Mawar Safei's Blog, page 150
May 12, 2014
Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti. kali in...
Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti. kali ini ke belah utara setelah bulan sudah ke sudut selatan. semoga fokus dalam ujian minggu ini. terima kasih lagi buat Zahar yang sabar.
Published on May 12, 2014 18:22
May 11, 2014
Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di uk...
Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di ukm sudah ditukar. yang baru ialah mawar.safei@ukm.edu.my
Published on May 11, 2014 00:09
May 10, 2014
Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mu...
Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mungkin berbahagianya saya kerana dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat yang datang bertandang. mungkin sahaja saya akan pulang ke pulau sedikit masa lagi. mungkin sahaja saya begitu dengan rendah hati mahu mengirim buku baru ke sana. atau seperti kata bunda, itu tempat tumpah darah dan laman saya bermain sewaktu kanak-kanak. pasti sahaja ia membekas. tentu saja ia akan selalu bersama dalam hati saya. ini foto jalan masuk ke kampung halaman saya di Temasek. ia saya tampal dari website yang memperaga jualan hartanah. ternyata laman permainan saya kini sudah menjadi laman urusniaga golongan mewah. ya, memang laman yang kaya dengan kenangan dan kenangan....
Published on May 10, 2014 14:56
May 6, 2014
Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham ...
Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham makna pilihan itu. saya diminta mencuba resepi Chef Wan dan dalam buku ini terdapat 400 judul masakan! setiap halaman yang diselak Zahar, menurutnya semua enak dan menarik. saya menjeling Alif Matiin, yang sekarang merupakan pembantu utama saya di dapur kami. awal-awal lagi kami sudah mencuba ayam percik (halaman 83) sewaktu pulang ke kampung di Batu Kikir.
Published on May 06, 2014 03:21
May 4, 2014
Sewaktu memajang si cantik ungu ini, saya bercerita tenta...
Sewaktu memajang si cantik ungu ini, saya bercerita tentang Nenda yang sudah pulang tahun lalu. almarhum Nenda saya suka membeli seikat dua bunga segar jenis ini dari pasar lalu dirapikan dalam bekas kristal atau kaca. nampaknya Zahar kembali dengan tabiat membawa balik bunga segar untuk saya hias di meja makan seperti ini atau di penjuru dapur. ia sangat menghiburkan ... terima kasih.
Published on May 04, 2014 21:16
April 30, 2014
Zahar mengejutkan saya awal pagi ini dengan memperdengark...
Zahar mengejutkan saya awal pagi ini dengan memperdengarkan lagu keroncong. dan ia oleh Kartina Dahari, penyanyi lama yang saya gemari dengan kelunakan suaranya sewaktu saya kanak-kanak dan remaja. akhirnya si jelita ini kembali ke jalan datang pada 30 April di Temasek akibat barah. saya tak akan lupa senandung lagu lama, tinggallah mustika hati, bunga melor. oh saya hampir lupa adakah almarhum juga yang menyanyikan lagu bisikan hati atau ia oleh arwah Rafeah Buang?
Published on April 30, 2014 15:41
Succulants lagi. ia saya rakam dari laman belakang rumah ...
Succulants lagi. ia saya rakam dari laman belakang rumah sahabat lama saya di lereng bukit Johnsonville. saya menamakannya daerah lerengan. memang kebanyakan rumah dibangunkan di atas landai bukit dan gunung. sering laman di laras lain daripada lantai rumah sendiri. mengingat kembali semua yang hijau sesekali dihayun angin dingin musim rontok, dari Tanah Semenanjung ini, saya serasa ingin kembali ke sana sambil duduk membaca sekhusyuknya surah ar Rahman yang bermula dengan Tuhan yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al Qur'an, Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara, matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan, dan tumbuh tumbuhan dan pohon pohon tunduk kepada-Nya...
Published on April 30, 2014 05:07
April 27, 2014
Dilancarkan 24 April lalu sempena PBKL 2014. ...
Dilancarkan 24 April lalu sempena PBKL 2014. cerpen Antara Angin, Antara Cinta saya turut serta di dalamnya.
Published on April 27, 2014 19:00
April 23, 2014
Kak Wan Kak LizaDua sahabat yang baik ini akhirnya pulang...
Kak Wan
Kak LizaDua sahabat yang baik ini akhirnya pulang pada hari yang sama, 23 April 2014. dan mereka dari pusat pengajian yang sama, Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK UKM. Wan Azreena Wan Jaafar merupakan senior sejak zaman belajar dan seterusnya menjadi sahabat. kali terakhir bertemu ketika saya sempat menziarahinya di HUKM. ternyata ketika itu arwah sudah lemah. sementara Haliza Sidek, sering mengambil lif yang sama setiap pagi untuk kami ke pejabat. kami selalu bertanya khabar dan arwah adalah seorang yang ramah dan berakhlak baik. saya pastinya sangat terkesan dengan berita kepulangan mereka. semoga malaikat menanti-nanti mereka yang baik ini. semoga perjalanan pulang mereka dipelihara Allah. al fatehah....
Published on April 23, 2014 14:14
April 19, 2014
Saya merakam gambar dari Grafton mendekati Taman Salju in...
Saya merakam gambar dari Grafton mendekati Taman Salju ini untuk dibawa ke persidangan bulan depan di belahan utara pula. pohon tua yang awalnya saya tanggap sebagai pohon pujangga songsang, sahabat baik Pak Hassan dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. bercerita ringkas kepada sahabat Uyghur yang menemani saya, Riz, mengatakan pohon itu membawa makna kesengsaraan, tapi, lihat di belakang itu ada air terjun kecil yang membawa harapan. saya menjenguk antara akar dan daun, ya memang ada meyakinkan di balik derita itu; hanya saya memberitahu Riz bahawa Pak Hassan akhirnya menemui jalan pulang ...
Published on April 19, 2014 14:28
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

