Mawar Safei's Blog, page 158

August 17, 2013

Minggu lebaran yang padat! 7 hari pertama, masa untuk ber...

Minggu lebaran yang padat! 7 hari pertama, masa untuk bersama keluarga di Temasek dan ahli rumah omak mertuo den. 7 hari kedua, saya menghadiri persidangan dan kerja di luar daerah. lebih kurang 7 hari campur 7 hari lagi syawal akan berakhir dalam suasana kembali ke pejabat sebelum semester baru tiba lagi. masa begitu cepat meninggalkan dan ia sering membuat saya terpinga-pinga: apa yang sudah saya perbuat untuk manfaat selain saya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2013 17:43

August 12, 2013

Zahar genap 42 tahun hari ini. saya berdoa bersungguh-sun...


Zahar genap 42 tahun hari ini. saya berdoa bersungguh-sungguh agar Zahar terhimpun dalam golongan kanan, golongan yang dimuliakan, ashaabul maimanah, seperti yang selalu saya baca sebelum subuh lewat surah al Waqia. golongan yang berada antara pohon bidara yang tidak berduri. semoga ia dalam perkenan Ilahi.... foto yang dirakam adalah susunan bunga kertas ungu yang dipetik Alif Matiin dari taman kecil kami. sangat serasi mewakili perasaan  untuk lelaki yang kami cinta!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2013 22:39

August 11, 2013

Apa khabar? bagaimana lebaran saudara? adakah ia selayakn...

Apa khabar? bagaimana lebaran saudara? adakah ia selayaknya diraikan dengan apa yang sudah dilalui sepanjang sebulan Ramadhan? Allah. Allah. Allah. semoga semangat Ramadhan masih bersama kita. qiyam masih diteruskan. makna dan tafsir  al Qur'an masih  menjadi bacaan pertama untuk memulakan hari. tahniah bagi yang sudah hampir menyelesaikan puasa sunat syawal. saya belum lagi, insya Allah akan mulakan segera.  Ini foto di satu penjuru rumah guru yang masih terus dikenang dan banyaknya jasanya. seperti lebaran lalu, pasti ada kenangan manis yang dirakam. tahun ini saya bertemu kembali Puan Norlin Low dan suaminya, yang juga guru kami, Cikgu Mohd Nor. doa saya semoga asuhan yang diberi membawa mereka ke syurga.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2013 21:58

August 5, 2013

perpisahanBeberapa pagi yang redup dengan matahari yang s...

perpisahan Beberapa pagi yang redup dengan matahari yang seakan mahu terus bersembunyi. dan ia merupakan petanda yang kita hampir ditinggalkan. dan kita akan merindu lagi dan sangat mendoakan ada pertemuan sekian kalinya pada tahun hadapan. saya juga sudah bersiap dengan doa yang sangat awal ini, semoga bertemu lagi dengan malam seribu bulan untuk tahun berikutnya. ya, perpisahan akan selalunya membuat kita mahu menangisinya. apatah lagi yang pergi itu bersifat begitu melindungi lagi mengamankan kekusutan. yang pergi nanti selalu menjadi pembela yang begitu diharapkan. yang pergi itu selalu membawa buah tangan kemuliaan. tidak mungkin saya tidak menangisi akan pemergian ini. pemergian yang saya tidak tahu akan kembali lagi; yang mampu hanya saya meneruskan perjalanan dengan kaki kecil, ya saya cuba bertahan...  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2013 17:49

July 31, 2013

Tiga amalan dalam mencari malam seribu bulan yang dicadan...


Tiga amalan dalam mencari malam seribu bulan yang dicadang ustaz dalam kuliah ramadhan ialah solat, membaca al Qur'an dan berdoa . ia semoleknya dilakukan dengan penuh keimanan dan berharap semoga Allah redha dengan apa yang dilakukan. menikmati al Qur'an bukan hanya bertadarus, bukan hanya  membaca apa yang diterjemah, lebih elok menghayati apa yang ditafsir. maka saya fikir ia adalah amalan yang berpanjangan, bukan hanya dilakukan dalam Ramadhan yang hampir meninggalkan. antara lapis doa, selitkan permohonan ini, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah aku pengampunan. semoga kita dikasihani!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2013 17:21

