Mawar Safei's Blog, page 164
February 26, 2013
Apa yang dikenang pada hari kita dilahirkan, selain turut...
Apa yang dikenang pada hari kita dilahirkan, selain turut mengingat hari kita akan dipanggil pulang. jarang saya tertambat dengan pengalaman kematian yang adatnya disambut dengan kehibaan dan disusuli dengan kenangan demi kenangan bersama arwah. saya masih menangis setiap kali nenek menjenguk di pintu rindu yang akan selalu terkuak itu. mengapa saya menangis? ternyata nenda masih terus menumbuhkan cinta, nenda masih terus meninggalkan semangatnya saat saya mengeluh lelah dengan manusia. dan di sebuah subuh yang hening, saya seperti mendakap bahu nenda dan mahu mengucapkan terima kasih kerana ketika nenda sudah tiada begini, saya masih diasuh untuk selalu mengingat jalan pulang apabila meraikan hari kelahiran...
Published on February 26, 2013 13:14
February 21, 2013
Saya semakin teruja menghimpun perasaan untuk mencin...
Saya semakin teruja menghimpun perasaan untuk mencintai Rasulullah; walau pernah kesal kerana begitu lewat untuk saya menumbuhkan cinta ini. dari kuliah pagi ini tentang agungnya cinta Rasulullah kepada kita. mengapa hanya Nabi Muhammad yang diberikan kuasa syafa'at. ternyata doa istijab yang diberikan Allah belum lagi digunakan Muhammad berbanding nabi-nabi lain. Muhammad yang Mulia hanya akan menggunakannya di akhirat nanti untuk kita, menyelamatkan umatnya. Allah, Allah, Allah. Syamail Muhammadiyah ini antara lorong untuk membangunkan kecintaan kepada Kekasih Allah. kenal Rasulullah dan cintakan Rasulullah.
Published on February 21, 2013 12:57
February 20, 2013
Laman saya ini pernah kacau. tiba-tiba gambar e...
Laman saya ini pernah kacau. tiba-tiba gambar entri hilang. ada beberapa mahasiswa cuba membantu. setelah beberapa masa berlalu, saya menyimak kembali catatan lama. ternyata masih banyak yang masih lopong. malah untuk tahun 2011 sangat mengecewakan. sekali lagi saya memujuk diri. tidak ada yang kekal. hidup ini jangan disandarkan kepada rumus matematika. yang malang tidak selalu merugikan. Allah, Allah, Allah. ternyata saya masih dungu dan tidak banyak belajar...
Published on February 20, 2013 13:25
February 19, 2013
Takdir. ia datang dalam pelbagai kejutan. atau kadangkala...
Takdir. ia datang dalam pelbagai kejutan. atau kadangkala ia mengalir seumpama sungai yang selalu kami berpapasan setiap kali mahu keluar masuk ke lapang halaman rumah omak mertuo den. ia akan mengalir terus seperti firman-Nya, sehingga tibanya hari yang tidak ada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab atau tiada lagi syafa'at (al baqarah: 254). takdir nenda pulang adalah seperti jalannya sungai tohor itu. ia terus akan terjadi kepada saya dan saudara. hanya masanya yang sering diisyaratkan takdir namun selalu pula ia tidak dapat ditelah. doa. ya, itu antara pedoman agar kita selalu bersedia dan menunggu-nunggu bila ketikanya. dan pada saat itu, mudah-mudahan kita sudah siap. mudah-mudahan.
Published on February 19, 2013 12:53
February 16, 2013
Esok bermula kuliah untuk semester kedua sesi 2012/2013. ...
Esok bermula kuliah untuk semester kedua sesi 2012/2013. litar hidup saya teruskan lagi dan saya tidak tahu sama sekali lekuk atau selekoh yang bakal saya depani. sesungguhnya, untuk empat belas minggu saya merancang sekian jadual untuk pengkuliahan. namun, saya semakin diasuh makna penyerahan. saya mula untuk mengasihi takdir. saya mohon Allah aturkan segala buat saya tanpa sedetik pun tangan saya sendiri menentukannya. Allah, Allah, Allah.
Published on February 16, 2013 19:13
February 13, 2013
Mungkin sahaja ada yang hairan, mengapa saya begitu teras...
