[image error]
Untuk sekian lama saya jarang membaca doa qunut dalam solat subuh. saya ingat, ia sejak menunaikan umrah lebih sepuluh tahun lalu. mengapa? di Haram, imam tidak mengamalkannya. maka saya juga. sesekali saya membacanya sedang saya tahu makna doa itu merupakan permintaan dan permohonan ampun kepada Allah. ia suatu yang kudus. hari ini Allah menggerakkan hati saya untuk mula membacanya kembali. dan saya benar-benar mahu memaknakannya. Allah, ampunkan saya! salawat dan salam buat Rasulullah.
Published on March 17, 2012 15:59