Mawar Safei's Blog, page 154
January 15, 2014
Allah memberi hanya yang terbaik buat kita. saya sangat p...
Allah memberi hanya yang terbaik buat kita. saya sangat percaya. kemalangan Matiin ternyata membuat anak saya mungkin sahaja tidak dapat meneruskan kelas tae kwan do setiap hujung minggu paling kurang untuk setahun ini. apa yang Allah berikan suatu yang lebih baik buatnya ialah menggantikan kelas pertahanan diri itu dengan kelas membaca al Qur'an dan menulis jawi. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih buat ustazah Zafariah yang bersedia membimbing anak kami. dan kali ini, dengan adab belajar, Alif Matiin yang ke rumah guru dan bukan sebaliknya. ternyata pengalaman kami sebelum ini meminta guru datang mengajar al Qur'an di rumah, sangat mengasuh kami untuk tahu adab berguru. semoga anak saya terang hatinya dan terus mencintai al Qur'an. saya tiba-tiba teringat muqaddam dan surau kecil kami di Temasek...
Published on January 15, 2014 12:52
January 12, 2014
12 rabiul awal. tarikh yang membawa kita lebih dekat deng...
12 rabiul awal. tarikh yang membawa kita lebih dekat dengan Rasulullah; mengingati detik kelahiran manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam sehingga ke nafas terakhirnya. Zahar mengarah kami lebih banyak mengingati Rasulullah (salawat) beberapa hari ini. baca sirah dan kisah Rasulullah atau dengar alunan dari cd tentang baginda yang tercinta. nanti di meja makan, kami akan bertukar cerita tentang Muhammad Abdullah. Zahar sudah khatam beberapa buku biografi Muhammad yang Agung sejak masuk bulan ketiga ini. semoga bulan kelahiran Rasulullah, bulan bermulanya musim bunga, memberi ilham untuk beribadah dengan lebih ikhlas. dan saya pula mahu membaca ayat al ahzab: 56 bila bertemu Zahar dan Matiin di meja makan nanti, sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersaalawat untuk Nabi. hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. dengannya juga saya mahu menyemat empat perkara untuk menambah iman: tiada apa yang dimiliki di dunia ini, tiada upaya diri ini, empati kepada yang lain, serta sentiasa memikirkan kehebatan Allah.
Published on January 12, 2014 13:08
January 10, 2014
Saya tidak suka berlari sejak kecil (maka saya hanya hand...
Saya tidak suka berlari sejak kecil (maka saya hanya handal sebagai GS dalam kumpulan bola jaring kami). selalunya, saya punya satu ribu satu alasan untuk tidak berlari di padang sekolah. sesekali dipaksa berlari, kawan-kawan menggelar saya penguin. memang, ia kenangan lucu. apatah jika dipaksa berlari sekarang, setelah puluhan tahun saya meninggalkan lumba lari. biarlah, saya hanya jadi penonton pelari lain. mereka ternyata pelumba yang sedang ghairah untuk sampai ke garis penamat. cukuplah. ya, cukup. saya mahu berhenti berlari. bukankah saya suka meminta-minta pada Allah yang bunyinya begini,
Published on January 10, 2014 20:01
January 7, 2014
Si buku tipisKEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA...
Si buku tipisKEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH
KATEGORI NOVEL:
Hadiah Pertama (RM15,000 + medal + sijil)
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar
D.U.B.L.I.N
Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil)
Sri Rahayu Mohd Yusop
Qalam Kalbu
Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil)
Zubaidah Ishak
Pertemuan Musim Semi
Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil)
• Ruhaini Matdarin (Anatomi Rupert)
• Abd Razak Adam (Tujuh Keturunan)
• Ariff Mohamad (Semenanjung Menangis)
• Md Nizar Parman (Jajahan Bonda)
• Neor Muhammad Azri Neor Razak (Hari-hari Yuda)
• Sharazi Mohd Sheriff (S.P.Q.R)
• Mohd Fadzli Yusof (Nuansa Cita)
KATEGORI KUMPULAN CERPEN:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Ruhaini Matdarin
Melawan yang Mustahil
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Moh Azam Rezali
Sayang Perahu, Mudik Hilir
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Radzemah Bolhassan
Sagu, Ikan Salai
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Mawar Shafie (Narasi Gua dan Raqim)
• Nazri Hussein (Konflik di Hati Enrique)
• Roslan Jomel (Serangga dalam Kepala)
• Mohammad @ Mohd Hafezin Khadiri (Kuda-kuda Lembah Patagonia)
• Dk Mastura Pg Ismail (Langit Runtuh)
• Sharifah Aisiah Syed Mahazar (Sekapur Sirih daripada Teja)
• Noridah Md Noor (Hanya Beberapa Minit)
KATEGORI KUMPULAN PUISI:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Mohd Ridzuan Harun
Negeri Kunang-kunang
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Rahimidin Zahari
Laut Tujuh Gelombang Buih
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Shamsudin Othman
Taman Maknawi
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Siti Raihani Mohamad Saaid (Sidang Kultus)
• Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Kota Subuh)
• Ariff Mohamad (Titik Ke Titik, Hujan)
• Ramlah Abd Rasid (Perahu)
• Hani Salwah Yaakup (Tentang Pertanyaan)
• Zulfazlan Jumrah (Mandala Sukma)
• Sahrunizam Abdul Talib (Suara Bukit Kepada Langit)
Published on January 07, 2014 16:49
January 3, 2014
Alif Matiin masih dalam cuti sakit. tangan kanannya masih...
