Mawar Safei's Blog, page 149

June 7, 2014

Rasanya saya terlalu lewat untuk mula mengambil satu hing...


Rasanya saya terlalu lewat untuk mula mengambil satu hingga dua sudu cuka sari epal bercampur madu sehari untuk banyak kerja merawat tubuh yang semakin tua. semoga amalan sunnah ini memberi saya semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan ikhlas.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2014 06:00

June 2, 2014

May 31, 2014

Cuti sekolah!Tugasan untuk Alif Matiin kali ini adalah me...




Cuti sekolah!Tugasan untuk Alif Matiin kali ini adalah menghafal sifir.Dan saya sejak dulu pula tidak suka matematik!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2014 18:17

May 25, 2014

Bagi mereka yang mahu berlari, sila sertai!


Bagi mereka yang mahu berlari, sila sertai!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2014 20:13

May 24, 2014

Cadbury tidak halal



Cadbury tidak halal!Saya dan beberapa teman yang hantu coklat, pastinya menangis teresak-esak dengan berita buruk ini.Klik.
Pastinya juga kami tertanya-tanya apakah peranan pasukan halal mereka?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2014 03:17

May 19, 2014

Saya sudah kembali dihimpit rutin, apabila selamat mendar...




Saya sudah kembali dihimpit rutin, apabila selamat mendarat di tanahair. sedikit lelah dengan perjalanan maraton dari kepulauan selatan Selandia Baru dunia lalu membelah laut ke utara. ternyata perjalanan penyelidikan saya belum berakhir. sebelum ramadhan, saya akan ke pulau Jawa. ternyata jadual tiga bulan pertama kerja penelitian saya sangat padat. berselang seli dengan tugas menulis, banyak lagi yang harus dilakukan. semoga Allah berikan saya kesihatan dan fokus sehingga semuanya harus selesai menjelang hujung tahun nanti.  foto ini dari perjalanan di belah utara. kota hanbok dengan dingin musim bunga ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2014 13:08

May 12, 2014

Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti. kali in...



Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti. kali ini ke belah utara setelah bulan sudah ke sudut selatan. semoga fokus dalam ujian minggu ini. terima kasih lagi buat Zahar yang sabar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2014 18:22

May 11, 2014

Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di uk...




Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di ukm sudah ditukar. yang baru ialah mawar.safei@ukm.edu.my
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2014 00:09

May 10, 2014

Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mu...

Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mungkin berbahagianya saya kerana dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat yang datang bertandang. mungkin sahaja saya akan pulang ke pulau sedikit masa lagi. mungkin sahaja saya begitu dengan rendah hati mahu mengirim buku baru ke sana. atau seperti kata bunda, itu tempat tumpah darah dan laman saya bermain sewaktu kanak-kanak. pasti sahaja ia membekas. tentu saja ia akan selalu bersama dalam hati saya. ini foto jalan masuk ke kampung halaman saya di Temasek. ia saya tampal dari website yang memperaga jualan hartanah. ternyata laman permainan saya kini sudah menjadi laman urusniaga golongan mewah. ya, memang laman yang kaya dengan kenangan dan kenangan....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2014 14:56

May 6, 2014

Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham ...





Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham makna pilihan itu. saya diminta mencuba resepi Chef Wan dan dalam buku ini terdapat 400 judul masakan! setiap halaman yang diselak Zahar, menurutnya semua enak dan menarik. saya menjeling Alif Matiin, yang sekarang merupakan pembantu utama saya di dapur kami. awal-awal lagi kami sudah mencuba ayam percik (halaman 83) sewaktu pulang ke kampung di Batu Kikir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 06, 2014 03:21

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.