July 30, 2013

sahabat baik Pernahkan saudara merasakan, Ramadhan i...




sahabat baik  Pernahkan saudara merasakan, Ramadhan itu seperti sahabat baik?  Ramadhan begitu dinantikan kehadirannya. ia mengasuh saya menjalani empat minggu ini untuk menjadi lebih baik. ia selalu membawa saya ke ruang pembersihan.  ia mahu saya meneruskannya selepas ini. ia melarang kejahatan daripada singgah. ia begitu melindungi. saya dapat merasakan keselamatan dan kasih sayangnya yang luhur. begitu baiknya Ramadhan. sanggupkah saya melepaskan saat ia mahu pergi, dan kesedihan itu seperti sahabat baik yang meninggalkan. ya, jadi benarlah, Ramadhan adalah sahabat baik saya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2013 23:23

July 29, 2013

  Allah. Allah. Allah. kita sudah berada di fas...

  Allah. Allah. Allah. kita sudah berada di fasa ketiga; sepuluh malam terakhir yang dinanti-nanti. adakah saudara merasa debarannya? samakah debarnya saat menyambut datangnya Ramadhan? adakah yang ini lebih lagi? cemasnya jika terleka. terkilannya apabila tidak terjaga. malangnya jika banyak masa berlalu begitu sahaja dan apa yang dikerjakan tidak dilihat Allah sebagai ibadah. wahai Zat yang Maha Melihat, kasihanilah kami meneruskan kemanisan berzikir mengingati-Mu. semoga dengannya kami lebih bersyukur.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2013 17:21

July 26, 2013

Ramadhan dan kepulanganSeminggu ini sekejap sahaja mening...

Ramadhan dan kepulangan Seminggu ini sekejap sahaja meninggalkan saya. minggu bekerja yang pendek, apabila cuti umum pada hari jumaat untuk 17 Ramadhan. sepanjang minggu dengan bengkel penyelidikan, saya sempat menziarahi sahabat akademik, Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali,  yang kehilangan anak sulungnya Hasnul Imran Saidi, 17 tahun, akibat kemalangan jalanraya. sebak melihat tiga sahabat sekelasnya yang datang. dengan hati tulus mereka mengucap takziah dan menyampaikan kesedihan. banyak babak imbasan kembali dan mula menyedari kewujudan yang ada selama ini . untuk pertama kali saya melihat Intan menangis, selama ini Intan hanya dikenali sebagai sahabat yang sering ketawa hampir di setiap hujung bicara. seraya mendakap Intan sebelum pulang, saya berbisik, sabar dan solat. Allah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 15:25

July 22, 2013

Apa khabar Ramadhan saudara?  alhamdulillahi ra...

Apa khabar Ramadhan saudara?   alhamdulillahi rabbil alamin, ia berjalan seperti yang dijadualkan. namun jika masih ada celanya, insya Allah ada enam belas hari lagi untuk kita memperbaiki, memperelok. saya sendiri berhadapan dengan banyak sandungan dan gendala. ia pasti membuat saya sedih dan kecewa. saya sudah berikrar untuk jadikan ini Ramadhan terbaik. semoga malam seribu bulan saat malaikat menyertai Ramadhan  dengan cahayanya, dapat singgah di laman qiyamullail kita. ya Allah, kami sudah meminta sekian panjangnya masa, mohon ia direstui!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2013 17:16

July 19, 2013

Allah. Allah. Allah. Ramadhan sudah masuk fasa kedua. fas...

Allah. Allah. Allah. Ramadhan sudah masuk fasa kedua. fasa maghfirah. fasa pengampunan. semoga kita sudah melalui fasa pertama dengan berterima kasih atas rahmat Allah, kita diberikan tambahan masa untuk dapat bersama Ramadhan lagi tahun ini. semoga kita sangat bersyukur apabila diberikan pencerahan untuk meraikan Ramadhan kali ini dengan perancangan sebaiknya. semoga dalam fasa rahmah itu saat semua pintu syurga dibuka,  kita menjadi hamba Allah yang dalam keberuntungan. mengapa beruntung? kerana kita mahu termasuk dalam himpunan hamba yang diberi pengampunan, diterima puasa dan perbuatan baik sebagai ibadah. Allah, ampuni kami!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2013 16:08

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.