Mawar Safei's Blog, page 152
March 31, 2014
Guru yang akan saya kenang kebaikannya sampai bila-bila.&...
Guru yang akan saya kenang kebaikannya sampai bila-bila. al fatihah saya yang tulus buat almarhum Profesor Dr Sahlan Mohd Saman. 1949-2014. semoga perjalanan pulangnya dipelihara Allah.
Published on March 31, 2014 14:09
March 30, 2014
Terima kasih kepada mahasiswa kursus Cerpen Melayu kerana...
Terima kasih kepada mahasiswa kursus Cerpen Melayu kerana menjadikan Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, sebagai buku teks dalam kuliah semester ini. semoga bermanfaat.
Published on March 30, 2014 06:50
March 27, 2014
Ternyata fenomena mh370 membawa pelbagai narasi yang mist...
Ternyata fenomena mh370 membawa pelbagai narasi yang misterius dan tidak terjangkakan. saya juga pernah berada dalam pesawat yang sama. itu adalah takdir yang kita tidak tahu lagi makna yang mahu dikirim. peristiwa mh370 dihantar agar manusia kembali kepada Allah dengan seluruh rasa rendah hati. bentangkanlah segala apa yang bernama teknologi. tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya untuk diketahui nanti apa yang sebenarnya terjadi...Allahu taala a'lam.
Published on March 27, 2014 16:29
March 20, 2014
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al Hamid...
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al Hamid. Kita semua milik Allah dan kepada Allah kita kembali.Sebab boleh pelbagai, tetapi kematian adalah satu.
Published on March 20, 2014 04:00
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abdul Hamid. ...
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abdul Hamid. Kita semua milik Allah dan kepada Allah kita kembali.Sebab boleh pelbagai, tetapi kematian adalah satu.
Published on March 20, 2014 04:00
March 11, 2014
Dalam kehidupan yang dijalani, banyak jawapan yang belum ...
Dalam kehidupan yang dijalani, banyak jawapan yang belum kita temukan. kita akan berhenti lama di satu tikungan untuk bertanya dan menunggu. dan kita tahu Allah menyimpan sahutan-Nya hingga pada suatu ketika. sepanjang menanti ketika itu tiba, keimanan akan membawa kita ke ruang pemikiran. saya bercakap tentang manusia yang tewas kepada teknologi dan kuasa yang berdiri seperti susuk gergasi. menerima banyak catatan tentang MH370 di telefon atau tv, saya sebenarnya sangat bersyukur. rupanya, saat berhadapan dengan ragam ujian begini, ia membawa banyak orang kembali kepada Allah dan al Qur'an. Maha Suci Allah.
Published on March 11, 2014 00:52
March 8, 2014
Saya pernah melalui jalan yang sama ini beberapa tahun su...
Saya pernah melalui jalan yang sama ini beberapa tahun sudah. mendengar kisah seorang pelajar yang terlepas penerbangan MH370 kerana keliru dengan masa berlepas iaitu pada 0030, dan itu pengalaman saya juga. perasaannya terhimpit antara bersyukur dengan simpati. saya turut dapat merasakannya. saya dapat membayangkan perasaannya apabila mengambil pesawat ganti keesokan pagi. saya namakan ini sebagai suratan, apabila waktunya tiba... al fatihah.
Published on March 08, 2014 14:39
March 7, 2014
Ini hadiah dari sahabat. alhamdulillahi rabbil alamin. te...
Ini hadiah dari sahabat. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Sha. hasil kerja tangannya sendiri. saya memang mengenali Sha sebagai sahabat yang kreatif bukan hanya berbakat dalam penulisan malah hasil kreatif dalam bentuk begini. menurut Sha, boleh lihat lanjut di instagram @windsorartstudio... dan saya tidak tahu apa-apa tentang instagram ini...
Published on March 07, 2014 23:04
March 4, 2014
pernahkah sdr menangis saat melihat turunnya hujan? dulu ...
pernahkah sdr menangis saat melihat turunnya hujan? dulu pernah saya menamakannya sebagai pathetic fallacy. alam sering bersama cuaca jiwa. ya, pasti dalam banyak doa yang sdr tadahkan untuk dimakbulkan akhir-akhir ini ialah agar datangnya hujan. ya hujan. betapa kita mahukan hujan setelah panas yang begitu panjang menguji. dan tiba-tiba kebakaran di tepi jalan hampir di mana-mana. kemudian pula sewaktu memandu kita dihadang dengan jerebu. memasuki bulan ketiga kemarau, beberapa petang lalu, sebaik memberi salam kedua solat asar, hujan mencurah-curah di atap rumah. ya Allah. betapa rindunya saya pada bunyi guruh dan bau hujan yang bertemu dengan panas yang berkumpul sekian lama di atas tanah! saya segera ke jendela, menyelak langsir jarang, sangat bahagianya melihat hujan! hujan! alhamdulillahi rabbil alamin, jadikan hujan ini sebagai rahmat buat kami!
Published on March 04, 2014 12:52
March 1, 2014
Buku kajian terbaru tentang Anwar Ridhwan, antara tokoh y...
Buku kajian terbaru tentang Anwar Ridhwan, antara tokoh yang banyak mempengaruhi kepengarangan saya di peringkat awal. buku dari tesis phd ini adalah karangan Dr Tengku Intan Marlina, Universiti Malaya. ia mahu saya dapatkan untuk menambah himpunan rujukan tentang tokoh Sasterawan Negara ini,
Published on March 01, 2014 04:11
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

