Mawar Safei's Blog, page 159

July 17, 2013

Amina  Kami mengikuti Australian MC 2012, kali ini d...

Amina  Kami mengikuti Australian MC 2012, kali ini dengan tumpuan pada peserta kacukan Mesir-Korea, Amina el Shafei. bukan hanya kerana penampilan, wajah Melayu atau agamanya, tetapi keriangan dan persahabatan luhurnya. jururawat kanak-kanak ini seperti kebanyakan peserta lain, menyimpan impian berbahagi dengan adiknya, Eman, untuk mempunyai sebuah restoran sendiri.  alangkah banyaknya impian yang kita rakam dalam hati. alangkah banyaknya kita mahu berdoa untuk sampai ke titik hasrat itu. pernahkah saudara tak henti-henti mahu berdoa dan berdoa. ya Allah, inilah ramadhan, saat iftar, saat sujud, saat luruhnya hujan, antara azan dan iqamah, saat tibanya jumaah, saat kita dapat berselisih dengan malam seribu bulan. saat makbul doa! saya mahu terus berdoa dan ia bukan hanya lewat sujud panjang! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2013 22:07

July 16, 2013

iftarAlif Matiin sudah dapat berpuasa penuh tahun ini. al...


iftar
Alif Matiin sudah dapat berpuasa penuh tahun ini. alhamdulillahi rabbil alamin. iftar hari pertama dapat berpuasa penuh, sebak melihat anak saya menyuap nasi. ternyata waktu itu saya melihat dia sangat menghargai menerima rezeki dari Allah. ya, saat iftar cubalah nikmati apabila tegukan air pertama yang membasah kerongkongan. atau kurma yang perlahan-lahan dimamah, sarinya masuk ke ruang mulut yang kering. ya Allah, betapa kami jarang berterima kasih. betapa kami selalu lupa banyaknya yang kami terima. ya Allah ampuni kami. maafkan segala khilaf dan dosa yang kami lakukan dalam kejahilan dan tidak kami sedari.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2013 17:31

July 13, 2013

    Ini juga ilmu baru waktu kuliah d...

    Ini juga ilmu baru waktu kuliah dhuha ustaz. Makan iftar Rasulullah sama ada ruthab (kurma basah) atau kurma kering atau seteguk air. kemudian disegerakan solat maghrib. Allah! saya cuba ikut adab Kekasih Allah ini!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2013 16:47

July 12, 2013

Ramadhan Kareem!

Salam Ramadhan al mubarak! Saya dimaklumkan, setiap kali kita menerima ucapan Ramadhan kareem (Ramadhan yang mulia), ia harus disambut dengan Allahu akram (Allah lebih mulia). sangat berbahagia, dalam bulan Ramadhan ini apabila dapat duduk walau sebentar dalam majlis ilmu agama. dalam salah satu kuliah, ustaz memulakan dengan soalan, apa tanggapan kita terhadap kedatangan Ramadhan. antara kita mungkin ada yang tidak merasa apa-apa setiap kali Ramadhan tiba. Ramadhan atau tidak, kita masih sibuk dengan kerja dan rutin. atau ada yang menunggu-nunggu kerana ini saat membuat keuntungan di bazar Ramadhan. atau ada yang suka berpuasa untuk merampingkan badan. Allah. Allah. Allah. apa makna Ramadhan di hati saudara?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2013 16:10

July 8, 2013

Malaikatkah?

