Mawar Safei's Blog, page 153
February 4, 2014
Qana'ahBila saya dengar ustaz menyebut sifat qanaah, saya...

Bila saya dengar ustaz menyebut sifat qanaah, saya teringat saya pernah belajar sewaktu kami di sekolah rendah agama. subjek tasawuf. Allah! semuda usia sepuluh tahun, kami belajar bab adab, tasawuf, munakahat (merujuk buku matla'al badrin tulisan jawi)! zaman bertukar, saya kurang yakin anak-anak sekarang seusia itu boleh diberikan buku yang sama. mungkin edisi yang lebih mudah. menurut ustaz sifat qanaah adalah hadiah untuk mereka yang faham. kita akan ridha, puas hati, bersyukur. kita akan takutkan Allah yang sudah terlalu banyak memberi. kita akan buat apa yang Disuruh. kita akan bersiap menunggu masa itu tiba. namun alangkah sukarnya mendidik hati dan melunakkan nafsu! lalu saya berdoa lagi, ya Allah sesungguhnya saya memohon petunjuk, ketaqwaan, diri yang terjaga dan kecukupan.
Published on February 04, 2014 00:49
January 30, 2014
Saya menerima foto yang mengesankan ini lewat telefon tan...

Saya menerima foto yang mengesankan ini lewat telefon tangan. ia dirakam seorang jurugambar Iraq di sebuah rumah anak yatim. catatan yang mengiringinya antara lain menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak pernah melihat ibunya. lalu dilakar susuk perempuan yang dipercayai ibunya. merindukan dakapan bunda, dia mahu tidur dalam pelukan suci itu...
Published on January 30, 2014 21:34
January 29, 2014
Apa khabar? bagaimana perjalanan kehidupan sdr? kita masi...

Apa khabar? bagaimana perjalanan kehidupan sdr? kita masih dalam januari, walau sudah di penghujung. namun letihnya seperti sudah separuh kotak takwim 2014 kita jalani. banyak kerja, perancangan yang sudah tunggang terbalik. apa yang seharusnya berlaku dalam mac, tiba-tiba perlu diselesaikan seawal januari ini. ya Allah. apalagi yang boleh dilakukan selain meneruskan perjalanan mengikut isyarat angin. dan kita juga letih bila sampai di muka pintu saat azan maghrib hampir dilaungkan. namun setiap kali melepasi ruang menonton di rumah, saya akan sempat menjengah rancangan masakan yang sedang diminati ketiga-tiga kami. Master Chef Australia: The Professionals. saya terkesan dengan susuk Chef Marco. gayanya. parau suaranya. budimannya bukan sahaja pada perempuan tetapi lebih terhadap cerita yang dibawa setiap masakan yang dibentangkan. cooking is a philosophy, not a recipe. yes Marco!
Published on January 29, 2014 23:56
January 26, 2014
Kelmarin, di pejabat, saya didatangi anak-anak yang...

Published on January 26, 2014 12:44
January 23, 2014
Dari Studio ShairulPernahkah sdr tiba-tiba didatangi nasi...

Published on January 23, 2014 12:54
January 20, 2014
Semalam Alif Matiin baru mula ke sekolah. semuanya ...

Published on January 20, 2014 20:19
January 15, 2014
Allah memberi hanya yang terbaik buat kita. saya sangat p...

Published on January 15, 2014 12:52
January 12, 2014
12 rabiul awal. tarikh yang membawa kita lebih dekat deng...

Published on January 12, 2014 13:08
January 10, 2014
Saya tidak suka berlari sejak kecil (maka saya hanya hand...

Saya tidak suka berlari sejak kecil (maka saya hanya handal sebagai GS dalam kumpulan bola jaring kami). selalunya, saya punya satu ribu satu alasan untuk tidak berlari di padang sekolah. sesekali dipaksa berlari, kawan-kawan menggelar saya penguin. memang, ia kenangan lucu. apatah jika dipaksa berlari sekarang, setelah puluhan tahun saya meninggalkan lumba lari. biarlah, saya hanya jadi penonton pelari lain. mereka ternyata pelumba yang sedang ghairah untuk sampai ke garis penamat. cukuplah. ya, cukup. saya mahu berhenti berlari. bukankah saya suka meminta-minta pada Allah yang bunyinya begini,

Published on January 10, 2014 20:01
January 7, 2014
Si buku tipisKEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA...

ITBM-PENA-BH
KATEGORI NOVEL:
Hadiah Pertama (RM15,000 + medal + sijil)
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar
D.U.B.L.I.N
Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil)
Sri Rahayu Mohd Yusop
Qalam Kalbu
Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil)
Zubaidah Ishak
Pertemuan Musim Semi
Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil)
• Ruhaini Matdarin (Anatomi Rupert)
• Abd Razak Adam (Tujuh Keturunan)
• Ariff Mohamad (Semenanjung Menangis)
• Md Nizar Parman (Jajahan Bonda)
• Neor Muhammad Azri Neor Razak (Hari-hari Yuda)
• Sharazi Mohd Sheriff (S.P.Q.R)
• Mohd Fadzli Yusof (Nuansa Cita)
KATEGORI KUMPULAN CERPEN:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Ruhaini Matdarin
Melawan yang Mustahil
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Moh Azam Rezali
Sayang Perahu, Mudik Hilir
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Radzemah Bolhassan
Sagu, Ikan Salai
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Mawar Shafie (Narasi Gua dan Raqim)
• Nazri Hussein (Konflik di Hati Enrique)
• Roslan Jomel (Serangga dalam Kepala)
• Mohammad @ Mohd Hafezin Khadiri (Kuda-kuda Lembah Patagonia)
• Dk Mastura Pg Ismail (Langit Runtuh)
• Sharifah Aisiah Syed Mahazar (Sekapur Sirih daripada Teja)
• Noridah Md Noor (Hanya Beberapa Minit)
KATEGORI KUMPULAN PUISI:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Mohd Ridzuan Harun
Negeri Kunang-kunang
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Rahimidin Zahari
Laut Tujuh Gelombang Buih
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Shamsudin Othman
Taman Maknawi
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Siti Raihani Mohamad Saaid (Sidang Kultus)
• Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Kota Subuh)
• Ariff Mohamad (Titik Ke Titik, Hujan)
• Ramlah Abd Rasid (Perahu)
• Hani Salwah Yaakup (Tentang Pertanyaan)
• Zulfazlan Jumrah (Mandala Sukma)
• Sahrunizam Abdul Talib (Suara Bukit Kepada Langit)
Published on January 07, 2014 16:49
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
