Mawar Safei's Blog, page 160

June 17, 2013

kari ketam Saya selalu harus minta maaf daripada Zah...

kari ketam  Saya selalu harus minta maaf daripada Zahar kerana perlu bertanya hadiah yang diimpikan sempena hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau hari bapa. berbanding saya, Zahar sering tahu apa yang saya mahukan. Zahar seperti menyimpan senarai panjang hadiah untuk saya. tapi satu yang sangat saya tahu, Zahar sukakan masakan saya. jadi hadiah yang saya pasti akan menggembirakan Zahar ialah apabila saya memasak pada hari istimewa yang dirainya. ahad lalu, saya menyediakan kari ketam (tidak sempat rakam gambar, tapi rupanya lebih kurang seperti dalam foto). ketam yang padat dan manis isinya. Selamat Hari Bapa, terima kasih atas kasih sayang dari kami!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2013 14:00

June 13, 2013

Syaaban kali ini saya sambut dengan banyak keinginan. say...

Syaaban kali ini saya sambut dengan banyak keinginan. saya mahu bersedia awal untuk ramadhan. malam seribu bulan mula saya masukkan dalam senarai doa. mohon kesihatan yang membolehkan saya berpuasa tanpa migraine dan gastritis. harapan agar tarawikh saya dimanfaatkan sebaiknya. kesabaran dapat saya lunakkan. saya sudah pastikan doa khusus setiap hari sepanjang ramadhan ada dalam note. begitu diet rejab-syaaban mahu cuba dikekalkan dan itu bermakna sekali lagi tidak ada bazar ramadhan buat kami tahun ini. memilih satu atau dua projek penulisan yang harus diselesaikan menjelang syawal. namun dalam menyusun jadual ramadhan ini, saya seperti membaca antara baris, sesuatu yang saya inginkan tidak tertulis. ia seperti tidak dapat dinyatakan meskipun hasratnya hampir di garis pintu. Allah. saya tidak tahu takdir apa yang menunggu saya sebentar lagi saat saya merapikan jadual ini. hanya saya terus bermohon Allah juruskan jalan kebaikan, jalan kebenaran untuk ke sana...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 13, 2013 14:43

June 10, 2013

Saya membaca surah al Mulk untuk   memulakan ha...

Saya membaca surah al Mulk untuk   memulakan hari. tiga puluh ayat yang sangat mencengkam. salah satu ayatnya tentang burung. dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menutup sayapnya di atas mereka? tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha  Pemurah. sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. ia membawa saya kepada salah sebuah kajian mahasiswa saya tentang hubungan alam sekitar dengan puisi; burung dan puisi.  seminggu ini, saya menjalani hari-hari yang begitu cepat berlalu. dengan kerja penyeliaan tesis mahasiswa yang hampir menamatkan pengajian dan mencelah sama mesyuarat tergempar, membaca dokumen yang perlu disunting di samping laporan yang tertunggak lama. oh alangkah jika saya punya sayap!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2013 14:03

Saya mula membaca surah al Mulk untuk   memulak...

Saya mula membaca surah al Mulk untuk   memulakan hari. tiga puluh ayat yang sangat mencengkam. salah satu ayatnya tentang burung. dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menutup sayapnya di atas mereka? tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha  Pemurah. sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. ia membawa saya kepada salah sebuah kajian mahasiswa saya tentang hubungan alam sekitar dengan puisi; burung dan puisi.  seminggu ini, saya menjalani hari-hari yang begitu cepat berlalu. dengan kerja penyeliaan tesis mahasiswa yang hampir menamatkan pengajian dan mencelah sama mesyuarat tergempar, membaca dokumen yang perlu disunting di samping laporan yang tertunggak lama. oh alangkah jika saya punya sayap!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2013 14:03

June 6, 2013

juang Semalam kami membuka mesyuarat dengan membaca ...

juang  Semalam kami membuka mesyuarat dengan membaca ayat pertama surah al Isra': Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al Masjidil Haram ke al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. betapa perjalanan Muhammad tercinta, isra'~mi'raj,   mengasuh kami untuk selalu mencari sumber kekuatan baru setelah datangnya kesedihan (kepulangan Khadijah dan Abu Talib) untuk berjuang dengan lebih berani dan percaya akan arah jurusnya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2013 14:16

June 3, 2013

 Saya mula mengenali Hani lama dulu menerusi ayahnya...