Saya membaca buku Prof Kamil yang masyhur tentang perjalanan rohaninya ke Tanah Suci, Travelog Haji . ia buku yang memandu saya dan Zahar sewaktu kami berhadapan dengan plot sebenar bergelar hujjaj. catatan Prof Muhd Kamil Ibrahim, banyak jemaah  yang menjadi malaikat pada musim haji.  ia bermakna tiba-tiba akan ada seseorang yang muncul memberi laluan, menghulur tangan atau membuka ruang untuk berdiri solat dalam lautan manusia. waktu itu seluruh syukur dengan lintasan hati, malaikatkah itu yang membantu saya? atau sebenarnya ada sahaja pertolongan Allah diturunkan buat kita dalam ketidaksedaran atau ketidaktahuan. alhamdulillahi rabbil alamin,ya saya baru saja didatangi malaikat...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2013 20:58

July 7, 2013

Gotong royong

Saya ingat amalan ini sudah berlangsung beberapa tahun. kami mengemas rumah untuk menyambut ramadhan. ia diadakan pada hujung minggu sebelum satu ramadhan muncul. ya, hari ini. tukar langsir. tukar susunan perabot dan hiasan dinding. menyapu. mengelap lantai. membuang habuk. menggilap segala perkakas kayu kayan yang ada. saya fikir ini soal mendapatkan ragam jiwa, mood. apabila semuanya dirapikan, insyaAllah jiwa juga rasa kemas dan berkeyakinan untuk meraikan bulan mulia yang sangat dinanti-nanti. doa juga sudah dipasang awal. semoga inilah ramadhan terbaik. semoga ini bulan yang banyak mengasuh hati yang rusuh. semoga bertemu dengan malam seribu bulan. semoga Allah mengasihi dan mengampuni... amin!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2013 00:55

July 3, 2013

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman


Minggu yang sarat dengan pelbagai kerja. bengkel penyelidikan sepanjang minggu yang harus diselang seli dengan mesyuarat, memantau kerja akhir jurnal dan seminar. untuk sekian kali saya membaca Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, novel pertama SN Anwar Ridhwan. kali ini dengan kerja penyeberangan genre ke filem, saya kian akrab dengan lelaki tua, si penglipur lara.  lelaki yang bersidi sakti. lelaki yang banyak kehilangan  dalam hidup, antaranya wanita dan tradisi. saya terlalu mengasihaninya....
 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2013 04:27

July 1, 2013

Mengenang nenda


 Saya baru sedar, sejak hari ini kerja new post harus dimulakan dengan mengisi kotak judul posting. jadi mulai hari ini, tiap entri saya akan diberikan nama. hari ini tajuknya,  mengenang nenda. ya, siang tadi, saya hampir mahu menekan nombor telefon nenda seperti selalu saya lakukan ketika nenda masih ada; seperti selalu, waktu saya memerlukan semangat merahnya. o nendaku, bukankah kita semakin jauh. dan ternyata, saya terlalu rindu ....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2013 14:39

June 25, 2013

 Bilakah kali terakhir saudara menekup muka dengan s...



 

Bilakah kali terakhir saudara menekup muka dengan seluruh jiwa raga saudara dalam penyerahan kepada Allah, sesungguhnya bertaubat. ya, bilakah kali terakhir kita berbuat demikian? dinihari tadi? lewat malam tadi? atau ia berlangsung setahun lalu saat ramadhan mahu mengetuk pintu. bulan syaaban ini, beberapa kali saya mendengar ingatan demi ingatan, agar segalanya dibersihkan sebelum mendakap ramadhan dengan jiwa yang luhur dan tulus. mohon ampun kepada ibu bapa, suami, isteri, tetangga dan sesiapa sahaja. tapi pernahkah pula, ada dinding tebal begitu menghadang daripada kita mendapatkan kemaafan itu. ya Allah, dalam kesukaran dan lelah, ampunilah kami. pandanglah kami dengan rahmat-Mu....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 25, 2013 14:18

June 23, 2013

Walau sudah semakin berumur, saya masih teruja apabila&nb...


Walau sudah semakin berumur, saya masih teruja apabila menerima hadiah. apalagi yang dikirim lewat pos. macam zaman anak-anak dahulu. terima kasih kepada sahabat saya, Z, yang nyata saya selalu dalam ingatannya. ya Allah, saya doakan Z dirahmati di sini dan di sana. dua buah buku Hidayah Amin ini, banyak membawa saya kembali, kehidupan dunia kecil saya di Singapura lebih tiga puluh tahun lalu ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2013 14:58

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.