Mawar Safei's Blog, page 155

November 20, 2013

Sdr sangat dialu-alukan untuk menyumbang makalah berkaita...


Sdr sangat dialu-alukan untuk menyumbang makalah berkaitan pengajian Melayu di Jurnal Melayu (JM), terbitan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. laman JM yang masih boleh dirujuk adalah di www.ukm.my/j-melayu sebelum berpindah ke laman baru dalam masa terdekat, insyaAllah. ya, ini antara kerja rasmi saya, mengendalikan penerbitannya bersama pasukan kerja JM. untuk keluaran terkini, JM muncul dalam ukuran baru (kiri) berbanding sebelumnya (kanan).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2013 19:54

November 15, 2013

HSKU 2012




Alhamdulillahi rabbil alamin. Antara Tikungan yang Aneh, kisah perempuan tua yang banyak kehilangan dalam hidupnya, memenangi HSKU 2012. terima kasih kepada panel penilai yang memilihnya. cerpen ini juga berangkat dari catatan blog. semak kembali entri  mac 9, 2013 dan  november 4, 2012. tahniah kepada sahabat penulis lainnya yang turut meraikan kemenangan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 15, 2013 18:54

November 10, 2013

Dari blog ke cerpen


Cerpen ini saya panjangkan daripada catatan entri september 26, 2013. terima kasih Puan Salbiah Ani atas penyiaran ini di Berita Harian, semalam.ya tentang si perempuan pengasih yang baru pulang itu ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2013 16:51

November 8, 2013

 Saya terlibat dalam satu perbincangan bagi meraikan...

 Saya terlibat dalam satu perbincangan bagi meraikan ketua yang akan bersara. apa cara untuk meraikan? apa hadiah sebagai tanda penghargaan? apa kata-kata yang harus dirapikan untuk merakam perasaan selama ini? sesungguhnya menuju perpisahan, banyak yang dikenang semula. banyak juga yang ditimbang-timbang antara perasaan dengan ayat atau rangkap yang saksama. sejauh mana pula luhurnya hati dengan gerak lidah atau bibir. apa pula yang  diangankan apabila tiba masa saya nanti? perpisahan ternyata bukan semestinya sebuah kesedihan. tidak jarang ia datang dengan wajah syukur atau  sangat dinanti-nanti. ya, bukankah ada yang banyak mengharapkan perpisahan kerana dia akan bertemu dengan yang lebih dicinta, yang sangat diyakininya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2013 20:55

November 4, 2013

1435



Tahun baru terbit lagi. alhamdulillahi rabbil alamin. untuk apa lagi sujud pertama pada waktu dini ini, selain merakam syukur yang dalam. untuk apa lagi sujud panjang ketika langit masih gelap, selain mahu terus mencintai Pemilik segala yang ada, selain memuji-muji Rasullullah rahmat sekalian alam. semoga bertambah kebaikan, semoga bertambah rasa hamba...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2013 17:02

October 31, 2013

Mengenali Muaz, apprentice chef di Muzium Coklat, membawa...

Mengenali Muaz, apprentice chef di Muzium Coklat, membawa saya kepada cerpen yang pernah saya hasilkan, Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah (Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011). alhamdulillahi rabbil alamin, cerpen berkenaan memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim 2011-2012. ada yang cuba datang mengetuk pintu kedai manisan, Rumah Coklat. saya mahu hidupkan kembali watak-watak yang lama terkepung di Rumah Coklat, terutama di perempuan juita pemiliknya! foto adalah rakaman dalam lawatan ke Kota Damansara...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2013 22:08

October 24, 2013

Minggu graduasi di kampus. ramai yang meraikan. juga rama...

Minggu graduasi di kampus. ramai yang meraikan. juga ramai yang harus bersyukur. dan harus ramai yang masih dengan rendah hati melihat bahawa ilmu yang ada hanya setitik kecil daripada lautan yang amat luas dan dalam. ramai juga yang harus rasakan dengan ketakjuban akan kebesaran Allah.  ramai juga yang harus sedar inilah detik sebenar ujian keikhlasan dalam menuntut ilmu. nah, berapa ramai mantan pelajar saya yang memanjat tangga pentas nanti, melangkah dengan penuh syukur, rendah hati dan menjunjung ilmu dengan ikhlas....  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2013 22:00

October 23, 2013

Kuliah yang saya sempat dengar semasa memandu pagi ini an...


Kuliah yang saya sempat dengar semasa memandu pagi ini antara lain menegaskan perlunya kita dekat dengan ulama untuk membawa kita ke jalan syurga. masya Allah! baru semalam saya dapat semeja dengan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. duduk dan mendengar tiap katanya seperti saya melihat luruhnya seribu intan permata yang cantik dan menyilaukan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2013 17:59

October 21, 2013

Pantai dan ombak lagi


Bekerja di luar daerah lagi. enak untuk hati sendiri. namun alangkah Zahar dan Matiin dapat ikut serta, kerana saya hampir dengan pantai dan ombak. begitu juga meninggalkan Matiin yang sedang berdepan dengan peperiksaan akhir. semoga anak-anak di sekolah dapat menjawab soalan ujian dengan tenang dan berjaya secemerlangnya. saya juga sedang dalam ujian di luar daerah ini ... lukisan yang ditampal adalah rakaman dari bilik penginapan sepanjang minggu ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2013 13:42

October 16, 2013

  Ucapan yang terlewat. Salam idul adha. taqaba...

  Ucapan yang terlewat. Salam idul adha. taqaballahu minna waminkum!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2013 22:11

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.