Mungkin sahaja ada yang hairan, mengapa saya begitu terasa kehilangan nenda Saronah. pernah saya tanyakan pada Zahar, adakah peritnya seperti yang saya rasakan sekarang saat kehilangan seorang nenek. saya melihat perbezaan kami. keluarga saya kecil bilangannya, berbanding Zahar. keluarga saya sangat akrab kerana jumlah angka itu. nenek sangat mengenali bukan hanya tabiat, tetapi hati dan perasaan kami. dan saya merupakan cucu sulung daripada anaknya yang pertama. nama saya dihadiahkan nenek. sijil kelahiran saya tercatat nama nenek di ruang informant. pernah saya catat di sini, nenek selalu menghulur tangan saat saya mahu jatuh. nenek tempat saya mengadu ketika saya mahu menangis. nenek saya rujuk untuk resepi lama. pernah kami bernyanyi lagu kegemaran bersama. dan siapa yang dapat meneka, nenek menutup hidupnya di hadapan saya isnin lalu...
Published on February 13, 2013 23:46
February 12, 2013
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki ...
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan. akhirnya masa nenda tiba jua. nenda Saronah Masiman kembali semula ke jalan datang pada februari 11 lalu menjelang isya'. dalam mukena dan al Qur'an di tangan, saya menemani nenda kesayangan kami itu. Allah bimbing dan gerakkan hati saya untuk terus ke kamar nenda, saat saya duduk membaca terjemahan, saya melihat nenda kembali...
Published on February 12, 2013 10:01
February 6, 2013
Berapa banyak permintaan sdr yang Allah penuhi? Saya seda...
Berapa banyak permintaan sdr yang Allah penuhi? Saya sedang membaca ayat 186 dari al Baqarah dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Saya juga pernah diberitahu, bermohonlah dengan adab seorang hamba. perhatikan dengung suara, getar harap dalam dada atau seluruh perhatian yang dipusatkan. adakah kita benar-benar meminta atau ia hanya satu upacara merakam perasaan. ya Allah, siapalah saya di hadapan-Mu kerana saat meminta-minta itu pun saya tidak merasa bahawa saya ini adalah hamba!
Published on February 06, 2013 16:30
February 3, 2013
Janji untuk berada di samping nenda pada setiap hujung mi...
Janji untuk berada di samping nenda pada setiap hujung minggu. dan setiap kali berada di kampung halaman, saya lebih senang mengambil mrt (
foto
). elak laluan lampu isyarat yang banyak dan lebih selesa. nenda sudah hampir tidak dapat bertutur. hanya anggukan dan gerak wajah sebagai tanda percakapan. sedih memang. apalagi bila saya tahu, nenda cuba menyatakan sesuatu. Allah!
Published on February 03, 2013 12:30
January 27, 2013
Dua minggu ini nenda ditempatkan di aras 8 Hospital Khoo ...
Dua minggu ini nenda ditempatkan di aras 8 Hospital Khoo Teck Puat, yang menurut Zahar hospital terpermai pernah dilawatinya. dengan kehijauan, aliran air yang menghuni bersama para pesakit serta angin yang keras namun seperti mahu meloloskan lara, kepedihan mahupun kesendirian di katil yang hanya bertemankan misi dan ubat. berselang seli kadang kala ada sekumpulan anak muda dengan cello dan biola, datang mengalunkan muzik di tubir kolam aras bawah. getarnya dibawa angin sampai ke paras atas. untuk sebulan ini hilang ingatan nenda dan kami mengandai-andai bahawa ia petaka alzheimer atau dementia. rupanya isyarat Tuhan yang selalu mahu membantu, kami diberitahu nenda berdepan dengan brain tumour. ia sudah lama bersarang dan ternyata nenda begitu dapat bertahan tanpa apa-apa tanda. ya Allah, nenda ternyata sudah tidak dapat menyebut nama saya. namun suatu pagi sewaktu giliran saya mengawasi nenda, saya bacakan ad dhuha berkali-kali tanpa jemu di bahu nenda. demi matahari sepenggalahan naik dan demi malam yang apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu. dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu lalu hatimu menjadi puas. bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan. sebab itu terhadap anak-anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah kamu mengherdik. dan terhadap nikmat Tuhan, maka hendaklah kamu siarkan. saya menoleh nenda lama, saat mahu meninggalkannya dan berjanji dari jauh untuk datang lagi, dengan izin-Nya.
Published on January 27, 2013 13:30
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

