yang menghormati semua.  saya mahu menjadi orang tua yang tidak sekali-kali menuding telunjuk kepada orang lain. saya mahu menjadi orang tua yang memberi asuhan dengan cara yang terhormat. saya mahu menjalani kehidupan tua saya dengan latar dan plot yang indah, sebaik sebelum bertemu dengan-Nya. ya, jika saya dipanjangkan umur dengan izin-Nya jua...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2012 00:40

March 28, 2012

pelangi Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Ak...

[image error] pelangi Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan yang kamu sembunyikan? (baqarah: 33). lewat senja kelmarin ada pelangi yang merentang di langit. dengan girang  Alif Matiin menudingnya dari dalam kereta. "semua orang mesti happy lihat rainbow, kan mummy?" hati saya kembang bagai bunga. ternyata anak saya sangat gembira setiap kali melihat pelangi. masya Allah, penciptaan yang indah dengan rahsia milik-Nya. dan kami mula menyanyi lagu pelangi!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2012 17:30

March 26, 2012

Alhamdulillahi rabbil alaminSaya meneruskan pembacaan,&nb...

[image error] Alhamdulillahi rabbil alamin Saya meneruskan pembacaan, pada lebih seratus halaman, masih dibahaskan tentang tafsir hamdalah. betapa banyak yang harus disyukuri. namun terdapat tiga kecacatan dalam peradaban manusia: masih ada yang tidak mempercayai Allah pencipta alam semesta, akal dan ilmu digunakan untuk kerosakan dan manusia suka memuji selain Allah. saya jadi berdebar-debar apabila tiba di halaman ini. semalam, mahasiswa saya menghadiri satu acara sastera dan populariti, menceritakan mereka menemui watak ilmuwan yang angkuh. saya jadi malu sendiri! saya menyambung bacaan. bukan bilangan ribuan kali alhamdulillahi rabbil alamin yang disebut; ia terletak pada pengertian dan adab memaksudkannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2012 14:46

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.