Alif Matiin masih dalam cuti sakit. tangan kanannya masih diandung. maka kami memberikan kelas peribadi sendiri. mummy dan bapak menjadi guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik yang garang untuk dua minggu ini. pastikan murid darjah dua ini tidak ketinggalan dalam menyelesaikan kerja buku aktiviti. Alif Matiin antara mitos anak lelaki yang sukar tumpukan perhatian waktu belajar. dan ia sangat menguji kesabaran orang tua!
Published on January 03, 2014 16:34
January 1, 2014
2014! saya masih ingat bagaimana lima belas tahun l...
2014! saya masih ingat bagaimana lima belas tahun lalu, dari tahun 1999 kita mahu menyambut tahun 2000. untuk pertama kali tahun bermula dengan angka dua. kegusaran. keterujaan. ada juga ketakutan dan tidak tahu apa yang akan berlaku apabila memasuki abad baru. sedang tahun bertukar, masa yang diperuntukan Allah tinggal sedikit bakinya. maka apa makna tahun baru; masihi atau hijriah? mahu memulakannya dengan semangat yang lain? ada keazaman yang menjulang? saya mengalu-alukan sesiapa yang mahu berbahagi petua atau panduan untuk menambah amal sempena tahun baru. saya pernah ditegur dalam blog ini, usah umumkan ibadah khusus yang saya lakukan siang atau dinihari. jangan menunjuk-nunjuk. sedang dalam hati saya, alangkah jika ada yang mahu berbahagi betapa tekalnya dapat berpuasa isnin-khamis. besarnya hati saya jika ada yang mahu memberitahu setiap hari ada pesanan dari al Qur'an yang memandu hati. atau dengan rendah hati saya mahu mencintai amalan sunnah yang dilakukan walau ia hanya sekecil amalan bersugi. ini soal introspeksi diri. ini soal memanfaatkan masa yang tinggal. jauh sekali sum'ah atau ujub. dan saya sangat sedar, insya Allah, betapa penjara bulas di penjuru neraka untuk mereka yang ada angkuh dan taa'jub dalam dadanya. astagfirullah.
Published on January 01, 2014 00:14
December 28, 2013
Pernahkan sdr berhadapan dengan ketikanya, sdr sangat mem...
Pernahkan sdr berhadapan dengan ketikanya, sdr sangat memohon kecukupan daripada Allah. sdr berdoa agar tidak berasa haloba dengan dunia. sdr berdoa semoga bukan gelar yang mahu sdr cipta, sebaliknya redha dan ihsan Allah yang sangat didambakan. saat yang sama, sdr berdoa tanpa diketahui sesiapa agar saudara seaqidah tidak digiring menjadi semut di penjuru bulas neraka; penjara bagi mereka yang pernah ada keangkuhan dalam dadanya. pernahkah sdr berdoa sungguh-sungguh supaya tidak diperdayakan dunia?
Published on December 28, 2013 14:58
December 25, 2013
Sebelum ini saya belajar untuk berdoa agar diberi kecukup...
Sebelum ini saya belajar untuk berdoa agar diberi kecukupan. ia turut bermakna kecukupan yang dipelihara hingga saya dipanggil pulang. ya, dalam sujud panjang, saya mula meminta agar Allah mencukupkan kepercayaan saya itu, memelihara kebaikan yang cuba saya lakukan hingga titik akhir tiba. seperti dalam sebuah cerpen, Tamsil Daun (Dewan Siswa, Ogos 2012), saya irikan anak-anak muda yang sejak awal rajin bersolat malam, berdhuha, membaca tafsir al Qur'an antara waktu yang ada. saya berdoa semoga amalan sunnah itu terus berjalan hingga akhir hayat saya. ia tidak hanya bertahan waktu muda, waktu sihat, waktu lapang ... moga Allah membantu.
Published on December 25, 2013 14:43
December 19, 2013
Semester ini hampir berakhir apabila kuliah empat belas m...
Semester ini hampir berakhir apabila kuliah empat belas minggu dilengkapkan minggu ini. saya sedang merapikan kertas-kertas tugasan mahasiswa yang mula menguasai meja kerja. segalanya perlu disusun sebelum minggu ujian bermula januari nanti. untuk sekian kali saya mengingatkan mahasiswa betapa kemahiran kebahasaan antara yang amat saya perhitungkan dalam kerja penilaian. saya membawa tamsilan bagaimana seorang chef yang baru saya kenali dan seorang pegawai pemasaran yang menguruskan pesanan buku-buku penyelidikan saya, begitu memastikan rangkap kata serta saringan aksara dalam emel atau surat. dan mereka adalah anak-anak muda yang bukan diasuh dalam bidang bahasa. ta'ajubnya saya! betapa saya selalu idamkan anak-anak didik saya menghormati bahasa bangsanya dan mempertahankannya sepenuh jiwa.
Published on December 19, 2013 06:41
December 11, 2013
Saya mengenali susuk pengarang ini lama dulu, ...
Saya mengenali susuk pengarang ini lama dulu, lebih sepuluh tahun lalu. dan ternyata beliau tumbuh dengan novel-novel yang banyak disaring dari dunia senibinanya. banyak juga dari sejarah yang digali kembali, langsung dipindahkan ke bilik kreatifnya. beberapa hari ini bertemu kembali dalam ruang persidangan kesusasteraan, beliau menegaskan bahawa pergelutan sejarah dua negara kami, bermula 1819 dan bukan 1965. Terima kasih Isa Kamari atas hadiah baru 1819 dan The Tower.
Published on December 11, 2013 15:00
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

