Mawar Safei's Blog, page 166
December 28, 2012
Alhamdulillahi rabbil alamin. kesyukuran yang paling dala...
Alhamdulillahi rabbil alamin. kesyukuran yang paling dalam sempena jumaat yang mulia. kali ini cerpen Benarlah Kata Angin itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan (Mingguan Malaysia, 7 november 2010) dan esei Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu (Dewan Sastera, Jun 2010) memenangi tempat dalam HSPM 2010/2011. terima kasih kepada panel penilai! terima kasih kepada kawan-kawan yang mengirim kawat tahniah. terima kasih kepada dua sahabat yang turut menemani saya ke Hilton. memang jumaat yang bersejarah.
Published on December 28, 2012 04:38
December 23, 2012
Esok hari natal, saya memujuk hati untuk ke pejabat hari ...
Esok hari natal, saya memujuk hati untuk ke pejabat hari ini. begitu juga saya memujuk si Mohican untuk bangun di pagi yang mendung. kami menghentikan perkhidmatan air panas Mohican untuk dia tahu segarnya air apabila bermulanya hari. banyak cerita harus disusun untuk menggerakkan anak mandi di pagi yang dingin. antara plot cerita itu ialah tentang hari natal dan dengannya saya mengingat sahabat yang akan meraikan seperti Susana, Stefanie, WC, Eskay, Sis G, Gloria K Estafan ... dan Alif Matiin bertanya, adakah salji akan turun esok, seraya melihat langit di luar jendela. selain mahu meluncur, katanya mahu memancing di rekahan ais. aduhai, anakku ...
Published on December 23, 2012 18:45
December 20, 2012
Allah, betapa jumaat datang lagi. baru sepagi ini ba...
Allah, betapa jumaat datang lagi. baru sepagi ini banyak yang saya lalui. dalam lalu lintas urusan di rumah, di bengkel kereta, di pejabat, ya seen dan as sajda, sempat saya ikuti di dalam kereta. saya masih berhutang dengan al waqia. semalam petang saya menyudahkan al kahf. begitulah terlalu banyak yang mahu dilakukan sedang entah sedikit masa yang tinggal. dan saya bergegas mendoakan agar kita dijauhkan daripada gangguan syaitan dan nafsu jahat. saya mohon diampunkan Allah sesiapa yang berbuat nista dan sesiapa yang bersilang faham terhadap saya.
Published on December 20, 2012 18:45
December 18, 2012
saya tidak lagi ke fb. dengan rendah hati saya memaklumka...
saya tidak lagi ke fb. dengan rendah hati saya memaklumkan. saya melihat ruang bermasyarakat itu dengan mata yang kosong. ini rakaman foto semalam. sewaktu makan tengahari di sebuah rumah makan yang mengilhamkan. ruang makan yang kosong saat kami masuk, lalu meriah bila hari semakin panas.
Published on December 18, 2012 23:17
saya tidak lagi ke fb. dengan kerendahan hati saya memakl...
saya tidak lagi ke fb. dengan kerendahan hati saya memaklumkan. saya melihat ruang bermasyarakat itu dengan mata yang kosong. ini rakaman foto semalam. sewaktu makan tengahari di sebuah rumah makan yang mengilhamkan. ruang makan yang kosong saat kami masuk, lalu meriah bila hari semakin panas.
Published on December 18, 2012 23:17
Sudah lama saya tidak keluar makan dengan kawan-kawan. ma...
Sudah lama saya tidak keluar makan dengan kawan-kawan. makan tengahari saya selalu di bilik kerja atau jika Zahar kelapangan, akan hantar nasi dan lauk kegemaran isterinya ke pejabat. tengahari tadi saya dibelanja makan tengahari di sebuah restoran yang cantik. makan tengahari yang bukan sahaja meraikan kejayaan teman tetapi meraikan persahabatan yang sering terpenggal-penggal. enak juga makan siang di luar rupanya. terima kasih kawan!
Published on December 18, 2012 00:10
December 13, 2012
Sekali lagi saya bertugas di luar daerah dan la...
Sekali lagi saya bertugas di luar daerah dan latarnya menghadap pantai. resort kali ini sangat mengilhamkan dengan reka hias tradisional tempatan. saya menjengah banyak sudut, antara yang menarik adalah ruang ini. saya sedang mengarang dan ia memasuki perlahan-lahan ruang imaginasi saya.
Published on December 13, 2012 18:31
December 11, 2012
TAHNIAH kepada semua mahasiswa saya yang terlibat dalam p...
TAHNIAH kepada semua mahasiswa saya yang terlibat dalam projek tugasan kursus SKMM6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu, SKMM3013 Sastera Bandingan dan SKMM1063 Pengenalan Persuratan Melayu. dari kerja pengurusan kepada pengisian dengan penghasilan dokumentari kepengarangan Melayu, cd promosi genre sastera, pembentangan, pidato, persembahan puisi dan lagu puisi serta pameran tokoh. semoga banyak yang dipelajari dan dimanfaatkan.
Published on December 11, 2012 18:24
December 10, 2012
Beberapa projek mahasiswa yang berlaku serentak minggu in...
Beberapa projek mahasiswa yang berlaku serentak minggu ini. bermula dari sesi pemerhatian kuliah Penulisan Kreatif, bersambung ke persediaan Hari Persuratan Melayu. melihat perkembangan pengurusan projek, mutu pengisian di samping terus memahat ingatan bahawa ini bukan sekadar tugasan dan markah. perjalanan membelah malam, menonton langit yang berselang awan, sesekali meninjau saf isya' seraya mengamin doa. ia adalah rakaman betapa saya bersyukur. sebaik mahasiswa yang saya sayangi berada dalam bas untuk dihantar pulang, hujan luruh dengan nada yang damai. sms saya kepada Rai, ketua kumpulan, sesungguhnya cuaca sangat mahu bersahabat. cuaca putrajaya menyambut kita dengan azan isya' antara angin separuh dingin, kemudian menghantar kita pulang dengan hujan rahmat-Nya. hari ini saya akan berada di dalam dewan dan tapak pameran/jualan untuk persiapan akhir Hari Persuratan Melayu kami. terima kasih Allah!
Published on December 10, 2012 16:03
December 7, 2012
Hari ini merupakan kali terakhir saya berjumpa Shila di p...
Hari ini merupakan kali terakhir saya berjumpa Shila di pejabat. awal pagi, dia seperti biasa membersihkan ruang kerja saya dan mula bercerita yang akhirnya tiba di titik, saya harus berhenti kerja kerana ... saya baru sedar antara banyak yang saya jumpa dan kenal, Shila mudah buat airmata saya tumpah. melihat mata, susuknya yang pipih namun sangat kelihatan ikhlas bekerja, semuanya itu buat saya sebak. baru-baru ini rumahnya dipukul bah setinggi bahu. anak keduanya yang masih bayi diusung ke dewan orang ramai dengan suami yang uzur. saya mendoakan Shila sekeluarga dikasihani Allah.saat kami erat berdakapan, Shila tidak henti-henti mendoakan saya, Zahar dan Alif Matiin. dan jumaat yang mulia ini saya membaca, sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong (as sajda: 15). hingga jumpa Shila!
Published on December 07, 2012 01:37
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