 Saya mula mengenali Hani lama dulu menerusi ayahnya, Cikgu Abu Hassan Morad; yang pernah menjadi guru penulisan saya dalam sebuah bengkel di UKM. siapa sangka takdir menemukan kami.  saya dan Cikgu Abu (bersama Dr Kamariah Kamarudin) dalam panel yang sama di Wawancara Sofa Putih ITBM bulan lalu sempena Pesta Buku KL. minggu lalu saya mengundang Hani ke bengkel penyelidikan kami di Bangi. Hani bercakap selepas kami membedah bukunya ini (foto). selang beberapa hari Hani, Dhiak dan Darda' menjadi tetamu istimewa hujung minggu di rumah. begitu takdir yang membahagiakan dan membuat kita sangat bersyukur!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2013 13:26

June 2, 2013

Kerja penyelidikan kami yang sedang berlangsung selama du...

Kerja penyelidikan kami yang sedang berlangsung selama dua tahun ini adalah mengenai kanak-kanak, kesusasteraan dan kreativiti. menariknya, setiap kali membincangkan persoalan ini, banyak kisah sendiri semasa kecil dibawa masuk. bagaimana  kanak-kanak membaca sikap manusia dewasa, bagaimana kanak-kanak mula tahu berbahagi perasaan dengan buku atau bagaimana mereka menyelinap masuk dalam pertelingkahan hidup dan ia menumbuhkan catatan dalam diari. alhamdulillahi rabbil alamin. beberapa makalah dapat dihimpunkan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2013 21:00

June 1, 2013

  Permulaan yang baik untuk Alif Matiin. semala...



  Permulaan yang baik untuk Alif Matiin. semalam Master Bala mengumumkan tali pinggang kuning untuk Matiin. tahniah! kejayaan yang harus diraikan! yahhhhh!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 01, 2013 14:40

May 30, 2013

Saya percaya semua pelanggan mahu mendapatkan perkhidmata...

Saya percaya semua pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan yang mesra dan baik. ibu saudara saya pernah terlibat dalam bidang perkhidmatan kaunter di Singapura. ceritanya,  ada tiga langkah meraikan pelanggan ~ hello-promosi-terima kasih ~  pelanggan harus selalu disapa; tidak perlu berlebih-lebihan sebaliknya kita rasa disambut. memperkenalkan produk syarikat tidak bermakna harus mendesak pelanggan membeli. dalam banyak situasi urusniaga berlangsung kerana budi bahasa tatausaha syarikat. dan malang sekali di sini, kita jarang menerima salam terima kasih. sebaliknya kita yang membeli ini mengucapkannya. mengapa saya menulis ini? ya, pengalaman awal pagi jumaat yang menjengkelkan apabila saya disergah tatausaha stesen petrol yang bukan rakyat tempatan. perkhidmatan awam kecil yang jarang-jarang  diminta, sebaliknya saya disambut dengan nada separuh angkuh, "minyak isi sendiri!" ouch! saya tahu akan reaksi Alif Matiin apabila mendengar cerita ini... oh man... (nada seperti Finn n Jake)  saya mahu buat aduan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2013 18:54

May 29, 2013

Sejak meraikan Rejab, peti sejuk kami selalu akan menyimp...

Sejak meraikan Rejab, peti sejuk kami selalu akan menyimpan semangka... ya, nama lain yang sering saya gunakan untuk tembikai. Zahar sudah pandai memilih isi yang merah dan manis. berbahagi semangkuk semangka bersama Zahar dan Alif Matiin, kami akan bercerita bagaimana saat Rasulullah mensyukuri tiap bilah tembikai yang melepasi dahaga dan perih; antara himpitan bukit gurun dengan azam perjuangan agama Allah. ya, ini antara buah-buahan kegemaran Kekasih Allah.  kami  merindui Rasulullah dalam nyaman sari semangka pada musim panas begini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2013 14:40

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.