Mawar Safei's Blog, page 156
October 24, 2013
Minggu graduasi di kampus. ramai yang meraikan. juga rama...
Minggu graduasi di kampus. ramai yang meraikan. juga ramai yang harus bersyukur. dan harus ramai yang masih dengan rendah hati melihat bahawa ilmu yang ada hanya setitik kecil daripada lautan yang amat luas dan dalam. ramai juga yang harus rasakan dengan ketakjuban akan kebesaran Allah. ramai juga yang harus sedar inilah detik sebenar ujian keikhlasan dalam menuntut ilmu. nah, berapa ramai mantan pelajar saya yang memanjat tangga pentas nanti, melangkah dengan penuh syukur, rendah hati dan menjunjung ilmu dengan ikhlas....
Published on October 24, 2013 22:00
October 23, 2013
Kuliah yang saya sempat dengar semasa memandu pagi ini an...
Kuliah yang saya sempat dengar semasa memandu pagi ini antara lain menegaskan perlunya kita dekat dengan ulama untuk membawa kita ke jalan syurga. masya Allah! baru semalam saya dapat semeja dengan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. duduk dan mendengar tiap katanya seperti saya melihat luruhnya seribu intan permata yang cantik dan menyilaukan!
Published on October 23, 2013 17:59
October 21, 2013
Pantai dan ombak lagi
Bekerja di luar daerah lagi. enak untuk hati sendiri. namun alangkah Zahar dan Matiin dapat ikut serta, kerana saya hampir dengan pantai dan ombak. begitu juga meninggalkan Matiin yang sedang berdepan dengan peperiksaan akhir. semoga anak-anak di sekolah dapat menjawab soalan ujian dengan tenang dan berjaya secemerlangnya. saya juga sedang dalam ujian di luar daerah ini ... lukisan yang ditampal adalah rakaman dari bilik penginapan sepanjang minggu ini.
Published on October 21, 2013 13:42
October 16, 2013
Ucapan yang terlewat. Salam idul adha. taqaba...
Published on October 16, 2013 22:11
October 4, 2013
Saya sedar dalam panjangnya baris doa, ada satu permohona...
Saya sedar dalam panjangnya baris doa, ada satu permohonan yang saya jarang atau terlupa mahu sebutkan. ia berkaitan dengan kecukupan. saya memahaminya begini. moga Allah memberi saya kecukupan sehingga jangan haloba menguasai saya. sedang pada masa yang sama, keinginan yang sangat alami dalam diri manusia memerlukan rezeki, kelapangan atau kadangkala kelebihan. saya mahu dengannya saya dapat berbahagi dengan orang lain. dengannya saya jadi lebih bersyukur. kemudian saya menemukan doa ini yang merupakan satu hadith riwayat Muslim, ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, diri yang terjaga dan kecukupan kepada-Mu.
Published on October 04, 2013 01:36
September 29, 2013
Perempuan pengasih yang baru pulang, sebenarnya meninggal...
Perempuan pengasih yang baru pulang, sebenarnya meninggalkan kami bukan sahaja dengan lebatnya rindu terhadapnya tetapi juga seorang lelaki pikun untuk kami depani. dan ternyata lelaki itu seakan tidak mampu memangku takdir yang turun buatnya. ya, abah sudah bermimpi emak melambai-lambai dan datang memegang lengannya genap lima hari dia belajar hidup sendiri. saya berusaha untuk tidak menangis ketika mendengar cerita itu selain berkata, saya juga akan ke sana, abah. dan saya teringat si melur yang gugur di bahu lalu jatuh di sisi pusara emak.
Published on September 29, 2013 21:57
September 25, 2013
Dia yang saya kenali sebagai perempuan pengasih. sangat m...
Dia yang saya kenali sebagai perempuan pengasih. sangat murah hati dengan dakapan. sangat mencintai persaudaraan. sangat dermawan dengan apa yang dimilikinya. saat perempuan pikun itu dirapikan di hadapan kami, saat kami mahu berdiri berdoa untuk mengiringi kepulangannya, saya sedar, saya berhadapan dengan banyaknya yang datang untuk menyatakan rasa cinta. sekarang, ternyata perempuan pengasih itu sudah berpindah ke tempat baru. perbukitan yang menjadi latar, mula tumbuh dengan doa dari kami. mak, doa saya yang luhur, mak dikasihi Allah dan para malaikat, sebagaimana mak mengasihi kami sebelum ini. al fatehah buat bonda mertua saya, Patimah Hashim, yang melalui jalan pulang pada 24 september 2013.
Published on September 25, 2013 22:48
September 21, 2013
Alif Matiin semakin seronok bangun pagi untuk...
Alif Matiin semakin seronok bangun pagi untuk ke surau kecil kami. sudah tidak peduli dengan tidur yang enak menjelang pagi atau perlukan air hangat untuk mandi. masya Allah. anak saya sangat menanti-nanti azan subuh yang memanggil. alangkah kita dapat memulakan hari yang dini dengan semangat seperti anak kecil yang bahagia ke surau saat dinginnya pagi. saya tahu, dia akan mendongak mencari bintang dan saya selalu mahu dalam hatinya mengenang kebesaran Pencipta langit yang indah itu. o, alangkah saya menumpang kecintaan Alif Matiin untuk solat berjemaah subuh![image error]
Published on September 21, 2013 22:26
September 20, 2013
Jarang saya bekerja rasmi hingga lewat malam; sedang...
Jarang saya bekerja rasmi hingga lewat malam; sedang saya adalah a morning person. namun dalam menahan kelat mata berhadapan dengan anak-anak yang mahu belajar, akhirnya keletihan saya dilunakkan dengan ingatan terhadap Rasulullah. betapa saya menghormati anak kecil ini, semoga suatu hari dia juga tahu erti susila terhadap orang lain. mungkin begitu ujar Rasulullah saat mengusap dan menggendong anak kecil yang dihormatinya. saya juga terkesan dengan hikmah dan rahmah Allah menyediakan ruang rasa menghormati dalam hati kita. nah, sayangi anak-anak kerana dosa mereka tidak sebanyak kita yang sudah tua ini. dan hormati juga ibu-ibu dan bapa-bapa kita kerana, masya Allah, begitu banyak amalan baik yang sudah dilakukan mereka untuk mendapat redha Allah. dalam kelat mata menjelang tengah malam, saya sempat merayu kepada anak-anak yang mahu belajar di hadapan saya itu agar menghormati dan menghargai bidang atau ilmu orang lain. jangan ada keangkuhan dengan sedikit ilmu dalam dada, kerana dengannya menjauhkan kita daripada jalan ke syurga. dalam kelat mata, saya meninggalkan mereka dengan doa sehingga saya tiba di pintu rumah...
Published on September 20, 2013 22:30
September 18, 2013
Sejauhmana kesibukan dengan kerja menjadikan kita terpenj...
Sejauhmana kesibukan dengan kerja menjadikan kita terpenjara dengan dunia? takutnya saya mendengar kelaknatan Allah terhadap dunia. tiada satu pun yang dipuji tentang dunia kecuali terkandung di dalamnya zikir kepada Allah. dan gerunnya saya apabila diberitahu bahawa manusia yang mencintai dunia akan dikurung dengan 3 petaka ini: kesedihan, kelelahan dan kerugian. ya Allah! saya melihat meja kerja saya yang berserakan dengan kertas, buku dan perancangan demi perancangan. ya Allah!
Published on September 18, 2013 01:43
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

